Translate

Showing posts with label bola sepak. Show all posts
Showing posts with label bola sepak. Show all posts

Sunday, May 15, 2016

Tahniah JDT! Juara PIALA FA 2016!!!

14/05/2016














Tahniah JDT!!! 
Akhirnya kita menang! Yeay!! 😊😘
Setelah 18 tahun menanti akhirnya kita dapat menjulang kembali Piala FA dan dapat bawa pulang ke Negeri Kita Johor yang tercinta!
Akhirnya Harimau Selatan pulang bergaya dengan senyuman penuh ceria... 
Aaauuuummmmmm!!
Tengoklah bertapa meriahnya penyokong JDT dekat stadium malam semalam...
 Penuh lautan biru merah... Fuhh... Meremang bulu roma... 
Semangat Harimau Selatan yang gagah berani. 
Walaupun jauh dari selatan dan semalam hujan  tetap tak mematahkan semangat penyokong JDT!
Walaupun saya tak berpeluang pegi stadium dan hanya dapat tengok dekat TV3 jer tapi semangat tu tteap membara... 
Kita yang tengok kat TV jer nie pun dapat rasa semangat penyokong-penyokong yang datang kat stadium.. 
Ape-apepun Boy Of Straits memang terbaik...!
p/s: Sebelum nie pasukan Johor pernah menang Piala FA nie masa tahun 1998. (masa tu saya baru umur lapan tahun!)
Sempena dengan kemenangan pasukan kita semalam, hari nie negeri kita diumum cuti peristiwa... Yeayy! 

JDT [2]-[1] PKNS
Tahniah buat seluruh pasukan JDT dan peminat-peminat JDT...
Tahniah jugak buat penjaring gol kita malam nie: 
Safiq Rahim 
Jorge Pereyra Díaz

kredit gambar: JOHOR Southern Tigers


Sunday, November 1, 2015

Tahniah JDT Juara Piala AFC 2015!!!

Hai semua...
Harap awak semua sihat sejahtera hendaknya...


                 Malam tadi, penghujung bulan oktober bagi tahun 2015. Iaitu pada tanggal 31 Oktober 2015 terlakar detik bersejarah yang membawa kenangan manis buat peminat dan penyokong pasukan JDT serta seluruh rakyat / bangsa JOHOR khasnya...  Ini kerana pasukan JDT muncul pasukan pertama dari Malaysia yang muncul sebagai Juara dan juga merupakan pasukan pertama dari kalangan negara-negara Asia Tenggara yang muncul sebgai Juara...  Satu pencapaian yang sanggat membanggakan kita semua... Untuk pengetahuan juga ini adalah kali pertama pasukan JDT masuk bertanding untuk merebut piala AFC, dan terus muncul sebgaai juara! Dapat masuk peringkat akhir pun dah merupakan satu pencapaian yang terbaik, apatah lagi bila muncul sebagai juara sekaligus melakar sejarah baru buat pasukan JDT. Sejarah manis yang membanggakan kita semua...

                 Tahniah JDT..!!! Semoga terus melakar sejarah manis yang membanggakan selepas ini...  Syabas! Semoga terus berjaya dalam arena bola sepak antrabangsa...


Berikut list pemenang-pemenang piala AFC yang lalu:

2004 : Al-Jaish (Syria)
2005 : Al-Faisaly (Jordan)

2006 : Al-Faisaly (Jordan)
2007 : Shabab Al-Ordon (Jordan)
2008 : Al-Muharraq (Qatar)
2009 : Al-Kuwait (Kuwait)
2010 : Al- Ittihad (Syria)
2011 : FC Nasaf (Uzbekistan)
2012 : Al-Kuwait (Kuwait)
2013 : Al-Kuwait (Kuwait)
2014 : Al-Qadsia (Kuwait)
2015 : JDT (Johor, Malaysia) (^___^)


Meh kita cuci mata tengok gambar-gambar yang dirakamkan di Stadium Central Republican, Dushanbe, Tajikistan :

JDT (1) - Istiqlol FC (0)


Bergambar sebelum perlawanan...


Kami dah muncul sebagai Juara...!

D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor turut sudi mencemar duli meraikan kemenangan pasukan JDT...


Wajah-wajah kegembiraan selepas muncul sebagai juara!



 Jurulatih JDT MArio Gomez... Tahniah...!


Ini lah dia penjaring gol kemenangan dalam perlawanan malam tadi
Gol yang dijaringkan pada minit yang ke 23 oleh Leandro Velaquez...
Tahniah!


    Kapten pasukan JDT turut dinobatkan sebagai pemain paling 
bernilai pada kejohanan piala AFC malam tadi. Tahniah!

Luaskan Kuasamu Johor

Sumber Gambar: FB Johor Southern Tigers https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/

Harinie di umumkan cuti peristiwa untuk negeri JOHOR. Sebab cuti harinie bolehlah taip blog nie... Kalau tak hari nie hari kerja...Hehehe... :)

Thursday, June 14, 2012

Minat Kita Berbeza, Jangan Sampai Kita Bermusuh...

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabatku sekalian...


