Translate

Showing posts with label islamic. Show all posts
Showing posts with label islamic. Show all posts

Friday, January 2, 2015

Selamat Tahun Baru 2015!

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pembaca blog saya...


     Pertama sekali, Maaf sebab dah lama sangat tak aktif update blog macam masa awal-awal saya berblogging dulu...Saya tak nak janji lebih-lebih...  Tapi saya rasa saya akan cuba sedaya upaya untuk aktif semula update blog ni macam dulu-dulu...  InsyaAllah jika diberi kesempatan dan kelapangan...  Sebab nilah yang saya minat, menulis memang hobi saya sejak dari zaman kanak-kanak lagi...


    Keduanya, Di kesempatan ini saya ingin merakamkan rasa prihatin dan simpati dari lubuk hati yang terdalam kepada semua mangsa-mangsa, keluarga dan sanak saudara mangsa-mangsa, serta sahabat-sahabat mangsa-mangsa semua tragedi yang berlaku sepanjang tahun 2014 yang lalu iaitu : MH370, MH17, Palestine, Syria, Banjir di Malaysia ,  QZ8601 dan lain-lain... Doa dan harapan saya sentiasa bersama anda semua... Buat yang telah pergi, semoga semua roh mereka di cucuri rahmat...Al-Fatihah... Buat yang masih hidup, kehidupan ini mesti perlu diteruskan walaupun apa jua rintangan yang kamu hadapi... Kuatkan lah semangat, cekalkan hati, tabahkan jiwa kerana esok masih ada... Setiap masaalah pasti ada jalan penyelesaiaannya... Setiap apa yang berlaku pasti ada sesuatu hikmah yang tersembunyi..Mungkin, ini semua adalah isyarat dari-Nya agar kita sentiasa mengingati-Nya dan kembali kepada fitrah hidup sebagai khalifah di muka bumi ini... Percayalah, dunia ini hanyalah sementara, akhirat jua yang kekal abadi... Apabila kita telah tiada kelak semua harta benda, wang ringgit, keluarga, sahabat handai pasti akan kita tinggalkan..  Doa saya semoga kamu semua berada dalam keadaan sihat sejahtera semuanya, dimurahkan rezeki hendaknya, serta tabah dan sabar sentiasa... Jangan berhenti berdoa kepada Allah SWT, kerana hanya kepada Allah SWT lah tempat kita bergantung harap dan meinta pertolongan...

"If Allah bring you to it, He will bring you through it...
Allah is always there for you."

"In Happy moments, praise Allah...
In Difficult moments, seek Allah...
In Quiet moments, worship Allah...
In Painful, moments trust Allah...
In Every moment, thank Allah..."

"If what's ahead scares you, and what's behind hurts you,
Then, always remember that Allah will never fails to help you... "

"Allah didn't bring you this far to leave you... He is trying to increase your faith, to bless you more in your life.."


   Ketiganya, Selamat Tahun Baru 2015 Masihi... Semoga segala impian dan cita-cita awak semua tercapai dan terlaksana... Semoga awak semua dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, bahagia dan ceria sentiasa, serta semoga tabah dan sabar dalam menempuh segala macam perkara yang berlaku dalam tempoh 365 hari sepanjang tahun 2015 ini... 

Akhir sekali, Salam sayang dari saya buat kamu semua pembaca dan rakan-rakan blog saya ...
Jumpa Lagi..! :) ;)

Friday, October 24, 2014

Puisi: Jagalah Hati...




