Translate

Monday, August 29, 2011

Persiapan Raya...

~Gambar ehsan dari google~


      Hai semua...selamat petang..macam mana persiapan raya...? dah beres semua..? dah berapa percent siap ...? Wah..adik-adk mestilah seronok nak beraya, maklumlah dapat duit raya...=)
        
        Ok, sekarang saya nak cerita secara ringakas persiapan raya saya tahun nie...(^___^) 
Kita mulakan dengan ketupat:-



      Kat rumah saya nie tiap-tiap tahun kalau Hari Raya Aidilfitri mesti nak masak ketupat dan kadang-kadang ada ketupat + lepat..kalau ada balance daun kelapa confirm lah buat lepat...Saya memang tak padai nak anyam ketupat..kat rumah nie yang reti anyam ketupat cuma mak sorang jer...huhuhu..tiap-tiap tahun dah belajar tapi still fail..huhuhu..Saya cuma reti isi ketupat dan masak lauk-lauk untuk makan ketupat jer..huhuhu sedih..Tangan tak kreatif lah katakan..Nie gambar ketupat yang dah siap di anyam malam semalam, dan pagi tadi kami (saya+mak) isi ketupat dan  kemudian sesi merebus ketupat...


      Nie lah hasilanya, ketupat yang dah siap di rebus sebentar tadi..Tapi belum boleh makan lagi, esok baru boleh..hehehe..Ketupat yang dah siap di masak tadi adalah  dalam 100 biji...Banyak tak..? Apa beza ketupat dengan lepat..? Bagi yang tak tahu, ketupat nie isi dalam nya ialah beras / nasi dan manakala lepat pulak isi dalamnya ialah beras pulut /pulut..Saya lebih suka ketupat berbanding lepat, sebab alahan dengan pulut-pulut..boleh makan pulut tapi tak boleh banyak,kalau nak makan pulut  pun mesti kena makan nasi / roti dulu ...kalau  tak emmang sakit perut lah jawabnya..huhuhu..

Lauk-pauk Raya:-

        Nie satu-satunya lauk yang dah siap di masak tadi, iaitu serunding udang kering..Serunding nie boleh tahan lama tau..Lauk-lauk lain macam rendang daging (5kg daging) akan di masak malam nanti (lepas pukul 9 malam)..Lepas tue (tengah malam raya) baru masak sambal kacang pulak..Pagi raya baru masak lauk yang seterusnya iaitu kuah lodeh...Lauk-lauk lain tue belum boleh di upload kat blog lagi, sebab belum siap di masak..huhuhu..Tapi bahan-bahan untuk masak lauk-lauk nie semua dah di siapkan beberapa jam tadi..Lepas tue terus kemas-kemas rumah dan pasang langsir raya...

Kuih Raya:-

                  Nielah kuih raya saya tahun nie..tak banyak pun, cuma ada 7 macam jer...hehehehe.. Siap buat semua jenis kuih raya nie pada 25.8.2011..Modal untuk buat semua jenis kuih nie adalah dalam anggaran RM250.00..Setiap satu jenis tue dapat dalam lebih kurang 200++ hingga 500++ keping kuih..Kuih buat sendiri nie lebih jimat dan kita lebih berpuas hati dari segi kualiti, rasa dan takdelah nak curiga tentang tahap kualitinya (macam kes kuih raya ade ulat tue..)...Kalau beli macam nie punya banyak mesti kena keluar bajet lebih dari nie kan..So lebih baik buat sendiri, jimat..nak beri kat nenek dan sedara mara pun takde hal..=)
Dekat balang kuih tue siap mak saya dah letak nama kuih, dan mana-mana kuih yang untuk bagi nenek dan sedara mara balang kuih tue siap dah di slotep..(kes tak nak bagi saya makan kuih curik2 masa waktu berbuka..hehe...). Dulu masa kecik pernah pecah kan balang kuih raya mak, ehehe..masa tue suka sangat makan kuih mazola sampai pecah bederai balang kuih tue...dulu kecik-keci janji nak belikan baru bila dah besar, sekarang dah belikan baru, tapi tak sama dengan yang dah pecah tue..Jenis-jenis kuih tahun nie adalah:-

-Biskut Kacang Mazola
-Biskut Suji Badam
-Biskut Walnut Nescafe
-Bisut Kismis
-Biskut Kelapa Coco
-Biskut Coco Crunch
-Cornflakes Chocolate

 Jenis-jenis kuih yang di beli pulak adalah sepert kerepek-kerepek, dodol dan kuih batang buruk (nie kuih fav mase kecik2...)


Baju Raya:-

      Baju raya untuk saya cuma 4 pasang jer..ehehee..semua beli sendiri tau..! Iaitu sepasang jubah, dua pasang baju kurung pahang, dan sepasang baju kebaya..Tahun nie first time nak try pakai jubah, colour hijau lak tue..hehe..Tahun nie jugak first time saya pakai baju kurung Pahang dan bukan baju kurung Johor seperti sedia kala..Nak bertukar angin mungkin, hari-hari pergi kerja dah pakai baju kurung Johor kan..Tapi saya fikir esok saya nak pakai baju kurung Pahang colour merah..Sebab, malam tadi Machester United dah menang 8-2 masa membelasah Arsenal..hahahaha..GloryGlory Man U..!! (^___^)
     
       Tahun nie jugak saya belikan emak dan ayah baju raya, dah dari kecik mak dengan ayah belikan  baju raya, bila dah kerja kenalah belikan untuk mereka pulak..Iaitu sepasang baju melayu untuk ayah dan 3  pasang baju kurung untuk emak..

Duit Raya:- 

 Sama macam tahun lepas, saya dah tak dapat duit raya lagi..huhuhu..dan sama jugak macam tahun lepas kena lah spend duit untuk bagi bebudak yang datang rumah dan duit raya untuk mak ayah saya ..