Sekarang nie sana sini orang bercerita pasal bola dan tak kurang juga ade yang bercerita soal politik...
Masing-masing ade hujah-hujah dan penadapat yang tersendiri yang tak kurang hebatnya. Walaupun kita mungkin kawan baik, walaupun kita mungkin adik beradik atau ada pertalian saudara, adalah mustahil untuk kita semua mempunyai pendapat dan minat yang sama..! Jadi kita haruslah belajar untuk menghormati pendapat dan minat orang lain juga. Kita ada sebab kena kita suka atau sokong sesuatu jadi begitulah juga dengan dirinya. Jadi tak perlulah untuk kita bersengketa, bermasam muka , bergaduh semata-mata kerana pendapat kita berbeza. Wajarkah kita adik beradik atau kita ynag sahabat karib nie saling maki hamun, kutuk mengutuk, fitnah memfitnah semata mata sebab kita dan dia sokong pasukan bola yang berbeza atau kita dan dia sokong parti politik yang berbeza..? Patutkah hubungan akrab kita selama ini musnah begitu sahaja demi kerana kedua-dua isu yang sedang hangat diperdebatkan ini..?



    Pendapat saya, tak salah untuk kita minat sukan atau minat pada politik. Tak salah juga kita untuk menyokong mana-mana pihak yang kita rasa layak untuk di sokong. Kerana kita semua pasti tahu baik buruk, kelemahan dan kelebihan apa yang kita sokong itu. Kita ada akal, jadi kita boleh bezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Tapi yang menjadikannya salah adalah apabila kita terlampau fanatik terhadap apa yang kita sokong. Hinggakan apa yang salah pun kita tutup mata, malah kita tetap sokong pula. Kononnya memang dah minta jadi kenalah sokong tanpa ada bantahan. Itu salah, hidup nie harsulah berprinsip. Benda yang salah usah kita cakap betul dan  benda yang ebtul usah kita cakap salah. Tak salah untuk kita terima pandangan orang lain untuk kebaikan kita bersama.


    Sebenarnya berbeza pendapat ini amat bagus, kerana denagn itu kita dapat bertukar-tukar idea. Malah ia menjadikan kita lebih kreatif untuk berfikir malah berhujah. Tapi janganlah sampai apa yang kita cakapkan itu menyinggung hati dan perasaan sahabat kita pula. Hormatilah pendapatnya, terimalah ideanya, dan degarlah huja-hujahnya degan  hati dan minda yang terbuka. Tanpa perlu untuk kamu dan dia bermasam muka.

  Jangan kerana kamu minat pasukan bola A, dan bila pasukan kamu menang kamu menunjuk-nunjuk lalu mengutuk pasukan rakan kamu iatu B. Kamu kata rakan kamu "bodoh" kerana pilih pasukan bola yang "lembik dan lemau" untuk disokong. Kamu ketawakan pula kawan kamu itu berdekah-dekah. Apa reaksi rakan kamu...? Pasti dia panas hati bukan, maka tercetuslah perselisihan pendapat antara kamu dan rakan kamu hingga kamu dan dia dah terputus hubungan sebagai sahabat. Begitukah yang kamu mahu..? Takkan lah kerana isu-isu ini kamu mahu bermusuh, sedangkan ukhwah yang etrjalin antara kamu dan dia sudah terbina sekian lamanya. Mahukah kamu lihat ukhwah itu hancur gara-gara sokongan terhadap bola atau politik yang berbeza itu...?



Terimalah hakikat bahawa setiap manusia punya minat yang berbeza-beza, ada orang yang hobinya melayari internet, ada pula yang besukan, ada pula yang suka membaca dna bermacam lagi. Ada orang yang cita-citanya mahu menajdi guru, ada pula yang mahu jadi arkitek, jurutera, doktor ,akauntan dan bermacam lagi. Jadi sedangkan hobi dan cita-cita kita pun berbeza ini kan pula pasukan bola atau isu politik. Pasti ada saja perbezaan antara kita. Kerana memang kita semua  dikurniakan mata, tapi persepsi serta pemahaman kita berbeza. Cara kita menilai sesuatu itu juga berbeza. Jadi kita kena hormati rakan-rakan kita yang sokong pasukan bola atau aliran politik yang ebrbeza dengan kita. Maka barulah kita pula dihormtai oleh khalayak ramai.


   Jadi lah individu yang profesional dna usahlah terbawa-bwa emosi dan usahlah terlampau mengikut kata hati. Bertindak atau berkata-katalah mengikut kewarasan akal dan bukannya ikut pertimbangan emosi. Usah terlalu fanatik, bersederhanalah denagan apa yang kita sokong.  Usahlah menaykiti hati orang sekeliling semata-mata kerana kita berbeza minat dan pendapat...


Walaupun kita berbeza team bola - Euro 2012,
Walaupun kita berbeza aliran politik - PRU 13,
Jangan lah pula kt bersengketa,
Janganlah pula kita bermasam muka lalu berpecah belah pula....

