Translate

Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Saturday, September 13, 2014

Soalan Periksa Bocor? Jangan Tipu Diri Sendiri...



         Sekarang nie tengah kecoh sana sini berita pasal soalan peperiksaan UPSR yang telah dibocorkan... Kenapa mesti jadi begitu?  Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, kerana ini peperiksaan tahun enam cuma penentu sama ada adik-adik ini dapat di tempatkan di sekolah berasrama penuh atau tidak sahaja. Ianya bukanlah soalan peperiksaan penentu masa depan macam SPM...


     Mungkinkah budaya orang kita yang gemar bertanya kepada rakan sekerja, jiran-jiran, saudara mara dengan soalan cepu emas seperti : "Anak awak dapat berapa A?" "Anak awak dapat belajar di sekolah berasrama penuh ke tidak?" dan mungkin ini juga secara tidak langsung memberikan sedikit tekanan kepada ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berjaya dapat straight A's.  Lalu tekanan ini dicurahkan pula kepada anak-anak mereka, agar mereka sentiasa cemerlang dalam akedemik dan sukan.  Lebih memberi tekanan andai anak pertama mendapat straight A's, maka adik-adik yang lain juga harus mengekalkan rating itu untuk keluarga mereka.



         Menjadi satu budaya juga zaman sekarang ini dimana setiap sekolah berlumba-lumba untuk mengejar rating sekolah yang paling terbaik dalam bidang akademik mahupun kokorikulum.  Jadi setiap guru-guru juga terbeban untuk memastikan sekolah mereka sentiasa mendapat rating yang paling terbaik setiap tahun.  Rating sekolah perlu dijaga, biarlah ia sentiasa meningkat dan bukan menunjukkan sebarang penurunan. Rating ini bagus juga, sebab ia memberi saingan antara sekolah-sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan berprestasi tinggi.  Sekaligus ia menjadi pemangkin motivasi kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi sekolah mereka.

      
      Buat adik-adik calon UPSR yang terpaksa menduduki semula kertas soalan peperiksaan itu, kakak ucapkan semoga berjaya.  Kamu anggap sajalah yang peperiksaan yang telah kamu duduki itu sebagai soalan percubaan UPSR sahaja. Cuba think positive ye.  Jaga emosi kamu dan jangan terlalu stress dan terbeban, kerana peperiksaan sebenar bakal kamu duduki (buat kali kedua) iaitu pada 30 September.  Ketahuailah akan adik-adik yang menduduki peperiksaan buat kali kedua dan bukan atas kesilapan yang dibuat oleh adik-adik bukanlah sesuatu yang perlu adik-adik berasa malu hingga menyebabkan adik-adik mahu mengurung diri, tidak mahu makan dan bercakap.  


   Sekiranya adik-adik gagal dalam sebarang peperiksaan, sedangkan adik-adik telah belajar dengan baik dan telah mencuba bermacam-macam usaha serta telah berdoa. Sabar.  Mungkin  ada sesuatu yang perlu adik-adik belajar. Gagal dalam peperiksaan bukan bermaksud kita ini individu yang gagal dalam hidup kita secara keseluruhannya. Adik-adik boleh cuba lagi. Malu? Untuk apa mahu malu. Jujur dengan diri sendiri adalah kunci keberkatan hidup.  Jangan menipu diri sendiri.  Untuk apa andainya adik-adik berjaya memperoleh straight A's tapi dengan cara yang salah iaitu hasil menipu, berbohong, meniru dan sebagainya?  Sekiranya adik-adik menipu dalam peperiksaan kemudian berjaya ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, kemudian  adik menipu lagi dalam peperiksaan kemudian berjaya ke universiti, kemudian menipu lagi dalam peperiksaan dan akhirnya berjaya mendapat jawatan tinggi. Adakah pekerjaan dan gaji yang diperolehi hasil dari usaha pembohongan sebelum ini sesuatu yang berkat???

            Mungkin dalam peperiksaan adik-adik boleh menipu, tapi sedarlah yang penipuan itu takkan selamanya akan menyelamatkan adik-adik.  Kerana dalam bidang pekerjaan / perniagaan tidaklah semudah menjawab soalan peperiksaan. Hidup kita juga taklah semudah itu.  Jadi, adakah selamanya adik-adik harus menipu dan meniru idea orang lain tanpa pernah mahu mengeluarkan idea sendiri yang lebih kreatif lagi bernas?  Jadilah insan yang tidak takut dengan kegagalan dan kritikan nescaya adik akan berjaya.  Kerana apa? Kerana dalam hidup kita ini adalah normal untuk kita merasa kegagalan, kehilangan atau kesedihan.  Biarlah kita berjaya atas usaha kita yang sebenar dan menggunakan idea serta tenaga kita sendiri pasti kejayaan itu lebih indah dan lebih manis.  Janganlah menggunakan cara yang salah untuk berjaya.  Untuk apa kita dipuji dan disanjung andai kejayaan kita itu hasil dari usaha kita yang banyak berbohong?

