Oleh itu perbanyakkan lah selawat keatas Baginda S.A.W dan amalkan lah segala apa yang telah ditinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan As Sunnah dalam kehidupan seharian kita.
Sesungguhnya segala jasa dan pengorbanan Baginda S.A.W tidak akan dapat dibalas oleh kita semua..
Nabi Muhammad S.A.W sangat menyayangi kita umatnya, hinggalah pada saat Baginda S.A.W menghembuskan nafas terakhir pun Baginda S.A.W masih mengigati umatnya.
Satu pertanyaan buat kita semua, adakah kita selama ini menghayati dan sentiasa mengigati segala jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W serta mengamalkan segala yang telah ditinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan As Sunnah dalam kehidupan kita sehari-hari?
Marilah bersama-sama kita bermuhasabah diri dan menghayati segala jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W..Segala akhlak Baginda S.A.W adalah sanagat wajar di contohi dan di teladani oleh kita..Malah bagi saya, Baginda S.A.W lah yang seharusnya menjadi idola bagi kita semua umatnya..
Saya tinggalkan Nasyid ini dan marilah kita dengarkan dan hayati bersama-sama ya..
![](http://signatures.mylivesignature.com/54488/347/2EE0E99D958A958B49EB7C383B7DF0CE.png)
No comments:
Post a Comment