Translate

Saturday, August 13, 2011

Ada Apa Dengan Perempuan....???



Ada apa dengan perempuan...?
Memahami seorang peremuan...
Hati seorang gadis...

Ini adalah sebabnya mengapa saya menulis entry ini...
Ya, kelmarin saya buka akaun blog saya, kemudian click kat stats maka saya dapat lihat mereka-mereka datang ke blog saya dengan keywords seperti diatas..

Maka dengan tidak membuang masa, biar saya terangkan perkara ini menurut pandangan saya sendiri..




 Cantik + Seksi  

                 Setiap perempuan mahu kelihatan cantik dan seksi. Ini adalah perkara normal. Mereka mengidamkan paras rupa yang cantik dan menawan serta bentuk badan yang sempurna. Ada jenis perempuan yang suka kelihatan ramping, kerana pada pendapat mereka mempunyai betuk tubuh yang sempurna iaitu 35-27-35 itu seksi. Jadi mereka sanggup berhabis-habisan duit untuk membeli pelbagai jenis produk dan mengikuti apa jua sesi pelangsingan badan semata-mata untuk mendapatkan bentuk tubuh yang menawan. Ada sesetengahnya sanggup menahan sakit di suntik botok atau melakukan pembedahan plastik dan tak ketinggalan juga ada yang memakai susuk. Setiap perempuan mahu kelihatan cantik,dan suka menjadi cantik..Maka tidak hairanlah ramai perempuan yang suka pergi pusat-pusat kecantikan..Mereka juga suka menjaga kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..Tapi ada juga sebahagian kecil perempuan yang langsung tidak mengambil peduli mengenai penjagaan diri dan kecantikan diri..



Make up 

               Perempuan dan make up memang tak dapat di pisahkan...Namun begitu, tidak semua begitu... Ada perempuan yang suka ber make up tak kira di mana jua dia berada , kiranya 24jam make up! Make up setebal 3 inchi :-foundation, Concealer Stick,Loose powder,Compact powder semua nak letak kat muka tue belum masuk eye shadow + blusher +++ ha...banyak tak banyak lah kan...warna kat muka berwarna-warni, make up mata dah macam pelangi! Ada juga segelintir yang tidak suka ber make up langsung, lebih suka natural beauty, tapi tetap kelihatan cantik...Ada juga yang suka ber make up ala kadar / simple sahaja dan hanya mengenakan alat solek pada majlis-majlis tertentu sahaja...



Fashion


                  Perempuan memang suka fashion..Perempuan juga lebih bertuah berbanding lelaki dalam soal fashion. Buktinya, pakaian perempuan , aksesori serta kasut terdapat dalam pelbagai jenis pilihan  dan boleh juga di dapati dalam harga yang lebih murah. Sesetengah perempuan juga mempuanyai sejenis naluri iaitu suka memerhati  dan menilai pakaian kaum sejenis nya apabila berada dalam sesuatu majlis. Apabila pakaian itu cantik, mereka akan memuji dan begitulah jika sebaliknya mereka akan mula bergosip dan memeri gelaran "buta fahion" kepada individu tersebut. Sebab itulah perempuan perlukan pelbagai jenis baju , kasut, tas tangan, dompet, aksesori dan tudung supaya mudah di gayakan apabila mahu ke mana-mana. Pakaian , gaya rambut dan tudung juga adalah mengikut aliran semasa dan juga kehendak mereka..Terdapat pelbagai kategori perempuan dan fashion iaitu :-  perempuan yang menjadi hamba fashion,  perempuan suka berfashion,  perempuan yang sederhana dalam berfashion dan perempuan yang langsung tak ambil peduli dalam ber fashion...


Shopping

            Ini boleh dikatakan kegemaran hampir setiap perempuan walaupun tidak semua begitu...Ada perempuan yang memang suka bershopping, setiap bulan mesti nak beli baju baru, kasut baru dan amcam-macam lagi, habis duit PTPTN atau gaji mereka laburkan di shopping complex, lama-lama makin kayalah lah tokei-tkei tue semua kan..Ada juga perempuan yang hanya bershopping apabila ada sale, mereka kata ianya dalah sebagai langkah berjimat cermat...Tapi jika Ber shopping  hingga penuh kedua-kedua belah tangan, adakah itu masih di anggap  berjimat?? Ada juga perempuan yang tidak suka ber shopping, tetapi jika di ajak oleh rakan-rakan mereka, untuk menemani  ber shopping akan berjalan dari satu shoping complex ke satu shopping complex tanpa rasa penat walaupun dia telah berjalan berjam-jam lamanya..!