             Untuk kamu yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam berbohong semasa peperiksaan (tak kiralah peperiksaan apa pun). Satu saja saya nak pesan, "sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua" ,  penipuan kamu itu lambat laun akan terbongkar juga.  Untuk apa kita berjaya dengan usaha yang salah? Lebih baik kamu soal diri sendiri, adakah kamu mahu berjaya untuk masa depan yang lebih cemerlang atau semata-mata kerana takut dengan kritikan dan semata-mata mahu mendapat nama serta menjaga Rating semata-mata. Buat kamu yang terlibat dalam pembocoran soalan peperiksaan ini, satu saja saya nak pesan :  Janganlah jadikan masa depan anak-anak kecil sebagai mangsa kamu yang tamak itu, kasihanilah mereka-mereka yang jujur dan tidak bersalah dalam hal ini. "Kerana nila setitik itu rosak susu sebelanga". Kerana perbuatan kamu yang tidak berntanggungjawab itu ternyata ianya telah menyusahkan banyak pihak dan telah menghampakan banyak hati yang menaruh harapan tinggi.


   Namun soalanya adakah kita hari ini hanya mementingkan berapa banyak A yang tertulis dalam setiap slip peperiksaan yang mereka duduki? Adakah hanya itu sahaja penentu masa depan mereka?


Entry ini adalah nukilan sepenuhnya saya selaku penulis dan pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Maaf andai ada kekurangan dimana-mana.  Idea untuk menulis entry ini tercetus secara spontan, dan  sekadar bekongsi pendapat berdasar dari pengalaman hidup saya. Saya sendiri pernah sekali mengulang semester ketika di politeknik dulu.  Seumur hidup saya memang tidak pernah sekalipun meniru dalam mana-mana peperiksaan. Kerana saya percaya yang rezeki itu Allah yang tentukan, dan saya percaya yang biarlah kita berjaya atas usaha kita sendiri.  Biarlah  kita berjaya untuk masa depan kita dan bukan berjaya semata-mata kerana takut apa yang orang akan kata pada kita.  Dalam hidup ini jatuh bangun itu semua perkara biasa. Cumanya kita harus bangkit dari kejatuhan dan kegagalan masa lalu kita..

Monday, December 9, 2013

Sketsa Peperiksaan vs Kejujuran



Di dewan periksa bila kau dah pening kepala,
Sebab tak tahu nak tulis jawapan apa,
Kau jeling-jeling orang sebelah sambil buat muka simpati,
Orang sebelah pun jeling kembali,
Rupanya dia pun sedang blur tak tahu nak tulis jawapan apa,
Kau nekad mahu baling-baling dadu saja...
Kau cuba teka jawapan,
Manalah tahu tembakkan kau tu mengena,
Bila tiba mahu menjawab soalan kena bina ayat sendiri,
Kau goreng-goreng ikut suka hati,
Perisa kena cukup,
Jangan sampai jawapan yang kau goreng hangus!
Bila tiba result periksa mahu keluar kau gelabah sebab takut tak lulus,
Rupanya benar kali ini kau memang sudah terkandas!
Habislah kena marah balik rumah nanti,
Habis lah kena leter dengan mama dan papa nanti..
Apa jawapan nak diberi pada mereka yang menaruh harapan tinggi??
Lalu kau kata pada mereka yang cikgu di sekolah tak bagus mengajar,
Lalu kau kata pada mereka pensyarah kau syok sendiri,
Entah apa dia bercakap di depan  satu kelas tak mengerti,
Mula lah parents kau datang sekolah mahu bersemuka empat mata dengan guru,
Habis dikatanya guru itu tak pandai mendidik anak bangsa, usah jadik guru!
Ada yang lebih kreatif tulis surat di akhbar buat aduan kata pensyarah tak bagus mengajar!



Esok ada periksa lagi,
Kali nie kau dah siap-siap nota kecil untuk dibawa ke dewan periksa,
Kau lipat kecil-kecil biar orang tak nampak,
Akhirnya kau berjaya jawab soalan dengan muka senyum lebar,
Sedang kawan-kawan kau punyalah muka berdebar-debar,
Bila tiba result periksa mahu keluar,
Kali ini kau dah boleh ukir senyum lebar,
Kau dipuji setinggi gunung,
Kau lah pelajar contoh / pelajar harapan...