~Nielah gaya hidup orang yang dah kerja, semua kena keluar budget..jadik kenalah jimat cermat..Sekarang dah besar dah tak dapat duit raya lagi, tapi kalau ada yang nak bagi kecik tapak tangan stadium olimpik saya tadah kan..ehehehe..(^____^)~

~Sebagai anak perempuan sulung dan juga merupakan anak tunggal dalam family kecil saya nie..Saya bertanggungjawab untuk buat persiapan raya dan uruskan pasal hal-hal yang berkaitan..Ha.. sape kata anak tunggal  jenis tak boleh harap + manje terlebih..? Anak tunggal nie lagi lah tanggungjawab besar tau..~

Sunday, August 28, 2011

Ucapan Hari Raya 2011 (^___^)

Sorry, kat raya tak cantik..tak pandai sangat nak design..huhhuhhu.. =p
Erkk..sejak bile pulak ade tanda kat tepi idung tue..(~__~)"


Di Kesempatan ini saya , pemilik dan penulis blog ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang pernah melawat dan membaca blog saya ini...
Saya juga ingin memohon ribuan ampun dan maaf kepada kamu semua yang pernah membaca entri-entri saya, yang pernah berkunjung ke blog ini , yang menjadi kawan-kawan merpati di sini. Jika ada terkasar bahasa, terguris rasa, terobek hati dan tersinggung perasaan kalian kat mana-mana sepanjang membaca penulisan saya yang banyak kelemahan ini...Saya mohon ampun dan maaf sekali lagi...
Jutaan terima kasih kerana sudi berkunjung blog picisan saya ini dan terima kasih kerana  sudi meninggalkan comment serta menjadi sahabat saya di sini...
Saya doakan agar kamu semua selamat dalam perjalanan ketika pulang beraya ke kampung halaman masing-masing dan sentiasa beroleh kesihatan yang baik serta di murahkan rezeki...
Dan semoga kamu semua sentiasa ceria-ceria dan bahagia di pagi yang mulai nanti...

~Makan ketupat di pagi raya,
Sambil mendengar lagu raya,
Hati-hati di jalan raya,
Jangan sampai kena saman pula ya...~

~Penat sungguh membuat persiapan raya,
Hilangkan lelah sebentar di tepi beranda,
Dalam sibuk kita beraya,
Jangan dilupa pada yang tiada....~


~Budak-budak bermain bunga api,
Bunyi mercun pula memriahkan suasana,
Hati-hati menyambut raya nanti,
Jangan sampai melecur cedera kat mana-mana...~


~Tengah bergossip sambil makan kuih raya,
Tersedak tergolek bila terdengar bunyi meriam tin,
Saya nak ucapkan selamat hari raya,
Mohon maaf zahir dan batin...~



Nota:- Entri adalah cetusan idea sepenuhya penulis blog ini..Maaf pantun tak berapa nak menjadi..ehehehehee...

Saturday, August 27, 2011

Kenapa Ada Hari Wanita Tapi Takde Hari Lelaki???




Hari Khamis lepas adalah hari wanita peringkat kebangsaan, selamat hari wanita buat gadis-gadis dan wanita-wanita sekalian...Semoga nasib wanita lebih terbela ...


               Maaf lambat buat ucapan, sebab agak busy siapkan kerja-kerja..balik umah jer  memang tersangat penat driving, dengan jalan jemm teruk lagi..Sebenarnya masa hari tue, ingatkan balik kerja nak update entry nie, drive laju-laju dengan harapan dapat sampai rumah awal..Tapi tak sempat sebab sampai rumah pun dah sangat terlambat, sebab sampai jer kat tol fuhh jemmm..Sampai kat area bandar jaybee jemm lagi..sana jemm sini jemm...  (=___=)

.
.
Ok sekarang, kita kembali kepada topik asal...
~Asyik aku jer nak bagi dia bunga , hadiah , coklat..abis aku...tak pernah pun dapat hadiah dari dia~



                               Pernah tak kamu semua terfikir apa yang saya sedang fikir sekarang nie..Kenapa ada hari wanita peringkat dunia dan peringkat kebangsaan, tapi tak de hari lelaki walaupun setakat peringkat daerah atau mukim...!


                               Kenapa mesti kebanyakkan lagu-lagu, puisi-puisi banyak yang memuji-muji rupa paras dan tingkah laku seorang perempuan tapi jarang sekali kita dengar (macam tak pernah dengar jer..) lagu-lagu atau puisi-puisi yang memuji lelaki..?


                               Adakah kita (para gadis dan wanita) kurang mengharagai dan memberi perhatian kepada mereka...? Tapi perlu ke mereka di beri perhatian sebegitu rupa...? Persoalannya adakah hanya  lelaki sahaja perlu memberi perhatian kepada wanita..sedangkan mereka tidak di beri perhatian..? Adakah hanya lelaki sahaja yang perlu memberi bunga, coklat dan hadiah kepada gadis? Adakah mereka (lelaki) tidak layak atau tidak patut menerima sebarang hadiah atau kata-kata pujian dari seorang gadis...?


~Sedih.. bila aku start nak merajuk, takde pun dia nak pujuk..Kalau dia yang merajuk, aku nak kena nyanyi  untuk dia sambil petik gitar lah , nak kena bagi  dia hadiah lah..~

                           Lelaki juga adalah manusia biasa yang punya hati dan perasaan sama macam kita (gadis dan wanita). Jadi mereka juga sekali sekala, rasanya mereka perlu juga di beri penghargaan atau perhatian..Jika kamu yang sedang membca entry ini adalah lelaki, saya ingin bertanya kepada kamu...Kamu rasa patut tak di adakan hari lelaki sedunia....?



Entry ini adalah pandangan peribadi penulis blog ini,Credit gambar kepada Google Image...

Thursday, August 25, 2011

Encik Ego Vs Cik Emosi...



Kenapa lelaki mesti ego??
Kenapa pulak perempuan nie mesti nak emosional..? merajuk dan menangis...?
Pernah tak kamu kena soal macam ginie...? saya pernah, banyak kali rasanya. Seriously, saya memang takde jawapan mengenai pertanyaan macam nie..So, kalau ada member yang tanya macam tue, saya cuma cakap:-
"Memang dah lumrah macam gitue, lelaki dan ego adalah perkara yang normal, perempuan dan emosi juga perkara yang normal..Cuma bergantung kepada cara masing-masing jer macam mana nak kawal ego dan emosi diorang tue.."






