Translate

Friday, September 30, 2011

Puisi:- Peliharalah Hati Kita



Didiklah hati kita agar bersyukur dengan segala apa nikmat kurnia dari Nya
Didiklah hati kita agar bersabar dalam menghadapi segala dugaan dalam hidup ini...
Didiklah hati kita agar terus tabah dan kuat menghadapi hari-hari yang mendatang..
Jagalah hati kita dari perasaan dengki dan iri hati..
Jagalah hati kita dari mahu mengumpat dan mengeji..
Jagalah hati kita dari terus-terusan memandang serong keatas orang lain..
Jagalah hati kita dari bisikan-bisikan iblis yang tak pernah berhenti..
Jagalah hati kita dari hawa nafsu yang membelenggu diri..
Pelihara lah hati kita agar sentiasa mengingati mati..
Agar kita tak leka dan tersasar dari landasan hidup yang hakiki...
Peliharalah hati kita supaya sentiasa mencintai Allah melebihi cinta kepada dunia yang sementaara ini..
Kerana kita pasti meninggalkan dunia ini, dan akhirat jualah tempat yang abadi..
Asuhlah hati kita agar lebih mencintai Allah berbanding manusia yang di sayangi di dalam hati..
Kerana manusia itu boleh pergi, meninggalkan kita dengan kelukaan yang tak bertepi..
Ajaklah hati kita agar sentiasa merenungi semula segala kekhilafan diri..
Agar kita dapat memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik selepas ni...
Ajaklah hati kita supaya sentiasa bermuhasabah diri,
Suapaya kita tak terus hanyut dalam ke asyikan dunia dan tidak terus tenggelam jatuh ke lembah yang hina.. 
Jika kita menjaga hati kita ini sebaik mungkin, maka kita juga menjaga hati-hati insan lain di sekeliling kita..
Jika kita  berjaya memelihara hati kita itu bermakna kita menjaga Agama kita..


~Puisi ini adalah hasil nukilan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang bentuk penerbitan semula adalah di larang. Hak cipta terpelihara..

Ps:- Aku adalah seorang insan yang lemah dan aku akui aku bukanlah seorang yang "sempurna".Tapi aku berjanji untuk berubah menjadi lebih baik dan belajar untuk menjadi "sempurna". Aku akui aku juga banyak membuat kesilapan selama 23 tahun aku hidup di dunia ini. Lantas itu izinkan aku memohon jutaan ampun dan maaf  kepada kamu semua jika ada terguris hati / perasaan / tersilap tingkah atau kelakuan aku..Maafkan aku..Andai esok aku pergi, andai esok aku sudah tiada lagi..Aku mohon kamu memaafkan aku...Dan bagi aku kamu semua adalah sahabat baut aku selamanya...

Terfikir nak tulis begini selepas kejadian beberapa hari lepas:- Driving.. ia benar-benar membuatkan aku terfikir, apa akan berlaku pada diri ini jika aku meninggal pada usia muda ini? Adakah aku sudah cukup bersedia? Adakah amalanku sudah cukup untuk aku menuju kesana..?

~Maaf sebab menggunkan kata ganti "aku" berbanding "saya" yang sering kali di gunapakai dalam penulisan picisan ku di laman blog ini.~

Thursday, September 29, 2011

Poetry:- Always Be Positive...


If other people said that you can't,
Just ignore its, Be strong and prove that they was wrong,
If other people said that you are ugly,
Just remember that's everyone has there own beauty,
If other people try to said anything bad about you ,
Just take it easy,
What ever people want to judge you let them be,
Please keep smiling and take it as positive way,
Prove it, what ever that they said won't make you down,
All you should do is keep trying and keep praying to Allah,
So then, you will be a success person in your life..
Always be strong and be positive!




"Call me stupid, won't make you smart,
Call me brainless, won't make you genius,
Call me ugly, won't make you beauty,
Call me nerd, won't make you cute,
Said anything bad about me, won't make me down,
Coz I will prove it that some day I will be more succeed than you!"
~ Feb, 2002- My own Personal Diary~


Note: This poetry made by my self, the owner of this blog. Copyright Protected..

Ps:- Teringat balik poetry nie, walaupun diari nie dah kena bakar..huhu...Ok mari kita dengar lagu nie:-


Semoga lebih  bermotivasi!


Wednesday, September 28, 2011

WW 10# :- Encik Romantik Vs Cik Cerewet


~Click untuk tumbesaran~



Ps:- Credit Gambar , google image..

Tuesday, September 27, 2011

Bertolak Ansur Di Jalan Raya

Hai Semua...
         Seringkali kita dengar nasihat supaya memandu berhati-hati, atau pandu cermat jiwa selamat...Jangan memandu laju-laju, patuhi arahan jalan raya..Semua nie katanya boleh elakkan kemalangan..Hurm..tapi kalau kita jer yang memandu berhati-hati tapi pengguna jalan raya yang lain masih tak ikut undang-undang + pentingkan diri sendiri maka tak mustahil kes kemalangan makin meningkat...


~Perempuan kalau drive memang tak bagus...cuba tengok macam aku nie macho jer beb drive laju-laju pun.Ini baru di namakan cekap memandu..~

       Dalam entry ni saya akan berkongsi pandangan sebagai pemandu yang berulang alik pegi balik kerja sejauh 34km sekali jalan, jarak pegi balik kerja pegi dalam 68 km .Ya tiada pilihan lain untuk pergi kerja melainkan driving...Ini adalah luahan hati dan pendapat seorang gadis kecil (ya saya kecik, tak tinggi..sebab tuelah umur dah 23, ramai yang cakap namapk macam budak umur 16 / 17 tahun...huhuhu..=,=  ) yang baru driving secara rasminya selama lebih kurang 7 bulan...Ya, baru 7 bulan driving secara rasmi , walaupun dah dapat lesen dari tahun lepas...Memandu secara rasmi pun setelah memiliki kenderaan sendiri, kalau nak pinjam kereta orang memang tak lah..sebab tak berani, kalau calar ke ape kang susah lak kan....Masa baru beli kereta pun penakut nak drive..ehehe..

    Saya rasa bersyukur sebab selamat dari kecelakaan semalam...Semalam masa pulang ke  rumah, saya memang pening kepala tahap maksimum. Macam nak pengsan pun ade. Saya cadang nak drive dalam keadaan tenang jer, biar slow asal selamat..Tapi saya rasa "bengang" tahap melampau bila ada kereta kat belkang dok beam- beam lampu besau..Haishh..saya drive kat line kiri,iaitu line slow..tapi walaupun pening, saya drive takdelah slow mana, 80-90km/j..kira ok lah tue kan..tak laju, tak slow..benagang sangat sebab kereta tue tak masuk line kanan, dan asyik follow kereta saya jer..Geram punya pasal, dan tak tahan mata silau kena lampu keta dia, saya terus dirve laju sikit dalam 120-130km/j..Yeah..akhirnya berjaya "lari" dari kereta tue..Sampai kat tol dah ok lah sikit pening kepalanya..