     
Jagalah hati kita...
Jangan sampai ia terluka dan remuk...
Jangan biarkan ia kecewa, menderita dan merana...
Jangan biarkan ia mengantung harapan pada yang tak sudi...
Jagalah hati kita...
Janganlah simpan dendam di dalamnya...
Janganlah simpan amarah dan benci lama-lama...
Jangan ada hasad dengki dan iri hati di dalamnya...
Jagalah hati kita...
Supaya kita sentiasa mempunyai rasa simpati dam empati...
Sentiasalah simpan rasa belas kasihan...
Jagalah hati kita...
Harus sentiasa ada rasa ikhlas di hati kita...
Harus sentiasa memaafkan setiap kesalahan orang kepada kita...
Harus sentiasa meminta maaf kepada orang yang terluka kerana kita....
Harus sentiasa berterima kasih atas setiap kebaikan orang walaupun cuma sebesar zarah...
Harus sentiasa mengenang kebaikan budi pekerti oran dan membalas kebaikkanya itu...
Harus sentiasa menghulurkan bantuan dan pertolongan walaupun dilihat kecil...
Harus sentiasa bersedekah dan memberi walaupun sedikit...
Jagalah hati kita...
Senyumlah sentiasa...
Usah dilemparkan rasa amarah dan benci pada orang yang tak punya salah pada kita...
Jagalah hati kita...
Kerana kelak kita akan sentiasa mejaga hati insan disekeliling kita...
Jagalah hati kita...
Dekatkan hati kita dengan Tuhan...
Latihlah hati kita agar sentiasa berzikir dan berselewat...
Latihlah hati kita agar sentiasa bertaubat atas segala kesalahan dan kesilapan yang kita buat...
Selalu lah ingat akan kematian...
Sentiasa lah membaca dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan...
Jagalah solat dalam kehidupan harian...
Kerana hanya dengan cara ini kebahagiaan sebenar akan kita dapatkan...




  Q:-     Apa dia benda yang boleh jadi paling baik dan yang boleh jadi paling buruk dalam diri manusia....?

A:- Hati...  Kerana hati boleh menjadi baik dan boleh menjadi sebaliknya iaitu buruk dan tidak baik bergantung kepada tuan empunya hati itu sendiri...  Jadi kesimpulannya amatlah penting untuk kita menjaga hati...  Akhir kata salam Jumaat buat semua... :)




P/s: puisi ini adalah luahan idea saya selaku pemilik dan penulis blog ini... http://merpatiputih88.blogspot.com/
segalah hak cipta adalah terpelihara...  Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali...

Kredit gambar: Google image

Friday, March 21, 2014

Peristiwa Menyentuh Hati



Dua minggu lalu...
Aku bermimpi aku sedang membaca surah Yassin..
Lalu aku ditegur oleh seorang guru..
Dia berkata kepada ku:
 " Takkan kamu hanya mahu membaca surah ini sahaja setiap hari? Bagaimana dengan surah-surah yang lain? Adakah kamu mahu membiarkan ia sahaja?"
Lalu di dalam mimpi itu aku berkata kembali kepadanya:
"Saya kurang masa, hanya ini sahaja yang sempat menjadi amalan saya setiap pagi selepas solat subuh dan sebelum pergi kerja... Surah-surah yang lain itu akan saya baca seminggu tiga kali atau paling kurang sekali dlaam seminggu..."
"Bukankah dulu kamu  rajin menelaah dan mengaji Al-Quran itu? Bukan kah dulu kamu pernah bercita-cita mahu menghafaz nya jika punya kesempatan? Bukankah dulu kamu berjanji akan membacanya dan menjadikannya amalan tanpa sebarang alasan, tanpa jemu..?"
Aku hanya tunduk sahaja...
"Bacalah...., fahamkanlah dan amalkan lah apa yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran ini.. Nanti hidup kamu tidak akan sia-sia..."



Aku tersedar dari mimpi ketika itu malam jumaat jam 2.30 pagi.. Air mata ku berlinangan... Aku segera berwudhu' dan terus mengaji Al-Quran itu... Ya, memang aku akui aku rajin membaca Surah Yassin selepas solat subuh setiap hari... Tapi aku hanya membuka dan mengaji Al-Quran itu dalam seminggu cuma tiga kali atau paling kurang cuma sekali sahaja... Betapa culasnya aku.. Majalah dan akhbar boleh ku baca, novel boleh kutatap... Tapi aku culas dalam melaksana janjiku yang dulu... Ya, dulu di usia remaja aku rajin mengaji Al-Quran itu setiap hari, walaupun ketika itu aku sibuk juga dengan hal pelajaran / kerjaya... Kini aku menjadikan alasan penat dengan kerjaya sebagai alasan... Betapa berdosanya aku...