~tak suka  lelaki yang smoking, tapi letak pic cam ginie kat entry...? (=___=)~


                     Pendapat saya secara peribadi, mungkin golongan lelaki nie ego sebab diorang nie kan memang dah di lahirkan sebagai pemimpin. Ego bukan bererti sombong semata-mata. Ego jugak boleh jadi membawa maksud mempertahankan hak-hak dan maruah diaorang sebagai lelaki sejati..(chewahh...) Contoh, bila awek mintak clash takkan lah leaki tue nak nangis-nangis depan awek dia kan..? mesti dia ada perasan malu nak buat macam gitue..Walaupun sebenarnya jauh di lubuk hati dia masih sayang kan awek dia tue, tapi dia senyap jer dan tak pujuk pun..Kenapa? sebab dia nak pertahankan air muka dia, dia tak nak kelihatan lemah dan kalah di mata perempuan..Mungkin kalau lah dia menitiskan air mata pun, mesti di belakang awek dia tue..malulah beb kalau perempuan tengok lelaki menangis (nie persepsi biasa kita dengar..). 

~P/s:- Mereka tidak memujuk bukan bermaksud mereka tak romantic atau tidak peka terhadap perasan perempaun, cuma mereka nie Ego, dan suka mempertahankan Ego mereka tue..



        Lelaki jugak tak suka kelihatan kalah atau lemah bila berdepan dengan perempuan. Itu normal. Mereka kan pemimpin, so takkan pemimpin nak kalah dengan orang yang dia pimpin..?? Contoh, bila tengah driving,  kemudian ade kereta yang dipandu seorang perempuan memotong kereta dia dnegan laju mesti dia rasa tercabar gila-gila, dan terus lah potong semula kereta budak perempuan tadi tue..Contoh seterusnya, kebanyakkan lelaki (hampir semua lelaki, walupun tidak semua ) akan merasa tercabar apabila wanita yang di sayanginya (kekasih hati atau tunang atau isteri) berkedudukan lebih tinggi berbanding dirinya, tak kira lah dari segi pendidikan,pekerjaan,pendapatan bulan, harta benda, taraf, status dan darjat serta macam-macam lagi..

              Contoh lain, lelaki akan rasa  tercabar apabila jawatan yang telah lama di sandangnya terpaksa di berikan kepada seorang pegawai perempuan (kiranya lelaki tue kena turun pangkat dan jawatan tue di beri kepada perempuann). Lebih-lebih lagi kalau pegawai perempuan tue masih mentah dan tak berpengalaman dalam bidang kerja tue. Kebanyakkan lelaki jugak tak berapa gemar bila orang atasannya di tempat kerja ( bos ) adalah seorang perempuan. Katanya perempuan nie lebih emosi, lebih cerewet, kuat membebel dan macam-macam lagi..Tapi hakikat yang sebenarnya mereka sangat-sangat berasa tercabar...!

             Kaum lelaki nie tak suka diri mereka "kelihatan lebih kecil" berbanding perempuan, mereka juga tak suka nak pamerkan emosi yang berlebihan, sebab tuelah perlunya ada "ego".Lelaki nie lebih relistik dalam membuat keputusan, dan golongan lelaki juga cenderung untuk memikirkan hal-hal berkaitan bisnes, politik , kepimpinan negara dan ekonomi negara. Kerana memang sikap mereka di lahirkan sebagai pemimpin. Sesetengah golongan lelaki tidak suka berfikir secara serious  hal-hal berkaitan isu remeh temeh dan  emosi. Mungkin sebab itulah mereka di anggap sebagai "kurang peka" terhadap perasaan wanita.Mereka juga, tak suka bila perempuan membantah cakap mereka, kalu nak membantah sangat pun mesti kena ada sebab-sebab  yang kukuh...Mereka lebih suka perempuan ikut , dengar dan patuh arahan mereka...

~apasal tangan "perempuan" nie nampak sasa semacam jer ea...? (=___=)~

         
               Perempuan dan emosi adalah satu perkara yang tak dapat di pisahkan..Kenapa perempaun begini..? Tiada jawapan...Hurm..Emosi tue bukan bermaksud saja nak mengada-ngada, tapi sebenarnya untuk dapat kan perhatian oleh orang yang di sayanginya...Emosi perempuan jugak ada kalanya tidak menentu, bergantung kepada mood dan situasi..Sebab perempaun nie ber emosi lah yang meneyebabkan perempuan nie lebih pemaaf dan lebih penyayang..serta lebih perihatain dan peka terhadap sesetengah benda yang di anggap tidak penting atau remeh temeh bagi golongan lelaki..


    Perempuan memang suka ber "double meaning " aka cakap berkias kias...Susah lelaki nak paham..Contoh macam nie:-
~Well, Guys please lah hati-hati bila your girl tue buat soalan perangkap macam nie sebab saja nak uji you all's. Perempuann kadang kala suka jugak uji- uji kesetiaan dan tahap sayang lelaki kat diaorang..So, pandai-padailah korang bagi jawapan ye..(^___^)~
.
.
Ini adalah contoh Encik Ego Vs Cik Emosi


~Cara pemikiran lelaki dan perempuan tue memang berbeza...~


~kalau dah dua -dua taknak mengalah kan susah..Takkan semata-mata nak pertahankan ego dan emosi tue sanggup bercerai-berai dan biarkan rumahtangga hancur musnah begitu sahaja..?


Ps:- Entry ini adalah pendapat saya semata-mata..Credit gambar kepada Google image.. 

Wednesday, August 24, 2011

Tuesday, August 23, 2011

Iklan-Iklan Yang Patut Ada, Tapi Tiada Di Negara Kita


Bila bulan Ramdhan jer dna dah dekat-dekat nak raya macam sekarang nie, mesti kat tv kita banyak tersiar iklan-iklan raya kan..Kalau masa awal-awal ramadhan , ada jugak iklan puasa..Tapi  babak yang di tonjolkan adalah  tengah berbuka puasa...kira tengah makan-makan lah kan..


       Tapi kan, pernah tak kita tengok iklan yang mcam nie kat tempat kita...? Belum ada lagi kan setakan nie..? Harap-harap lepas nie, adalah syarikat-syarikat besar yang akan buat iklan macam nie..Sekali sekala buat ikaln berunsur positive dan dakwah macam nie apa salahnye kan...takkan nak keluar iklan semua nak untung jer kan..Memanglah matlamat perniagaan untuk dapat untung, tapi apa salahnye kalau kita buat pulak iklan macam nie..Tambah pulak zaman dah akhir zaman nie,masaalah gejala sosialnya dah bertambah-tambah dan dah sampai ketahap kronik...

.
.
.
Jom layan iklan yang saya dapat dari you tube sebentar  tadi...
Boleh kan luangkan masa barang seminit dua...?


