Hai Semua dan Selamat pagi...Semoga sentiasa sihat sejahtera hendaknya.
Kamu faham tajuk entry nie..? Kenapa saya pilih tajuk macam tue..? Sebab saya rasa ini adalah fakta kehidupan. Ya, hidup ini indah tapi tak mudah untuk mendapatkan keindahan itu... Kita haruslah berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya. Hidup juga kadang kala di rasakan begitu payah dan susah, kerana hidup juga ada kalanya penuh ranjau onak berduri. Serta penuh liku-liku cabang jalan penuh cabaran yang harus kita tempuhi. Jika kita bijak bertindak dan memilih mana yang terbaik, maka bahagialah hidup kita, jika sebaliknya maka sia-sialah hidup kita.
Kita haruslah bijak merebut segala peluang yang ada di depan mata, setiap inci masa ruang hdiup ini harus di manfaatkan sebaik mungkin. Segala masa yang ada haruslah di gunapakai sebaik-baiknya. Segala peluang yang datang janganlah di sia-sa kan begitu sahaja. Tapi perlu ingat, dalam kiat mengejar kejayaan dalam kehidupan jangan pula hingga kita sanggup membelakangkan akidah / agama kita. Seharusnya perkara ini lah yang kita harus utamakan terlebih dahulu. Kerana seperti yang kita ketahuai, hidup di dunia ini hanyalah sementara, akhrat jualah yang keal abadi. Dunia ini hanyalah pentas dan jambatan untuk kita menuju ke alam yang kekal abadi (akhirat). Di dunia ini lah tempat kita untuk mengumpul segala bekalan untuk hidup kita di alam yang lebih abadi itu.
Jadi dalam hidup kita di dunia ini, haruslah ada batas-batasnya. Haruslah bersederhana, dan janganlah sampai kita tersasar dari landasan kehidupan. Jka sudah tersasar, jangan lupa untuk berpatah balik kearah jalan yang benar. Hidup ini memang penuh cabaran, tapi kita haruslah sentiasa bersemangat dalam menjalani kehidupan ini. Anggaplah cabaran hidup itu sebagai perkara biasa sahaja. Lautan mana yang tak di lambung ombak? Bumi mana yang tak di timpa hujan? Manusia mana yang tak di timpa masaalah dan ujian dlama kehidupan..? Setiap manusia pasti akan ada konflik atau masalah mereka yang tersendiri. Cuma jenis permasaalahan itu yang berbeza dan cara mengatasi, menghadapi dan menegendalikkan masaalah itu juga berbeza.
Jadi di sini sangat pentinglah untuk kita sentiasa mengawal emosi, supaya lebih tenang dan tabah. Jika kita dalam keadaan emosi yang tidak stabil maka bagaimana kita nak buat keputusan yang tepat..? Jika kita sentiasa tidak ceria, bagaimana kita nak merasakan bahawa hidup ini adalah bahagia..? Jika kita tak berfikiran positif, bagaimanakah untuk kita menajdi manusia tabah dna tegar dalam menjalani hari-hari dalam kehidupan. Belajarlah untuk menerima hakikat kehidupan dna belajarlah untuk menjadi manusia yang tabah dan sabar dalam kehidupan. Maka dengan itu kebahagiaan pasti akan kamu miliki jua satu hari nanti..(^__^)
Ps:- Ini hanyalah nukilan coretan dari insan yangs sedang belajar erti kehidupan..Credit gambar kepada google image. Beberapa jam lagi penulis blog ini akan berangkat pergi ke kursus selama empat hari, iaitu hingga hari jumaat nanti. Di kesempatan ini, saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada kamu semua jika ada tersilap tersalah, terkasar bahasa sepanjang saya menulis blog ini. InsyaAllah apabila sudah pulang berkursus nanti saya akan BW ke blog anda seperti selalu. Doakan saya, selamat pergi balik ye...Jaga diri baik-baik semua..senyum-senyum selalu..(^___^)
Translate
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Special Notes For My Dear Darling
"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,
Your voice is sweet like music that calms my lonely world,
Your hands is my protection from hurt deep down inside,
7 comments:
Love life.. Hargai hidup ini dan nikmati sepuas-puasnya. Cabaran yg dihadapi makin membuatkan hidup kita bertambah menarik.
kita manusia yg perlu mengindahkan hidup kita. sebab itu perlu usaha ! :D kan kan. em takde apa yg datang bergolek unless menag loteri. itu pun nk kena rajin beli number. hehe. nk hidup ni ssh sbb ia satu adventure :)
saya setuju ngan post ni..
btol3
Hidup ini penuh cabaran jika mahu berjaya....
bila baca , nelly terus nilai apa itu hidup .
:)
Hana Soffelia :- ye, betul tue..sy setuju dgn kak hana..kt kena hargai setiap saat yg kt lalui dlm hidup nie..
Namee Roslan:-yup, betul tue..setuju dgn namee..usaha tangga kejayaa..kalau kt nak sesuatu kenalah ade usaha..
Hawa Ahmady :- terima kasih..=)
ayie :- thanks sudi singgah blog sy..=)
kak zmah :- yup, betul tue..yg penting kt kena tabah dan sabar hadapi semua cabaran tue kan..
nelly :- sy pun masih belajar tentang kehiduoan nie nelly...=)
Post a Comment