~Silau mata kalau kena lampu selalu...huuu~

    Bila dah sampai kat satu kawasan perindustrian pulak, masa tue saya drive 60 km/j jer..lagipun takde kereta yang sibuk tayang lampu besar..So bolehlah memandu dengan senang hati..kat radio tetibe jer ada lagu nie "If I die young,bury me on satin, Land me down on the land of roses..." kemudian muncul tereller besau keluar dari simpang tak toleh kiri kanan terus keluar selaju-lajunya..Nasib baik sempat elak ke kanan, dan nasib baik kat kanan takde kereta..kalau tak...kalau tak...Kamu pikir lah sendiri ye...Mungkin hari nie saya dah Arwah ..

        Itu kes semalam petang, sebenarnya selalu jer jumpa pemandu yang macam nie..Keluar simpang tak toleh kiri kanan, u-turn kat tempat yang tak boleh u turn, parking kat tempat tak leh parking, drive  motor slow macam siput sedut tapi duduk line kanan..Ye saya tau motor dia tue besau macam dalam cerita maria-mariana tapi tak yah lah nak feeling jiwang bila tengah drive ye..kalau nak feeling sangat duduk line kiri..Ada pulak yang jalan kaki spesis suka berborak dengan kawan-kawan.. jalan lengang lenggok  ramai-ramai sampai 3-4 orang padahal jalan tue dahlah sempit dia pegi halang lagi..haisshhh..Ada kes, dia nak masuk lorong kita, kita pulak nak kena bagi dia laluan..patutnya dia tunggu kita,dah lah tak bagi signal siap hon kuat-kuat..Macam kereta dia jer ade hon..Ada pulak kes yang letak lampu yang macam  kelip-kelip dekat no plat kereta..Nie mesti kes nak elak dari kena kamera speed trap ar tue..tapi tahukah anda ianya sangatlah menyilaukan mata orang lain..
~Akulah pemandu yang paling "bagus sekali". kereta aku, suka aku lah nak drive macam mana pun..lantak lah nak ikut peraturan ke tak ..kalau accident pun  kereta aku, buka kereta kau..! lagipun kat rumah aku ada beerlambak lagi kereta kau tau tak..Kau ada..????~

      Kadang-kadang rasa sangat pelik dengan sesetengah kereta yang suka bukak lampu besau walaupun baru pukul 6 petang, ada tue tengah-tengah hari pun bukak lampu besar..Tapi bertambah pelik bila hari hujan lebat dia taknak bukak lampu..Ada yang spesis lampu merah main langgar jer, ada pulak yang jenis suka block jalan orang..Even lampu dah hijau semua kenderaan still tak leh nak bergerak  sebab kereta dia kepung jalan..Lepas tue buat muka selamba badak jer kan...yang jenis tak nak bagi signal tak yah cakap, memang hari-hari jumpa..Ada pulak yang jenis dah lah tak bagi signal, lepastue terus parking dekat simpang jalan kemudian terus bukak pintu dan terus lari dapatkan awek yang merajuk! Yang driving sambil mesej dan sambil bertelifon tak payah nak cerita lah tue memang dah jadi lumrah dah kot..Ada pulak yang drive laju-laju lepastue break kecemasan dan bukak lampu kecemasan..ingatkan si driver tue sakit ke ape, rupanya tengah bergaduh dengan awek..
~Driving nie adalah terapi untuk hilangkan stress, tapi kadang - kadang boleh betambah  tambah stress kau..~

      Semua perkara nie memang membuatkan saya rasa macam nak kena heart attack..Di akui juga, di kala memandu nie kita perlukan kesabaran yang sangat tinggi. Pendapat saya, kemalangan boleh  di elakkan atau di kurangkan jika kita semua yang menggunakan jalan raya nie bertolak ansur dna bekerjasama. Tak kira lah kereta kamu buatan seberang laut ke buatan dalam laut ke atau buatan tempatan ke, kita semua bayar cukai jaln tiap-tiap tahun kan..? Jadi kita semua kenalah bertanggungjawab dengan keselamatan jalan raya. Jangan memandu dalam keadaan marah, bengang , emosi tak menentu. sebab itu semua boleh mengakibatkan kemalangan..Jangan memandu dalam keadaan tidak sihat dan mengantuk, dapatkan tidur dan  rehat yang mencukupi, paling penting sekali ialah jaga kesihatan..Dan tolong jangan bergaduh ketika memandu. Anda memandu selamat, bermakna anda menyelamatkan nyawa orang lain..Sayangi nyawa anda dan pengguna jalan raya yang lain.....(^____^)



      Ps:- Entry ini adalah pendapat penulis blog ini. Credit gambar kepada Google Image..

Monday, September 26, 2011

Hentikan Penderaan Terhadap Lelaki, Hormatilah Mereka

Hai semua...Selamat Pagi...(^___^)

~Teruk kena dera sampai macam ginie sekali..Fuhh..Kejam Sungguh~

    Ok, topik hari ini adalah pasal lelaki kena dera, atau lebih tepat lagi adalah kes suami yang kena dera oleh isteri...Semalam masa dok belek-belek paper kemudian terbaca berita pasal kes dera suami nie dah makin meningkat..Sebelum nie  pun ada jer kes suami kena belasah , suami kena simbah asid..Haisshh..Parah tue..Apakah isteri-isteri zaman moden nie sudah hilang respect dekat suami masing-masing...? 

~Dia tak pernah hormat aku, di mata dia aku hanya semut merah tak berharga!~

      Wanita-wanita sekalian, tolonglah hormati suami kamu. Walaupun pendidikan kamu lebih tinggi, pekerjaan kamu lebih bagus, taraf hidup kamu lebih high class,gaji kamu lebih besar, kamu lebih berharta dan lebih itu  serta lebih ini berbanding suami kamu, tolonglah jangan jadikan itu semua sebagai alasan untuk tidak menghormati mereka hinga sanggup  meninggikan suara atau berkasar secara fizikal (dera) kepada mereka.

~Sedih + trauma dengan sikap wife sendiri yang suka belasah I!~

                 Para wanita sekalian jika kamu dapat mengetahuai suami kamu mahu berkahwin lain sekalipun maka itu jangan lah di jadikan alasan untuk kamu tidak menghormatinya. Ya, memang mana ada wanita yang benar-benar rela bermadu, pasti akan timbul emosi marah + sedih. Tapi cubalah kawal emosi kamu itu (sedaya upaya) dan jangan sampai kamu nanti menjadi isteri yang derhaka pula. Lagipun apa yang kamu dapat jika kamu mendera mereka..? Rasa puas sebab dapat luahkan rasa marah yang terbuku di hati..??? Berfikirlah sebelum bertindak, apa akan jadi jika kamu pula di tahan dan di dapati bersalah kerana mencederakan / mendera atau membunuh suami kamu sendiri..?

       Jangan pula kamu berpegang pada kata-kata ini " Biar putih tulang jangan putih mata". Hingga menyebabkan kamu sanggup melakukan penderaan fizikal sehingga mengakibatkan kecedaraan yang teruk lantas membawa kepada kematian  suami kamu sendiri. Semua in kamu lakukan kerana kamu tidak sanggup kehilangannya atau atas dasar cemburu dan tak sanggup berkongsi kasih. Ya, daripada berkongsi kasih atau terpaksa berputih mata melihat dia bahagia bersama wanita lain adalah lebih baik dia di bunuh sahaja. Baru puas hati! Yeah, kemudian akibatnya kamu pula ke tali gantung...? Apa  pula nasib anak-anak kamu nanti..?
Cubalah berfikir secara rasional, walaupun kamu sedang marah.


