Translate

Sunday, October 16, 2011

Pantang Larang...Mitos Atau Fakta???

Hai semua...Selamat bercuti...






       Kamu pernah dengar pasal pantang larang...? Pasti pernah bukan. Sebab orang melayu nie memang terkenal dengan pelbagai pantang larang. Tapi persoalannya adakah ianya satu mitos semata-mata atau ianya membawa maksud yang tersirat berbentuk teguran dan nasihat..? Ialah umum mengetahuai bahawa orang melayu memang suka berkias dan berlapik dalam memberikan sesuatu teguran atau pandangan. Ini dilakukan agar tidaklah menyingung perasaan individu lain. Lihat, betapa indahnya peradaban adab-adab melayu dan betapa indahnya lenggok bahasa melayu itu. Baiklah, untuk tidak membuang masa mari kita teliti pantan larang tersebut dan cuba faham maksud yang tersirat di sebaliknya:-




Pantang Larang:- Jangan tunjuk pelangi dengan jari telunjuk nanti jari kudung.
Maksud:- Kita kalau mahu menunjuk ke arah sesuatu haruslah menggunakan ibu jari, supaya kelihatan lebih sopan. Jari telunjuk itu boleh membawa  maksud kita sedang marah.


Pantang Larang:- Jangan duduk depan pintu nanti lambat jodoh.
Maksud:- Kalau kita duduk dekat tengah-tegah pintu masuk, maka anya menggangu orang lain nak keluar masauk. Silap-silap orang itu boleh terjatuh kerana terlanggar kita yang duduk dekat tegah-tegah pintu.


Pantang Larang:- Jangan menyanyi-nyanyi semasa berada di dapur, nanti dapat jodoh orang yang tua.
Maksud:- Adalah kurang sopan sesorang itu memasak atau sedang menyediakan makanan sambil menyanyi. Bukankah lebih baik jika dia membaca doa.






Pantang Larang:- Jangan makan pindah randah(bertukar temapat duduk), nanti perkahwinan tak kekal. Banyak suami.
Maksud:- Adalah tidak sopan apabila seseorang itu makan pindah randah kedudukannya. Semasa makan haruslah menjaga adab sopannya.


Pantang Larang:- Jangan makan bertatang (makan sambil menatang pinggan makan. Sambil makn dalam keadaan berdiri atau duduk dalam keadaan kurang sopan.) Nanti suami mudah cari lain.
Maksud:-Adalah tak sopan makan dalam keadaan begitu lebih-lebih lagi bagi sesorang yang bergelar gadis, seharusnya kita jaga tatasusila adab ketika makan.


Pantang Larang:- Jangan makan tebu pagi-pagi nanti seperti makan darah ibu sendiri, Jangan makan tebu waktu senja nanti seperti makan darah ayah sendiri.
Maksud:- Tak elok makan tebu diwaktu pagi kerana pada masa itu sepatutnya kita bersarapan. Tak elok makan tebu waktu maghrib kerana sepatutnya di waktu itu kita sepatutnya bersolat maghrib dan bukanya sibuk di ladang tebu..






Pantang Larang:- Jangan jahit pakaian ketika pakaian berada di badan nanti pendek umur.
Maksud:-Yalah kalau kita menjahit baju ketika baju tue masih tersarung di badan, takutlah nanti kita tercucuk jarum kat bdan sendiri dan tercedera. Jadi haruslah berhati-hati ketika menjahit.


Pantang Larang:- Jangan Menjahit waktu malam, nanti mata rabun.
Maksud:- Menjahit tanpa henti dari siang smapai ke malam memang boleh menyebabkan mata menjadi rosak. Lebih-lebih pada waktu dahulu tiada bekalan eletrik dan orang dahulu gunakan lampu minyak tanah atau pun lilin, jadi sukar untuk menjahit pada waktu malam. Zaman sekarang rasanya dah takder masaalah nak menjahit bila-bila masa.






Pantang Larang:- Jangan petik atau patahkan pokok pada waktu malam, nanti kena kacau dengan hantu.
Maksud:- Kalau kita petka atau patahkan pokok pada waktu malam, maka tak ustahil untuk kita terkena gigitan haiwan atau serangga berbisa macam ulat bulu dan sebagainya. Sebab pada waktu malam susana gelap, jadi kita tak nampak jika di situ ada ular atau sebaginya.




