Translate
Monday, March 25, 2013
Jangan Pernah Salahkan Takdir...
Apabila kita dilanda kesedihan ramai diantara kita yang seperti mahu menyalahkan takdir...
Apabila kita tak dapat apa yang kita impikan ramai juga dikalangan kita yang menyalahkan takdir...
Tapi bila kita mencapai kejayaan, kita seperti lupa pula untuk bersyukur atas kurniaan Allah SWT kepada kita...
Ini kerana kita percaya kejayaan itu datang atas dari hasil usaha kita sendiri dan bukannnya dari takdir yang tertulis untuk kita sejak azali...
Lalu kita menjadi manusia yang leka akan nikmat dunia...
Terlalu mengagung-agungkan kesempurnaan hidup di dunia..
Hingga menyebabkan kita terlupa akan ada kehidupan yang lebih abadi selepas kematian...
Buat adik-adik yang baru mengambil result peperiksaan SPM mahupun STPM, sekiranya adik gagal peroleh keputusan cemerlang pada peperiksaan kali ini bukan bermakna kehidupan adik akan musnah sama sekali! Gagal dalam peperiksaan bukan bermakna adik akan menjadi manusia yang gagal dalam kehidupan..!!! Jangan lah adik menyalahkan takdir... Tapi perbaikilah kesilapan adik itu, demi untuk mencapai kejayaan pada hari esok....Mungkin kurang berjaya pada peringkat sekolah bukan bermaksud adik akan menjadi manusia yang gagal pada peringkat IPT (universiti / kolej) mahupun kerjaya...Ramai dikalangan orang yang bergelar jutawan bukanlah dari kalangan pelajar pintar di sekolah...
Tapi itu bukan bermaksud ilmu dan menuntut ilmu itu tidak penting...Ilmu itu cabangnya luas..
Jangan sempitkan fikiran kita dengan fahaman ilmu hanya boleh diperoleh di sekolah semata-mata...
Ilmu boleh diperoleh dari bacaan bahan ilmiah, dari pengalaman hidup dan dari guru yang mengajar kita ( tak semestinya di sekolah). Misalnya kita belajar memasak dari ibu di dapur, setiap hari memasak tanpa rasa jemu sejak dari umur belasan tahun hingga dewasa. Apakah apabila bertahun-tahun belajar memasak tidak boleh menjadikan kamu pakar dalam bab masak-memasak walaupun kamu tidak punya Ijazah dalam bidang masakan..?? Jadi dengan kemahiran yang kamu ada dalam bidang masakan itu bolehlah kamu mula berniaga misalnya.
Setiap dari kita ini punya bakat dan kelebihan masing-masing. Mungkin adik tidak boleh menjadi orang yang terlalu pintar dalam ilmu akademik. Tapi adik punya kelebihan lain iaitu dibidang teknikal misalnya. Adik, ketahuilah oleh kamu yang cara kita belajar berbeza-beza. Ada manusia yang memang dilahirkan boleh belajar secara teori dan ada pula jenis yang lebih ke arah teknikal dan ada juga yang ke arah seni. Jadi kenali cabang ilmu / kerjaya yang adik minati. Usaha sehabis baik untuk mencapai kejayaan adik itu. Jangan putus asa. Usah malu dan takut untuk gagal. Orang yang takut gagal dan malas untuk bangun dari kegagalan akan menjadi manusia yang gagal untuk selamanya. Manakala orang yang tabah berjiwa kental yang tak gentar dengan cabaran mahupun kegagalan akan menjadi manusia yang berjaya satu hari kelak.