♥ ~


        Lelaki yang macho dan budiman takkan pernah mendera isteri atau kanak-kanak. Mereka takkan sesekali mengasari wanita atau kanak-kanak malah mereka akan melindungi mereka-merea ini dari mara bahaya dan unsur yang tidak baik. Lelaki yang macho juga tidak akan sesekali membenarkan diri mereka terus-terusan dianaiaya dipijak mahupun di dera. Jika hal ini terjadi, maka dia adalah lelaki yang gagal, iaitu gagal medidik dan membimbing isteri nya menjadi isteri yang solehah.

     Isteri yang baik adalah isteri yang solehah. Dia juga sentiasa taat, patuh dan hormat akan suaminya dan tidak pernah merungut atau memperkecil-kecil kan kedudukan dan credibility  suaminya. Dia juag tidak akan pernah sesekali mebuka aib  suaminya serta sentiasa menjaga air muka suaminya. Malah dia juga akan sentiasa menjaga hal ehwal rumahtangga dan anak-anak dengan baik dan teratur tanpa pernah merungut dan mempertikaikan tanggungjawab yang di pikulnya. Isteri yang baik akan sentiasa setia berada di samping suaminya di kala susah ataupun senang, di kala sihat mahupun sakit.

Nota:- Entry ini adalah pandangan penulis blog ini.Credit gambar kepada google Image.

Ps:- Sebelum ni saya pernah buat entry pasal kes dera  disini:-


Saya cuma berharap isu dan kes-kes dera akan berakhir. Jadilah kita manusia yang penuh perasaan kasih sayang dan saling hormat menghormati. Maka dunia ini akan aman dan sejahtera.


pps:- Orang yang menulis entry / tuan punya blog ini sangat suka menonton filem-filem aksi yang banyak babak gaduh, tumbuk sana sini, babak babakaperang serta tembak menembak.Serta sangat suka menonton rancangan gusti, malah ahli gusti yang di minati adalah undertaker..Senang cerita memang suka tengok rancagan yang banyak babak kasar dan ganas. Ya, sangat minat juga dengan bola sepak dan Formula 1, pasukan kegemaran adalah  Manchester United dan McLaren Mercedes . 

Oh ya, future husband yang saya belum tahu awak siapa dan saya belum jumpa lagi (tak tahu lagi bila akan  berjumpa, eceh ayat tak boleh tahan..huhuhu...), tolonglah jangan takut dengan saya! Saya bukan pendera.Saya janji, saya takan dera awak..ehehehe...(^___^)

Sunday, September 25, 2011

Bilangan Anak Luar Nikah Bertambah, Nak Salahkan Siapa???



Hai semua....

~Bayi yang  tak berdosa~

Terfikir untuk buat entry pasal nie, lepas terbaca dalam sebuah akhbar pada hari jumaat lalu yang berbunyi begini:-


Kuala Lumpur:-Sebanyak 230,000 kes membabitkan pendaftaran anak tidak sah taraf (anak luar nikah) di rekodkan Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) sejak 2006 hingga tahun lalu atau nilai purata di catatkan  57,500 bagi setiap tahun. -Harian Metro, Jumaat 23 Sepetember 2011


    Satu angka yang di kira sangat memeranjatkan...57,500 setap tahun, itu yang didaftarkan, bagaimana pula yang tak berdaftar? Jadi nak salahkan siapa?


              Pendapat saya, isu begini tak perlu di pandang sepi atau mudah. Kerana ni adalah isu yang sangat-sangat serius dan membawa ancaman buruk juga kepada negara. Rasanya kempen-kempen supaya mengurangkan isu gejala sosial, pendidikan di sekolah dan IPT  tidak mencukupi jika tiada pemantauan di rumah. Pada hari ini, ibu bapa sibuk bekerja, maka tak mustahil anak-anak yang terabai akan cuba mencari hiburan alternatif tersendiri. Zaman sekarang semua benda boleh di peroleh di hujung jari. Ia, sekarang zaman IT. Jadi pemantauan ibu bapa amatlah perlu. Jika kamu search sahaja di ejin carian ,maka pelbagai maklumat akan terpapar, ada yang baik dan ada yang sebaliknya. Kadangkala kita mahu mencari sesuatu yang berkaitan tentang pelajaran, tetapi apa yang terpapar adalah sebaliknya, iaitu bahan-bahan lucah.


         
           Apa akan jadi jika budak-budak bawah umur yang melihatnya, lantas terpengaruh? Zaman sekarang Handphone semuanya canggih boleh masuk internet, boleh bluetooth file-file, maka tak mustahil mereka akan terpengaruh dengan persekitaran kawan-kawan yang gemar men download bahan terlarang. Pengaruh media-media seperti suartkhabar, majalah, tv juga memberi impak yang besar. Media-media seperti ini boleh di bendung dengan adanya tapisan, tetapi tidak internet. Kerana internet tidak ada langsung tapsan. Maka disini lah tanggungjawab orang dewasa untuk menapis dan membuat pemantauan terhadap anak-anak.Jadi tak mustahil bila ada kes-kes seperti pelajar ber uniform sekolah tetapi tanpa segan silu merakam aksi berzina nya sendiri.



        Buat benda tak senonoh atas dasar apa? cinta atau kasih sayang??? Tolong lah, cinta dengan zina tue adalah dua perkara yang berbeza! Gadis-gadis sekalin tolonglah jaga dan pertahankan  kehormatan diri kamu berbanding cinta yang tak kemana tue. Kalau pasangan kamu mahu bukti cinta dari kamu, dan katanya kamu perlu serahkan tubuh badan kamu kepadanya sebagai bukti cinta, itu bukan cinta, itu adalah nafsu! Tolonglah jangan mudah sangat terpengaruh dengan perhatian, kasih sayang, muka handsome, duit banyak dan sebagainya  demi menghalalkan perbuatan terkutuk itu.


        Kalau dia kata hanya mahu geli-geli (bersembang perkara yang lucah) sekadar di telefon atau chat sahaja, dan dia kata "alah tak luak pun lah.." Tolonglah jangan terpengaruh. Memang mula-mula sekdar geli-geli di telifon, tetapi kemudian pasti akan terus melarat buat perkara tak senonoh itu apabila berjumpa. Maka eloklah kamu tinggalkan sahaja jika pasangan kamu bersikap seperti itu. Kerana ini jelas menunjujkkan dia bukan lelaki yang baik. Lelaki yang baik, tidak pernah menagajr kekasih hatinya membuat perkara tidak senonoh, malah dia akan melindunginya dari pengaruh yang buruk.  Lelaki yang benar-benar cintakan kamu tidak akan meniduri kamu selagi kamu bukan lagi isterinya yang sah.