Salam ukhwah, sahabat-sahabatku semua...(^_____^)



ps:-
Apa khabar kamu semua....?
Maaflah kerana agak sibuk kebelakangan ini...
Sebenarnya saya baru jer habis kursus ...
Fuhh..dalam bulan nie memang jadual penuh...
Semalam petang baru habis semua kursus tue..
Penat memang penat tapi seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan baru dan  yang penting dapat tambah ilmu...
Jadi saya di sini ingin mohon maaf kerana lama dah tak berkunjung ke blog kamu-kamu semua,
InsyaAllah ade kelapangan nanti saya akan berkunjung seperti sediakala ye..:)
Salam sayang sahabatku...(^____^)
Ehehehe...untuk Euro kali nie saya sokong Germany, sama macam yang sebelumnya...eheheh...Setia bersama German! Yeah!


P.p/s: Entry ini adalah hasil ilham oleh penulis blog ini, ia hanyalah luahan penadpat semata-mata, sebarang kekurangan harap dimaafkan..Kredit gambar google image..

Monday, November 21, 2011

Puisi:-Harimau Muda Di Hatiku...



Harimau muda harimau perkasa,
Tangkas di pandang memikat mata yang memandang,
Harimau muda kekal di hati,
Dengan semangat juang yang tinggi, Kejayaan itu pasti akan kita kecapi,
Kalah atau menang tidak di peduli
Usaha dan semangat harus lipat gandakan lagi,
Doa dari kami mengiringi agar langkah mu lebih berani,
Berlari lah kau berlari,
Gegarkan gawang lawan mu nanti,
Usah di gentar kata-kata benci,
Jadi kan ia pemangkin semangat diri,
Dengan semangat Malaysia Boleh ini aku yakin kejayaan pasti jua kita miliki,
Harimau muda mengaum lagi,
Suaranya kini lantang dan di geruni,
Kelibatnya kini tak di pandang sepi lagi,
Majulah terus maju pasukan hari muda ku,
Teruskan perjuangan mu untuk hari ini dan masa depan nanti,





Nota:-Puisi ini adalah nukilan sepenuhnya pemilik blog ini. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali.

 Ps:Sama-sama kita nantikan perlawanan final bola sepak sukan sea Malaysia Vs Indonesia pada malam ini. Saya doakan agar kemenangan milik pasukan kita Malaysia.Sebagai mana kita dapat menumpaskan pasukan Garuda tempoh hari dengan 1-0 hasil jaringan dari Syahrul Azwari dan sebagaimana kita boleh tumpaskan Myanmar dengan 1-0 hasil jaringan dari Fakri. Sebagaimana perlawanan lalu, penajaga gol Khairul Fahmi Che Mat bijak dan berjaya  mengawal gawang kita dari di cerobohi, maka saya yakin kita masih boleh mengulangi kejayaan yang sama.Dengan semangat yang kita ada ini, walaupun ada antara ahli pasukan kita yang telah mendapat 2 kad kuning dan coach kita pada perlawanan menentang Myanmar tempoh hari hanya dapat duduk di bangku penonton dan hanya boleh bagi arahan kepada anak-anak buahnya melalui nota sahaja itu pun melalui orang perantaraan dan dia tidak di benarkan menggunakan handphone atau walkie talke untuk berinteraksi dengan para pemain.Tetapi kita sudah buktikan yang kita berjaya juga ke final. Jadi tidak mustahil untuk pasukan kita sekali lagi mengengam Pingat Emas Sukan Sea.


Sunday, October 30, 2011

Harga Tiket Punya Pasal...

Hai semua...(^___^)




Tiket mahal sangat..Jom kita protes!!




  Kamu tahu kan laman web FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) di gondam oleh Hacker...Kenapa mesti nak Hack website tue...? Jawapannya ialah untuk menunjukkan rasa protes sebab harga tiket mahal...Mereka  (peminat / penyokong pasukan bola sepak) tak puas hati sebab harga tiket di naikkan..Jadi mereka perlu bayar RM50.00 seorang untuk masuk tengok perlawanan....


Kalau macam dia nie punya kosert, tiket ratus-ratus pun aku sanggup bayar..
Handsome tue..Tergoda aku..ehehehe...


     Katanya harga tiket mahal sangat, tue sampai nak  protes / boikot...Tapi, yang hairan dan ajaibnya kenapa bila ade jer konsert dari artis luar kalau harga tiket mahal tak nak protes / boikot..Secara sedar atau tidak kta nie dah macam mengagung-agung kan orang luar dan hasil dari luar berbanding anka tempatan sendiri dan produk dalam negara sendiri..Kenapa bila ada jer konsert artis omputih , korea misalnya sanggup bayar tiket mahal..? Tapi bila tiket bola pasukan sendiri dan negara sendiri RM50 terus nak protes..? Di mana jati diri kita? Katanya kita sayang negara kita, tapi kita lebih sokong orang luar dan bangga bila pakai jenama dari luar berbanding dari nak sokong orang negara sendiri dan produk buatan sendiri..Cuba lihat Jepun, macam mana Jepun boleh maju..Sebab mereka keluarkan produk yang bermutu dan berkualiti selain berinovatif, kreatif dan berteknologi..Satu perkara yang lebih penting,mereka juga menyokong produk buatan negara sendiri..Tapi kita....? Marilah sama-sama kita renung-renungkan kembali...






