Translate

Monday, June 27, 2011

Puisi: Si Cantik Yang Jelita...


Rupawan yang jelitawan...
Siapa yang memandang pasti tertawan..
Senyuman di bibirnya yang manis membuat sesiapa yang melihat seperti terbang di awan...
Lenggok suaranya yang merdu bak buluh perindu mencairkan hati yang mendengar...
Sinar di matanya ibarat bintang bergemerlapan...
Sungguh indah untuk menjadi tatapan...
Tingkah lakunya yang sopan membuat hati tertambat ingin berkenalan...
Sungguh indah sungguh cantik gadis itu...
Tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata...
Jelitanya dia tak hanaya pada rupa tetapi pada tingkah lakunya jua...
Dia gadis solehah yang bijak menjaga akhlaknya...
Dia gadis berilmu yang pandai dan berkebolehan dalam serba serbi ilmu duniawai mahupun rohani...
Mungkin sebab itu ramai si teruna yang memujanya...
Dan...
Mungkin sebab itu jua ramai gadis di luar sana yang mengata perkara keji mengenainya...
Mereka cemburu akan segala yang di milkinya...
Terlalu sempurna gadis itu...
Dialah si gadis cantik yang jelita itu...


Nota:-Puisi ini adalah  hasil nukilan penulis blog ini(http://merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali.hak cipta terpelihara.Gambar hanayalah hasan yang diperolehi daripada Google Image.

P/s:- Saya dah hasilkan puisi berkaitan kecantikan seperti janji saya dalam enrty ini:- cantik itu adalah apabila..  


Sunday, June 26, 2011

Jangan Terlalu Mudah Membuat Penilaian Dan Hukuman..


Maaf terlebih dahulu sebab tajuk entry nie agak panjang..
.
.
.
Baiklah, kembali kepada tajuk sebenar..
Zaman sekarang nie semua benda kita boleh tahu dengan pantas..
Kita semua boleh dapat segala macam info dan berita melalui pelbagai medium yang ada samada mainstream media macam buku, majalah, suratkhabar, radio dan telivison  ataupun "media baru" iaitu tak lain tak bukan internet contohnya facebook,twitter,blog,youtube,website dan sebagainya..Selain itu kita juga boleh mendapat informasi terkini melalui perbualan dan pergaulan kita..
Kelihatan pada masa kini mudah benar seseorang individu itu untuk menerima dan mempercayai segala apa jua berita yang sampai kepada mereka walaupun berita itu berbaur fitnah...
Mengapa tidak diselidik dan dikaji secara terperinci dahulu sebelum kamu menuding jari tak menentu dan dan membuat penialaian tak berasa yang melulu...???
Pepatah seperti ini "Kalau tak ada angin masakan pokok boleh bergoyang.." nampaknya seringkali digunakan bagi mereka yang mudah terpengaruh dan mudah membuat tuduhan ini..
Mereka ini akan berkata seperti ini :-

"Kalau perkara itu tak benar masakan ia menjadi buah mulut orang.."
"Dah ramai yang bercakap memang betul dia lah tue.."
"Benda tue kalau tak betul takkan jadi hot topic  yang gila meletup.."
.
.
Sebaik-baiknya siasatlah terlebih dahulu sebelum terus-terusan membuat hukuman dan penilaian setelah itu dengan terlalu mudah menyebarkannya pula..

Saya secara personal sangat suka berpeang pada prisnip dalam gambar datas "Don't judge a book by it's cover"
Ramai dikalangan manusia kini suka menilai melalui penampilan luaran seseorang seperti rupa paras,bentuk badan,cara pakaian, cara berjalan dan cara bercakap....
Itu semua adalah aspek luaran..
Pendapat saya, tak semestinya seseorang yang wajahnya kelihatan garang berhati jahat dan tak semestinya seseorang yang berwajah lembut aka Innocent adalah berhati baik..

Contoh penilaian melalui penampilan luaran:-

"Hey tengok girl  tue seksi.. mesti dia tue gedik, murahan aka bitchy..."
"Haish..si tomboi denagn si nyah tue golongan yang dilaknat tau..so korang jangan kawan dengan diorang tue..Eeeww..nanti sama-sama pulak masuk neraka..."
"Muka dia nampak sombong jer..takut aku nak kawan dengan dia tue.."
"Serabai gila mamat tadi tue...entah-entah drugs addict tak.."
"Eeewww..buruknya baju dia tue, ada hati nak masuk butik aku yang meletops nie.....mampu ke kau nak beli dan bayar barang-barang mahal kat sini..? Err..buang masa aku jer.."

.
.
Ya, saya faham penampilan luaran tue amat penting dijaga dan menutup aurat itu adalah wajib bagi umat Islam..
Tetapi itu tidak bermaksud kita layak untuk menilai dan seterusnya mengutuk indidvidu lain iaitu secara tak langsung kita telah menjatuhkan maruahnya dan secara tak langsung mebuka aib mereka..
Seharusnya sesorang itu memberi nasihat dan teguran yang berhemah terhadap individu itu,dan seharusnya kita patut membimbing mereka apa yang perlu..
Kita sepatuntnya mendoakan kebaikan keatas individu lain dan bukannya menghina mereka..
Seharusnya mendoakan mereka ini diberi hidayah adalah perkara yang sebaik-baiknya..