~Kalau kita boleh ada masa baca suratkhabar, majalah, novel-novel cinta dan macam-macam buku yang tebal-tebal tue, napa pulak kita mesti kena rasa susah sangat dan tak de masa untung membaca Al-Quran, walaupun seketika...Takkan dalam 24 jam sehari masih belum cukup untuk kita laungkan masa dalam beberapa minit (paling kuranglah) untuk membacanya...Kenapa boleh ada masa baca komik dan novel cinta walupun masa tue kita tengah sibuk nak exam, dan kenapa tak boleh ada masa untuk membaca Al-Quran...??~
~Wahh..kereta Malaysia kat negara Arab..!~




~Bebudak lelaki memang suka main game kan..? Tapi jangan lupa solat ye...Satu lagi jangan sampai "Game" membelenggu hidup anda! Jangan sampai kerana "Game", tanggungjawab kepada Yang Maha Esa diabaikan, Jangan Kerana "Game" buku-buku dan pelajaran diabaikna, Jangan kerana "Game" tanggungjawab kita di tempat kerja kita ketepikan, Jangan kerana "Game" anak isteri terbiar tak makan..!~



~Wanita dan gadis-gadis memang suka bershopping kan..?
Lebih-lebih lagi dah nak Raya nie kan..
Mesti macam-macam keperluan nak di beli dan di sediakan...
Sana sini ada jualan murah..
Sampai pening kepala nak buat pilihan....
Dalam sibuk kita membeli- belah, jangan lupa tanggungjawab kita kepada Tuhan Yang Maha Esa..~


P.s:- Entry ini sekadar pesan memesan sesama kita, Saya mendapat lah untuk buat entry nie selepas terlihat iklan-ikaln menarik ini di You Tube..

Nota:- Entry ini adalh cetusan idea penulis blog ini,Credit Video kepada You Tube... (^___^)

Sunday, August 21, 2011

Hulurkan Bantuan Bagi Yang Memerlukan...



Berdoalah buat kesejahteraan mereka yang kini bertarung nyawa dan menderita ...
Bantulah mereka seberapa mana yang kita mampu dan terdaya...
Sumbangan kita amat diperlukan oleh mereka...
Bersyukurlah kita kerana hidup dalam negara yang aman sejahtera, bersyukurlah kita kerana masih punya makanan untuk juadah bersahur dan berbuka...
Tapi mereka di sana bagaimana...?
Patutkah kita hanya berteleku dan menutup mata serta telinga atas pederitaan yang mereka alami...
Tidak bolehkah kita menyumbangkan sekelumit kasih dan secangkir doa pengharapan buat mereka...
Apa lah ertinya not yang tertera pada wang itu jika di bazirkan ke tempat yang tidak tentu...
Bukankah lebih baik wang itu di hulurkan sedikit kepada mereka yang benar-benar perlu...
Mungin sumbangan kita kecil, tapi ia begitu besar buat mereka...
Jangan barkan mereka menagis merinth kesipan sendiri diburu kekosongan...
Sedangkan kita di sini bermewah-mewahan, bergelak ketawa sakan apabila menyambut perayaan..
Mereka di sana, adakah baju baru untuk menyambut Hari Raya...?
Jika sudah tidak mampu menghulurkan bantuan wang ringgit mahupun harta benda, tolongalah berdoa demi kesejahteraan mereka...

Mereka di Somalia menderita kekurangan makanan.....




Kita di sini bermewah dengan juadah berbuka, mereka di sana begitu susah untuk mendapatkan makanan...
.
.
Mereka di Palestine masih bergelut dengan peperangan, masih tercari-cari apa itu erti sebuah kedamaian...
Mereka masih cekal berusaha menuntut kemerdekaan...



Kita di sini seperti sudah tidak peduli dengan nilai sebuah kemerdekaan, kejayaan yang kita kecapi hari ini kadang kala membuatkan kita alpa dan leka dengan kejayaan dan kemewahan yang kita kecapi ini...
Tapi mereka disana masih tersedu meratap menangisi pemergian keluarga tercinta, rumah dan segalanya musnah begitu sehaja dek kerana peperangan yang begitu zalim sekali...
.
.
.
Sanggupkah kita hanya melihat dan memerhati tanpa langsung rasa peduli...?
Sanggupkah kita membiarkan mereka begitu sahaja, tanpa ada rasa belas kasihan di sanubari..
Oleh itu marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka terdaya yang kita mampu berikan..
Sesungguhnya bantuan kita itu begitu besar ertinya buat mereka di sana..



P/s:- Entry ini adalah sepenuhnya luahan cetusan isi hati penulis blog ini...Gambar adalah hiasan, yang diperolehi dari google image...

Saturday, August 20, 2011

Boros Vs Kedekut...


Duit...
Memang sangat penting dalam kehidupan harian...
Tapi persoalannya...
Adakah kita bijak mengawalnya...?
Atau kita sendiri terperangkap olehnya...?
Hingga kita sanggup menjadi hamba duit, iaitu sanggup menghalalkan apa sahaja demi untuk mendapatkan sekeping not yang namanya duit...



BOROS

Janganlah kita keterlaluan dalam berbelanja hingga menjadi seorang yang boros...
Beli lah barang-barang keperluan dahulu kemudian barulah membeli barang-barang yang kita mahu..
Utamakan apa yang perlu...
Jangan membeli dalam kuantiti yang terlalu banyak hingga berlaku pembaziran...
Seboleh-bolehnya elakkan dari membeli barang-barang yang tidak membawa faedah dan keuntungan...
Sempena nak raya nie, sama-samalah kita berjimat cermat...
Jangan sampai boros hingga sanggup berhutang dengan "Along" atau ceti haram kerana kelak memakan diri...
Elakkan dari amalan berhutang sana-sini, kerana takut di khuatiri kita tak mampu membayarnya nanti..
Masih ramai lagi saudara se Islam kita yang masih tak mampu menyambut hari perayaan dengan bermewah..
Sedangkan kita sibuk bermewah-mewahan apabila berbuka puasa dan menyambut hari raya...
Tapi adakah kita sedar nasib mereka yang tidak mampu itu...?
Sebaik-baiknya duit lebihan itu di zakatkan  dan di dermakan kepada yang memerlukan...
Salahkah kita nak berbelanja...???
Jawapannya tak salah..
Asalkan ia tak membebankan kewangan kita sendiri...
Bagi yang belum bekerja, jangan sampai  sikap boros kamu membebankan ibu bapa kamu...
Sebab bukan senang untuk mendapatkan sekping not yang namanya duit..
Jadi hargailah duit...
Bagi yang sudah bekerja, jangan sampai sikap boros kamu itu, kamu sanggup menebalkan muka berhuatng sana sini dnegan bos , rakan-rakan mahupun adik beradik...
Lebih parah jika kamu pengguna kad kredit, dan kamu "kurang bijak" menggunakannya ...
Hingga selepas itu nama kamu di senarai hitamkan kerana "muflis" akibat dari hutang kad kredit..
Ramai juga golongan muda hari ini yang berstatus "muflis" dan namanya telah di senarai hitamkan atas sifat boros mereka sendiri..
Lihat bertapa ruginya kamu apabila nama kamu disenarai hitam, kamu sudah pasti tidak dapat ke luar negara, tidak dapat membeli aset (rumah, hartanah, kenderaan) dan pelbagai lagi kesusasahan yang terpaksa kamu tanggung...



