Wajarkah seseorang yang telah dewasa dan mempunyai akal fikiran yang sempurna mendera kanak-kanak kecil yang belum mengerti..?
Di manakah letak nya belas kasihan dan pertimbangan akal fikiran mereka sehingga sanggup mendera..?
Tidak adakah sekelumit kasih dan sayang di hati mereka...?
Tidak sedarkah mereka akan kesan yang bakal di lalui oleh kanak-kanak yang menjadi mangsa dera..?
Kesannya adalh mereka akan mengalami TRAUMA SEUMUR HIDUP dan akan mempengaruhi gaya kehidupan dan pemikiran mereka apabila mereka dewasa kelak.
Pada pendapat saya, Tidak sepatutnya mereka di dera..Kerana mereka masih kecil..
Kalau pun mahu mendidik, lebih baik memberi nasihat secara berhikmah..iaitu menegur kesilapan mereka dengan bersopan dan bukan lah di hadapan orang lain serta janganlah anda mengeluarkan kata-kata kesat / mencarut /kata-kata yang kurang sopan.Kerana jika anda berbuat demikian mereka akan kurang keyakinan diri apabila dewasa. Mereka mungkin akan menjadi individu yang pasif dan sukar untuk bergaul. Selain itu, mereka juga mungkin akan mencontohi gaya berbahasa secara salah ini apabila mereka dewasa. Iaitu merea akan menjadi individu yang suka bercakap dengan kata-kata kesat tanpa memikirkan perasaan orang lain.
-Penderaan Mental-
=Dera dari segi kata-kata=
Mereka juga tidak wajar di pukul hingga sampai ke tahap dera. Sekiranya ingin mendidik mereka, adalah lebih wajar di nasihati secara berhikmah terlebih dahulu selepas itu barulah boleh didik secara fizikal (sekiranya mereka masih tidak mendengar nasihat). Tetapi janganlah sampai mendatangkan kecederaan atau kemudaratan. Serta janganlah sampai meninggalkan kesan-kesan di tubuh badan mereka.
Kesan daripada penderaan fizikal, ianya akan mendatangkan kemudaratan pada kesihatan tubuh badan mereka serta mungkin juga boleh menyebabkan kematian. Seharusnya mereka ini dilindungi.
Walaupun mereka melakukan kesilapan, tidak seharusnya mereka di dera. Kerana mereka masih kecil dan belum mengerti apa-apa.Janganlah sesekali anda menjadikan mereka sebagai mangsa untuk melepaskan rasa marah dan tekanan yang anda alami di tempat kerja mahupun bersama pasangan anda ataupun beban kewangan anda.
-Penderaan Fizikal-
=Dera dari segi tindakan fizikal iaitu memukul=
Selain itu, Kanak-kanak juga berdepan dengan penderaan dari segi seksualiti iaitu kes-kes seperti gangguan seksual, rogol dan liwat. Kanak-kanak mudah di pengaruhi kerana mereka tidak mengerti lagi tentang hal ini. Kanak-kanak juga mempunyai tenaga yang sedikit berbanding dengan orang dewasa menjadikan mereka tidka berdaya untuk menyerang atau melawan semula apabila menjadi mangsa. Jadi wujudlah orang-orang dewasa yang mengambil kesempatan dan peluang itu. Selain itu, kanak-kanak juga sangat takut apabila di ugut atau di ancam, itulah menyebabkan mengapa mereka mendiamkan diri. Selain itu, mereka juga mungkin tidak mengetahui hak mereka.
Kesannya, mereka akan menjadi kurang keyakinan diri, sukar mempercayai individu lain,murung, menyepikan dan meminggirkan diri. Mereka juga mungkin akan menjadi individu pendendam pada lawan jenis mereka sepanjang hayat mereka. Mereka juga berkemungkinan menjadi seseorang yang terlibat dalam gejala-gejala sosial yang negatif.
Kejam bukan..? Mereka yang tidak berdosa di ragut kesuciannya ketika kecil dan terpaksa pula menanggung penderitaan sepanjang hayat...Seharusnya mereka dilindungi....
-Penderaan seksual-
=Dera dari segi gangguan seksual, rogol dan liwat=
Akhir kata dari saya, Sayangilah dan kasihi lah kanak-kanak dan lindungilah mereka. Jangan sesekali anda melakukan apa jua bentuk penderaan ke atas mereka.
P.S:- Ini hanyalah 100% pendapat saya (penulis blog merpatiputih88.blogspot.com) terhadap isu penderaan kana-kanak.Credit gambar google image
Note: gambar-gambar ini saya perolehi dari google image.
No comments:
Post a Comment