Buat adik-adik lepasan IPT yang masih mencari-cari peluang kerjaya yang diimpikan tapi masih gagal. Telah beratus kali menghadiri temuduga tapi masih gagal mendapat kerja untuk menbantu ibu bapa. Masih buntu memikir masa depan yang kelihatan seperti kian suram. Usahlah berhenti berusaha adikku. Sebaliknya asahlah skill adik-adik ketika menghadiri temuduga. Perbaiki resume dan imej serta cara ketika di interview. Asah bakat berkata-kata yang boleh memikat hati si penemuduga untuk mengambil adik bekerja, usah malu tak bertempat ketika menghadiri temuduga. Tapi jangan pula adik-adik menipu ketika ditemuduga. Jika masih gagal mendapat kerjaya diidamkan, tak mengapa. Mulakan dari kerjaya rendah dahulu. Tidak mengapa andai adik terpaksa bekerja berjawatan rendah dan menerima gaji lebih rendah daripada kelulusan dan kelayakan, asalkan kerja itu halal dan boleh menampung kos kehidupan buat sementara waktu (sementara menunggu kerjaya yang diimpikan).
Jika masih gagal juga bolehlah mula berniaga. Percayalah 9/10 punca pendapatan adalah daripada perniagaan. Senarai manusia yang bergelar jutawan juga adalah dari kalangan ahli perniagaan. Tapi apabila mula berniaga usahalah berdengki dan beriri hati dengan pesaing. Harusnya amalkanlah persaingan yang sihat. Usahalah sehabis baik untuk mempromosikan dan memasarkan produk/perkhidmatan yang ditawarkan itu tanpa rasa jemu dan penat . Adat orang berniaga ada naik turunnya. Ramai dikalangan usahawan yang berjaya pada hari ini adalah terdiri dari mereka yang berniaga kecil-kecilan, ada juga yang menerima bermacam dugaan dalam perniagaan hingga menyebabkan perniagaan hampir muflis. Tapi berkat usaha dan doa tanpa jemu mereka berjaya pada hari ini. Usahlah kamu berfikir berniaga satu hari dan terus jadi jutawan. Untuk mencapai tahap berjaya itu perlukan masa, cepat atau lambat kamu kenalah berusaha.
Percayalah adik-adikku, kejayaan itu tidak boleh dicapai hanya dengan sekelip mata sahaja. Kejayaan itu takkan datang bergolek dengan mudah tanpa kamu menempuh cabaran yang payah itu dengan tabah. Apa yang penting untuk mencapai sebuah kejayaan itu adalah "CUDT". Iaitu CITA-CITA, USAHA , DOA & TAWAKAL...
Tiada manusia biasa yang tidak pernah buat silap,
Tiada manusia biasa yang tidak pernah berbuat dosa,
Usah kerana silap kita itu hingga menyebabkan kita mahu menuding jari mencari salah insan lain pula,
Apa yang lebih penting ialah belajar dari kesilapan yang pernah kita buat di masa lampau,
Ambil ikhtibar dan pengajaran dari masa lalu,
Agar kita tidaklah berbuat kembali silap yang sama pada hari ini..
Usah salahkan takdir yang tertulis,
Kita ini kan manusia selaku khalifah muka bumi...
Kita ini kan manusia yang punya akal fikiran untuk berfikir dengan matang...
Jadi teruslah maju melangkah kedepan,
Sebelum memulakan langkah mencapai impian haruslah berfikir dengan tenang,
Usah ikut emosi kerana kelak memakan diri,
Apabila ditimpa kesusahan dan dilanda dugaan yang banyak,
Usah berhenti melangkah memajukan diri,
Usah duduk diam termenung hanya mematungkan diri,
Tapi berfikirlah mencari solusi,
Pasti ada jawapan disebalik persoalan,
Pasti ada jalan penyelesaian disebalik masaalah yang melanda diri kamu...
Percayalah yang setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi,
Mungkin kita menangis hari ini, tapi kita akan menjadi manusia yang bahagia esok hari...
Jadi jangan pernah menyerah kalah dalam hidup...
p/s: Entry ini adalah sepenuhnya coretan dan nukilan saya selaku pemilik dan penulis blog ini(http://merpatiputih88.blogpsot.com) ia hanyalah berbentuk pendapat dan pandangan peribadi saya. Salah dan silap harap dimaafi. Harap boleh memberi inspirasi kamu yang sedang sedih meratapi nasib hidup.. jangan salahkan takdir..!