Ingin saya bertanya:-

"Adakah dengan mengeluarkan statement menghina seperti itu akan membuatkan mereka-mereka ini berubah kearah kebaikan atau sebaliknya..??"

~Seharusnya kita dekati golongan ini dan bukkannya meminggirkan mereka terbiar sepi sehingga mereka makin jauh dari masyarakat dan semakin sesat dengan kehidupan yang penuh penipuan..~

Pendapat saya, jangan sesekali menilai orang melalui penampilan luaran semata-mata sebelum kamu betul-betul mengenalinya dengan lebih dekat...
"Tak kenal maka tak cinta"
Kaji dulu perjalanan hidup mereka, kenali diri mereka dan fahami hati mereka maksa setelah itu barulah kamu tahu situasi sebenarnya..

Boleh jadi seseorang itu berpenampilan biasa-biasa sahaja kerana dia seorang yang  mengamalakan sikap"humble" & "Very down to earth", boleh jadi dia seorang yang mewah tetapi tidak mahu menunju akan kemewahan yang dimilikinya..
.
.
Saya suka berpegang pada perinsip seperti ini:-
.
.
.
.
Mari bersama kita hayati kata-kata pepatah inggeris ini:

"When you judge another, you  not define them, you judge yourself.."

"Don't compare your life to others. You have no idea what their journey is all about"

" Its easy to judge the mistakes of others, but its is difficult to recognize your own mistake"

Nota:-Entry ini adalah pendapat pemilik blog ini semata-mata.Entry ini adalah bersifat umum dan terbuka.Gambar hanyalah hiasan yang diperoleh daripada gogle image..


Nota kecik:- Jangan biarkan kata-kata negatif itu menggangu ketenteraman hidupmu, jadikan ia sebagai penguat semangat kamu..Orang lain hanya boleh membuat penilaian itu dan ini terhadapmu tetapi hanya diri kamu sendiri yang mengerti dan tahu akan situasi diri kamu..Kerana mereka tiada ditempat kamu maka mereka mudah berkata begitu..

Saturday, June 25, 2011

Janji dan Perjanjian...



Jangan pernah sesekali berjanji sesuatu perkara yang kamu tak pasti...
Kerana belum tentu lagi kamu akan dapat menunaikan janji-janji kamu tersebut..
Semunya keran, kita nie hanyalah manusia biasa..Kita takkan tahu apa yang akan belaku esok hari..
Jadi janganlah keterlaluan menabur janji, kerana kelak ia akan memakan diri sendiri..
Kenapa?
Semuannya kerana jika kamu ingkar janji atau tidak dapat menunaikan janji maka kamu akan digelar sebagai pembohong, pendusta, penipu, pengkhianat dan bermacam-macam lagi kata-kata negatif yang akan dilemparkan kepada kamu..
Setelah itu jangan pula kamu menyalahkan takdir kerana tak dapat memenuhi janji-janji tersebut..
Kerana kamu sendiri yang telah berjanji  tanapa ada sebarang paksaan atau tekanan dari mana-mana pihak..
Tetapi dalam zaman ini mudah benar orang menabur janji dan terlalu ramai pula yang terpengaruh dengan janji-jani palsu belaka seperti itu..
Terlalu mudah kotak fikiran dan hati dicerobohi oleh kata-kata dari pendusta seperti itu..
Hari ini lihat sahaja di akhbar atau di sana-sini ramai orang  yang menipu dnegan janji-janji mereka demi kelangsungan hidup mereka atau demi mengejar nafsu duniawi semata-mata..
Sedarlah wahai kalian, jangan terlalu mudah mempercayai sesuatu sebelum kamu mengenali dan membuat kajian terperinci mengenainya..
Jangan mudah menabur wang pada orang yang berjanji kelak buruk akibatnya jika orang itu adalah pendusta..
Kamu juga yang akan lingkup papa kedana..
Jangan terlalu mudah menandatangani sesuatu perjanjian sebelum kamu membaca, meneliti, memahami dan mengakaji baik buruk perjanjian itu, dan segala syarat-sayaratnya...
Semuanya harus dikaji sebelum menurunkan tandatangan tanda termetrai sebuah perjanjian..

Buat gadis, jangan terlalu mepercayai pasanga kamu hingga sanggup menyerahkan maruah diri kepadanya..
Ingatlah seseorang yang benar-benar mencintaimu pasti akan selalu melindungi mu dan mejaga maruah dirinya dan dirimu..


Nota:- Entry ini hanyalah ilaham dari kotak fikiran penulis blog ini semata-mata..Ianya bersifat umum..Gambar hanyalah hiasan yang diperoleh dari Google image..

Friday, June 24, 2011

Laptop Demam....



Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi melawat blog saya yang biase-biase nie, terima kasih sebab sudi membaca entry-entry saya yang tak seberapa , sudi meninggalkan comment dan sudi follow blog saya yang buruk nie..
Saya sangat hargainya...Kunjugan anda pasti akan saya balas...
Tapi dua tiga hari nie saya tak dpaat nak online blog apatah lagi nak blogwalking...
Sebab saya agak sibuk dengan urusan kerja..
Oh, lupa nak beritahu, saya hanya akan dapat update blog saya nie, buat blog walking dan online internet apabila saya dirumah sahaja..
Maaf sebab saya lambat dapat balas comment awak semua dan lambat dapat buat blog walking ke blog kamu semula..
Lagi pulak laptop saya sekarang nie tengah demam..
Perlu bagi dia jumpa Dr..
Dah lama dia nie tak buat checkup..
Antibiotik pun dah abis..
Sebab tuelah dia mudah sangat kena serang virus selsema dan macam-macam virus lagilah..
Kesian jugak dnegan dia nie..
Tapi kalau nak buat rawatan tue mestilah mahal kan..
Hurmm..eh kedekut lohh tuan kamu nie Acer!!!
Nak hantar kamu pergi jumpe Dr laptop pun bekire ke ape..???
Bukan senang beb nak cari dan nak dapatkan duit..Nak habiskan tue memang mudah..
Ermm nak tanye antivirus ape yang paling bagus sekali eh..? leh bagi cadangan...?


Nota:- sebelum saya akhiri entri nie saya nak ucapkan tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia sebab menang dalam perlawanan menentang Lubnan 2-1 malam semalam..Semoga pasukan bola sepak Malaysia sentiasa beroleh kemenangan di masa-masa akan datang..Chaiyokk..!

P/s:- Ini adalah luahan penulis blog semata-mata. Gambar adalah diperoleh dari google image..


Tuesday, June 21, 2011

Jangan Putus Asa, Esok Masih Ada...


Jangan pernah terlalu memikiran masa lampau, kerana ia akan menutup kejayaan kita pada hari ini dan masa depan..
Kenapa saya berkata begini..?
Keranajika kita terlalu kecewa dan murung serta terlalu memikirkan memori sedih di hari semalam pasti segla perancangan kita pada hari ini dan masa depan akan tergendala.
Iaitu apabila kita bazirkan masa untuk berfkir perkara yang remeh temeh, sedangkan banyak lagi perkara penting yang perlu difikirkan.
Janagan bazirkan air mata untuk memori masa lampau, kerana masih banyak lagi memori pada hari ini dan masa depan yang kita boleh cipta untuk kita tersenyum dan ketawa dengan riang dan ceria...
Jika kita terlalu menangisi masa silam maka kita menutup kebahagiaan kita pada masa depan..


Apa yang perlu kita lakukan adalah , memperbaiki kesilapan masa lalu yang pernah kita lakukan.
Iaitu dengan memperbaiki segala kekurangan yang ada pada diri kita dan berusaha untuk menjadi individu yang lebih baik serta berjaya pada masa depan.
Berfikiran rasionalah dalam kehidupan. 
Anggaplah segala dugaan yang menimpa itu sebagai satu perkara yang mematangkan kita.
Yang lalu biarlah ia berlalu..Usah terlampau dikenangkan dan difikirkan...
Apa yang perlu kita lakukan adalah kejar masa hadapan perbaiki mutu dan kualiti diri kita.
Kerana kita tidak akan dapat kembali kepada masa lalu, kita hanya boleh berusaha untuk hari ini dan untuk masa hadapan yang lebih baik.
Maka dengan itu, kenapa perlu kita sesali dengan berkata  seperti ini :-
" Kalaulah aku dapat kembali pada masa itu, sudah pasti aku....."
Ingatlah, kamu bukannnya berada dalam cerita kartun Doraemon yang boleh kamu kembali kepada masa lampau dengan mengunakan mesin masa!
Kamu hidup di alam realiti. Jadi apa yang belalu adalah tidak mungkin akan dapat kamu ulangi.

Berusaha lah selalu tanpa mengenal erti putus asa..
Percayalah hari ini akan menjadi hari yang paling terbaik buat kamu jika kamu benar-benar menghargai 24 jam yang berlalu..
Berfikiran positif dan senyumlah selalu,
Walaupun disaat kamu dilanda kekecewaan yang teramat dahsyat..
.
.
.
Mari tonton video ini:-


Ini adalah antara video yang paling saya minat di youtube...
Message yang ingin disampaikan dari video ini ialah "NEVER GIVE UP"


Nota:-Entry Ini hanyalah pendapat penulis blog ini semata-mata, gambar hanyalah hiasan yang diperolehi dari goole image.




Monday, June 20, 2011

Jadi Diri Sendiri, Hadapilah Hidup Dengan Tabah...