Ramai rakan-rakan yang mahu ikut gaya kau belajar,
Tapi kau katakan pada mereka senang saja,
"Kita tubuhkan pasukan tolong menolong di dewan periksa",
Bawa masuk "toyol"  dalam dewan periksa,
Meniru orang sebelah menyebelah sudah jadi perkara biasa,
Bila diberi tugasan kau dan rakan-rakan ambil langkah mudah copy paste,
Senang,
Tak payah pening-pening lalat  nak keluarkan idea kreatif,
Tak payah susah nak ke hulu ke hilir usung buku-buku di library,
Lalu kau dan rakan-rakan pun di puji-puji oleh pensyarah,
Pada mereka tidak tahu yang kau dan rakan rakan adaah penipu!
Menipu di dewan periksa dan menipu dalm menyiapkan tugasan sudah jadi lumrah,
Sejak dari itu kau dan rakan-rakan sentiasa dapat dean list setiap semester,
Geng tidur dan malas dalam kelas kini menjadi geng paling berjaya dalam periksa...
Lalu kau dah buat muka bangga,
Kerana rakan-rakan yang rajin membaca pun tak dapat markah sehebat itu!


Semasa menipu dan meniru kau lupa akan sesuatu,
Tentang markah periksa kau itu akan membawa kau lebih jauh,
Kau akan dapat sambung belajar ke peringkat lebih tinggi,
Kau akan dapat kerja dengan jawatan hebat dan bergaji tinggi,
Jangan kau lupa yang duit gaji itulah yang akan kau beri kepada anak, isteri dan keluarga,
Adakah ianya berkat?
Kau mendapat pangkat hasil dari meniru dan menipu di dewan periksa?



p/s: Segala yang tercatat adalah ilham saya selaku pemilik dan penulis blog ini: http://merpatiputih88.blogspot.com/. Maaf andai penggunaan gaya bahasa agak kasar...

 Saya merasakan yang kita menjadi manusia biarlah jujur dengan diri sendiri, sebab itu dari kali pertama hadir ke sekolah hinggalah ke saat ini saya tidak pernah meniru di dewan periksa. Saya beranggapan bahawa, biarlah markah kita rendah (kerana itulah tahap kemampuan / kefahaman kita), biarlah andai kita kena repeat paper dua tiga kali sekalipun asalkan markah kita itu adalah hasil susah payah kita sendiri dan bukan dari hasil kita menipu diri sendiri...Andai kita gagal sekali dalam peperiksaan usah putus asa. Usaha lagi hingga berjaya. Jangan cepat berutus asa, perbaiki kekhilafan dan kecuaian diri kita sendiri. Jangan sesekali menyalahkan sesiapa terutama guru / pensyarah yang memberi kita ilmu dan telah bersusah payah mendidik kita. Ingat satu perkara "Seseorang yang mungkin kurang cemerlang dalam peperiksaan, bukan bererti dia juga tidak akan cemerlang dalam hidupnya"



dan kalau di takdirkan gagal dapat markah yang cemerlang dalam peperiksaan, jangan pula berputus asa hingga mahu bunuh diri!
teruskan usaha ok .. (^____^)Y


Monday, November 5, 2012

Tips SPM :)

Hai Adik-Adik comel  yang dah nak SPM...Macam mana dah ready nak exam..?

Kat sini akak nak berkongsi sedikit tips untuk adik-adik (harap dapat membantu) (^__^)


Persediaan awal:



-Solat jangan tinggal. Rajin-rajinkan diri buat solat hajat dan solat-solat sunat yang lain.

-Rajin-rajinlah mengaji (membaca) Al-Quran..selain dari dapat pahala ia jugak bagus untuk terapi diri dan lapangkan minda tenangkan hati kita...:)


-Sebelum cikgu mengajar, kalau boleh adik study lah sikt pasal subjek yang bakal di ajar oleh guru di kelas. Baca sikit-sikit sepintas lalu. Tak faham pun tak apa, yang penting baca sikit.

-Masa cikgu mengajar, seboleh-bolehnya beri tumpuan 100%. Kalau tak faham tanya cikgu, jangan segan-segan atau takut nak tanya...


- Ulang kaji pelajaran. Kena selalu baca buku selepas selesai satu subjek tu diajar di sekolah...Setia hari mesti kena ulang kaji...Tak perlu banyak sangat pun tak ape.. Baca apa yang patut, kalau dah selalu baca mesti adik mudah faham subjek tue kan..? Jadi bacalah buku selalu ye..:)

-Rajinkan diri buat latihan. Boleh buat latihan soalan-soalan yanga da dalam buku teks / buku rujukan atau boleh beli buku soalan latihan untuk SPM. Rajin-rajin lah jawab soalan-soalan tahun-tahun lepas, contoh soalan peperiksaan sebenar. Buat seberapa banayak latihan yang termampu dan yang paling boleh adik buat. Tapi, Jangan paksa diri.