KEDEKUT


Dalam mengamalkan sifat berjimat cermat dan bijak mengawal kewangan jangan pula kmau bersifat kedekut!
Jangan pula terlalu berkira untuk mengeluarkan derma apabila terlihat orang yang memerlukan bantuan...
Jangan sesekali kedekut untuk mendermakan tenaga dan ilmu yang kamu ada untuk membantu orang-orang yang memerlukan...
Jangan bersifat kedekut untk mendoakan kesejahteraan sesama manusia...
Jika kamu tidak mampu menderma dari segi wang ringgit mahupun harta benda, dermalah tenaga , ilmu yang kamu ada ...
Jika kamu terlihat orang tua sedang memawa barang  yang berat  jangan kedekut tenaga untuk membantu...
Jika kamu mahir dalam sesuatu bidang ilmu, sedangkan rakan kamu sangat lemah dalam pelajaran, jangalan kamu bersifat kedekut untuk berkongsi ilmu...
Kepandaian dan kebijaksanaan kamu itu apalah ertinya jika tidak kamu kongsikan kepada mereka yang memerlukannya..
Jangan pernah lupa untuk mengeluarkan zakat ...
Ianya bagi membantu saudara se Islam kita yang memerlukan...
Jangan kedekut untuk menghulurkan sumbangan...
Kerana sumbangan kamu itu begitu besar nilainya bagi mereka yang sangat memerlukan bantuan...
Sumbangan yang di hulurkan biarlah ikhlas, jangan pula di ungkit-ungkit meminta balasan...
Bukankah lebih baik jika kita dapat berkongsi apa yang kita ada (kemewahan, ilmu dan tenaga) kepada golongan yang memerlukan...
Janagn pula hanya menderma apabila tiba musim bulan Ramadhan sahaja, tetapi di bulan lain bersifat kedekut untuk memberi sumbangan..

P/s:- Entry ini adalah pendapat peribadi penulis blog ini semata-mata...Gamabar yang terpapar adalah hiasan dan di perolehi daripada google image...

Thursday, August 18, 2011

Puisi:- Cahaya Keimanan


Hati  itu sudah mati,
Kosong ,  gelap dan sunyi,
Merekah hati itu, kontang penuh gelisah,
Tanpa cahaya keimanan hati itu tersasar jauh,
Sudah lama tidak dirasai tikar sejadah,
Sudah lama dia lupa ayat-ayat indah dari kitab teragung,
Sudah lama lidahnya tidak menutur zikir-zikir penenang jiwa,
Sudah terlalu lama dia meninggalkan semua itu,
Wajahnya semakin kelam,
Hatinya dan jiwannya sudah lama sengsara,
Kerana terlalu taksub mengejar kemewahan dunia,
Dia lupa pada Tuhan Yang Maha Esa,
Dia fikir kemewahan adalah bahagia yang abadi,
Tapi dia silap,
Rupanya kini dia hilang mencari jati diri,
Dia berpaling pada generasinya,
Dia tidak mahu mereka mengulangi kesilapan masa mudanya,
Tapi mungkinkah mereka mengerti akan semua ini…?
Atau mereka jua akan mengikuti jejak sesatnya nanti…?
Dia kini semakin gusar memikirkan itu semua….
Jika dia menghembuskan nafas terakhir nanti…
Siapakah pewarisnya yang akan menguruskan jenazahnya nanti…?
Tanpa cahaya keimanan, bolehkah mereka hidup dalam dunia yang penuh kekeliruan ini…?


p/s:- Puisi ini adalah ciptaan sepenuhnya penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com).
Hak cipta Terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang.
Gambar adalah hiasan yang diperoleh daripada google image.

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday 5:- Nuzul Al-Quran





P.S:- Bersama-samalah kita membaca, memahami dan menghayati maksudnya serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita
Click sini untuk Al-Quran secara online:-



Sunday, August 14, 2011

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK ?


Hai Semua.....(^_____^)
Nie First time saya joint segment dari blogger famous Ben Ashaari
Blog saya nie biasa-biasa jer, follower tak ramai, header pun simple sangat-sangat(Tak reti buat header guna photoshop atau lain2 software yang canggih..)...Rabun iT lah katekan..hehehe...
Saya menulis blog sebgai hobi di masa lapang...
Saya mula buat blog nie tahun pada penghujung tahun 2009, mula betul-betul minat menulis kat blog tahun 2010, dan aktif update entry  dan berblogwalking tahun 2011......
Sebarang pendapat, cadangan atau kritikan mengenai blog saya (layout,header,entry, widget2 dan style tulisan...) bolehlah di tulis di ruangan komen..(^___^)
InsyaAllah saya akan cuba perbaiki blog saya terdaya yang mampu..=)

P.s:-Segment nie akan tamat pada jam 6.petang hari nie...So, apa tunggu lagi..?
Cepat-cepatlah joint ye...(^____^)


Saturday, August 13, 2011

Ada Apa Dengan Perempuan....???



Ada apa dengan perempuan...?
Memahami seorang peremuan...
Hati seorang gadis...

Ini adalah sebabnya mengapa saya menulis entry ini...
Ya, kelmarin saya buka akaun blog saya, kemudian click kat stats maka saya dapat lihat mereka-mereka datang ke blog saya dengan keywords seperti diatas..

Maka dengan tidak membuang masa, biar saya terangkan perkara ini menurut pandangan saya sendiri..