   Kamu para gadis, tolonglah jadi lebih garang  dan tegas bila berdepan dengan jantan-jantan miang seperti itu. Tolong tetapkan pendirian dan jangan mudah terpengaruh dengan pujuk rayu mahupun janji manis nya dia yang lebih manis dari madu itu. Kamu para gadis tolonglah jangan sesekali izinkan lelaki buat ringan-ringan ke atas diri kamu. Ingatlah tak perlu untuk kamu peluk,cium atau buat love bite dan sebagainya demi membuktikan rasa sayang dan cinta selagi mana kamu belum bernikah. Itu semua adalah pengaruh nafsu. Dan jika kamu berdua sudah sampai satu tahap wajib berkahwin. Maka adalah lebih baik kamu bernikah sahaja demi mengelak berlakunya perkara-perkara seperti ini. Tak salah bernikah pada usia muda jika kamu sudah bersedia dengan segala tanggungjawab, dan itu adalah lebih baik dari kamu buat perkara terkutuk seperti berzina.

Oh ya, saya juga pernah buat entry seperti ini, di sini:-

Entry ini adalh pandangan penulis blog ini, kredit gambar kepada google image..

Saturday, September 24, 2011

Perempuan Memang Sukar Di Fahami...???


Hai Semua...


     Kenapa hati seorang perempuan itu begitu halus dan lembut walaupun dia kelihatan kasar dan berjiwa kental..? Kenapa perempuan begitu cerewet ...? Kenapa perempuan sangat sensitif sampai perkara remeh temeh pun nak pikir..? Kenapa perempaun suka "Double Meaning"...? Kenapa? Kenapa...? Ok saya akan cuba ulas mengenai hal ini di dalam entry ini.



          Cara berfikir dan percakapan seorang perempuan dan lelaki memang berbeza. Seorang perempuan tak kisah untuk berkongsi rasa hati dan perasaan dengan orang lain, tapi tidak bagi lelaki..Kenapa? saja nak tarik perhatian nak cari publisiti mahupun simpati ke..? Bukan, ini memang lumrah sifat semula jadi perempuan, perempuan suka berkongsi pendapat  atau berbincang mengenai pakwe, tunang atau suami mereka dengan rakan perempuan yang lain, ada juga yang gemar berkongsi rasa sedih di laman social milik mereka..Ianya bukanlah sesuatu yang pelik bila seseorang  perempuan tue  kecewa dan terus update status begini:-

"I Hate my ex, dia tue kaki belit, kaki betina...etc etc.."
"Geram gila bila I dapat tau dia curang..! Rasa puas sangat hati bila dapat bertumbuk dengan perempuan miang tue...Dasar perampas.!!!."
"Kecewa dan sangat sedih dengan sikap dia...I need  a shoulder to cry on...(T___T) "

      Sangat jarang kita lihat dekat laman social atau blog milik lelaki bercerita mengenai hati dan perasaan. Kenapa mereka nie tak peka ke..? Bukan begitu...Mereka tak tulis secara langsung bukan bermakna mereka tak peka atau curang.Tapi memang lumrah lelaki lebih suka berfikir atau bercakap mengenai perkara-perkara yang penting berbanding yang remeh temeh..Lelaki suka berfikir dan bersembang topik-topik mengenai hal-hal yang berkaitan politik, kenegaraan, ekonomi, kenaikan harga barang, isu kat tempat kerja, isu global dan sebagainya...Kerana mereka di lahirkan sebagai pemimpin, maka dengan itu secara semula jadi mereka akan suka ambil tahu hal-hal  seperti ini.


     Bagi seorang perempuan lelaki perlu jadi lebih peka, perlu ingat tarikh birthday, tarikh aniversary, dan macam-macam tarikh-tarikh lagi lah..Kalau tak ingat maka akan dikatakan lelaki ini tidak peka, kurang prihatin atau memang tak sayang kat mereka! Bagi seorang perempuan lelaki perlu selalu cakap atau tunjukkan rasa cinta dan kasih sayang kepada mereka..Tak kira lah lelaki tue sibuk macam mana pun, mereka perlu bagi perhatian kat perempaun yang ada dalam hati mereka..Kalau tak , di katakan mereka memang tak sayang, tak romantik, tak guna dan tak peka. 
               
                  Sebab tuelah, ada jer kes-kes isteri curang.Semuaya sebab apa? Harta semua dah cukup, rumah besar, kereta besar, anak-anak comel, suami handsome + kaya + penyayang...Tapi kenapa mesti ada lagi kes wanita yang pasang "anak ikan" atau gigolo dan sanggup belaku curang...?Jawapannya satu jer, kurang perhatian dan kasih sayang dari suami. Maka akan timbul rasa sunyi, sepi dan bosan...lantas mencari pasangan konon sekadar sebagai peneman bersembang atau menghibur hati yang sunyi tetapi kemudiannya terlanjur hingga melakukan perkara tak senonoh..Jadi di sini duit dan harta bukan lah segala-galanya dalam menentukan kebahagiaan, tapi tak di nafikan duit memang penting untuk kehidupan. Jadi kamu lelaki, kenalah pandai bahagi masa antara kerjaya dan keluarga.Walaupun sesibuk mana kamu dengan kerjaya atau business jangan pula kamu abaikan isteri dan anak-anak. Jangan lupa beri mereka kasih sayang dan perhatian serta yang paling penting pembangunan dari segi pendidikan rohani (keagamaan). 


    Perhatian yang di minta bukan maksud perempuan nie mengada-ngada atau terlebih gedik + terlebih manja..Perhatian tue cukuplah sekadar bertanya khabar, bersembang, luangkan sedikit masa bersama dan bersiar-siar, dan sekali sekala berilah hadiah sebagai penghargaan...Hadiah tak smestinya kena mahal dan berjenama yang penting kena ikhlas dari hati. Walaupun kamu cuma bagi dia sekuntum bunga yang kamu petik kat rumah sendiri itu sudah cukup membuat kan dia tersenyum semula. Jadi adakah susah snagat nak memahami seorang perempuan...? 

          Zaman sekarang nie semuanya dah canggih, jika jarak kamu jauh dan kamu sibuk tu bukanlah alasan untuk kamu langsung tidak menghubunginya. Kamu boleh sms, gunaan medium seperti chat, facebook atau twitter atau lain-lain lagi untuk berkomunikasi. Komunikasi itu sangat penting untuk mengekalkan sesuatu perhubungan.. Dan kamu lelaki perlulah menjadi pendengar yang setia buat gadis yang bertakhta di hati kamu. Iaitu jika dia ada masaalah maka kamu dengarlah lah masaalahnya dan berikanlah dia nasihat atau teguran secara baik. Perempuan sangat suka akan lelaki yang perihatin. Bila dia ada masaalah jadi lah orang yang pertama membantunya, bantulah terdaya yang kamu mampu dan paling penting jangan lupa berikan kata-kata semangat dan nasihat kepada dirinya.


    Apabila seseorang perempuan tue minta putus atau minta cerai, kadangkala bukan bermakna mereka memang nak kan perpisahan. tapi apa yang mereka inginkan ialah perhatian. Kedangkala gadis aan menjadi terlebih emosi apabila menegtahuai leaki yang bertahkta di hatnya bermain kayu tiga dan menipu dia. KAdangkala mereka minta putus sebab saja nak uji kamu, kamu syaang kan dia ke tak, kamu akan pujuk dia ke tak kalau dia cakap nak putus..Err...Tapi kenapa mesti nak doble meaning sampai macam tue..? sebab [erempuan memang suka ber double menaning..Suka sorokkan apa yang ingin disapaikan, kiranya ada maksud yang tersirat di sebalik yang tersurat...Jadi apa yang penting ialah kamu, kena jadi lebih peka dan perihatin bila berdepan dengan perempuan.