   Ok, di kesempatan ini nak ucapakan tahniah buat pasukan Negeri Sembilan yang dah menang 2-1 keatas pasukan Terengganu dalam perlawanan akhir Piala Malaysia malam tadi...Buat Terengganu, jagan putus ase..Next year boleh cuba lagi..Mana tau ade rezeki kan..Oh ya, untuk malam tadi saya sokong Terengganu..Sebenarnya, saya adalah penyokong Kelantan, tapi memandang kan Kelantan tak masuk final, so saya sokong Terengganu, lagipun negerinya kan sebalah menyebelah..Boleh ke macam tue..? huhuhu..Eh, saya orang Johor tapi sokong Kelantan..? Tak de jati diri lah nie..huhu..Takpe , Menang kalah tue adat pertandingan kan, so buat apa nak marah-marah kan..Macam tue jugalah masa Manchester United menentang Manchester City, walaupun pasukan kesayangan saya Man U tewas teruk masa perlawanan tue, tapi saya tetap akan terus setia sokong Man U..Glory Glory Man Unted...(^____^)

.
.




Ok, sebelum berundur diri mari kita tonton video nie..Kat dalam video nie ada komen dari artis korea 2AM pasal gadis-gadis Malaysia..:-





PS:- Entry hanyalah pendapt picisan pemilik blog..Sebnarnye saya pun masih muahsabah diri  / masih belajar untuk sokong produk buatan tempatan..Kredit gambar google image, redit video youtube..

Friday, July 29, 2011

Bola Sepak Vs Birthday.....




28.7.2011

Hari itu adalah hari istimewa buat diri saya, saya harapkan hadiah dari pasukan Malaysia agar dapat menewaskan singapura..
Tapi nyata kita gagal...
Tak mengapa saya masih sokong Malaysia...
Hampa + Kecewa memang bersatu padu...
Lepas jer solat Isyak terus lekat kat depan Tv...
Pelik dan heran bila anak-anak singa asyik jatuh jer kat padang tue...
Apa kes??
Kurang stamina ker...?asyik sakit jer....?
Dah gitue kenapa tak bawak jer jumpa Dr...(=_____=)
Separuh masa pertama tue macam tengok drama tv pun ada...
Itulah strategi mereka untuk menang, iaitu dengan melengah-lengahkan masa perlawanan...
Nak bukti?
Haa..cuba tengok sendiri ulangan sesi perlawan tue..dan nilailah sendiri ye....
Separuh masa kedua, Malaysia dapat jaringkan satu gol dan kemudian Singapura mengikat kita dengan kedudukan 1-1...
Sampailah perlawanan tamat kedudukan tue kekal macam tue jer....
Seri..
 Malaysia tak kalah pada perlawanan 28.7.2011...
Cuma yang membuatkan kita kalah adalah apabila kita terketinggalan 2 gol pada sesi perlawan pusingan pertama yang berlangsung di kota singa...
Tahniah lah buat pasukan Singa sebab berjaya atur startegi yang sangat bijak..
Tapi pemain import mereka tue harus di puji, sebab dia tu masih handal walaupun lebih berusia berbanding pemain mereka yang jauh lebih muda...
Tahniah Singapura sebab berjaya ke sesi seterusnya..
Tapi adakah skuad mereka akan berjaya hingga ke peringkat Final Piala Dunia...??
Mari kita tunggu dan lihat...
Nak tahu tak, masa perlawan berlangsung saya menonton di Channel 5(Cahnnel tv singapore)..
Apa komen mereka..?
Semalam masa Safee Sali jaringkan gol, mereka sebut "Super Safee Sali"...
See...Mereka puji pemain kita...!
Dari sesi pertama perlawanan lagi diaorang asyik sebut-sebut nama Safee Sali...
Tahniah buat Khairul Fahmi Che Mat...
Buat semua pasukan Malaysia jangan ptus asa ye....
Masih banyak lagi masa...
Asah skill, taktik dan teknik perlawan...
Perbaiki apa yang perlu dan sangat perlu di perbaiki..
Kita cuma kurang bernasib baik...
Tapi itu tak bermaksud kita gagal buat selamanya...
Usaha tangga kejaayaan...(^____^)
Peminat bola sepak Malaysia pulak, teruskan lah sokongan kita kepada pasukan kebangsaan kita nie ye...
Doakan supaya kita berjaya di masa akan datang..
Jangan gaduh-gaduh dengan penyokong pasukan lawan, kerana tak lama lagi kita dah nak puasa..
Lagi pun, menang kalah itu adat pertandingan...
Jangan kerana pasukan kita kalah, maka kita perlu keluaran kata-kata keji, hina-menghina anatara satu sama lain.....
Sama-samalah kita berusaha dan berdoa agar pasukan kita berjaya, itu adalh lebih baik daripada kita bertengkar dan bermasam muka...