 Cantik + Seksi  

                 Setiap perempuan mahu kelihatan cantik dan seksi. Ini adalah perkara normal. Mereka mengidamkan paras rupa yang cantik dan menawan serta bentuk badan yang sempurna. Ada jenis perempuan yang suka kelihatan ramping, kerana pada pendapat mereka mempunyai betuk tubuh yang sempurna iaitu 35-27-35 itu seksi. Jadi mereka sanggup berhabis-habisan duit untuk membeli pelbagai jenis produk dan mengikuti apa jua sesi pelangsingan badan semata-mata untuk mendapatkan bentuk tubuh yang menawan. Ada sesetengahnya sanggup menahan sakit di suntik botok atau melakukan pembedahan plastik dan tak ketinggalan juga ada yang memakai susuk. Setiap perempuan mahu kelihatan cantik,dan suka menjadi cantik..Maka tidak hairanlah ramai perempuan yang suka pergi pusat-pusat kecantikan..Mereka juga suka menjaga kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..Tapi ada juga sebahagian kecil perempuan yang langsung tidak mengambil peduli mengenai penjagaan diri dan kecantikan diri..



Make up 

               Perempuan dan make up memang tak dapat di pisahkan...Namun begitu, tidak semua begitu... Ada perempuan yang suka ber make up tak kira di mana jua dia berada , kiranya 24jam make up! Make up setebal 3 inchi :-foundation, Concealer Stick,Loose powder,Compact powder semua nak letak kat muka tue belum masuk eye shadow + blusher +++ ha...banyak tak banyak lah kan...warna kat muka berwarna-warni, make up mata dah macam pelangi! Ada juga segelintir yang tidak suka ber make up langsung, lebih suka natural beauty, tapi tetap kelihatan cantik...Ada juga yang suka ber make up ala kadar / simple sahaja dan hanya mengenakan alat solek pada majlis-majlis tertentu sahaja...



Fashion


                  Perempuan memang suka fashion..Perempuan juga lebih bertuah berbanding lelaki dalam soal fashion. Buktinya, pakaian perempuan , aksesori serta kasut terdapat dalam pelbagai jenis pilihan  dan boleh juga di dapati dalam harga yang lebih murah. Sesetengah perempuan juga mempuanyai sejenis naluri iaitu suka memerhati  dan menilai pakaian kaum sejenis nya apabila berada dalam sesuatu majlis. Apabila pakaian itu cantik, mereka akan memuji dan begitulah jika sebaliknya mereka akan mula bergosip dan memeri gelaran "buta fahion" kepada individu tersebut. Sebab itulah perempuan perlukan pelbagai jenis baju , kasut, tas tangan, dompet, aksesori dan tudung supaya mudah di gayakan apabila mahu ke mana-mana. Pakaian , gaya rambut dan tudung juga adalah mengikut aliran semasa dan juga kehendak mereka..Terdapat pelbagai kategori perempuan dan fashion iaitu :-  perempuan yang menjadi hamba fashion,  perempuan suka berfashion,  perempuan yang sederhana dalam berfashion dan perempuan yang langsung tak ambil peduli dalam ber fashion...


Shopping

            Ini boleh dikatakan kegemaran hampir setiap perempuan walaupun tidak semua begitu...Ada perempuan yang memang suka bershopping, setiap bulan mesti nak beli baju baru, kasut baru dan amcam-macam lagi, habis duit PTPTN atau gaji mereka laburkan di shopping complex, lama-lama makin kayalah lah tokei-tkei tue semua kan..Ada juga perempuan yang hanya bershopping apabila ada sale, mereka kata ianya dalah sebagai langkah berjimat cermat...Tapi jika Ber shopping  hingga penuh kedua-kedua belah tangan, adakah itu masih di anggap  berjimat?? Ada juga perempuan yang tidak suka ber shopping, tetapi jika di ajak oleh rakan-rakan mereka, untuk menemani  ber shopping akan berjalan dari satu shoping complex ke satu shopping complex tanpa rasa penat walaupun dia telah berjalan berjam-jam lamanya..!


Air Mata

                Perempuan dan air mata memang  sahabat baik... Walaupun  seseorang perempuan itu bersikap degil, keras hati, kasar dan seumpamanya, mereka tetap akan  mengalirkan air mata jika ada sesuatu yang menyentuh hati atau menguris hati mereka...Adakalanya perempuan menangis bukan kerana sedih atau kecewa, mereka juga boleh menangis hanyalah apabila membaca novel sedih, menonton cerita yang sedih-sedih dan seumpanya. Ini adalah normal, kerana hati wanita memang begitu..Ya, hati tisu..Lembut dan mudah tersentuh..



Sukar Di Fahami

           Perempuan memang sukar di fahami, perempuan juga suka berkias-kias dalam menyampaikan sesuatu maksud... Perempuan juga suka berfikir perkara yang di anggap remeh temeh dan tidak penting  bagi golongan lelaki, inilah yang menyebabkan perempuan lebih perihatin dan teliti berbanding lelaki. Mungkin inilah sebabnya perempuan dikatakan lebih cerewet berbanding lelaki. Atas dasar ini juga, terdapat perempuan yang telampau perihatin hingga suka memberi " nasihat / teguran"  yang sama berulang kali tanpa mengira tempat dan waktu hingga membuatkan orang yang mendengar berasa rimas dan jelek, iaitu ianya lebih di kenali sebagai "membebel atau meleter". Bagi mereka ini, ada sahaja yang tidak kena dan tidak sempurna. Maka dengan itu mulut mereka akan berkicauan bak murai tercabut ekornya tanpa henti-henti.  
                 
                     Ada juga perempuan yang jenis suka mendiamkan diri dan mengasingkan diri apabila emosinya tergangu dan sedang marah. Mungkin mereka sedang terlalu kecewa, terlalu marah dan sudah muak untuk berbincang tentang sesuatu yang akhirnya menyakiti hatinya juga, oleh itu dia menyepikan diri. Ada juga  jenis perempuan yang mudah tersentuh emosi, iaitu terlalu sensitif. Mereka mudah berkecil hati jika kamu tersalah cakap atau tersalah tingkah, kadang kala atas dasar remeh temeh pun mereka merajuk..Ada juga perempuan yang merajuk tanpa sebab, mungkin juga kerana ganguan bulan mengambang (period) atau mungkin juga semata-mata kerana inginkan perhatian..




