Translate

Monday, September 26, 2011

Hentikan Penderaan Terhadap Lelaki, Hormatilah Mereka

Hai semua...Selamat Pagi...(^___^)

~Teruk kena dera sampai macam ginie sekali..Fuhh..Kejam Sungguh~

    Ok, topik hari ini adalah pasal lelaki kena dera, atau lebih tepat lagi adalah kes suami yang kena dera oleh isteri...Semalam masa dok belek-belek paper kemudian terbaca berita pasal kes dera suami nie dah makin meningkat..Sebelum nie  pun ada jer kes suami kena belasah , suami kena simbah asid..Haisshh..Parah tue..Apakah isteri-isteri zaman moden nie sudah hilang respect dekat suami masing-masing...? 

~Dia tak pernah hormat aku, di mata dia aku hanya semut merah tak berharga!~

      Wanita-wanita sekalian, tolonglah hormati suami kamu. Walaupun pendidikan kamu lebih tinggi, pekerjaan kamu lebih bagus, taraf hidup kamu lebih high class,gaji kamu lebih besar, kamu lebih berharta dan lebih itu  serta lebih ini berbanding suami kamu, tolonglah jangan jadikan itu semua sebagai alasan untuk tidak menghormati mereka hinga sanggup  meninggikan suara atau berkasar secara fizikal (dera) kepada mereka.

~Sedih + trauma dengan sikap wife sendiri yang suka belasah I!~

                 Para wanita sekalian jika kamu dapat mengetahuai suami kamu mahu berkahwin lain sekalipun maka itu jangan lah di jadikan alasan untuk kamu tidak menghormatinya. Ya, memang mana ada wanita yang benar-benar rela bermadu, pasti akan timbul emosi marah + sedih. Tapi cubalah kawal emosi kamu itu (sedaya upaya) dan jangan sampai kamu nanti menjadi isteri yang derhaka pula. Lagipun apa yang kamu dapat jika kamu mendera mereka..? Rasa puas sebab dapat luahkan rasa marah yang terbuku di hati..??? Berfikirlah sebelum bertindak, apa akan jadi jika kamu pula di tahan dan di dapati bersalah kerana mencederakan / mendera atau membunuh suami kamu sendiri..?

       Jangan pula kamu berpegang pada kata-kata ini " Biar putih tulang jangan putih mata". Hingga menyebabkan kamu sanggup melakukan penderaan fizikal sehingga mengakibatkan kecedaraan yang teruk lantas membawa kepada kematian  suami kamu sendiri. Semua in kamu lakukan kerana kamu tidak sanggup kehilangannya atau atas dasar cemburu dan tak sanggup berkongsi kasih. Ya, daripada berkongsi kasih atau terpaksa berputih mata melihat dia bahagia bersama wanita lain adalah lebih baik dia di bunuh sahaja. Baru puas hati! Yeah, kemudian akibatnya kamu pula ke tali gantung...? Apa  pula nasib anak-anak kamu nanti..?
Cubalah berfikir secara rasional, walaupun kamu sedang marah.


♥ ~


        Lelaki yang macho dan budiman takkan pernah mendera isteri atau kanak-kanak. Mereka takkan sesekali mengasari wanita atau kanak-kanak malah mereka akan melindungi mereka-merea ini dari mara bahaya dan unsur yang tidak baik. Lelaki yang macho juga tidak akan sesekali membenarkan diri mereka terus-terusan dianaiaya dipijak mahupun di dera. Jika hal ini terjadi, maka dia adalah lelaki yang gagal, iaitu gagal medidik dan membimbing isteri nya menjadi isteri yang solehah.

     Isteri yang baik adalah isteri yang solehah. Dia juga sentiasa taat, patuh dan hormat akan suaminya dan tidak pernah merungut atau memperkecil-kecil kan kedudukan dan credibility  suaminya. Dia juag tidak akan pernah sesekali mebuka aib  suaminya serta sentiasa menjaga air muka suaminya. Malah dia juga akan sentiasa menjaga hal ehwal rumahtangga dan anak-anak dengan baik dan teratur tanpa pernah merungut dan mempertikaikan tanggungjawab yang di pikulnya. Isteri yang baik akan sentiasa setia berada di samping suaminya di kala susah ataupun senang, di kala sihat mahupun sakit.

Nota:- Entry ini adalah pandangan penulis blog ini.Credit gambar kepada google Image.