Orang lain boleh menilai kamu mengikut apa yang mereka rasa mereka tahu mengenai kamu.
Mereka boleh berkata apa sahaja mengikut apa yang mereka rasa di dalam hati mereka dan apa yang mereka fikirkan...
Biarkan sahaja..
Kenapa?
Kerana kita hanya manusia biasa, kita tak lepas dari melakukan kesilapan. 
Oleh itu jangan pernah lupa untuk meminta maaf kepada sesiapa jua yang pernah kamu sakiti..
Dan jangan pernah lupa untuk memaafkan kesalahan orang lain..
Jangan sesekali menyimpan dendam amarah, kerana ia akan meneyebabkan kehidupan kamu menjadi semakin parah dan huru hara..
Jangan pernah sesekali kamu melakukan perbuatan yang sia-sia dan membuang masa untuk berusaha menjatuhkan orang lain..
Tapi berusahalah untuk membangunkan dan memanjukan diri sendiri..
Itulah yang sebaik-baiknya dan itulah yang sepatutnya yang kamu lakukan dalam kehidupan kamu..

Kita sebagai manusia biasa takkan pernah dapat untuk memuaskan hati semua pihak, dan kita juga takkan pernah dapat membuat semua orang suka pada kita..
Itu adalah lumrah kehidupan!
Kenapa?
Kerana kita cuma manusia biasa.
Oleh itu kenapa perlu jadi orang lain?
Kenapa mesti perlu terikut-ikut dengan kehendak sekeliling?
Bukankah menjadi diri sendiri itu lebih baik?
Setiap dari kita punyai identiti tersendiri..
Maka dengan itu kita bebas menjadi diri kita sendiri..
Merdeka kan diri kita menjadi diri kita yang sebenar asalkan kita tidak melanggar undang-undang agama dan negara serta tidak pula mencemarkan maruah keluarga..
Jika kita mahu menjadi orang lain maka siapa pula yang akan menjadi diri kita?
Buankahkita semua unik dan punyai keistimewaan serta kelebihan tersendiri..
Jadi kenapa perlu memandang sepi kebolehan diri sendiri..?


Pendapat saya:-
Biarkan sahaja segala kata-kata yang boleh menjatuhkan semangat kamu..
Biarkan ia berlalu bagai angin lalu..
Jangan di masukkan kedalam hati kamu.
Kerana kelak kamu yang akan sengsara..
Apa yang perlu kamu lakukan?
Sentiasalah berfikiran positif dan ambilah segala kata-kata negatif yang dilemparkan kepada kamu atau perbuatan berbaur dengki itu sebagai asam garam kehidupan dan sentiasalah berlapang dada serta bersabar dalam menghadapi saat-saat sukar..
Buktikan kemampuan kamu, dan berusaha serta berdoalah untuk menjadi individu yang paling berjaya di suatu masa, tanpa pernah mengenal erti jemu dan putus asa..
Ambilah semua itu sebagai penguat dan pembakar semangat kamu untuk berusaah sehabis baik untuk menjadi "sesuatu yang boleh dibanggakan"..
Jangan pernah sesekali kamu patah semangat atau terus berpaling dari berusaha apabila melalui situasi sebegini..
Kamu harus kuat dan tabah serta tidak berputus asa, maka barulah kemudian kamu akan menjadi seorang yang berjaya...

Kamu adalah penentu kejayaan kehidupan kamu sendiri..
Maka kamu harus bertanggungjawab sepenuhnya..
Janganlah pula melemparkan kesalahan itu kepada orang lain..
Jika kamu mahu berjaya dalam kehidupan, kamu perlu sabar, tabah dan tenang serta jangan pernah kenal erti putus asa dalam berusaha!

Jangan pernah sesekali kamu berfikir untuk berjaya semua nya adalah mudah sahaja..
Kamu SILAP jika kamu berfikiran sebegitu rupa...
Mengapa saya berata begini?
Kerana boleh dikatakan hampir semua orang yang berjaya pada saat ini pernah melalui situasi sukar dalam hidupnya..
Contohnya:-
Thomas Edison iaitu pencipta mentol (lampu) telah mencuba sehingga 1,000 kali sebelum beliau benar-benar berjaya untuk mencipta mentol (lampu) tersebut.
Tapi kenapa dia boleh berjaya?
Kerana dia tak pernah berputus asa dalam berusaha.
.
.
.
Sebelum saya akhiri entry saya ini, saya mahu tinggalkan kamu semua dengan lagu ini:-


Dengakanlah dan hayatilah setiap rangkap dan bait-bait liriknya..
Antara lirik yang paling saya suka adalah:-
"‎This life can kick you around,This world can make u feel small,THEY WILL NOT KEEP ME DOWN"


Nota:- Entry ini adalah pendapat peribadi penulis blog ini mengenai topik ini dan utuk perongsian pendapat semata-mata. Segala gambar yang terdapat dalam entry ini adalh diperoleh daripada Google Image..

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa.....