Mungkin perjalanan pasukan bola sepak negara kita nie penuh berliku dan cabaran..
Tapi tak mengapa..
Pasti satu masa kemuncak kejayaan itu akan kita tawan akhirnya dengan keazaman dan kesungguhan...
Harsu perbaiki segala kelemahan , barulah berjaya di masa hadapan...




Sebenarnya masa perlawanan tue berlangsung saya sepatutnya potong Birthday kek yang mak beli kan, tapi tunda sampai perlawanan masuk separuh masa kedua...
Masa  nak makan kek dan nasi ayam yang mak masak pun dah macam hilang selera jer...
Kecewa punya pasal, langsung taknak ambil gambar..Cuma ambil gambar kek dan nasi ayam jer...
Sorry mak,kalau saya buat mak kecik hati....
Saya minta ampun dan maaf...
Saya sayang mak, terima kasih sebab buatkan surprise untuk saya..(^____^)



P/s:-Entry ini adalah sepenuhnya luahan pendapat pemilik blog ini. Gambar adlah di perolehi daripada google image..
Nota:- Sorry lambat pos entry nie...

Thursday, July 28, 2011

Puisi:-Harimau Malaya Tetap Di hati...


Di padang itu nanti menjadi saksi...
Jutaan mata melihat dan memerhati...
Harapan dan impaian tersemat di hati..
Agar beroleh kejaayaan pada hari ini....
Jadilah kamu harimau pujaan hati...
Buktikanlah ketajaman taring mu pada lawan mu di sini...
Buktikanlah ketangkasan dan kehebatan kamu nanti..
Jangan kamu toleh kebelakang lagi....
Usah terlalu di fikiran kritikan pedas membakar hati..
Tetapi jadikanlah ia sebagai pembakar semangatmu nanti...
Usah di ulangi kesilapan dna kealpaan lalu..
Ubahlah strategi mana yang perlu..
Dengan semanagat dan keazaman yang jitu...
Pasti kejaayaan itu milikmu..
Jika kamu benar Harimau Malaya pasti kamu tak merasa gerun dan gentar..
Kerana harimau itu rasminya bersifat berani dan berazam tinggi..
Buktikan kepada pengkritik itu nanti..
Bahawa cita-cita mu bukanlah mimpi...
Jangan pernah toleh kebelakang atau berundur diri..
Majulah kedepan dengan semangat yang membara di hati..
Doa aku dan semua di sini..
Agar kejayaan itu buat kamu si Harimau yang berani..!




P/s:-Puisi ini adalah hasil ciptaan dicipta sepenuhnya pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang bentuk penerbitan semula adalah di larang sama sekali. hak cipta terpelihara...

Nota:- Puisi ini saya tujukan khas buat skuad bola sepak Malaysia..Semoga kejayaan milik kita..

Sunday, July 24, 2011

Apabila Perempuan Minat Bola...



Salah ke perempuan minat bola??
~Tak Salah~
~Sebab masing-masing punya hak untuk meminat sesuatu jenis sukan tue dan bola sepak nie peminat nya tak mengira jantina~
Kerap kali kita dengar apabila seseorang perempuan mengatakan yang dia meminati bola sepak kemudian pasukan kegemarannya adalah gergasi Eropah seperti Arsenal, Liverpool, Chelsea, Barcalona, REAL MADRID, MANCHESTER UNITED dan lain- lain....
Maka tentunya perkataan seperti ini akan keluar:-
"Alah... tue minat bola ker, minat football player yang handsome..."

Erm...tak di nafikan lah apa yang dicakapnya nya tue mungkin ada kebenarannya jugak..hehehehe...
Tapi, pendapat saya kalau seseorang pemain bola sepak tue harap handsome jer atpi skill permainan tue takde , main bola kat padang macam nak tak nak jer  dan tendang bola nampak macam lemah gemalai sangat...
Rasanya ade ker orang nak minat...???
Pendapat saya secara peribadi, saya meminati dua gergasi Eropah Manchester United dan Real Madrid bukan kerana di dalam pasukan itu terdapat pemain-pemain bintang yang berwajah kacak semata-mata..
Tapi skill perlawanan tue penting...
Contoh macam  Wayne Rooney dia punya skill yang tersendiri yang hebat...
Christiano Ronaldo misalnya, walaupun kehidupannya peribadi penuh dengan kontroversi yang tak habis-habis, aweks keliling pinggang...tapi skill permainan bola nya sangat bagus dan handal..Dia sangat tangkas dan berdidikasi bila di padang bola..Jadi abaikan sahaja sisi negatif pada dirinya yang penting skill di padang...
Lionel Messi juga punyai skill perlawanan yang sangat bagus, hebat dan boleh di kagumi...
David Beckham pun sangat handal di padang dan dia juga dikagumi bukan kerana hanya fashion rambutnya yang menjadi ikutan remaja lelaki, tapi juga kerana ketangkasannya di padang bola..
Wajah yang tampan hanyalah bonus...Tapi jika seseorang pemain itu hanya berwajah menarik tapi mutu dan skill perlawanan tue hampeh pasti dia tidak di minati..
.
.
.