-Amalkan sikap rajin membaca dimana sahaja bila ada kelapangan masa. Adik boleh lah buat peta minda atau nota ringkas atau nota poket yang boleh di baca dimana-mana dengan mudah. Ia memudahkan adik untuk membaca kerana ia mudah dibawa dna adik sendiri lebih  mudah faham.. Takkan nak angkut buku teks / buku rujukan yang tebal-tebal dan baca kat mana-mana kan..? mesti susah..dah lah tebal makin berpinar mata bila baca lama-lama..hehehehe..

-Nota ringkas / peta minda / nota poket tadi tu boleh lah adik baca masa tunggu bas sekolah ke atau tengah rehat kat kantin ke ape.. 

-Boleh buat study group. Tapi pastikan group adik tu memang betul-betul fokus study dan bukannya hanya borak-borak kosong  / gossip / dating / etc etc..


-Kena selalu bermotivasi. Kena kuatkan semangat dan azam. Caranya dengan baca buku-buku motivasi / dengar lagu-lagu yang boleh buat adik kuat semangat.. Jangan putus asa, teruskan usaha dan doa.. Kalau gagal dalam exam mid term atau trial exam tak semestinya adik akan gagal juga dalam SPM..Jadi cekalkan hati, bulatkan tekad, kuatkan semangat..!

-Perlu cukup rehat dan jaga kesihatan. Pastikan adik jaga kesihatan / keselamatan  diri dengan baik.. Ia adalah penting, sebab kalau adik sakit atau kemalangan pasti ia bakal memudaratkan peperikasaan itu nanti..Jadi walaupun adik busy study, tapi perlulah jaga kesihatan ye... Sayangi diri.. :)



Persediaan Akhir


-Minta maaf dengan semua (ibu/bapa, adik berdik, saudara mara, guru-guru dan rakan-rakan)

- Minta restu ibu ayah dan guru-guru yang pernah mengajar adik-adik...Mohon maaf dan minta halal apa yang patut (ilmu , makan minum etc..)

-Malam sebelum SPM buat solat hajat dan bacaan Yassin..

-Semak jadual periksa. Pastikan adik dah tahu kat mana pusat peperiksaan adik , dewan periksa dan  kedudukan meja kerusi adik di dewan periksa.

-Baca sikt-sikit nota ringkas atau peta minda. Baca sedikit-sedikit  formula penting dan fakta penting.

-Lihat sedikit soalan-soalan latihan yang pernah adik jawab.

-Pastikan semua alat tulis yang di perlukan  , alatan melukis (jika perlu) , kalkulator (jika perlu), buku sifir saintifik (jika perlu)  dah lengkap tersedia dan berfungsi dengan baik. Pastikan dibawa ke sekolah.

-Pastikan Kad pengenalan dan slip peperiksaan ada dalam keadaan baik dan di bawa bersama ke dewan peperiksaan.

-Pastikan pakaian untuk ke sekolah juga telah di sedia lebih awal

-Pastikan tidur awal dan bangun awal. Supaya tidak terlewat kesekolah.


-Jangan terlalu gementar atau terlalu yakin semasa memasuki dewan. Tenangkan hati. Banyakkan selawat dan zikir.

-Semak kertas saoalan.

-Pilih soalan yang senang dahulu kemudian barulah menjawab soalan yang susah.

-Pastikan adik jawab semua soalan.


-Bila sudah selesai menjawab. Pastikan semak dahulu jawapan. Semak: ejaan, perkataan , tatabahasa,jumlah bilangan patah perkataan, fakta, formula , perkiraan , graf...



**Tips Skor A soalan karangan Bahasa Malaysia**


Bagi mendapat lebih idea:

-Rajin-rajin membaca buku-buku berkaitan bahasa. Buku antologi cerpen/ puisi atau novel juga boleh  dibaca..rajin membaca isu-isu terkini di surat khabar dan majalah. Sentiasa mengikuti perkambangan isu semasa.

Ketika menjawab soalan:

-Pastikan tatabahasa dan ejaan yang digunakan betul.

-Jika karangan memerlukan fakta, pastikan ia adalah fakta yang sahih + tepat  dan ia bukan di reka-reka.

-Jika karangan berkaitan simpulan bahasa atau peribahasa, pastikan adik memahami terlebih dahulu maksud simpulan bahasa / peribahasa itu. Kerana ia bagi mengelakkan isi serta huraian adik pada karangan tersebut berbeza dengan apa yang sepatutnya. Cuba kaitkan isi yang ingin di sampiakan dengan keadaan masa kini / isu semasa / keadaan semasa. 

