Translate

Friday, June 3, 2011

Puisi:- Mengejar Cinta Hakiki


Terkadang sebagai manusia kita alpa..
Terleka dan terlena dengan keindahan dunia..
Hingga kadang kala kita menjadi lupa...
Lupa kepada satu  cinta...
Mungkin kerana kita terlalu mencari dan mengejar cinta manusia, cinta wang, cinta  pangkat dan  cinta harta benda...
Saban waktu masa kita habiskan untuk menjaga cinta-cinta ini..
Padahal kita ketahui bahawa cinta-cinta ini bukanlah cinta yang kekal abadi..
Satu hari pasti cinta-cinta ini akan pergi meninggalkan kita..
Pada masa itulah baru kita meratap, meraung dan menangisi pemergiannya..
Namun begitu...
Lupakah kita akan satu perkara..?
Mungkin kita terlalu mencari dan mengejar cinta-cinta  ini hingga mengabaikan cinta kita  yang lebih penting..
Oleh kerana mabuk dengan keseronokkan dunia..
Kita menjadi khayal dan terleka..
Kerana ketaksuban dan obses kepada cinta yang sementara..
Maka disaat itu kita selalu meninggalkan Cinta Kepada Tuhan Yang Maha Esa
Lupakah kita pada cinta kepada Yang Maha Esa...?
Lupakah kita kepada janji Setia kita kepada-Nya?
Hai manusia..
Kejarlah cinta kepada Tuhanmu..
Kerana di situlah cinta hakiki yang kekal abadi..
Sesungguhnya tiada tuhan selain  dia..
Janganlah kamu curangi cinta kamu kepada Tuhanmu  kerana mengejar cinta sementara..


Nota :-Puisi Ini Adalah Hasil Nukilan Sepenuhnya Pemilik Blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com).Sebarang Bentuk Penerbitan Semula Adalah Di Larang Sama Sekali.Hak Cipta Terpelihara. Gambar adalah Hiasan, ia diperolehi dari Google Image...

No comments:

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...