Dan pada pagi khamis semalam,anai-anai telah memakan sedikit demi sedikit Al-Quran ku yang ku letak di atas meja belajarku (anai-anai itu, tidak makan semua)...
Air mata aku berjuraian lagi pagi ini...
Betapa aku telah melupakan janji-janji ku dulu untuk membaca nya setiap hari ...
Aku telah lupa janjiku dulu untuk mencuba dan berusaha menghafaznya...
Kini ia telah terbukti di depan mataku sendiri...
Air mataku berjuraian lagi...
Mengenangkan apakah akan berlaku kepada diri ku ini...
Andai kata satu hari nanti kiamat akan berlaku seprti mimpi ku dulu...
Adakah aku sudah bersedia..?
Adakah aku sudah bersedia untuk mati..?
Jika berlakunya kiamat apakah yang akan berlaku kepada ku?
Sedangkan aku ini belum lagi menghafaz 30 juzuk Al-Quran itu...?
Air mataku terus-terusan bercucuran....
Bila mengenangkan aku ini masih punya mata, telinga dan lidah yang sihat... Maka mengapa tidak aku gunakan nikmat yang telah Allah SWT beri kepadaku ini untuk menghafaz Al-Quran itu...? atau paling tidak membacanya setiap hari sebagai amalan...?
Peristiwa pagi khamis semalam cukup menyedarkan aku bahawa, kita hidup sebagai manusia ini haruslah gunakan usia muda kita sebaiknya.. dan gunakanlah nikmat panca indera serta akal yang telah kita miliki ini sebaik-baiknya..
Mulai saat ini, aku berjanji dan berazam pada diriku akan menjadikan Al-Quran itu sebagai amalan setiap hari dan bukannya seminggu sekali, dua kali atau tiga kali sahaja...
Dan mulai saat ini aku berjanji bahawa akan aku usahakan untuk menghafaz Al-Quran itu apa yang termampu olehku ...




   Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa hamba-Mu ini...atas segala kekhilafan dan kesilapan yang telah hamba lakukan dan atas ke culasan hamba dalam melaksanakan janji-janji hamba kepada-Mu..Ya Allah Janganlah matikan hamba dalam keadaan yang sia-sia... Ya Allah peliharakanlah iman dan akidah hamba kekal dalam jalan lurus-Mu.. Ya Allah bimbingilah hamba selalu... Ya Allah ampunilah segala dosa hamba-Mu ini dan lindungilah hamba dari api neraka...Amin...


Aku berharap,  satu hari nanti aku akan menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah...
Untuk mencapai cita-cita ku itu, aku haruslah mula berubah dari sekarang... bermula dengan diriku sendiri...
Mulai saat ini aku berjanji akan menjadikan Al-Quran bukan sahaja sebagai sumber bahan bacaan dan rujukan aku setiap hari tapi ia juga sebagai amalan dalam setiap aspek kehidupanku...
Semoga aku kekal istiqomah...
Semoga Allah permudahkan cita-cita ku ini...



Monday, September 30, 2013

Puisi: Kita Hanya Manusia Biasa...