    Sebenarnya ada macam-macam lagi pantang larang orang melayu dulu-dulu. Tapi setakat ini sahajalah yang dapat saya list kan dalam entry ini. Maksud dari setiap pantang larang tue saya yang buat sendiri berdasarkan apa yang saya faham. Dari dulu lagi saya tertanya-tanya akan maksud setiap pantang larang itu. Apabila dah boleh berfikir baru tahu apa maksud nya yang sebenar.  Rasanya orang dulu-dulu buat pantang larang nie sebab nak bagi teguran kat anak-anak mereka yang rata-rata bersikap degil, jadi dengan cara begini mungkin kanak-kanak kecil akan mengikut kata orang tua.


Credit Gambar kepada Google Image.

14 comments:

senyumSOYA said...

heheheh...jom baca doa & selawat time masak..^^!

Anonymous said...

tu org tua2 cakap..org tua2 biasa guna ayat kias tp tu la maksud disebaiknyer..hehe

farah hanna said...

tapi budak2 sekarang dah percaya dh dngan pntang larang ni..sbb tu la bnyak remaja kita mkin rosak...btul x??hehehe..

Unknown said...

Walaupun sudah dipantang dan dilarang, tetap juga dibuat. Ada juga pantang larang yang tak masuk dek akal. Terpulanglah kepada kita untuk menapis maknanya.

Majalah Masjid Kita said...

maaf belum semped ngapa ngapain.. kunjungan sore menjelang tengah malam :)

Run Away said...

em...anta pantang yang boleh di percayai....;d

Kuronofu91 said...

sebenarnya nasihat jer.....

mac said...

erm..pantang dgr dulu sume caye :)

WAHIDA ALIAS said...

byk pantang larang...kdg2 x tawu mne yg betol.to setiap pantang tu ade alasan die

Namee Roslan said...

tapi banyak juga org lama reka untuk takutkan kita :D macam duduk atas bantal , ada bisul. takde plak.. tp yela, bantal tu kan tmpt tidur so tak elok lah duduk di tempat kita letak kepala :)

nurshaf said...

semua pun ade sebab nye ka, hikmah, mungkin org2 tua saja buat cerita sebab malas nak explain nak2 at budak2.. hehe

aniki said...

pantang camni takpe lagi tapi kadang2 ada pantang yang tahyul..nice amoy

Hana Soffelia said...

Kadang2 kalo terlampau ikut blh taksub. Yg baik dijadikan tauladan, yg buruk jgn disimpan. ^_^

Sya_Merpati Putih 88 said...

senyumSOYA:- yup, same2 lah kt amalknnye..smoga lebih di berkati oleh -Nya

~AmyLiana86~:- org tua2 mmg suka berkias2..tp masaalahnye ramai org tak brapa faham maksud di sbelaik pantang larang tue..

mizz_blur :- kiasan nie supaya kt lebih berfikir maksud di sebalk kasan tue..tp masaalhnye ramai yg aknak berfikir dan terus percaya bulat2..

Awan Biru:- yup, kalau ah degil mcm mana di larang pun tetap buat jugak..itulah masaalahnye..mmg ade pun yg tahyul tue..jadik jgn pcaya bulat2..

Majalah Masjid Kita :- nggak apa-apa kok..terima kasih ya sudi berkunjung ke blog ku..

Run Away :- erm..tak semua pantang larang kt boleh percaya..

Kuronofu91:- betul tue..tapi nasihat secara kiasan, bahasa halus..terima kasih sudi snggah bog sy..

mac:- tak leh terus pacaya..kena selidik dulu maksudnye..terma kasih sudi snggah blog sy..

Namee Roslan :- yup, ade maksud tersrat di sebalik pantang larang tue..sy pu pnah tunjuk pelangi guna jari telujuk, tp smpai sekarang jari tak kudung..

fiq.:- tau takpe kan..sbb budak2 kan mmg nakal..:p
terima kasih sudi singgah blog sy..(^___^)

aniki:- tau takpe aniki...btw, thanks ye..

Hana Soffelia :- sngat setuju dgn kat hana...=)

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...