~comelkan twins baby nie..?...saya suka...(^______^)~
~Tapi...papa dia seksi lah...! huhuhu..tutup mate..(~____~) ~


Di kesempatan ini saya nak mengucapkan selamat hari bapa buat semua yang telah bergelar bapa atau yang bakal bergelar bapa..
Terutama sekali ucapan nie khas buat Ayah saya..
Semoga anda Ayah di murahan rezeki dan dipanjangkan usia dan sentiasa dirahmati oleh Allah SWT..
Pesanan buat anda semua, hargailah  dan sayangilah ayah kitaselag dia masih ada...
Sebagai anak kita perlu sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan dia di dunia dan di akhirat sana....
Sekian sahaja ucapan dari saya, sebentar lagi saya mahu keluar bersama ayah dan emak untuk makan di luar...
(^__________^)



Saturday, June 18, 2011

" BLOG WALKING BESAR-BESARAN !! "


Assalamualaikum ...
Zippo,Saya dah joint awak punye segment..
Firstly, thanks Zippo sebab sudi melawat blog saya dan ajak saya joint segment nie..
Terharu pulak rase sebab blogger yang ramai follower macam awak nie sudi ajak kita joint segment macam nie..

Kekuatan blog saya...???
Ermm..entahlah ye..sebab pendapat saya, blog saya nie biase-biase jer dan takde benda yang menarik pun..
Blog nie pun simple jer..Follower pun tak ramai,...
Entry pun biase-biase jer..Masih banyak yang saya perlu perbaiki dan pelajari dari segi penulisan dan macam-macam perkara yang berkaitan dengan dunia blog nie..
Saya harap blogger-blogger lain sudi memberikan sebarang komen terhadap blog saya nie, agar saya dapat perbaiki kelemahan blog saya nie...
Saya suka buat entry berkaitan isu-isu semasa, saya suka kongsikan pendapat dan idea saya kat dalam blog saya nie...Selain tue saya juga sangat suka buat entry berkaitan puisi, macam-macam jenis puisi saya boleh buat dan semua puisi nie adalah idea saya sendiri yang saya perolehi secara spontan..Memandangkan konsep blog saya nie adalah personal blog, maka saya juga ada sikit-sikit ceritakan pasal personal life saya kat sini..
Itu sahajalah berkaitan blog saya..
Saya harap anda semua sudi memberi tunjuk ajar kepada saya...
Sekian, Salam Uhkwah..
Semoga kita bersama-sama dapat mengeratan tali persahabatan sesama blogger....
(^________^) 
.
.
.
Anda pun berminat nak joint segment nie..?
Jom ramai-ramai memeriahkan lagi segment nie..
Click kat link nie:-

Selamat Hari Jadi Adik....


Hari nie...18 Jun 2011 adalah hari ulangtahun adik lelaki saya yang ke 21 tahun..
(umur dia muda dua tahun dari saya)
Tapi kali terakhir kami sekeluarga dapat menyambut Birthday adik saya adalah pada 18.Jun.1997..
Pada masa tue kalau tak silap ada perlawanan bola sepak kat stadium yang dekat dengan rumah saya nie..
Itu adalah kali pertama saya tengok bola secara live, dan dari situlah start saya minat dengan bola nie..
Emak dan adik saya memang tak minat bola..
Masa tue, adik nangis sekuat hati nak balik dan katenye die nak jugak makan Mc'D dan tak nak tengok bola..
Sebab ayah dah janji nak celebrate birthday dia kat Mc'D dan tup-tup kena pulak tengok bola..
Jadi, Kami sekeluarga pun keluar dari stadium.. walaupun perlawanan tue tak habis lagi...
Tiket tue ayah bagi jer kat bebudak yang nak tengok bola tapi takde tiket..
Nasib baik masa tue sempat jugak sampai Mc'D walaupun dah nak tutup..
Sebab,itulah kali terakhir kami dapat buat sambutan untuk die sebelum die pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya pada 31.08.1997...
Dulu saya selalu lah jugak marah-marah dia..Selalu lah jugak kami bergaduh berebut mainan..
Bila dia dah takde..Menyesal memang seumur hidup..
Lebih-lebih lagi pemergian dia yang mengejut, dan dia memang takde sebarang penyakit..
Saya rase sayalah kakak paling teruk dalam dunia sebab tak pandai jaga adik dan tak dapat selamatkan dia masa die jatuh..
Lebih-lebih lagi sayalah yang ajar dia panjat sana, panjat sini..
Masa tue memang susah nak terima kenyataan, sebab die cuma jatuh tembok setinggi dua kaki sahaja.. lepas dia jatuh pun dia boleh bangun dan berjalan macam biasa..
Siap boleh buat lawak lagi ade..Tapi masa nak maghrib tue dia mengadu sakit perut..kemudian family saya nak hantar die pegi hospital naik kereta pakcik..
Dia meronta-ronta tak nak, dan lari balik masuk dalam rumah..
Akhirnya dia meninggal dalam perjalanan nak pergi hospital, sebab mase tue jalan jem sebab ada sambutan Hari Merdeka....
Kesannya sampai sekarang saya tak pernah sambut 31 Ogos dan tak suka tempat yang sesak-sesak sangat..
Sekarang nie dah jadi fobia pada tempat tinggi dan takut nak panjat-panjat..