Entry ini, hanyalah pandangan picisan dari penulis blog ini.Credit gambar :-google image

Thursday, September 22, 2011

Istimewa Sangat Ke Perkataan "Abang" Tue...?


Hai semua...


~Dulu mase zaman sekolah menengah sangat minat kat dia nie..! 
Nama dia Orlando Bloom...hehee..~

       
        Teringat nak buat entry pasal nie bila teringat balik pertanyaan saya pada mak masa umur saya 10 tahun, macam nie soalan tue:-

"Mak, kenapa orang melayu panggil suami dia abang..?"

   Dari kecik lagi persoalan pasal nie ada kat dalam kepala, smapai lah satu masa saya tulis status kat fb untuk dapatkan kepastian...click pada gambar untuk tumbesaran (besar kan saiz gambar tue..huhuhu.....) :-



~sedikit perbincangan dengan rakan perempuan ~

  Dulu masa kecik-kecik apa yang saya faham ialah perkataan "abang " ialah untuk digunakan kepada orang yang lebih tua atau lebih dewasa dari kita, contoh abang kita sendiri, abang saudara (sepupu) atau orang-oarang yang jarak umurnya lebih tua dari kita.. Tapi, perkataan abang nie mungkin istimewa.Sebab sering di guna pakai bila pasangan yang sedang  dilamun cinta atau sudah berkahwin. Ia juga macam ayat magik.kalau tak percaya baca contoh di bawah..:-


Contoh:-
 ~      Kalau kamu seorang perempuan pegi shopping, salah satu cara untuk dapatkan diskaun adalah dengan panggil orang kedai tue "abang"...Tapi kalau lelaki pegi shopping, dan orang yang jual barang tue perempuan, kemudian kamu panggil orang tue "akak" maka kamu tak dapat diskaun!  (Untung jadi perempuan senang jer dapat diskaun..! )

~ Kalau kamu seorang jurujual atau senang cakap peniaga, bila ada cusotomer lelaki  tak kira lah umur dia  lagi muda ke tua ke, kamu panggil  "abang" maka ia macam satu ayat sihir kalah Harry Potter, maka lelaki tue akan cair hati nak beli barang yang kamu jual, walaupun kamu jual barang yang biase-baise jer dan hraga melambong mahal mencekik darah tulang rusuk..

~ Kereta kamu rosak, atau kamu tak reti nak isi angin tayar atau tak reti nak isi minyak kereta atau tak reti nak parking kereta,maka bila nak minta pertolongan bolehlah gunakan perkataan "abang"...Maka mereka akan cair hatilah bersimpati dengan nasib kamu dan segera membantu..(orang lelaki nie perihatin jugak kan..?)

~Bila kamu nak mintak apa-apa pertolongan macam nak angkat barang yang berat ke apa , panggil jer diorang nie "abang", confirm diorang tolong...

~Seseorang perempuan tue akan mula rasa cemburu sehingga boleh membawa kepada kemarahan yang meluap-luap apabila ada perempuan lain yang panggil pakwe atau tunang atau suami dia "abang..."


    

~Saya takde adik beradik..jadik saya takde "abang"...hehehe...~

 Pendapat saya, perkataan abang tue tak ada yang istimewa pun...ia sesuai untuk digunakan sebagai panggilan kepada orang yang lebih tua dari kita (contoh macam adik beradik kita ke..) dan tak berapa nak sesuai jika diguna pakai sebagai nama panggilan untuk someone yang bertakhta di hati..Lagi satu tolong jangan salah gunakan perkataan "abang" tue untuk kepentingan diri sendiri...hehehehe..



 Jadi pendapat kamu pulak bagaimana...?
Istimewa ke tak...?

Sebelum saya akhiri entry nie, mari kta dengar lagu nie:-

~Abang Sayang Adik Sayang-di nyanyikan oleh Julie Remi~

ps:- nie satu-satunye lagu klasik yang saya minat, saya pun tak tahu macam mana boleh suka kat lagu nie...
lagu dia best dan tenang jer..
Mungkin sebab kat pejabat tue hari-hari dok dengar radio klasik dan radio-radio berentak evegreen..
huhuhu..(^___^)

Entry hanyalah pendapat penulis blog, credit gambar kepada google image.
credit video kepada youtube..

Wednesday, September 21, 2011

WW 9# :- Telefon..(=___=)

Click pada gambar untuk tumbesaran..


Tuesday, September 20, 2011

Puisi:-Terus Berkibarlah Benderaku...!



Kau lambang kemegahan bumi merdeka betuah yang berdaulat..
Kau lambang kemerdekaan...
Kau lambang perpaduan dan kesefahaman...
Kau lambang keberanian...
Teruslah bekibar megah benderaku..
Akan aku perjuangkan hak kau sebagai benderaku...
Kerana kau saksi bumi bertuah ini mendapat kemerdekaan...
Kerana kau saksi negara ini bergerak maju kehadapan...
Susah payah kita lalui bersama..
Pahit getir kesukaran kita tempuhi dengan jiwa yang kental..
Aku sedih bila kau pula seperti mahu di usir di bumi sendiri..
Aku sedih apabila ada suara mempertikaikan kau...
Sedangkan kau telah berbakti untuk sekian lamanya..
Lupakah dia pada sejarah dahulu....?
Lupakah dia pada pejuang-pejuang bangsa terdahulu...?
Bendera ini pernah mengelilingi dunia..
Bendera ini pernah menaiki Everest gunung tertinggi di dunia..
Bendera ini pernah di bawa ke angakasa raya...
Lalu tidak berbangga kah dia dengan bendera ini..?
Jika bukan kerana pejuang bangsa terdahulu,
Tidak akan ada bumi merdeka ini...
Dan tidak akan ada bangunan tinggi pencakar langit di negara mu ini..
Kamu juga adalah mustahil untuk hidup aman seperti hari ini..
Bersyukurlah dengan apa yang kita nikmati hari ini..
Agar dapatlah di pertahankan kemerdekaan dan keamanan ini buat generasi kita nanti...
Terus berkibar megahlah benderaku tercinta..!


Nota:- Puisi ini adalah hasil ciptaan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Hak cipta terpelihara, sebarang bentuk penerbitan semula adalah di larang..Sumber gambar, google image.Saya rasa terdetik untuk buat puisi ini atas dasar ke bertanggungajawaban saya sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan kedaulatan negara nya dan sebagai seroang yang cinta akan subjek sejarah. Serta iannya tak ada kena mengena dengan politik. Sebab saya TAK MINAT bercakap hal-hal politik disini.. sekian harap maklum.


Al fatihah untuk pencipta Jalur Gemilang / Bendera Malaysia iaitu Alahyarham Mohamed Bin Hamzah.
Beliau merupakan anak Johor. Saya juga merupakan anak Johor..

Sunday, September 18, 2011

Kenapa Mesti Mencari Persamaan, Bukan Perbezaan...?

