Selamat malam semua..apa khabar...?
dah lama benar saya tak menaip sebarang entry..
Tiba-tiba malam ini tergerak hati ini nak buka blog...
Awak tahu saya mendapat satu kejutan!
Kejutan itu adalah apabila saya di tuduh meniru idea orang lain dalam puisi saya yang bertajuk ini:-
Puisi: Si Cantik Yang Jelita...
Untuk pengetahuan kamu Anonymous (orang yang comment tapi tak nak letak nama kan..) dan juga untuk pengetahuan kamu semua para pembaca blog ini ( yang mana sudi singgah dan sudi baca) Setiap puisi yang terkandung dalam blog ini adalah hasil nukilan saya sendiri, dan saya tak pernah meniru siape-siape dan mengaku puisi orang lain hasil karya saya pula (saya bukanlah orang yang macam gitu). Itu memang puisi hasil tulisan saya. Untuk pengetahuan kamu juga, Saya sudah lama menulis puisi, tetapi hanya sekadar suka-suka sahaja. Seblum saya ada blog, setiap puisi saya saya tulis dalam buku. Tapi sekarang saya publishkan puisi-puisi saya dekat blog ini untuk tatapan kamu semua dengan niat yang ikhlas. Tapi saya tak sangka pula bila saya letak puisi dekat blog, terjadi isu begini hingga ada yang tuduh saya tiru karya orang lain dan mengaku karya saya. Siapa yang tiru siapa sebenarnya? Saya sedih bila karya saya menjadi tuduhan orang.
Dalam menulis puisi biarlah ikhlas, Saya menulis puisi itu semua khas buat tatapan pembaca jua untuk diri saya juga. Setiap bait-bait katanya ada maksud yang tersirat, yang ingin saya sampaikan dengan jelas ke dalam lubuk hati dan minda kamu semua. Agar ia bolehlah di jadikan bahan bacaan yang punya nilai pengajaran dan saya mahu mesej yang ingin di sampaikan di fahami.Itu sahaja. Saya tak minta di hargai, atau di bayar. Saya cuma kamu tahu yang itu memang nukilan dari saya. Jika kamu (Encik/ Cik Anonymous) tetap terus-terusan mahu menuduh saya meniru hasil karya orang lain dan menipu orang, terpulang pada kamu. Saya rasa sudah setakat ini sahaja penjelasan saya.Yang penting saya tahu, saya berada di paksi yang benar jadi saya tak pernah gentar dengan tuduhan begitu. Terima kasih sebab menuduh saya.
Translate
Friday, December 30, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Special Notes For My Dear Darling
"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,
Your voice is sweet like music that calms my lonely world,
Your hands is my protection from hurt deep down inside,
No comments:
Post a Comment