Sekian sahaja coretan saya kali ini, buat lelaki..Ada sedikit nasihat buat kamu:-


"Hati Seorang gadis itu adalah umpama gelas kaca yang penuh dengan air, apabila dia menyukai sesuatu dia menyukainya dengan sepenuh hati, apabila gelas itu terhemas, hancurlah berderai menjadi kaca yang boleh melukakan tangan..Apabila seseorang gadis itu sudah hancur hatinya sukar untuk kamu merawatnya kembali, dan jika dia sudah benci sudah pasti dia juga akan membuatkan hati orang yang melukai perasaanya itu pula hancur dan terluka.."  ~Jadi berhati-hati dengan hati seorang gadis...






P/S:- Entry ini adalah sepenuhnya ilham dan pendapat peribadi pemilik blog ini, gambar yang terpapar adalah hiasan dan diperoleh daripada google Image

Thursday, August 11, 2011

Resepi: Mee Hun Sup...

Bahan-bahannya:
1 bungkus mee hun cap gajah-rendam
1 ekor ayam di potong kecil (di potong macam masak tomyam)*
1 kg udang
1 kg sotong
2 batang carrot
kubis panjang-sebelah)**
4 biji bawang besar merah -dikisar
6 ulas bawang putih -dikisar
3 cm halia -dikisar
2 batang kayu manis - rempah tumis
3 kuntum bunga lawang - rempah tumis
3 kuntum cengkih - rempah tumis
Air secukupnya
2 sudu serbuk lada putih
Garam dan ajinomoto- secukup rasa
Daun sup, daun bawang dan bawang goreng secukupnya
Lada jeruk / sambal kicap


Cara-cara membuat kuahnya:
1. Udang di basuh bersih dan ditoskan . Sotong di buang hitamnya dibasuh bersih dan ditoskan, dipotong tiga. Ayam diabsuh bersih dan ditoskan
2. Carrot dipotong bulat-bulat kemudian bentukkan bunga kemudian dibasuh dan toskan.
3. Kubis dipotong seperti biasa dan di basuh dan toskan.
4. Panaskan minyak  ke dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan yang telah di kisar bersama rempah tumis.
5. Kemudian masukkan udang, apabila udang telah bertukar warna barulah masukkan sotong. Apabila sotong telah ½ masak masukkan pula ayam.
6. Lalu masukkan pula air secukupnya. Masukkan garam dan ajinomoto serta serbuk lada putih .
7. Apabila kuah telah mendidih agak lama, masukkan pula carrot dan batang kubis.
8. Apabila telah hampir siap masukkan pula daun kubis. Rasa apa yang kurang.
9. Matikan api. Anggaran masa memasak lebih kurang 35 minit.


Cara penyediaan mee hun:
1. Didihkan air panas 1 cerik penuh tutup api dan angkat.
2. Mee hun yang telah direndam ditoskan, lalu dimasukkan kedalam periuk . kemudian jiruskan dengan air panas yang telah didihkan tadi. Lalu toskan ke dalam tapis dan dijiruskan dengan air paip sejuk bersama-sama.


Penyediaan untuk menghidang:
Masukkan mee hun kedalam mangkuk kecil masukkan kuahnya. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Mee ini juga boleh dimakan bersama lada jeruk atau sambal kicap.


* ayam boleh diggantikan dengan 1 kilo daging yang telah dicuci bersih,direbus, dipotong nipis dan ambil air rebusannya untuk membuat kuah.
**kubis panjang boleh digantikan dengan sawi

~Ini makanan Fav. saya...simple jer kan resipi dia..? Resipi dari emak yang tersayang (^___^)..kalau bulan puasa macam nie sekurang-kurangnye sekali mesti masak mee hun sup nie...

Monday, August 8, 2011

Pejam Mata Dengan Senyuman (^_______^)

~Kucing Cute :- "Saya Sayang Teddy Bear Saya"~

Manje + Comel sesangat kucing nie...(^________^)
.
.
.
Cuma nak ucapkan selamat malam semua.....
Tidur dengan lena, semoga esok lebih indah berbanding hari ini.....
Semoga esok membawa seribu erti....
Kalau hari ini kita kecewa, jangan biarkan hari esok kita merana...
Kalau hari ini kita patah semangat, jangan biarkan hari esok kita terus tidak bersemangat...
Jika hari ini kita melakukan kesilapan, jangan sampai hari esok kita mengulanginya...
Hidup hari esok untuk memperbaiki kehidupan pada hari ini dan penentu kejayaan pada hari yang seterusnya...
Apa yang penting, jangan berputus asa, sentiasa bermuhasabah diri dan berusaha memeperbaiki segala kelemahan dan kekuranga diri...
Buat yang sudah bekerja (macam saya), esok hari kerja jangan terlambat pegi kerja...
Kerja dengan penuh semangat ...! Yeahhh....(^_______^)
Buat yang masih study, jangan malas-malas study ye adik-adik....
Jangan ponteng-ponteng kelas...
Ingat, apa yang kita lakukan pada masa sekarang akan menetukan masa depan kita..
Jadi kenalah bijak mencorakkan masa depan kita...
Jangan rosakkan masa muda kita dengan buat perkara yang sia-sia....


P/s:- Entry ini  hanyalah buah fikiran penulis blog ini....
Nota:- Tahniah buat Manchester United....

Sunday, August 7, 2011

Resepi:- Udang Berempah





Bahan-bahannya
1-2 kg udang harimau
100 gram bawang merah-di tumbuk
2 biji bawang putih-di tumbuk
2 cm Halia -di tumbuk
20 helai daun kari
 garam-secukupnya
 gula-secukupnya
3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
3 sudu cili kering yang telah dikisar
1 sudu serbuk kari ikan
Cara-cara memasaknya
  1. Panaskan minyak dan gorengkan udang sehingga setengah masak. Angkat dan toskan. Ketepikan dahulu.
  2. Panaskan semula minyak.masukkan bawang merah , bawang putih dan halia lalu dikacau hingga kuning.
  3. setelah itu masukkan sos cili,cili kering dan serbuk kari yang telah dikisar dahulu. Kemudian masukkan sos tomato,daun kari,garam dan gula. Kacaukan semula sehingga rata.
  4. Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng tadi dan digaul semula.biar reneh seketika dan angkat. Sedia dihidang.

Sumber Resipi:- Emak saya....


P/s: Sesaja nak share resipi nie....Maaf, entry tidak bergambar...