-Kalau boleh pastikan isi karangan adik itu mempunyai ciri-ciri ini:

Who: siapa : Apa nama watak yang ingin dikaitkan dengan karangan, nama / karekter.
What: apa: Apa isi-isi penting / huraian / fakta / cerita /contoh  yang ingin disampaikan
When : Bila: Waktu / masa latar penceritaan karangan tersebut
Where: di mana : dimana lokasi tempat penceritaan / alamat yang ingin dikaitkan  dalam karangan   
          tersebut.

Yang penting sesebuah karangan mesti ada  pendahuluan, isi-isi penting,  huraian ringkas, huraian  penuh, contoh yang berkaitan , fakta , cereka / cerita, kesimpulan ( kalau boleh letakkan simpulan bahasa / peribahasa / atau madah pujangga  / atau kata- kata berpuitis yang berkaitan dengan karangan. Yang penting jangan sampai lari dari isi yang ingin disampaikan)

-Pastikan jumlah patah perkataan mencukupi..


p/s: Sekian sahaja perkongsian  tips dari saya yang dah  lebih kurang tujuh tahun meninggalkan dewan peperiksaan SPM...Enrty ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sendiri . Kredit Gambar : google image..

Akhir kata :

SEMOGA BERJAYA LULUS CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN.. (^___^)
GOOD LUCK!



Wednesday, April 27, 2011

Membaca Membuka Kejayaan Masa Depan...


Ketika anda sedang membaca tak perlu lah terlampau stress..
Yang penting, tenangkan minda dan kosong kan hati dan kepala dari segala macam hal yang menyerabutkan hati dan fikiran kamu itu...
Buang ketepi segala permasaalah yang sedang kamu hadapi di sekeliling kamu dan fokuskan 100% tumpuan  terhadap apa yang kamu baca...
Jika kamu seorang pelajar, pastikan mendapatkan tidur dan rehat yang secukup nya..
Luangkan masa yang terluang dengan beriadah bersama teman-teman untuk menghilangkan segala macam stress / tension dengan segala macam assigment, final project, presentation,quiz, exam dan lain-lain lagi activity kuliah / pembelajaran serta sukan dan persatuan..
Pastikan kamu menyusun jadual harian kamu dengan teratur..
Jika mood kamu tidak menentu dan kamu gagal mengawal emosi stress kamu, pasti ianya akan menggangu tumpuan terhadap bahan bacaan kamu tersebut dan secara tak langsung akan menyebabkan markah exam kamu merosot..

Pilihlah bahan bacaan yang tepat dan bersesuaian...
Pepatah inggeris ada mengatakan bahawa : " You are what you read"
Jadi, berhati-hatilah dalam memilih bahan bacaan..
Adapun kamu boleh membaca segala macam jenis bacaan seperti Al-Quran dan Hadis, Kitab-kitab ber genre Islamic, buku, majalah, suratkhabar, novel, komik, blog, website dan sebagainya..
Tetapi pastikan kamu memilih bacaan yang tepat, iaitu pastikan apa yang kamu bca itu penuh pengisiannya dan tidak pula menyeleweng hingga ada unsur-unsur fitnah, hasutan, pornografi atau pengaruh budaya yang tidak elok..
Sewajarnya bahan bacaan seperti ini dihapuskan dan di elakkan  terus dari dibaca, tetapi malangnya bahan seperti ini lah yang ramai golongan muda-mudi hari ini gemar...
Kita seharusnya membaca bahan-bahan bacaan yang boleh memberi dorongan positif kedalam diri seseorang itu..
Bahan bacaan seharusnya memberikan motivasi atau membuka minda pembaca agar lebih berkeyakinan dan menjadi individu yang berdaya saing serta berfikiran terbuka dan bersemangat waja dalam menempuh hari muka..
Jika kita malas membaca macam mana kita mahu maju..?
Jika kita hanya mahu membaca bahan yang tak tentu (bahan bacaan yang tak elok) sampai bila kita mahu berada di takuk lama itu..?
Adakah kita mahu membuka mata dan minda untuk melihat keburukkan orang lain dan mencerminkan kegagalan diri sendiri?
Adakah zaman muda mahu di sia-siakan dengan manteliti yang negatif seperti itu..?
Tak mahu rajin membaca kerana takut digelar budak skema atau ulat buku???
Jika kamu berperangai begitu , maka sampai bila-bila pun kamu takkan berjaya dan maju..!!!
Bejalan biarlah kedepan dan bukan kebelakang..
Jadi untuk maju, kita perlu rajin membaca tambahkan ilmu pengetahuan yang baik..
Walupun jika kita sudah tidak lagi bergelar "student" tapi kita perlu sentiasa membaca dan teruskan membca selagi hayat dkiandung badan...
Jadilah insan yang berilmu, kerana ilmu itu pelita hidup, ilmu itu penyuluh segala kegelapan dan pembawa sinar  masa depan yang lebih cerah dan cemerlang..!