Sekarang nie saya dah tinggal sorang jer...
Sejak dari kematian adik saya, saya dah jadi anak tunggal..
Ramai yang kata untung jadi anak tunggal..
Tapi sebenarnya saya tak suka..
Sebab saya sunyi takde adik beradik macam orang lain..
Sekarang nie saya harap dan berdoa agar emak saya sembuh sepenuhnya dan sihat seperti sedia kala..
Dan saya tak mahu  kehilangan emak saya pula....

Moral:-Sayanglah Insan yang berada disekeliling anda....Hargailah dan sayangilah die selagi die masih ade....

Wednesday, June 15, 2011

Poetry: All I Need Is Some Love....(♥)



I need a shoulder to cry on…
I need a hand that always protect me from all the fears and enemy...
I need a hand that will always wipe all my tears...
I need a hand that will always hold me and never leave me alone…
I need some love, that always cheer me up...
I need someone, that always stand beside me and will always love me forever...
I need some love that will make me smile and happy forever…
Now, I'm here alone…
And I'm still waiting for someone…
But…
I never knew for how long should I waiting here for my true love…
Others might think that I'm happy now…
But the reality is… No , I'm not…


P/s:- This poetry is fully made by the owner of this blog(http://merpatiputih88.blogspot.com).Copyright protected.Credit picture:-Google image

Tuesday, June 14, 2011

Puisi:-Perjalanan Hidup Seorang Insan



Sepi sendiri aku disini...
Hidupku sepi...
Kosong....
Penuh dengan kesedihan dan kesuraman...
Entah...,
Aku sendiri tak mengerti....
Kenapa hidupku begini...
Ceria, tawa, riang hanya seketika..
Tapi..
Tangis bertahun-tahun lamanya...
Sukar rasanya untuk aku tersenyum dan ketawa dengan erti kata yang sebenarnya...
Kerana selama ini senyum ku penuh dengan kedukaan yang tersembunyi...

Tapi kini  aku telah mengerti, bahawa hidup ini...
Penuh onak ranjau berduri...
Masih banyak persimpangan yang perlu aku tempuhi...
Masih jauh perjalanan hidup ini perlu aku lalui...
Masih ramai orang yang harus aku jumpai dan aku kenali..
Masih banyak halangan,dugaan dan cubaan harus ku hadapi...

Oleh itu, aku perlulah..
Menjadi insan yang lebih tabah...
Menjadi seorang DEWASA yang tak mudah menggelabah...
Menjadi insan yang tak mudah melatah...
Menjadi manusia yang lebih sabar, tenang dan tabah
Menjadi orang yang gigih dan tak mudah menyerah kalah...
Menjadi insan yang lebih  rasional, matang dan berfikiran luas...
Menjadi manusia yang sentiasa memandang kehadapan...
Menjadi insan yang sentiasa berfikiran positif...

Dengan ini barulah...
Kejayaan itu milikku yang hakiki...
Kemudian barulah aku akan lebih bahagia dan tersenyum riang gembira selamanya...





Nota:- Puisi ini adalah ilham sepenuhnya pemilik blog ini(http://merpatiputih88.blogspot.com).Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali.Hak Cipta Terpelihara.Gambar hanyalah hiasan, diperolehi daripada Google Image.


Sunday, June 12, 2011

~Saya Sayang....... Hand phone Saya..~

.
.

.

Satu mase dulu saya mcam tak pandai nak hargai die nie...
Saya biarkan jer die jatuh tergolek-golek sampai die cedera calar balar lah badan die...
Kesian kat die, mesti die sakitkan..
Boleh katekan dalam sebulan tue banyak kali lah die terjatuh sebab terlepas dari tangan saya nie..
Err..mungkin tangan saya kena letak gam kowt bile nak pegang die nie, supaya die tak terlepas dan die tak terjatuh...
Kesian die, sebab dapat tuan yang tak reti gune gadjet cam saye nie..
Tak reti nak menghargai pun satu hal jugak saya nie..
Dulu, saya selalu complaint itu ini..
Dulu, saya suka compare kan die dengan yang lain-lain ..
Saya selalu cakap cam ginie " Kalau pakai jenama hand phone XX tue kan bagus,...."( macam-macam lah kelebihan hanphone tue saye cakap ..)
Kesian kat die mesti die kecik hati kan dengan kata-kata saya tue..?
Err..eh! Die mane ade hati ye tak..Die cuma gadjet tak bernyawa jer..
Tapi sekarang bila die dah takde depan mata..
Bila die dah hilang  dan saya pun  tak tahu die kat mana...
Barulah saya tahu menghargai die..
Barulah sekarang saya puji-puji die balik..
"Yang sekarang nie tak sama dengan yang lama..yang lama tue lagi best .."
Ha..tulah baru tahu nak hargai kan...
Sekarang nie rasa sedih sangat-sangat sebab kehilangan die nie...
Kalau dulu nak taip mesej sekejap jer, sekarang nie nak taip punya lah slow dah macam budak tadika baru belajar nak mesej-mesej..! siput sedut pun lagik laju bila merangkak kowt..
Dari dulu lagi saya nie pengguna setia NOKIA..
tak penah tukar jenama lain..
Kalau tukar pun cuma tukar model hand phone jer..tapi jenama tetap sama..
Sekarang nie bile tukar jenama lain rasa kekok sesangat..
Adeh...! (=_______=)''