Credit gambar google image..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Special Notes For My Dear Darling
"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,
Your voice is sweet like music that calms my lonely world,
Your hands is my protection from hurt deep down inside,
13 comments:
Aku setuju. Aku cuba untuk tidak menyalahkan takdir sebab setiap yang berlaku itu ada sebabnya bukan? =)
setuju
manusia mana tak pernah buat silap... tergelincir dari landasan....
namun yang penting jgn sesekali salahkan takdir.. kecewa... bina kembali keyakinan... cari jalan semula tuk kembali dan terus berusaha
i'm oke B)
Setuju sangat! Abang I sebagai contoh. Dia tidak mempunyai kelayakan akademik yang memberangsangkan, tapi kini dia seorang yang berjaya. Dia menyertai polis dari peringkat bawah, tapi kini telah dinaikkan pangkat menjadi Inspektor dan sedang menjalani latihan di Pulapol. Dia juga banyak menceburi bidang perniagaan, dan banyak kali tersungkur, namun kesungguhannya akhirnya membuahkan hasil. Restoran yongtofu nya kini agak popular di KL dan telah membuka beberapa cawangan.
im hurt but im try to be fine.have faith right? =')
jangan pernah berputus asa... walaupun kadang-kala hati kita kalah juga...
cepat-cepat kembali mengingatiNya.
=)
kita sendiri kena atur arah tuju. sebab tu kena usaha, kalau effort kita bagus....maka bagus lah takdir kita :)
kena terus usaha. namee pun kadang2 pelik gak dengan my path tapi mungkin itu yg terbaik kot. redha saja. tapi kalau usaha, takdir kita tu mesti lagi baik :)
Sifat insan yang lemah, iaitu mudah berputus asa dan menyalah takdir. Namun akhirnya kita mesti sedar dgn membanyakkan istighfar, dan kembali mengadu dan memohon pada-NYA.
Zai nak copy ayat dalam entry ne lah tak? Sangat2x kene ngan zai
rasa bersemangat je bila baca penulisan akak..
hebatlah akak.. :')
entry yg menyejukkan hati heee
stpm tak dapat 4flat pun wuwuwuu tapi memang bukan salah takdir la sebab sendiri bukan otak ekonomi T___T
reenapple : yup pasti ada sebabnya..pasti akan terselit kemanisan selepas kepahitan..chewah..ehehehe..:)
syiela : sy setuju seratus peratus, usah terus meratapi kesedihan masa lalu..tapi bangkitlah berusaha, pasti kejayaan menanti..
Gugu Suseno : be strong ok girl..:)
logorithm : wah...kisah abang u boleh menjadi inspirasi buat I..I dah lama bercita2 nak buka restoran sendiri..wish me luck..& one more things thanks sebab sudi comment kat sini..all the best for you too..(^__^)
maitimie : be strong girl,and don't give up..take care.. :')
Maria Menado~ : betul tue, dalam hdiup nie harus kuat semangat..:)
Namee Roslan: betu tue namee..sangat setuju dengan pendapat kamu..kita kena rajin usaha dan berdoa, pasti akan membuahkan hasil juyag satu hari nanti..:)
Aina : betul tu kak aina, sy setuju sangat...btw, terima kasih atas nasihatnya..
ZYASH: boleh ajer..no hal lah..:)
be strong okay zee..
Selipar Putus : tak hebat mana nye pun dik...cuma belajar dari pengalaman hidup akak sendiri...kadang2 aka pun lemah dan rasa down jugak, tapi tulah kan hidup nie kena kuat semangat dan rajin usaha...:)
fathiahRAIHANA : ish2 janagn ckp macam tue..masih banyak lagi cabang ilmu yg adik boleh cuba..mungkin di bidang sastera ke, ataupun sains..kurang berjaya dlm peperiksaan bukan bermaksud gagal dalam hidup..be strong and don't give up..take care sis... :)
Post a Comment