Tahniah buat skuad bola sepak wanita Jepun yang telah menjadi juara kejohanan bola sepak wanita dunia...!
Ha..Siapa kata wanita tak boleh minat bola....?
Contoh dah ada dah nie...Nyata skuad bola sepak wanita jepun lebih dahulu menggondol gelaran juara dunia berbanding skuad bola sepak lelakinya...


P/s:- Ini adalah pendapat peribadi penulis berkaitan topik ini...Gambar adalah diperolehi dari Google Image..

Saturday, July 23, 2011

Harap Skuad Harimau Bangkit Kembali !!!



Agak kecewa malam nie...
Tadi selepas selesai solat maghrib dengan semangat berkobar-kobar saya pun dok mengahdap depan tv...
Nak tengok bola Malaysia Vs Singapore secara live..
Almaklumlah tak dapat tengok dekat stadium...
Walaupun stadium tue nun seberang tambak jer haa...
Tapi kalau takder pasport jangan mimpi lah nak pergi even dekat jer....
Jadi, saya pun tengok jer lah secara live kat Tv...
Sokong pasukan mana...?
Mestilah MALAYSIA..!!
Saya pilih untuk tengok guna Channel 5 (channel tv singapore) sebab nak tahu ape yg dorang dok komen pasal pasukan kita ...
Separuh masa pertama memang kecewa sesangat sebab singapore dapat 4 gol dan malaysia cuma dapat 1 gol jer....
Tapi pada separuh masa kedua pasukan Malaysia bangkit dengan ledakan 2 gol, jadi ia mengikat pasukan negara lawan dengan kedudukan singapore 4 vs Malaysia 3...
Masa nie semangat saya memang dah berkobar-kobar ....
Tapi akhirnya Malaysia tumpas apabila singapore dapat jaringkan gol yang ke 5..
Masa tue jantung saya dah macam nak melompat jer...
Dan sehinggalah wisel penamat di tiupkan kedudukan masih sama iaitu Singapura 5 vs Malaysia 3...
Kecewa...??
Ya sedikit kecewa...
Tapi saya berbangga kerana pasukan negara saya menggunakan 100% pemain asal negara sendiri dan bukannya bercampur dengan PEMAIN IMPORT seperti pasukan lawan kita malam nie...
Buat pasukan Rimau, sila asah kuku dan taring kamu...!!
Saya yakin pasukan kita boleh menang dengan keazaman dan ketekunan yang tinggi serta semangat bekerjasama sesama pemain (memang sangat penting)....
Perbaiki kesilapan pada hari ini agar kita beroleh kejayaan pada masa akan datang..
Buat lah yang terbaik untuk sesi perlawanan pusingan kedua menentang Singapura pada 28 July ini di Stadium Bukit Jalil nanti...
Oh ya, 28 July tue hari istimewa buat saya...Jadi saya harap pasukan Harimau takkan meghampakan saya..
Saya harap Harimau dapat baham Singa....!!

P/s:- Entry ini adalah pendapat peribadi penulis blog ini mengenai topik ini. Gambar adalah diperolehi dari Google Image...

Semoga Harimau Berjaya Membaham Singa!


Walaupun pasukan kita telah tewas semasa perlawanan menentang skuad gergasi dari eropah seperti  Arsenal, Liverpool dan Chelsea iaitu:-

Arsenal 6 -Vs- Malaysia 0
Liverpool 6 Vs Malaysia 3
Chelsea 1 Vs Malaysia 0

Tapi saya tetap akan sokong skuad negara saya nie...
Kalah tidak bermakan kita kecundang terus..
Jangan pernah putus asa dan teruskan perjuangan yang belum selesai lagi nie...
Jadikan perlawanan menentang tiga skuad gergasi eropah itu sebagai pengalaman berguna..
 Skuad negara kita boleh dikira bertuah kerana dapat bertemu di padang bersama 3 skuad gergasi eropah ini dalam jarak masa yang sangat dekat...
Saya doakan pasukan negara saya nie akan beroleh kejayaan menentang pasukan Singapura..
Seterusnya dapatlah kranya Harimau Malaya membaham Singa ...
Buat penyokong negara, apa kata malam nie kita semua pakai baju warna kuning tanda sokongan buat pasukan negara kita..
Teruslah sokong pasukan negara kita, itu menandaan semangat pattiotisme kita..
Jangan terlalu mengagungkan jenama luar sampai menganaktirikan ( betul ke ayat nie..?) pasukan negara sendiri...

Sunday, July 17, 2011

Angry Birds Membuatku Bertambah Marah..!!