Hai Semua.....
Danbo  and Domo 
(Danbo= sensitif , Domo = Garang)

Seingkali kita dengar kalau kita ada seorang sahabat baik atau pasangan hidup maka orang akan berkata bergini...:-

"Apa persamaan antara korang yang menyebabkan korang serasi..?"
"Wei..untung lah kau dapat balak(Boyfriend) yang banyak persamaan dengan kau kan..."
"Aku dengan dia tue memang kawan kamcing(kawan baik) dari zaman sekolah lagi tau..., geng satu kepala..banyak persamaan sebab tue lah kita orang bertahan lama.."


     Ok itu persepsi manusia, dan kebanyakaannya memang macam gituelah persepsinya..Tapi best sangat ke kalau semua benda nak sama..? kenapa kita mesti kena cari persamaan..? Habis tue kalau takde persamaan atau kuang persamaan maka takde keserasian, macam tue ke..?

    Pendapat saya secara peribadi, setiap manusia nie perangai nya lain-lain, minatnya pun lain-lain, cara pemikiran, percakapan nya pun lain-lain...Adik beradik yang tinggal satu bumbung dari kecik pun perangai dia lain-lain jugak..Cuba baynagkan kalau semua orang kat dalam dunia nie perangainya sama..Cuba bayangkan kalau semua orang jadi antagonis (Jahat), maka dunia akan  jadi terlampau kejam sebab dah takde orang baik..Cuba bayangkan pulak kalau semua orang jenis baik dan sensitif bebenor, sikit-sikit merajuk, sikit-sikit nangis..Maka dunia nie aan jadi terlapmau boasan dan terlampau penuh dengan kesedihan dan air mata, sebab tak abis-abis sana sini orang merajuk dan nangis jer..

~Best Friend Forever~


    Apabila kita ada seorang sahabat baik, adakah perlu kita "bentuk" kawan kita tue mengikut acuan kita  supaya dia banyak persamaan dengan kita..? Contoh bila korang merokok,dan kawan orang tue jenis budak nerd lagi skema plus sangat menjaga kesihatan tubuh badan dan tak sukaasap  rokok nie, maka perlu ke kamu sisihkan dia semata-mata kerana dia tak nak merokok..? contoh dialog nya macam nie:-

" Wehh..Kalau nak masuk geng kita orang kau kenalah ikut cara kita orang bai..kalau kau nak stay dengan identiti kau yang nerd tue kau jadiklah kera sumbang..hahaha..!"
"Alah lecehlah kawan dengan dia tue, apapun tak boleh..Jangan ajak dia lah pegi jalan-jalan, karang tak pasal-pasal kita semua kena dengar ceramah dia...Budget baik sangat.."

   Persoalannya perlu ke semua nie...? Perluu ke kena sama perangai , sama cara berpakaian,sama cara bercakap dan sama cara  berfikir baru kamu boleh jadik kawan baik untuk selamanya..? Kan best kalau ada kawan yang boleh buat kamu gelak, kawan yang gila-gila dan kawan yang boleh membimbing dan beri nasihat....Ok, katalah kalau kamu budak baik-baik,dan kawan kamu gila-gila dan agak nakal dan sosial perangainya..Maka perlu ke kamu sisihkan dia dan biarkan dia terumbang- ambing? Sepatutnya sebagai seorang manusia yang berhati mulia kamu sepatutnya berkawan dengan dia dan memberi teguran serta nasihat dan bimbingan kepadanya...



~Lelaki Romantic dan Gadis Yang  Suka Bunga~

  Dalam hidup berpasangan pulak, perlu ke kita kena cari pasangan yang sama dengan kita baru boleh hubungan tue kekal hingga akhir hayat..?Kenapa mesti merungut bila perangai pasangan kamu tak sama dengan kamu? Cuba kamu fikir apa hikmahkahnya jika kamu mempunyai pasangan yang kontras dengan perangai kamu.. Contohnya,:-

~Jika kamu seorang yang tak kisah pasal kebersihan dan kekemasan dan dapat pasangan yang sangat  cerewet pasal hal nie,maka secara tak langsung ia boleh menjadi kan kamu individu yang lebih berdislpin dalam menjaga kebersihan dna kekemasan..

~Jika kamu seorang yang tak suka senyum dan ketawa dan kamu tak pandai nak buat lawak, kemudian kamu dpat seorang pasangan hidup yang punya sense of humor yang tinggi, dan dia berjaya membuat kamu ketawa walupun di saat itu kamu sedang serious  atau marah, tidakkah itu akan membuat hidup kamu lebih ceria..?

~Lelaki  yang minat photography Dan Perempuan yang minat fashion~


~Jika kamu adalah seorang individu yang garang, kasar dan suka bercakap lepas tanpa fikir perasaan orang lain, dan kemudian kamu mendapat pasangan yang sensitif dan hatinya mudah tersentuh. Bukankah itu akan membuatkan kamu menjadi individu yang lebih peka tentang perasan orang lain dan menjadikan kamu lebih bertapis bila bercakap secara tak langsung..?

~Jika kamu seorang yang pendiam dan telampau pemalu untuk memulakan percakapan,kamu pula dapat pasangan yang suka bercakap dan sangat peramah dan punya banyak idea untuk di bualkan. Maa bukankah itu menarik sangat menarik...?



        Cuba bayangkan jika pasangan kita juga mempunyai perangai yang sama dengan kita, maka hubungan itu tidak akan ada cabaran dan tak ade thrill..maka hubungan akan menjadi sangat hambar..tiada pro dan kontra..seperti ta lengkap sesuatu..Berfikirlah dengan matang, tiada manusia yang sempurna  di dunia ini dan setiap apa yang kamu lalui pasti ada hikmahnya.....Bersyukurlah dengan sahabat dan pasangan yang kita miliki, jangan cuba untuk cari kekurangan diri mereka untuk menutup kelemahan diri kita sendiri demi untuk mencari alasan bahawa kita dengan dia tak serasi..Sebab keserasian itu kita boleh pupuk sendiri..


Nota:-Entry adalah sumber ilham dan pendapat  penulis blog ini, Kredit gambar kepada Google Iamge..
PS:-Kata mana nak beli Danbo tue..? comel sangat..nak beli...

Thursday, September 15, 2011

Cara-Cara Untuk Melupakan Bekas Pasangan...

Hai semua....
Apa khabar..?
Hari-hari cuti nie tak pegi mana-mana ke..?
Wahh..tajuk entry tak boleh tahan ek...ehehehe..
Sebenarnya saya buat entry nie selepas beberapa orang  menyoal sebegini:-


"Awak rasa, apa cara-cara yang terbaik untuk lupakan ex kita tu..? Walaupun kita orang dah break up beberapa bulan lepas tapi kita still ingat kat dia lagi.."
"Boleh bagi tips tak macam mana supaya senang nak lupakan ex..? kita tengok awak cool jer..Macam tak pernah rasa sedih jer.."
"Dia tu tak guna, playboy, banyak perempuan...sebab tulah kita mintak putus,ingatkan dia pilih kita. Rupanya dia tak kisah, nampak sangat dia sayangkan perempuan tu! Gerammmmnya...! Tapi masaalahnya kita still tak boleh lupakan dia..Macam mana..?"
"Dia tu kaki kikis, sebab tuelah putus jer dengan dia..Tak guna simpan perempuan macam tu, playgirl pulak tu..Tapi kadang-kadang tue teringat jugaklah kat dia..Dia tu ok cuma tulah perangai dia, tak boleh nak ubah..hurmmm.."

