Translate

Tuesday, March 20, 2012

Puisi:- Jendela Mata...


Melihat dari jendela,
Jendela luas terlihat dunia,
Penuh warna penuh cerita,
Ada suka dan ada duka,
Ada tangis dan ada tawa
Termenung memikirkan masa,
Yang datang dan yang belalu,
Begitu pantas penuh cerita,
Letih dengan resam dunia,
Ada duri yang pilu,
Ada ombak dan badai yang bergulung,
Namun hidup harus digagahi jua,
Harus di lalui relati itu kerana ia bukannya mimpi,
Melihat dari jendela,
Jendela mata penuh cerita,
Kelihatan ceria namun ada derita,
Kelihatan tenang namun ada amarah yang melanda di jiwa,
Melihat dari mata bukanlah dari telinga pula,
Pandang dengan mata hati bukan dengan mata kasar sahaja,
Pandang dengan mata akal bukan hanya mata emosi sahaja,
Jangan salahkan mata yang melihat bila kau gagal berfikir guna akal yang kau punya,
Bukalah jendela mata dan pandanglah dengan seikhlas hati yang kau punya...


Ps:- Puisi ini  adalah hasil nukilan penulis blog ini. Hak Cipta Terpelihara. Dilarang membuat sebarang bentuk penerbitan semula.




10 comments:

Hana Soffelia said...

Jendela mata untuk melihat, jendela hati untuk menilai. ^_^

Aina said...

suka sajak awak ni:)

ridoma said...

saya suka puisi ni. Bila akan dibukukan ?

zati embong said...

jgn main-main mata,nnt ada yg tergoda.

Cik Ecah said...

pandainyer dia berpuisi :)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

dari pandangan mata ;)

Ikbal Rizki said...

puisi yang indah.. :)

sea_lavender said...

menarik ^_^
emm onak2 dlm kehidupan berliku~~

Namee Roslan said...

hehe...kalau nak bercinta...kena balance dan tahu tanggungjawab sebagai seorang anak dan pelajar juga :)

Terbang Bersamaku said...

Hana Soffelia:- yup betul tue..jgn hanya menilai guna mata kasar tapi nilai lah guna mata hati juga...

Aina:- Terima kasih kak aina selalu menyokong...=)

ridoma: terima kasih...erm..tak pernah terfikir nak dibukukan..huhu..sy tulis puisi-puisi nie pun skadar hobi jer..(^__^)

zati embong: itulah anmanya dari mata turun ke hati..ehhehe..(^__^)

Cik Ecah: ehhehe..biase jer awk...sy tulis puisi sekadar hobi..

Muhammad Saiazuan Norhalik : dari kerana mata yang mempunyai kuasa....lalala..eh dah macam lagu pulak eh..?huhu..


Ikbal Rizki : terima kasih ikbal..ya, masih banyak perlu diperbaiki dari teknik penulisan puisinya..

sea_lavender: kehidupan mmg penuh onak berliki tp harus tabah menghadapinya..=)

Namee Roslan: betul tue..jgn baikan pelajaran demi kerana cinta..huhu..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...