********
Untuk Adik-adik yang sedang atau akan mengadapi peperiksaan, bacalah doa-doa ini:-

Ps:- Click pada image tue untuk besarkan saiznya ye..



Nota:- Entry ini adalah pandangan penulis blog ini semata-mata, gambar diperolehi dari google image..

Saturday, April 23, 2011

Pelajar Untuk Didik Dengan Niat Ikhlas Dihati, Bukan Untuk Di dera Atau Disakiti.


Ada sesetengah pelajar yang berminat keseolah tetapi takut dengan guru..
Kenapa?
Kalau tak salah buat apa mahu takut bukan..?
Ya, mungkin mereka merasa takut kerana tak siap homework yang cikgu mereka beri, tak bawa buku teks atau buku rujukan,selalu langgar perturan sekolah dan sebagainya...
Tak kurang juga yang kata takut ke sekolah sebab "cikgu tue garang lah mama"
Tapi adalah sangat mustahil untuk guru marah tanpa sebab..
Jadi sebagaai ibu bapa anda perlulah ambil tahu permasaalahan anak-anak mereka, dan jangan sesekali hanya membebanan tugas mendidik di bahu seorang guru..
Anda juga jangalah terlalu emosi atau sensitif bila anak-anak di marah atau didenda oleh guru mereka..
Sebaiknya siasat terlebih dahulu apa kesalahan yang telah dilakukan oleh anak anda itu..
Buat perbincangan dengan guru, pada saya itu adalah cara terbaik untuk menyelesaikan masaalah disciplined anak-anak anda..

****************  

Baru-baru nie ada keluar kat paper kes pelajar dipukul guru hingga menyebabkan kematian..
Pada pendapat saya, adalah sangat tidak wajar guru tersebut memukul seorang pelajar yang berusia 7 tahun selama dua jam semata-mata kerana dia melakukan kesalahan..
Ya, memang pelajar itu melanggar peraturan. Tetapi lihat dahulu umur nya..baru berusia 7 tahun?
Sila anda beri kepada saya undang-undang mana yang membenarkan kanak-kanak dibawah umur dan belum baligh di dera atau dihukum begitu sekali atas apa jua kesalahan?
Pasti tiada bukan..?
Jadi dimanakah perginya hati dan perasaan belas kasihan guru tersebut keatas pelajarnya...?
Ke mananakah perginya etika keguruan yang dipelajarinya..?
Mengapakah guru ini gagal mengawal emosinya...?
Sebagai guru anda harus ikhlas mendidik dari hati..
Mengapa saya kata begitu?
Kerana jika anda tidak ikhlas maka tidak mustahil untuk kes sebegini berlaku..
Penggunaan rotan untuk mendidik saya rasa boleh jika tujuan untuk mendidik atau membetulkan kesilapan mereka , tetapi perlulah ada batasnya..
Janganlah digunakan sewenag-wenangnya hingga mengakibatkan kecederaan kepada pelajar tersebut..
Rotan jangan hingga meninggalkan kesan ditubuh badan, cukup sekdar mereka berasa serek melakukan kesilapan..

****************


Seorang guru juga tidak seharusnya mengeluakan kata-kata yang kurang sopan apabila marah terhdap pelajarnya...
Jadilah guru yang boleh menjadi contoh tauladan yang terbaik kepada anak didik anda semua..
Kelak anda akan disenangi, disegani dan disayangi oleh para pelajar malah dihormati oleh keluarga mereka dan masyarakat....

Nota:- Ini hanyalah pendapat penulis blog ini sahaja. Gambar adalah ehsan dari google image
Kamu bolehlah membaca entry sebelum ini disini Guru Untuk Di Hormati Bukan Untuk Di Gusti...

Wednesday, April 20, 2011

Guru Untuk Di Hormati Bukan Untuk Di Gusti...


Sebagai pelajar atau anak murid kita sepatutnya menghormati guru yang mendidik kita...
Sepatutnya sebagai pelajar mereka perlu tahu menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru di sekolah...
Seorang pelajar bagi pendapat saya adalah tidak wajar untuk memberi tekanan atau penderaan secara mental dan fizikal kepada guru..