~My Dear  Nokia 533 Mobile Tv Edtion~

Nie lah handphone saye yang hilang kene curik tue.....
Saya harap saya masih leh jumpe die balik..!
Walaupun die nie tak secanggih  / tak secantik hand phone lain tue..
Tapi pada saya die nie ISTIMEWA...
Sebab die nie simpan banyak benda suka duka saya...
Kenangan yang macam-macam colour..
Yang sedih samapai wat saya menangis..
Yang kelakar sampai saya ketawa..
Dan macam -macam lagi lah kenangan bersama die nie..
Kalau lah dapat jumpe balik same die nie..
Mesti saye akan jage die baik-baik...(T_____T)


Nota:-Siap buat entry khas untuk hand phone...` 

Cara-Cara Nak Hilangkan Stress.

~Wa..yang nie memang betul-betul stress...~
.
.
.
Sebelum saya nak kongsi sikit cara-cara nak hilangkan stress, mari kita kenal dulu apa punca-punca yang boleh menyebabkan kita stress.Antaranya ialah:
~Assignment yang banyak, tue tak termasuk quiz, presentation, final project, ujian bulanan, final exam,lab report,homework dan macam -macam lagi lah..~(Bagi yang bergelar student)
~Kerja-kerja kat tempat kerja yang melambak macam gunung Everest, report yang nak kene submit, meeting dengan bos + pegawai-pegawai atasan @ pekerja-pekerja bawahan dan client syarikat..menghadap pulak perangai client /customer yang kadang -kadang macam aper jer tue..nak kena bentang proposal ngan client..nak kene rebut tender pulak dengan pesaing-pesaing syarikat..terkejar-sana, terkejar sini nak cari / tambah untung syarikat...hari-hari telinga bingit dengan bunyik mesin kat tempat kerja..dan macam-macam lagi..~(Untuk  orang yang dah bekerja)
~Stress jugak boleh berlaku akibat tekanan dari orang sekeliling seperti Ibu/Bapa, Adik Beradik, Suami,Isteri,Madu,Anak-anak, Besan, Bapa/Ibu Mertua,Rakan-rakan, Jiran dan sebagainya..~
~Stress jugak boleh berlaku akibat dari  sesuatu peristiwa / tragedi masa silam seperti pernah kemalangan hingga menyebabkan kecacatan kekal pada tubuh badan atau kematian insan yang disayangi~
.
.
Kesan-kesan stress kepada kesihatan:-
.
.
Mesti ita semua tak mahu jadi macam nie kan..?
Cara mengatasi stress adalah:-

-Ambil wuduk, bersolat dan membaca Al-Quran..ia adalah jalan yang mujarab untuk atasi segala permasaalahan-

-Cubalah bertenang, beristirehat dan bermuhasabah diri-

-Lihat pemandangan jauh yang menarik, melalui jendela-

- Bersiar-siar ke tempat yang tenang / tempat-tempat mempunyai pemandangan yang menarik yang terdekat dengan persekitaran kamu-

-Pergi bercuti  selama beberapa hari, jauhkan diri dari tempat-tempat yang boleh menyebakan kamu stress-

-Buatlah apa jua aktiviti yang kamu minat dan sekaligus boleh menghilangkan / mengurangkan rasa stress kamu asalkan aktiviti tersebut tak melanggar undang-undang (contoh seperti melukis, mencipta puisi, menulis,mengambil photo-photo yang menarik,menyanyi,bermain alat muzik dan sebagianya..)-

-Beriadah / bersenam / bersukan secara teratur-

-Jaga kesihatan dan pemakanan-

-Tidur yang cukup / waktu tidur yang berkualiti-

-Luaskan pergaulan dan kenalan -

-Ikuti aktiviti-aktiviti berfaedah yang boleh membuatkan kamu gembira dan lupa sebentar tentang stress kamu tue-

-Luahkan permasaalahan kamu kepada seseorang yang paling kamu percayai dan paling boleh dipercayai.-(Kena pandai pilih tempat untuk meluahkan perasaan sedih, geram, stress  kamu tue..kena pilih seseorang yang berfikiran positif dan boleh memberi kata-kata motivasi serta nasihat kepada kamu.Jangan pilih seseorang yang boleh menambahan rasa sedih kamu dengan kata-katanya yang boleh mematahkan semangat atau menambahkan rasa marah kamu dengan kata-kata berbaur batu api seperti hasutan dan fitnah )

-Baca buku-buku / dengar muzik yang boleh memberi kamu semangat dan motivasi, elakkan membaca atau mendengar sesuatu yang boleh menambahkan lagi rasa kecewa kamu tue.. -

-Sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi segala dugaan-
.
.
.
Berikut adalah Doa yang boleh diamalkan apabila kamu sedang stress atau sakit kepala:-
-Click pada gambar untuk tumbesaran saiznya-
.
-Click pada gambar untuk tumbesaran saiznya-
.