               


                   Fenomena game angry birds nie makin popular sekarang nie kan...sana sini angry birds..sy pun nak try lah jugak main game nie..baru jer try ari rabu lepas mase balik keja.... konon man game nie dpaatlah hilangkan tension lah kan...tapi rasenye sebaliknnya yang berlaku...Memang best game nie... main lastic2 binatang hidung pendek tue (Khinzir ).. kalau kita dapat lastic bintang tue (Khinzir) sampai mati so kt menang dan dapat pegi next level...memang best ar asyik memang jer kan..hehehehehe..tapi yang bengang nye bile samapi level 10, asyik kalah jer pulak...sampai hari nie tak lepas-lepas lagi level 10! huhuhu..Adik-adik sekalian tolong jangan gelakkan akak ek...(err terasa tua pulak bila guna "akak"....huahuahuahua...)..Mungkin dah lama tak main game kowt..So, skill tue dah takde..Jadi, mulai dari sekarang kena lah asah skill tue balik...Chewah....=____=

           Main game nie teringat lak hobi masa zaman kecik-kecik dulu..Dulu mase kecik sangat suka main lastic-lastic nie..tiap-tiap hari khamis jer mesti nak lastic cicak...Lastic sampai terputus ekor cicak tue..sape paling banyak putuskan ekor cicak dia memang...dulu selalu main  lastic cicak nie dengan arwah adik, lepas die dah takde terus stop main lastic-lastic nie...Maybe, sebab dah lame tak pegang lastic sebab tue lah asyik kalah jer bila main game angry birds nie...Bebudak kecik lagi teror kowt dari saya..huh..kena berguru balik semula nie... ehehehhe....

.
.
.


Jom layan trailer game nie...hehehehe..macam bebudak sudah...(^_____^)



P/S:- Buat pasukan Malaysia walupun kt tak menang semalam masa menentang Liverpool (kalah 3-6) tapi tak pe, yang penting dah cuba kan..Buat yang terbaik masa menentang Chelsea dan Singapura nanti..Saya sentiasa sokong pasukan Malaysia (walaupun saya peminat Manchester United)....Kalau boleh pakailah jersi kebangsaan dan sokong pasukan sendiri, itu ebih baik dari terlampau mengagungkan pasukan luar...Bagi semangat siit kat pasukan kita..Kalah menang adat pertandingan..Jangan pulak bila menang di puji, bila kalah di keji ya....

P/S:- Malam tadi jugak merupakan malam Nisfu Syaaban bagi kita yang beragama Islam...Besar fadhilat malam Nisfu Syaaban nie..Bola-bola juga, solat jangan di lupa ya...


Nota:- Sumber gambar adah dari google image...




Friday, June 24, 2011

Laptop Demam....



Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi melawat blog saya yang biase-biase nie, terima kasih sebab sudi membaca entry-entry saya yang tak seberapa , sudi meninggalkan comment dan sudi follow blog saya yang buruk nie..
Saya sangat hargainya...Kunjugan anda pasti akan saya balas...
Tapi dua tiga hari nie saya tak dpaat nak online blog apatah lagi nak blogwalking...
Sebab saya agak sibuk dengan urusan kerja..
Oh, lupa nak beritahu, saya hanya akan dapat update blog saya nie, buat blog walking dan online internet apabila saya dirumah sahaja..
Maaf sebab saya lambat dapat balas comment awak semua dan lambat dapat buat blog walking ke blog kamu semula..
Lagi pulak laptop saya sekarang nie tengah demam..
Perlu bagi dia jumpa Dr..
Dah lama dia nie tak buat checkup..
Antibiotik pun dah abis..
Sebab tuelah dia mudah sangat kena serang virus selsema dan macam-macam virus lagilah..
Kesian jugak dnegan dia nie..
Tapi kalau nak buat rawatan tue mestilah mahal kan..
Hurmm..eh kedekut lohh tuan kamu nie Acer!!!
Nak hantar kamu pergi jumpe Dr laptop pun bekire ke ape..???
Bukan senang beb nak cari dan nak dapatkan duit..Nak habiskan tue memang mudah..
Ermm nak tanye antivirus ape yang paling bagus sekali eh..? leh bagi cadangan...?


Nota:- sebelum saya akhiri entri nie saya nak ucapkan tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia sebab menang dalam perlawanan menentang Lubnan 2-1 malam semalam..Semoga pasukan bola sepak Malaysia sentiasa beroleh kemenangan di masa-masa akan datang..Chaiyokk..!

P/s:- Ini adalah luahan penulis blog semata-mata. Gambar adalah diperoleh dari google image..


Sunday, June 5, 2011

Saya Tetap Sokong Manchester United!!!

~Nie Pasukan Kesayangan Saya..~

Yang nie senarai nama pemain Man U yang turun  masa perlawanan menentang Barcelona:-

~Van der Sar~ 
~Rafael~
~Evra~
 ~Ferdinand~
~Vidic~
~Giggs~
 ~Park~ 
~Valencia~
 ~Nani~
 ~Rooney~
 ~Chicharito~

Nie perlawanan antara Manchester United sebelum menentang Barcelona:-


( 24 may 2011): Man. United 1-2 Juventus Friendly Match 
(May 22, 2011): Man. United 4-2 Blackpool: Premier League 
(May 14, 2011): Man. United 1-1 Blackburn; Premier League 
(May 8, 2011): Man. United 2-1 Chelsea, Premier League 
(May 4, 2011): Man. United's 4-1 Schalke 04; Champions League 
(May 1, 2011): Man. United 0-1 Arsenal, Premier League 