Ini adalah sebahagian soalan yang di kumpul dari tahun-tahun lepas..
OMG!! Saya bukan DR LOVE..huhuhu..
Bila kena soal tips mengenai cara nak lupakan ex..saya tak punya jawapan yang tepat..
Sebab......Sebab............Saya pun pernah ada masaalah yang sama.....
.(wow berani buat pengakuan kat sini...Syhh Rahsia..!)


Cara-cara untuk melupakan bekas pasangan..:-


JIWA KACAU + HATI TAK TENANG..

~Solat. Jaga solat. Jaga hubungan kita dengan Allah SWT. Jika sebelum nie selamba badak burn solat semata-mata nak pergi "dating". Sekarang tiba masanya untuk kamu berubah.
~Berdoalah pada- Nya Yang Maha Kuasa agar kamu di berikan petunjuk tentang segala permasaalahan yang sedang kamu hadapi.
~Selalulah buka Al-Quran , baca Al- Quran, serta fahami dan hayati maksudnya. Maka hati kamu akan lebih bertambah tenang dan tiada lagi jiwa yang kacau...
~Banyakkan berzikir dan berselawat...




SELALU TERINGAT


-Jauhkan diri dengan dia..
-Jangan stalk social media si dia contoh: myspace,friendster,twitter , facebook dan blog dia atau orang-orang yang berkaitan dengan dia contohnya ex-ex dia yang lepas mahupun pasangannya yang terkini..

1-Macam mana nak lupa kalau hari-hari boleh baca update pasal dia, hari-hari nampak gambar dia..?
2-Perlu ke Delete atau Block dia terus dari facebook..? Perlu ke tukar no phone, tukar tempat kerja, pindah rumah..?

1~Be rasional and please think positive. Dia upadate hari-hari status happy-happy pasal dia dan pasangan barunya bukan pasal nak sakitkan hati kamu.Tapi dia tengah excited dengan cinta barunya. Maka untuk itu Stop jadi stalker, maka kamu takkan sakit hati..

2~Pendapat saya tak perlu. Sebab kenapa perlu kita nak bermusuh bila hubungan tue dah berakhir..? Kalau kamu adalah pasangan yang bercerai dan punya anak, rasanya kamu berdua perlu uruskan hak penjagaan naka bersama. Maksudnya secara bergilir-gilir.  Dan jangan sesekali bergaduh sebab nak rebut hak penjagaan anak. Sebab anak tak tahu apa-apa jangan jadikan mereka mangsa keadaan. Kalau kamu adalah pasangan yang bercinta atau bertunang kemudian putus di tengah jalan, cubalah berfiikran positive. Dan jangan hanya bercerita keburukan dia. Percayalah setiap yang berlaku ada hikmahnya.Mungkin kamu akan menemuai pasangan yang lebih tepat selepas dia. Mungkin kamu akan lebih bahagia berbanding jika kamu terus bersama dia...

          Tapi jika keadaan mendesak seperti dia kerap kali menggangu ketenteraman hidup kamu secara keterlaluan. Maka adalah lebih baik kamu Remove/Block jer terus dia dari facebook dan tukar no phone dan sebagainya..Supaya dia tak dapat lag berhubung dengan kamu dan kamu takkan bertambah sakit hati..


SELALU SEDIH

~Elakkan dari mendengar lagu-lagu yang sedih atau terlampau sedih.
~Elakkan dari mendengar lagu-lagu yang menjadi memori antara kamu berdua..
~Dengar lagu yang boleh membangkitkan rasa semangat untuk teruskan kehidupan selepas gagal dalam perhubungan.
~Elakkan dari pergi ke tempat yang kamu berdua selalu pergi atau tempat-temapt yang bermkana bagi kamu berdua.
~Elakkan dari membaca buku-buku yang berunsur kesedihan seperti novel cinta yang memparkan hubungan yang terputus secara sadis atau yang sewaktu dengannnya.
~Baca buku-buku Islamik, buku motivasi, yang boleh buat kamu berfikiran positif dan lebih tennag menghadapi sebarang masaalah kehidupan  dan buku  yang ada "sense of humour" yang boleh buat kamu ketawa serta ceria.
~Elakkan dari menonton rancangan tv (drama atau filem yang sedih..
~Elakkan dari memakai pakaian yang berwarna gelap atau suram.. Sebaliknya pakai pakaian berwarna ceria agar mood kamu pun bertukar ceria...


SELALU RASA SUNYI

~Luaskan pergaulan.  Jika sebelum ini masa kamu lebih banyak di habiskan dengan pasangan.  Kini apa  kata kamu luangkan masa bersama keluarga dan teman-teman.  Mereka inilah yang sering dan sentiasa ada bersama kamu di aat kamu memerlukan.  Bersiar-siar dan bersembanglah dengan mereka. Kamu boleh juga pergi bercuti sambil ditemani teman-teman atau keluraga, iainya elok untuk hilangkan stress..

~Sibukkan diri dengan urusan kerja dan pelajaran...  Kamu boleh juga buat kerja sambilan atau mengikut kelas kursus-kursus jangka pendek.

~Masuk persatuan dan aktifkan diri dengan aktiviti berpersatuan..

~Cuba cari hobi baru (asalkan hobi kamu tue tak melanggar undang-undang). Jika sebelum ini kamu malas nak bersenam atau bersukan  atau pergi ke spa/salon sebab terlalu sibuk dengan si dia, maka kini tiba masanya untuk kamu lakukan semua itu. Ini semua demi kesihatan dan penampilan diri kamu juga.

~Bagi diri saya sendiri, saya suka menulis, menulis dan mencipta puisi....  Itu adalah cara bagaimana saya mengeksperikan luahan perasaan yang jauh tersorok di sudut hati... Mungkin kamu boleh juga mencuba cara ini.


Pesanan ikhlas:-



PS:- Entry ini adalah sepenuhnya pendapat dan pandangan  penulis blog ini  (http://merpatiputih88.blogspot.com). 
Credit Gambar :-google image

Wednesday, September 14, 2011

Monday, September 12, 2011

Wang Hantaran Tinggi ??? Adat Vs Keperluan

Hai semua…
~Comel pulak gambar pengantin nie..Mulalah berangan nie..huhuhu~


Sekarang nie dah masuk ujong tahun. Jadi bila hujung-hujung tahun jer mesti lah musim kenduri kahwin…Masa nie kamu akan dapat banyak lah undangan kad kahwin, sampai tak menang tangan nak pegi majlis yang mana satu kan...Bila pergi jer majlis pertunangan atau perkhawinan mesti ada jer suara-suara akan Tanya seprti ini:- “Berpa ribu Hantaran?” “Berapa banyak dulang-dulang-dulang hantaran…?”