Jika seorang guru mengajar didepan sepatutnya kamu memberikan tumpun dan perhatian sepenuhnya..
Jika dia meminta kamu untuk menjawab soalan yang di ajukan, maka kamu wajar memberikan jawapan yang tepat lagi bernas..
Jika kamu tidka pasti jawapan  yang sebenar, pada saya tidak salah kamu mencuba menyelesaikan soalan tersebut..
Sekurang-kurangnya kamu berani mencuba dan itu menunjukkan kamu menghormati guru kamu..
Jika kamu kurang faham atau tidak faham langsung tentang sesuatu topik yang di ajarkan, adalah sangat perlu untuk kamu bertanya kepada guru kamu...
Kamu juga perlu memberikan respon (tindak balas)  terhadap setiap topik yang diajarkan. Iaitu janagan hanya diam membatu tanpa bertanya sebarang soalan sedangkan kamu tidak faham atau jangn pendam kan sahaja idea atau pendapat yang sepatutnya kamu kongsi bersama guru dan rakan-rakan sekelas yang lain

Sekiranya kamu terlihat guru kamu sedang mengangkat buku-buku atau barang-barang, rasanya tidak salah kamu membantunya mengangkat barang-barang tersebut.
Ini bukan bertujuan untuk mengampu atau mem "bodek"..
Tapi ini lebih kepada mengahargai jasa mereka dan menghormati mereka..
Apalah salahnya kamu menghulurkan sedikit sumbangan tenaga kamu yang tak seberapa itu kepada seorang guru yang telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk mendidik kamu..


Tapi sayangnya...kenapa apabila guru sedang mengajar di depan kamu tidur, berkhayal, menconteng, membuang masa, berbual-bual....?
Tidak kah kamu tahu akan perasaan guru yangsedang mengajar kemudian anak didiknya berkelakuan begitu..?
Jadi hormatilah dan hargailah jasa dan pengorbanan mereka..

_Jangan Pernah Buat Guru Rasa Kecewa_
Akhir kata dariku buat adik-adik sekalian..
Hormatilah dan hargailah jasa dan pengorbanan guru adik-adik..
Belajar lah rajin -rajin dan fokus ketika guru sedang mengajar dan jangan lupa akan nasihat dan tips-tips yang telah diberikan oleh guru..
Last But Not Least
Jangan Buli Guru-Guru Anda!!!

Nota:- Topik ini adalah hanya pendapat dan pandangan penulis blog ini. Segala gambar adalah ehsan dari google Image. 


Thursday, March 24, 2011

Apa Halatuju Adik-Adik Sekalian Selepas SPM.....?


Hai adik-adik ku sekalian...
Macam mane result SPM..?
Di kesempatan ini, akak (er...tua dah ek...huhuhuhu..) nak ucapakan tahniah buat adik-adik semua yang lulus cemerlang dengan jayanya...
Dan juga buat adik-adik yang resultnya kurang memuaskan, janaganlah bersedih dan bermuram durja sahaja...Jangan pernah berputus asa ye...
Adik-adik masih muda lagi..
Masih banyak lagi peluang di luar sana untuk adik-adik rebut..
Siapa tahu lepasn nie adik akan menjadi individu yang lebih berjaya berbanding rakan-rakan adik yang mendapat straight A tue..
Jadi janganlah sedih sangat ye..
Adik masih boleh cuba sekali lagi jika adik mahu...
Terdapat banyak juga peluang untuk adik-adik melanjutkan pelajaran..
Terutama di bidang teknikal yang semakin kritikal..
Tahu tak adik bahawa hanya mendapat A pada slip peperiksaan tidak menjamin untuk mendapat kerjaya yang menjamin masa depan..
Ianya juga harus diiringi dengan kemahiran melakukan sesuatu tugasan, kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi..
Lapangan kerjaya pada zaman  ini memerlukan seseorang yang mempunyai akademik dan kemahiran-kemahiran teknikal dan analitical yang baik...
Jadi teruskan usaha mengejar impian adik tue ye..
Dan jangan pernah lupa berdoa kepada Tuhan Yang Maha Kuasa...


Nie akak dah list kan tempat-tempat yang adik-adik leh mohon untuk further study...nie baru cikit jer tau..
Nak list semua banyak sangat nanti.... :p



Sebelum membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi, adik-adik bolehlah menyemak status akreditasi isntitusi dan kursus-kursus yang ditawarkan di sini:-



Akhir kata, semoga adik-adik semua berjaya...(^_^)


Tuesday, February 16, 2010

Coretan rasa di awal tahun

Sudah agak lama rasanya saya tidak mencatit apa-apa coretan rasa di sini. Permulaan tahun baru 2010 pada Januari lepas adalah seperti biasa bagi saya. Sepatutnya pada 5hb Jan 2010 saya sudah mendaftarkan diri sebagai pelajar jurusan Diploma Teknologi Pembuatan (CAD / CAM) di IKBN Pagoh, tetapi malangnya saya tidak dapat meneruskan cita-cita saya untuk bergelar seorang jurutera dan menetap di Jepun bagi melanjutkan pelajaran atau bekerja di bumi matahari terbit tersebut. Saya terpaksa melupakan cita-cita saya dari kecil adalah kerana masaalah $$$$.....