Nie antara sejarah perlawanan antara Manchester United menentang Barcelona:-

7 Mar 84: Barca 2-0 Man Utd
21 Mar 84: Man Utd 3-0 Barca
15 May 91: Man Utd 2-1 Barca
19 Oct 94: Man Utd 2-2 Barca
2 Nov 94: Barca 4-0 Man Utd
16 Sep 98: Man Utd 3-3 Barca
25 Nov 98: Barca 3-3 Man Utd
23 Apr 08: Barca 0-0 Man Utd
29 Apr 08: Man Utd 1-0 Barca
27 May 09: Barca 2-0 Man Utd

.
.
Lepas Man U dah tewas  1-3 dalam perlawanan menentang Barcalona tempoh hari maka pasukan saya nie di kritik hebat jugak..
Pasukan nie diberi gelaran seperti Menyu aka penyu (kurang asam boi betul lah,nak cakap Man U nie penyu..huh!~ Eh,jangan lupa ye penyu adalah spesis haiwan yang mempunyai jangka hayat aka umur yang panjang..So, Man U akan bertahan sampai bila- bila..Lantaklah nak cakap penyu ke ape..Kami tetap Champions ok!)
Hello..Walaupun kami tak menang perlawanan tersebut tapi kami masih lagi boleh merangkul tempat kedua (Naib Johan), dan itu adalah lebih baik berbanding pasukan-pasukan lain yang tak layak langsung masuk perlawanan akhir..
Sekurang- kurangnya pasukan kami nie dah pun dapat masuk final liga juara-juara kan..
.
.
.
~My Hero...(^___^)~
.
.
.
.
.
~Walaupun  kami tewas kali ini. Tetapi kami yakin yang pasukan kami nie takkan berputus asa dan akan mencuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik untuk perlawanan yang akan datang.  Sebab menang kalah tue adat pertandingan, kalah sekali bukan bermakna kalah untuk selama-lanya..!! Kami penyokong Manchester United akan tetap setia menyokong pasukan kesayangan kami..Glory Glory Man United!!!
.
.
Nota:-Ini adalah pandangan peribadi penulis blog ini, suara mewakili penyokong setia Manchester United. Segala Gambar adalah diperoleh dari Google Image.

.

Thursday, December 30, 2010

tahniah Rimau Malaya!!

Rasanya belum terlalu lewat untuk saya ucapkan tahniah buat skuad bola sepak negara kita yg berjaya menumpaskan pasukan garuda dan telah berjaya membawa pulang piala kemenangan pada kejohanan tersebut buat pertama kalinya ke negara kita....


Saya doakan semoga terus sukses dan berjaya di masa- masa akan datang..teruskan semngat juang dan usaha kalian semua....


Terima kasih juga sebab bila dah menang tue seluruh rakyat Malaysia dapat cuti esok ...^_*

Thursday, November 11, 2010

Kelantan Juara Piala Malaysia!!


 "GoMo KeLaTe GoMo!!"

Ha..tulah slogan pasukan kelantan..
Mase hari Sabtu 30hb October 2010,
telah berlangsungnye perlawanan akhir liga malaysia,
Iaitu Kelantan Vs Negeri Sembilan..
Pada mase tue saya pon dok melepak kat depan Tv..
Sambil2 online FB..
Saya sokong kelatan untuk piala malaysia kali nie walaupun saya org johor..
Tapi ramai kawan-kawan saya yang sokong N9..
Sebab mereka rakyat N9..
Pada separuh masa pertama kelantan tak dapat menjaringkan sebarang gol..
Negeri sembilan telahpun mendahului kedudukan dengan 1-0..
Gol pertama negeri sembilan di jaringkan oleh shahruain pada minit ke 14 melalui sepakan penalti..
Walau bagaimana pun kelantan bangkit semula pada seruah masa kedua..
Iaitu dengan menjaring kan dua gol kemenangan...
Penjaring gol pertama kelantan Hairuddin iaitu pada minit ke 57
dan seterusnya gol kedua merangkap gol yang membawa kemenangan di jaringkan oleh Mohd Badri Radzi pada minit ke 65...
Oleh dengan itu pasukan kelatan telah pun memenagi perlawanan tersebut 2-1 keatas pasukan "Hobin Jang Hobin" iaitu Negeri Sembilan
Tahniah kepada pasukan The Red Warior...!!
Menariknya jika tahun lalu kelantan tewas di tangan Negeri Sebilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia hingga berlakunya rusuhan di luar stadium..
Tahun ini giliran Skuad The Red Wrior pula mencapai kemenangan tersebut..
Setelah 81 tahun menanti akhirnya Piala Malaysia berjaya di bawa pulang ke negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut..
Ini juga adalah kemenangan Pertama mereka pada piala malaysia..
Terbuktilah sudah tiada apa yang mustahil jika usaha dan doa dilakukan dengan berterusan, lambat laun kejayaaan pasti dimiliki..!

Ps:- Didoakan semoga tahun depan Johor boleh masuk Final Piala Malaysia... Satu hari nanti mesti pasukan negeri saya iaitu Johor dapat menjulang Piala Malaysia!


Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...