Persoalannya adakah nilai hantaran dan jumlah dulang hantaran tue penentu kebahagiaan dan tahap berapa lama rumah tangga tue bertahan…?Pernah tak kamu berfikir zaman sekarang nie hantaran kahwin makin melambung tinggi tapi kenapa dalam masa sama banyak juga kes-kes penceraian yang berlaku…? Dah tak sayang duit ke, ye lah masa nak buat kenduri kahwin punya banyak keluar duit hingga ada yang sanggup buat pinjaman Ah Long (ceti haram ) atau Bank semata-mat nak buat majlis wedding of the year…Lepastue bila nak bercerai semudah 1,2,3 jer..Cerai pakai SMS jer..Fuhh..Orang zamn dulu-dulu hantaran tak lah tinggi melambung macam zaman sekarang tapi kahwin kekal lama jugak..Tak der pun diorang buat majlis wedding of the year segala, tapi happy jugak hingga ke akhir hayat…Anak pun boleh tahan ramai jugak berderet-deretnya…

~Ha..Cuba korang tengok cnie cantik tak cincin kitaorang..? Mahal nie tau..~
~Kau mapu ke nak beli...????~




Mungkin ada yang kata, wang hantaran tinggi nie satu keperluan, sebab zaman sekarang semua harga barang dah naik..So harga hantaran pun kena lah naik jugak…Sesuai dengan kenaikan harga barang global gtue..! ahaks..Yelah, duit hantaran tue nanti nak bayar duit tempahan kad kahwin,make up mak andam, nak bayar juruphoto / juru video,nak bayar upah tukang masak / catering, nak sewa kanopi / dewan, nak sewa meja kerusi dan pelamin, nak beli kelengkapan dan hiasan bilik tidur pengantin,nak bagi sagu hati kat tetamu untuk di bawa pulang dan macam-macam lagi..Cuba bayangkan kalau kos catering teu RM12.00 satu kepala, dan kamu punya tetapu ialah 1000 orang.RM 12x1000=RM12,000.00 untuk kos makan jer tau..! Fuhh gila kentang mahai bebenor…itu belum termasuk kos-kos lain ye...Nangis lah kamu nak kumpul duit macam tue kan….huhuhu..Ok, kos macam tue mungkin boleh di jimatkan jika kamu pakai tukang masak jer…Lebih-lebih kalau tukang masak tue kamu kenal ataupun sedara mara sendiri..lagi dapat discount + jimat..Tapi kos nak beli barang mentah untuk buat masak pun dah makin mahal tau sekarang nie..! Yang penting kamu yang nak kahwin tue kena lah survey dulu harga barang-barang keperluan dan harga upah orang yang nak uruskan kenduri tue nanti…


~Bagus jugak hantaran tinggi nie boleh bayar hutang PTPTN aku tue..ehehehehe..~
~Amacam vogue tak wedding dress aku..? Kau Ade..? 
So..Jangan Jeless...~






          Ada juga yang kata, tak standard lah kalau harga hantaran rendah..Tak sesuai..Mereka kata lagi tinggi tahap pendidikan seseorang itu dan lagi tinggi tahap gaji seseorang itu maka dia punya hantaran kahwin haruslah lagi mahal…Takkan kalau orang biasa yang tak sambung study pun hantaran 8K (8 ribu) kamu yang ada Master / PHD hantaran nak macam tue jugak..Mestilah kena mark up harga tinggi sikit 15K (15 ribu) dan keatas, barulah ada kelas ye tak..? Wahh…dah macam harga rumah ye, harga hantaran sekarang nie…huhuhu…Tadi buka FB dan ternampak ini :-


..................................................................................................................................................................


HASIL KAJIAN Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Malaysia:-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000



...........................................................................................................................................................................................................................




                  Sebenarnya, hantaran yang terlampau tinggi nie membebankan bakal-bakal mempelai…Yelah nak kumpul duit 15K tue kamu ingat senang ke? Hari nie abis study dua tiga bulan dapat kerja pastue terus ade 15K…? Bukan senang tau nak carik duit, dan bukan senang jugak nak kumpul duit banyak-banyak..yelah sekarang semuanya perlukan duit. Kadang tue, bukan kamu takde niat nak kumpul duit ke apa tapi atas factor persekitaran dan banyak benda yang kamu kena bayar jadik kamu tak dapatlah nak simpan duit banyak sangat…Kalau di lahirkan sebagai anak OKK(orang kaya-kaya) mungkin takde masaalah, tak cukup duit mak ayah boleh bagi…Lagipun harta kan banyak setakat 15k apa ada hal ye tak…? Tapi kalau OBB(orang biasa-baisa) macam mana pulak…? Mana cekau nye nak dapat 15k tue..?


Girl:-kalau takde duit nak bagi hantaran tinggi jangan mimpi  U nak kahwin ngan I..
Boy:- Err..Takpe I cari perempuan lain..
Girl:...????


               Lagi satu kalu nak buat kenduri kahwin sampai nak buat loan bank, loan ceti haram, loan kat pama bank (duit papa dan mama)…Nanti kalau kamu dah kahwin nak guna duit belanja dapur, nak beli keperluan anak-anak pun nak buat loan jugak ke..? Sekarang nie nak tanya sikitlah kan, kehidupan selepas perkahwinan lagi penting ke majlis kahwin yang Grand vogue de vass tue lagi penting..? Kalau buat majlis grand tapi hutang, kemudian perhubungan korang tue tak kekal, dan end up dengan penceraian macam mana..? Sapa pulak nak bayar hutang-hutang tue…? Cer pikir, cer pikir..




~Love Forever~


            Pendapat diri ku , kehidupan selepas berkahwin lagi penting, majlis simple takpe, yang penting kekal bahagia dan yang penting bijak menguruskan kewangan selepas berkahwin..Apa yang paling penting ialah sediakan duit yang cukup untuk sediakan keperluan tempat tinggal, kenderaan, kos beli barang dapur, kos kehidupan harian, kos untuk anak-anak(makan minum, pakaian,perubatan dan pembelajaran anak-anak) dan simpanan masa depan untuk keluarga kamu nanti tidak di lupa skim perlindungan insurans atau takaful..Pada pendapat diriku inilah yang lebih penting. Sebab bila berkahwin bukan macam main masak-masak masa kita umur 5 tahun, ia perlukan tanggungjawab dan komitment yang tinggi. Kalau tak ready nak pikul
tanggungjawab tue semua, tak payah kahwin dulu. Kalau dah ready nak kahwin, gunakan duit sendiri dan jangan sesekali menyusahkan parents, yang sememangnye dari kecik dah tanggung hidup kita..Takkan dah kahwin, nak beli pampers anak nak mintak duit parents juga..?


Ini pendapat diri ku, Pendapat kamu pulak macam mana..?



Nota:-      "Be Realistic But Don't Be Materialistic"

            "Duit memang penting untuk hidup, jika ada cinta tapi tiada duit, maka tak boleh nak beli beras dan keperluan rumah...Jadi untuk beli segala keperluan untuk hidup perlukan duit. Cara untuk dapatkan duit adalah dengan usaha dan bekerja atau buat business..Carilah pendapatan yang halal maka akan berkat dan  sejahteralah hidup.."

"Duit tanpa cinta dan kasih sayang, maka hidup akan terasa kosong dan sepi, serta tiada kebahagiaan walaupun harta melimpah ruah.."


Ps:- Entry ini adalah pendapat penulis blog ini semata-mata..Luahan pendapat dari seorang gadis berusia 23 tahun dan belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang..=___=
Credit gambar:-google image...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...