Selain dari kaedah-kaedah tadi, kamu juga boleh cuba teknik nie..iaitu urutan. Salah satunya adalah urutan refleksiologi.Antara kebaikkanya adalah:-

- mengurangkan rasa letih /stress
- melancarkan pengaliran darah
- meningkatkan daya tahan individu
- mengurangkan risiko tulang reput
- menyeimbangkan kedudukan badan
- menguatkan otot kaki
- mengurangkan risiko kencing tak lawas
- menguatkan tulang dan pinggul
- mengurangkan risiko sakit sendi
- mengelak risiko sembelit

-Click pada gambar untuk tumbesaran saiznya-



-Entri ini hanyalah pandangan peribadi penulis semata-mata, ianya bersifat umum..Sumber gambar adalah daripada Google Image..

Saturday, June 11, 2011

Apabila Manusia Sudah Hilang Rasa Malu...


Kita sekarang nie hidup dalam zaman moden,
Tapi bila kita makin moden dan makin maju..
Kenapa mesti di buang rasa malu itu..?
Kenapa saya cakap macam nie..?
Sebabnya, cuba lihat di sekeliling kita..
Kalau dulu orang na buat jahat rasa takut dan malu..
Tapi..
Di zaman nie, seperti sudah hilang rasa malu..
Orang yang berzina, kemudian membangga diri pula telah berzina..
Setelah itu mereka merasa megah apabila dapat meniduri seberapa banyak gadis yang cantik / seksi atau di tiduri  seberapa banyak jejaka yang kacak/ kaya..
Mereka rakamkan pula aksi berahi itu, untuk koleksi peribadi katanya..
Dan apabila koleksi itu tersebar, mereka kata itu semua fitnah, ada orang mahu mejatuhkan mereka..
Tak terfikirkah oleh dia perasaan ibu bapanya..???
Orang yang hamil diluar nikah, kemudian tanpa rasa segan bercerita dengan pihak media..
Akibatnya satu dunia tahu yang dia hamil sebelum dia bernikah..
Tak terfikirkah oleh dia perasaan anak itu apabila telah dewasa..???
Orang yan menyebarkan bahan-bahan lucah / poronografi seperti video atau gambar  aksi-aksi yang tidak melalui apa jua medium, katanya niatnya cuma nak memberi pengajaran dan tauladan kepada orang lain agar tidak berzina dan tidak buat perakara yang seumpama itu..
Tapi sedar tak mereka, mereka sedang menangung dosa menonton dan dosa menyebarkan perkara seperti itu? Lebih teruk jika si penyebar bahan lucah itu dan si pelaku yang membuat aksi tak senonoh itu  dan orang-orang yang beminat menontonya adalah beragama Islam..Sedar tak mereka, setiap detik mereka melakukan dosa dengan setiap  saat ada sahaja mata yang memandang akan hasil peneyebaran bahan porno itu...?
Sedar tak mereka akan kesan kepada anak-anak kecil  dan remaja apabila melihat bahan seperti itu..??
Orang yang berfoya-foya dan melakukan maksiat secara jelas dan terang-terangan seperti mabuk, berpeleseran di pusat hiburan seperti disko etc...Kemudian bercerita dengan bangga, dan bergambar pula dengan botol arak yang mahal, posing mengalahkan "Top Model"..
Setelah itu tersebarlah cerita yang bukan-bukan / cerita negatif tentang mereka..
Apabila terjadi seperti itu mereka berkata, "Itu semua fitnah,hanya ambil gambar sahaja dan bukan minum arak pun..."
Sedarkah meraka yang "fitnah" seperti yang mereka semua katakan itu berasal dari sikap mereka sendiri yang sudah hilang rasa malu..
Mereka kata, mereka buat begitu kerana mereka jujur dengan diri sendiri dan orang sekeliling..
Mereka kata, Mereka tak mahu hipokrit maka sebab itulah mereka tanpa segan silu menceritakan keburukkan diri sendiri pada dunia luar..
Tapi sedarkah mereka akan satu perkara..?
.
.
.


Iaitu mereka  tidak Jujur dan Amanah menjadi kahlifah dimuka bumi..
Mereka dengan jelas mengabaikan tanggungjawab mereka kepada Allah SWT..
.
.
.
Sebelum saya akhiri entry kali nie mari kita sama-sama renungi kata-kata ini:-

"Setiap agama mempunyai akhlak, dan akhlak Islam adalah malu."

"Begitu ada kejahatan mengenai seseorang, pasti ia (kejahatan tersebut) merosakkannya,
dan begitu rasa malau mengenainya,pasti (rasa malunya) menjadi perhiasan baginya."

"Tidak ada sesuatu yang paling berat dalam timbangan amal seseorang Mukmin di hari kiamat nanti, kecuali Akhlak Yang Baik"


Nota:Ini hanyalah pandangan perbadi penulis blog ini mengenai isu gejala sosial pada zaman ini..Gambar hanyalah hiasan yang diperoleh dari google image..



Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...