Jawapan Bijak Bila Berdepan Si Hidung Belang





Pernah dengar perkataan si hidung belang...?
Ok, dulu mase zaman budak hingusan bila bace kat mana-mana yang ada sebut si hidung belang, mula-mula tue saya fikir ia bermaksud harimau..Yalah, harimau kan belang-belang takpun zebra....huhuhu...
Bila dah besar nie baru tahu perkataan "si hidung belang" tue membawa maksud lelaki berperangai buaya aka playboy yang suka mempermainkan perempuan...Diorang nie cuma anggap perempuan sebagai tisu pakai buang jer..
Ya, seperti ayat ini:- "Lidah berbelit macam sesumpah,tipu awek sana tipu awek sini siap bersumpah-sumpah, habis madu sepah dibuag bersepah-sepah,habis "body" awek-awek di ratah, lepas dah dapat anak luar nikah, di buang baby tak berdosa tue dalam tong sampah, oh ternyata perangai memang jelik buat orang menyampah!"
.
.
.


Ok, sekarang nak bagi sedikit contoh dialog lelaki hidung belang nie :-


#Situasi 1#

Boy: U sayang I tak...?
Girl:- Eh, mestilah I sayang...
Boy: Berapa percent U sayang kat I...?
Girl: Ermmm...tak terkira berapa percent...I sayang U melebihi diri I..(ayat nak neyedapkan hati jer..:p )
Boy:-Apa bukti U sayang kat I...
Girl: I selalu rindu kan U, I setia dengan U...I..
Boy: Err..tue jer ke...? Kalau I kata I nak lebih dari tue U sanggup tak...? U kata U sayang I...?
Girl:- Apa maksud U?
#Girl dah mula pelik#
#Boy dah mula masuk jarum...wahh ade peluang nie...#
Boy: Ermm..U faham-fahamlah maksud I...I nak, U jadik milik I sepenuhnya..U jangan risau, I akan kahwin dengan U,  I promise...
Girl: Oh begitu ke maksud U..? Sekarang boleh I tanya U something tak...?
Boy: Ya, ape dia..?
Girl: Betul ke U sayang kan I...?
Boy: Betul..mestilah I sayangkan U...I love U so much dear...
Girl: Oh kalau macam tue kenapa U tak meminang I, lepas tue nikah jer dengan I...? sebab bila dah nikah I akan jadik milik U sepenuhnya kan..? Kenapa mesti nak buat semua tue sebelum nikah kalau U betul-betul sayang I...Sebab kalau U memang nak nikah dengan I, tak perlu buat macam tue sebelum kita nikah, sebab bila dah nikah nanti I memang hak U sepenuhnya.... 
Boy: Ok, kalau macam tue, kalau I curang dengan girls yang lagi hot, U jangan menyesal...!
Girl: I tak menyesal pun....Sorry, I lebih sayangkan Tuhan berbanding U...
Boy: ........

#Situasi 2#

Boy: Baby, Erm...U nie comel lah...
Girl: Thanks dear...
Boy: Kita dah lama couple kan..I tak pernah pun tengok rambut U......I think, U mesti lagi comel + cantik kalau free hair kan...So, why not U bagi kat I sekeping dua gambar U yang comel+ sexy sikit...
Girl : Nak buat apa pulak...?
Boy: saja I nak simpan..
Girl: Eh tak bolehlah...
Boy: I kan Bf / Tunang U...I nie kan bakal suami U...U dah lupa ke...? U tak sayang kat I eh...?
Girl: Sebab U Bf/ tunang I lah, I tak bagi...Sebab U tue cuma bakal suami I dan yang paling penting sekarang nie U bukan suami I...
Boy: U janganlah risau I takkan curang, I akan jaga gambar tue baik-baik..takkan lah I nak sebar-sebarkan pulak..I takde lah sejahat itu ok...
Girl: Apa jadik kalau kita break off..So U boleh gunakan gambar tue untuk ugut-ugut I kan...? Apa-apa hal nanti I jugak yang malu dan bukannya U...Lagipun I taknak lah..Kalau U baik, mesti U nasihatkan I suruh jadik sopan dan bukannya nak mintak gambar I yang bukan-bukan... ye tak...?
Boy: .....( adeh terkena sudah..)
.
.

Yeah..gadis-gadis semua perlu jadik lebih bijak bila berdepan situasi-sitausi macam nie...
Dan jangan sesekali menjadi cepat cair bak ais terkena cahaya matahari apabila mendengar janji-janji palsu lelaki buaya macam nie...
Kena lah jadik tegas dan tetap pendirian ye..jangan terlalu mudah sangat terpujuk dek pujuk rayu seperti kata-kata manis, sikap yang caring + romantic,  hadiah, bunga, teddy bear dan coklat ...
Takkan kamu sanggup menjadi mangsa tisu pakai buangnya yang seterusnya demi kerana cinta...?
Ingat jangan kerana cinta hidup kamu yang merana...
Dan jangan jadikkan cinta sebagai tiket alasan untuk menghalalkan semua cara untuk meluahkan rasa cinta yang terbuku di hati...
Jangan korbankan perkara-perkara yang sia-sia demi hubungan yang belum tentu lagi kemana hala tujunya...
Ingatlah, sayangilah Allah SWT , keluarga kamu dan diri kamu sebelum kamu memberi rasa sayang atau cinta itu kepada manusia lain.Maka, dengan cara inilah kamu tidak akan mudah tunduk dan terpedaya dengan cinta palsu yang akhirnya menjadi racun berbisa membunuh hati dan seluruh sanubari mu...
Seseorang yang menyayangi kamu pasti tidak akan mengajak kamu melakukan perbuatan terkutuk lagi sia-sia, malah dia sudah pasti membimbing kamu kearah kebaikan dan melindungi keselamatan dan harga diri diri kamu..

Jadi, jangan pernah takut untuk di tinggalkan oleh lelaki buaya seperti itu..
Apa yang perlu ialah kamu mesti kena tetap pendirian dan jangan sesekali berundur dan cair dengan pujuk rayu palsu itu..


P/s: Entry ini adalah sepenuhnya pendapat peribadi pemilik blog ini menegenai isu ini..Gambar yang terpapar adalah di perolehi daripada Google Image..

Nota:- Saya mendapat ilham menulis tentang perkara ini, setelah membelek akhbar kemudian terlihat berita orang di tangkap khalwat di bulan Ramadhan yang mulai ini..Hurmm...Gadis-gadis sekalian, tolonglah sayangi diri anda ya...Hormatilah bulan mulia nie...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...