Air Mata

                Perempuan dan air mata memang  sahabat baik... Walaupun  seseorang perempuan itu bersikap degil, keras hati, kasar dan seumpamanya, mereka tetap akan  mengalirkan air mata jika ada sesuatu yang menyentuh hati atau menguris hati mereka...Adakalanya perempuan menangis bukan kerana sedih atau kecewa, mereka juga boleh menangis hanyalah apabila membaca novel sedih, menonton cerita yang sedih-sedih dan seumpanya. Ini adalah normal, kerana hati wanita memang begitu..Ya, hati tisu..Lembut dan mudah tersentuh..



Sukar Di Fahami

           Perempuan memang sukar di fahami, perempuan juga suka berkias-kias dalam menyampaikan sesuatu maksud... Perempuan juga suka berfikir perkara yang di anggap remeh temeh dan tidak penting  bagi golongan lelaki, inilah yang menyebabkan perempuan lebih perihatin dan teliti berbanding lelaki. Mungkin inilah sebabnya perempuan dikatakan lebih cerewet berbanding lelaki. Atas dasar ini juga, terdapat perempuan yang telampau perihatin hingga suka memberi " nasihat / teguran"  yang sama berulang kali tanpa mengira tempat dan waktu hingga membuatkan orang yang mendengar berasa rimas dan jelek, iaitu ianya lebih di kenali sebagai "membebel atau meleter". Bagi mereka ini, ada sahaja yang tidak kena dan tidak sempurna. Maka dengan itu mulut mereka akan berkicauan bak murai tercabut ekornya tanpa henti-henti.  
                 
                     Ada juga perempuan yang jenis suka mendiamkan diri dan mengasingkan diri apabila emosinya tergangu dan sedang marah. Mungkin mereka sedang terlalu kecewa, terlalu marah dan sudah muak untuk berbincang tentang sesuatu yang akhirnya menyakiti hatinya juga, oleh itu dia menyepikan diri. Ada juga  jenis perempuan yang mudah tersentuh emosi, iaitu terlalu sensitif. Mereka mudah berkecil hati jika kamu tersalah cakap atau tersalah tingkah, kadang kala atas dasar remeh temeh pun mereka merajuk..Ada juga perempuan yang merajuk tanpa sebab, mungkin juga kerana ganguan bulan mengambang (period) atau mungkin juga semata-mata kerana inginkan perhatian..




Sekian sahaja coretan saya kali ini, buat lelaki..Ada sedikit nasihat buat kamu:-


"Hati Seorang gadis itu adalah umpama gelas kaca yang penuh dengan air, apabila dia menyukai sesuatu dia menyukainya dengan sepenuh hati, apabila gelas itu terhemas, hancurlah berderai menjadi kaca yang boleh melukakan tangan..Apabila seseorang gadis itu sudah hancur hatinya sukar untuk kamu merawatnya kembali, dan jika dia sudah benci sudah pasti dia juga akan membuatkan hati orang yang melukai perasaanya itu pula hancur dan terluka.."  ~Jadi berhati-hati dengan hati seorang gadis...






P/S:- Entry ini adalah sepenuhnya ilham dan pendapat peribadi pemilik blog ini, gambar yang terpapar adalah hiasan dan diperoleh daripada google Image

8 comments:

sergeant keroro said...

terbaik!!! thumbs up!! =)

mindaKhayaLan said...

nasihat yg sangat berguna..huhu..

wanita ibarat gelas..=)

ILA HonEyBuNNy said...

yeahhh..ne semua tentang perempuan...

suka la..kaum adam kena baca neh agar lebih memahami kan...

sebab perempuan neh macam2 kerenah ada...sukar di fahami...

Hana Soffelia said...

Wah..anda memang mengenali gadis zaman sekarang. up-to-date gitu. hehe Tapi itulh yg membuat perempuan menarikkan? semakin sukar difahami semakin didekati oleh lelaki, semakin susah didekati, semakin dikejar oleh lelaki. hikhik

GR said...

oh, ini yang ada pada perempuan sebenarnya. hehehe

jadilah seorang muslimah yang cantik di pandangan Allah. dan berhiaslah untuk suami sendiri, bukan untuk orang lain :)

Amirah Suhana said...

hahaha ini la perempuan :) heheee

Terbang Bersamaku said...

sergeant keroro:- Thanks...=)

mindaKhayaLan:- kata-kata wanita ibarat gelas tu dari cikgu saya, masa zaman skolah dlu..=)

ILA HonEyBuNNy :- yup tau takpe..=)

Hana Soffelia :- hhehe..sbb sy pun perempuan jugak..ehehe...=)

GR:- yup, betul tue, begitulah yang sebaik2 nya..tapi malangnya berat kerat jer yang buat begitu kan..

Amirah Suhana:- yup, inilah hakikatnya..

usherafmiya said...

USHERAFMIYA.. i think..

realiti nyer bgini 0ke..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...