Sebenarnya ini merupakan kali kedua saya telah menolak tawaran untuk menyambung pelajaran di IKBN dalam bidang yang sama. Nampaknya rezeki saya memang tiada dalam bidang ini. Tak mengapa, saya perlu tabahkan hati dan kuatkan semangat mungkin ada hikmah disebaliknya atau mungkin saya akan mendapat peluang yag lebih baik. Sesungguhnya Allah S.W.T mengetahuai apa yang terbaik untuk hamba-Nya yang kerdil dan tidak berdaya seperti saya ini.



Tak mengapa cita-cita tetap harus diteruskan. Kadang-kala tak semestinya apa ynag kita nak kita dapat, tetapi apa yang kita dapat kadang kala lebih sesuai dengan kemampuan diri dan lebih baik dari apa yang kita nak. Berdasarkan prinsip tersebutlah menjadikan saya seorang insan yang berhati cekal dan tak pernah sesekali mengalah atau menyesali apa-apa jua yang telah berlaku. Kerana pada saya, sesuatu yang telah berlaku sudah pasti kita tak boleh berpatah balik. Kita haruslah meneruskan hidup ini dengan sabar dan tabah dan pada akhirnya kejayaan pasti milik kita jika kita tak lekang berusaha dan berdoa. Mungkin satu hari nanti saya dapat juga menjejakkan kaki ke Jepun walaupun bukan untuk melanjutkan pelajaran atau bekerja tapi mungkin sebagai pelancong sahaja. Mungkin walaupun ketika itu usia saya sudah mencecah 70-80 tahun sekalipun saya tetap akan berasa gembira sekurang-kurangnya saya dah dapat pergi tempat paling saya impikan dalam hidup selain daripada Kaabah di Mekkah.





Akhirnya, pada penghujung Januari yang lalu saya telah pun mendaftar sebagai calon persendirian STPM dan MUET bagi sesi tahun 2010. Setelah berfikir semasak-masaknya dan mempertimbangkan segalanya saya akhirnya telah nekad membuat keputusan ini. Saya juga telah membeli buku-buku rujukan dan latihan serta buku-buku khas untuk membuat latihan dan nota. Sekarang saya telahpun memulakan proses menteelaah dan mengulangkaji pelajaran setiap hari bergantung pada jadual yang telah saya buat.

Saya telah mengambil keputusan untuk memilih mata pelajaran yang pernah saya pelajari semasa belajar dalam jurusan Sijil selama 2 tahun di Politeknik. Jadi mungkin anda sangka agak mudah bagi saya menyesuaikan diri. Tapi sebenarnya ianya tak lah semudah itu. Ini adalah kerana saya perlu mentelaah semula mata pelajaran tersebut dengan lebih teliti dan memahaminya dengan lebih mendalam. Oleh itu, saya perlulah giat berusaha untuk mempertingkatkan dan menambah ilmu di dada.



Saya percaya bahawa “Untuk mendapatkan apa yang kita nak, kita mesilah sanggup berkorban masa,tenaga, minda dan wang ringgit asalkan pengorbanan kita itu tidak menyalahi undang-undang Agama dan Negara”. Saya juga haruslah “Berusaha tanpa pernah mengenal erti payah, jemu dan putus asa jika mahu berjaya pada masa hadapan”. Saya perlulah “Menempuhi segala cabaran, halangan dan rintangan yang mendatang dalam bentuk apa jua sekali pun dengan hati dan minda yang tabah, sabar dan cekal serta berani menempuhinya.”



Ramai rakan-rakan seangkatan di Politeknik telah menyambung pelajaran pada peringkat Diploma di Politeknik. Tapi saya tidak dapat berbuat demikian kerana faktor-faktor $$$$. Tak mengapa, sekarang saya perlu belajar bersungguh-sunggguh dan dalam masa sama mencari pekerjaan serta bersedia membahagikan masa dengan kerjaya dan tanggungjawab kepada ibu bapa. Kepada rakan-rakan saya doakan kalian semua berjaya mendapat apa yang kalian impikan dan berjaya dalam pelajaran serta kerjaya, bahagia disamping keluarga dan orang-orang yang disayangi. Kenang daku dalam doamu, “See u D IPT”

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...