Ps:- Sebelum ni saya pernah buat entry pasal kes dera  disini:-


Saya cuma berharap isu dan kes-kes dera akan berakhir. Jadilah kita manusia yang penuh perasaan kasih sayang dan saling hormat menghormati. Maka dunia ini akan aman dan sejahtera.


pps:- Orang yang menulis entry / tuan punya blog ini sangat suka menonton filem-filem aksi yang banyak babak gaduh, tumbuk sana sini, babak babakaperang serta tembak menembak.Serta sangat suka menonton rancangan gusti, malah ahli gusti yang di minati adalah undertaker..Senang cerita memang suka tengok rancagan yang banyak babak kasar dan ganas. Ya, sangat minat juga dengan bola sepak dan Formula 1, pasukan kegemaran adalah  Manchester United dan McLaren Mercedes . 

Oh ya, future husband yang saya belum tahu awak siapa dan saya belum jumpa lagi (tak tahu lagi bila akan  berjumpa, eceh ayat tak boleh tahan..huhuhu...), tolonglah jangan takut dengan saya! Saya bukan pendera.Saya janji, saya takan dera awak..ehehehe...(^___^)

16 comments:

Anisa Hang Tuah said...

saya sayang lelaki

Hana Soffelia said...

Haish.. setinggi mana pun kedudukan seorang perempuan di mata masyarakat tapi dia tetap berada di bawah suaminya di mata Allah s.w.t. Syurga itu di bawah tapak kaki suami. ^_^

Namee Roslan said...

taktau kenapa dah jd mcm ni. perempuan semakin gagah dan menindas. laki pun xmelawan..dan jadi dayus. kenapa lah jd mcm ni. kan laki itu seorg pemimpin.. :(

THE LEKAT LEKIT STORY said...

setinggi mana pun tempat seorang wanita yg bergelar isteri tetap syurganya pada seorang suami..

Saiazuan said...

wow! biniku gengster? huhu

sergeant keroro said...

syurga di bawah tapak kaki suami, untuk isteri

sekamar rindu said...

salam...

saya bangga menjadi lelaki..:)

SoLy SoLicious said...

selalu dgr lelaki jekan slalu dera wnita

SYAF said...

NIce entry...awak jua berbakat dalam menulis info....

Solihin Zubir said...

uik.. terbalik plak.. biasanya suami yg dera isteri.. hehe..

smoga sy dpt jd suami yg macho dan budiman nnt.. insyaAllah..

ehh.. awk minat wrestling? pergh.. ganas.. undertaker plak tu.. hak3..

minat Manchester United? wahh.. Geng! ;-p

Zul Fattah said...

jgan dera aku.. aku tak kahwin lg..

senyumSOYA said...

xmou jadi gangster..errr ^^"

tOyO said...

hehe.comel je..

Terbang Bersamaku said...

Anisa Hang Tuah:- sy pun mcm tue jugak...=)

Hana Soffelia:-yup sangat setuju..isteri memang wajib menghormati suaminya..

Namee Roslan :- sekarang nie dah mcm terbalik, perempuan pun banyak dah dpt jawatan tinggi2..mungkin nie salah satu faktornye kot..

THE LEKAT LEKIT STORY :- yup stuju, harusnya macam tuelah..

Saiazuan:-takep, sy doakan wfe awk nnt bukan seorg gangster..uhuhu..jgn risau..

sergeant keroro:- yup tau takpe, diaorg yg tak respect husband nie bukan tak tahu pasal nie, maybe diorg nie ego terlebih..

sekamar rindu:- yup, saya pun bangga menjadi wanita..=)

SoLy SoLicious :- sekarang nie dah terbalik..uhuhu..=__=

SYAF:- biase2 jer, masih banyak kekurangan..sy tulis blog sekadar hobi jer..huhuhu..


Solihin Zubir:- ye, zaman mmg dah terbalik nampaknye..
sy doakan awk cpt2 jumpe jodoh..(^___^)
Err..mmg mina wrestling dari kecik..ehehe...:p
yeah..MAn U fans jugak..!

Zul Fattah :- lohh..jgn trauma lah..jgn takut nak kahwin pulak...InsyaAlla, jgn risua, sy doakn awk dpt isteri yg baik dan takkan dera awk..(^___^)

senyumSOYA :- sy pun tak mau juga...=)

tOyO :- lahh..suka kena der pulak ke..? huhuhu...pelik.. pelik..

Run Away said...

hormat lelaki..kalau hormati tu hormat kita juga...;d

Anonymous said...

hai seme,
penderaan terhadap suami dlm apa cara pun adalah penderhakaan kpd suami dan AllahSWT.
wahai suami yg budiman....bersabar dan bertaubat adalah ubat terbaik menghadapinya....pasti Allah ada hikmahnya...wahai isteri yg mendera dan merderhaka,tunggulah AZAB ALLAH,mau pun dunia atau akhirat...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...