Kepada:-Sekalian Manusia Yang Tinggal Di Planet Bumi.
Dahulu.. pepohon menghijau nan rimbun itu bebas berdiri megah...
Dahulu..kemana sahaja di kau pergi pasti nyaman..
Apabila berada di kawasan yang terdapat banyak pohon indah jua pada pandangan mata...
Tidak mengertikah akan dikau bahawa pepohon ini memberi banayak manafaat kepada generasi mu yang terdahulu dan jua yang akan datang..?
Tidak tahu kah engkau wahai manusia..
Akulah yang menyamankan suhu Bumi yang sudah semakin senja ini..
Tidak tahukah engkau wahai manusia aku jua dapat menjadi benting penyelamat daripada hakisan dan runtuhan tanah..
Aku jua akan melindungi mu daripada ombak tsunami..
Tidak tahu kah engkau akan hal ini...?
Terkadang aku berfikir mengapa engkau begitu kejam...?
Tidak tahu kah engkau bahwa terdapat banayak makhluk yang berhak bernafas di planet bumi ini..?
Jika aku si pohon ini sudah tiada...maka di manakah pula habitat haiwan-haiwan yang berada di sini..?
Bukankah mereka jua berhak hidup dan mempunyai kediaman yang selesa...?
Ya..mereka jua berhak untuk mempunyai keluarga dan tempat berlindung..?
Aku kata kau kejam wahai manusia...!
Kerana kau tidak memikirkan nasib kami..
Sanggup kau biarkan kai menderita...
Apabila haiwan-haiwan itu menggangu kediaman dan keluarga mu, kau rasa tergangu..
Tapi..Tidak tahu kah engaku, yang kau yang mula menganggu kediaman mereka...
Ya..Sehingga mereka kehilangan tempat berteduh dan ahli keluarga..
Salahkah apabila mereka memberontak..?
Aku kau tebang...
Habis botak licin hutan belantara..
Semua kerana mahu mencapai matlamat mu iaitu mengejar kemewahan dunia..
Au kau gunakan untuk:-
Mebina kediaman mahupun bangunan yang gah di pandangan mata..
Mencipta perabut yang selesa di duduki dan digunakan..
Membuat hiasan kediaman mahupun pejabat mu..
Melengkapkan dekorasi hiasan dalaman mahupun luaran..
Menjadikan aku kertas sebagai pencatat segala tugasan mu..
Menjadikan aku tisu yang diguna lalu dibuang merata-rata..
Ya..Tidak salah kau menggunakan aku untuk kehidupan mu sehari-hari..
Tapi aku jua berasa sedih..
Ohh..aku sedih..
Kerana engkau wahai manusia telah menggunkan ku sehingga tahap maksima..
Ya...Sehingga habis semua pepohon yang rimbun ingin kau tebang bagi mencapai matlamatmu
Terkadang aku berfikir..
Kemanakah pergi peri kemanusiaan mu itu..
Tidak kah engkau tahu wahai manusia...
Kami jua berhak hidup dengan bebas dan bernafas di bumi Tuhan Yang Maha Esa ini...
Sampai disini sahajalah coretan warkah ku buatmu wahai manusia..
Aku hanyalah mewakili pohon-pohon diluar sana yang sudah semakin kontang...
Aku harap engkau mengerti dan menghargai kami selepas ini...
Yang ikhlas:-
si pohon kontang
(Wakil Suara Hati Pepohon Menghijau Nan Rimbun)
Ps:- Saya berasa terpanggil untuk menulis entry ini selepas melihat kepada keadaan alam sekitar kita yang semakin kronik dan juga jumlah pepohon yang semakin berkurangan di planet bumi. Kini manusia selesa menetap di hutan batu...Tapi kita jua perlu sedar aan nasib kita akan datang jika kita telah memusnahkan segala tumbuh-tumbuhan ini...
Nota:-pemilik blog ini adalah seorang yang sangat cintakan alam sekitar. Jadi, isu-isu sebegini sangat dekat di hati...
No comments:
Post a Comment