Translate

Thursday, June 14, 2012

Minat Kita Berbeza, Jangan Sampai Kita Bermusuh...

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabatku sekalian...


Sekarang nie sana sini orang bercerita pasal bola dan tak kurang juga ade yang bercerita soal politik...
Masing-masing ade hujah-hujah dan penadapat yang tersendiri yang tak kurang hebatnya. Walaupun kita mungkin kawan baik, walaupun kita mungkin adik beradik atau ada pertalian saudara, adalah mustahil untuk kita semua mempunyai pendapat dan minat yang sama..! Jadi kita haruslah belajar untuk menghormati pendapat dan minat orang lain juga. Kita ada sebab kena kita suka atau sokong sesuatu jadi begitulah juga dengan dirinya. Jadi tak perlulah untuk kita bersengketa, bermasam muka , bergaduh semata-mata kerana pendapat kita berbeza. Wajarkah kita adik beradik atau kita ynag sahabat karib nie saling maki hamun, kutuk mengutuk, fitnah memfitnah semata mata sebab kita dan dia sokong pasukan bola yang berbeza atau kita dan dia sokong parti politik yang berbeza..? Patutkah hubungan akrab kita selama ini musnah begitu sahaja demi kerana kedua-dua isu yang sedang hangat diperdebatkan ini..?



    Pendapat saya, tak salah untuk kita minat sukan atau minat pada politik. Tak salah juga kita untuk menyokong mana-mana pihak yang kita rasa layak untuk di sokong. Kerana kita semua pasti tahu baik buruk, kelemahan dan kelebihan apa yang kita sokong itu. Kita ada akal, jadi kita boleh bezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Tapi yang menjadikannya salah adalah apabila kita terlampau fanatik terhadap apa yang kita sokong. Hinggakan apa yang salah pun kita tutup mata, malah kita tetap sokong pula. Kononnya memang dah minta jadi kenalah sokong tanpa ada bantahan. Itu salah, hidup nie harsulah berprinsip. Benda yang salah usah kita cakap betul dan  benda yang ebtul usah kita cakap salah. Tak salah untuk kita terima pandangan orang lain untuk kebaikan kita bersama.


    Sebenarnya berbeza pendapat ini amat bagus, kerana denagn itu kita dapat bertukar-tukar idea. Malah ia menjadikan kita lebih kreatif untuk berfikir malah berhujah. Tapi janganlah sampai apa yang kita cakapkan itu menyinggung hati dan perasaan sahabat kita pula. Hormatilah pendapatnya, terimalah ideanya, dan degarlah huja-hujahnya degan  hati dan minda yang terbuka. Tanpa perlu untuk kamu dan dia bermasam muka.

  Jangan kerana kamu minat pasukan bola A, dan bila pasukan kamu menang kamu menunjuk-nunjuk lalu mengutuk pasukan rakan kamu iatu B. Kamu kata rakan kamu "bodoh" kerana pilih pasukan bola yang "lembik dan lemau" untuk disokong. Kamu ketawakan pula kawan kamu itu berdekah-dekah. Apa reaksi rakan kamu...? Pasti dia panas hati bukan, maka tercetuslah perselisihan pendapat antara kamu dan rakan kamu hingga kamu dan dia dah terputus hubungan sebagai sahabat. Begitukah yang kamu mahu..? Takkan lah kerana isu-isu ini kamu mahu bermusuh, sedangkan ukhwah yang etrjalin antara kamu dan dia sudah terbina sekian lamanya. Mahukah kamu lihat ukhwah itu hancur gara-gara sokongan terhadap bola atau politik yang berbeza itu...?



Terimalah hakikat bahawa setiap manusia punya minat yang berbeza-beza, ada orang yang hobinya melayari internet, ada pula yang besukan, ada pula yang suka membaca dna bermacam lagi. Ada orang yang cita-citanya mahu menajdi guru, ada pula yang mahu jadi arkitek, jurutera, doktor ,akauntan dan bermacam lagi. Jadi sedangkan hobi dan cita-cita kita pun berbeza ini kan pula pasukan bola atau isu politik. Pasti ada saja perbezaan antara kita. Kerana memang kita semua  dikurniakan mata, tapi persepsi serta pemahaman kita berbeza. Cara kita menilai sesuatu itu juga berbeza. Jadi kita kena hormati rakan-rakan kita yang sokong pasukan bola atau aliran politik yang ebrbeza dengan kita. Maka barulah kita pula dihormtai oleh khalayak ramai.


   Jadi lah individu yang profesional dna usahlah terbawa-bwa emosi dan usahlah terlampau mengikut kata hati. Bertindak atau berkata-katalah mengikut kewarasan akal dan bukannya ikut pertimbangan emosi. Usah terlalu fanatik, bersederhanalah denagan apa yang kita sokong.  Usahlah menaykiti hati orang sekeliling semata-mata kerana kita berbeza minat dan pendapat...


Walaupun kita berbeza team bola - Euro 2012,
Walaupun kita berbeza aliran politik - PRU 13,
Jangan lah pula kt bersengketa,
Janganlah pula kita bermasam muka lalu berpecah belah pula....

Salam ukhwah, sahabat-sahabatku semua...(^_____^)



ps:-
Apa khabar kamu semua....?
Maaflah kerana agak sibuk kebelakangan ini...
Sebenarnya saya baru jer habis kursus ...
Fuhh..dalam bulan nie memang jadual penuh...
Semalam petang baru habis semua kursus tue..
Penat memang penat tapi seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan baru dan  yang penting dapat tambah ilmu...
Jadi saya di sini ingin mohon maaf kerana lama dah tak berkunjung ke blog kamu-kamu semua,
InsyaAllah ade kelapangan nanti saya akan berkunjung seperti sediakala ye..:)
Salam sayang sahabatku...(^____^)
Ehehehe...untuk Euro kali nie saya sokong Germany, sama macam yang sebelumnya...eheheh...Setia bersama German! Yeah!


P.p/s: Entry ini adalah hasil ilham oleh penulis blog ini, ia hanyalah luahan penadpat semata-mata, sebarang kekurangan harap dimaafkan..Kredit gambar google image..

5 comments:

Namee Roslan said...

tapi sy tengok...politik lah paling dasyat sekali .boleh pecah belah !! kalau bola, ok lg. kalau politik lah...ish. teruk. sy jadi takut tgk diorang berbalah.

ctk said...

betul tu, rmai yg sanggup bermusuh-musuhan sebab berbeza pendapat...macam mana negara nak maju cmni..huhu

GR said...

punca utama adalah apabila menjadi seorang fanatikus. bila fanatik, semuanya berlebihan. apa yang orang lain perkatakan, langsung tak diendahkan. jangan sesekali menjadi fanatik atau ekstremis.

germany pasti boleh! ini bukan komen seorang fanatik, semestinya! :)

Mishter Izwän said...

kadg2 elok jugak berbeza pendapat. tp kadg2 jd tak elok bile terus berbalah .

Solihin Zubir said...

Setuju! Berbeza fahaman dan ideologi tak semstinya kena gaduh bermasam muka..

Macam sy pernah ckp sebelum ni. Nak gaduh, gaduh dalam gelanggang. Luar gelanggang kita lepak minum sama2.. Itu baru sifat seorang fighter sejati dan profesional..

ini tak. sampai maki hamun mak bapak yg xdak kena mengena apa hal kan..

tapi, bab kutuk team bola n ketawa berdekah2 tu, sy slalu buat.. biasanya kaum lelaki ni biasa saja dgn provokasi mcm tu. perang psikologi biasa bg kaki bola.. hehe.. tp kdg2, ada jugak yg emo.. tu yg spoil tu.

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...