Kita ini manusia biasa...
Tidak terkecuali dari noda dan dosa...
Terkadang seakan tergelincir...
Lalu membawa kita hampir tersasar dari jalan kebenaran...
Jiwa muda kadangkala menjadikan kita alpa dan lupa....
Seakan asyik dan terbuai dengan nikmat dunia yang kononnya indah...
Menyebabkan kita tersungkur dengan kekhilafan diri sendiri...
Mujur jua  cepat tersedar dari kealpaan dalam nikmat dunia yang sementara itu...
Kini kembalilah ke jalan kebenaran itu...
Kembali kepada hakikat Allah SWT itu Tuhan yang satu...
Allah SWT itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang...
Lalu usah malu untuk meminta ampun dan bertaubat serta meminta pertolongan dari-Nya..
Usah dipedulikan kata-kata dan persepsi manusia kepada kita...
Usah malu untuk menjadi lebih baik...
Tapi malulah jika kamu masih enggan berubah menjadi yang lebih baik...
Usah terlalu ditangisi kesilapan lalu...
Tapi cubalah untuk belajar sesuatu dari kesilapan lalu kamu itu...
Usahlah diulangi kesilapan itu kembali...
Berjanjilah dengan diri sendiri untuk berubah ke arah kebaikan...
Hidup ini indah andai kau tahu apa itu erti mensyukuri nikmat yang telah diberi...
Hidup ini indah andai kau tahu menghargai setiap detik saat yang berlalu itu..
Usahlah disia-siakan setiap hembus nafas dan denyut nadi jantungmu itu..
Setiap masa itu haruslah diisi dengan perkara bermanfaat untuk dirimu di dunia dan di akhirat...
Kamu pasti merasai nikmatnya...
Bersyukur atas segala nikmat limpah rahmat kurnia-Nya..
Tidak kah kamu merasa diri kamu terasa kerdil sekali di dunia ini..?
Jika dihitung dan dicongak kembali,
Maka sudah cukupkah bekal amal ibada dan kebajikkan kamu sepanjang hidup didunia ini..?
Lalu bersediakah kamu menghadapi saat kematian nanti...???

P/s: Puisi yang tidak seberapanya ini diilahmakan oleh saya iaitu pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Hak cipta terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali..

kredit gambar: google image

Friday, May 3, 2013

Muhasabah Diri...


Manusia, 
Adakalanya kita ini cepat menghukum manusia lain,
Tapi dalam masa sama kita tidak gemar apabila diri dihukum oleh manusia lain,
Adakalanya kita ini cepat mengkritik manusia lain,
Tapi kita jua tak gemar dikritik, pabila ditegur atau dinasihat kita marah,
Manusia,
Adakalanya kita gemar menggunakan emosi dan ego melebihi akal dan hati yang dikurnia,
Hingga kita sanggup dengan sengaja membuat luka dihati insan lain dengan kata-kata kita,
Hingga kita sanggup aniaya insan lain dengan gerak geri perilaku kita..
Manusia,
Adakalanya kita lebih gemar mengguna lidah penuh kudis dendam iri hati,
Tapi tidak gemar pula gunakan lidah demi berbakti dan berbudi,
Manusia,
Adakalanya gemar menghukum dan mecari salah keliling,
Tapi sangat sukar mencari salah sendiri,
Seperti salah dirinya itu mahu disorok dalam lubang cacing,
Salah insan lain seperti mahu heboh satu dunia biar berdering ibarat loceng yang bising...




Manusia,
Adakalanya kita apabila senang  dan lapang lupa tanggungjawabya,
Apabila susah dan sempit baru mengingat tanggungjawabnya,
Manusia,
Adakalanya apabila kita gembira dan ceria lupa bersyukur akan nikmat bahagia,
Tapi apabila sedih dan menangis gemar pula menyalah takdir yang tertulis buat dirinya,
Manusia,
Adakalanya apabila "terjatuh" mudah patah semangat dan mudah pula putus asa,
Manusia,
Kadang apabila punya kuasa disalahguna pula,
Lebih suka menindas dari menjalan tanggungjawabnya,
Tapi apabila sudah hilang kuasa barulah terfikir akan amanah yang telah dibiarkan bernanah,
Manusia,
Kadangkala apabila tidak dapat apa yang dicita-cita salahkan takdir salahkan sana-sini,
Tapi apabila cita-cita itu diperoleh tidak bersyukur pula malah gemar bermegah sana sini,
Manusia,
Kadang apabila diberi nikmat kaya dan mewah suka bermegah pula,
Tapi hendak menghulur derma jadi kedekut pula,
Gemar memandang hina pada si miskin,
Adakalanya duit buat dia buta mata gelap hati sampai menjadi manusia penuh tamak dan dengki,


Manusia,
Tiada manusia biasa yang terlepas dari silap dan salah, dosa atau noda dunia,
Tapi jangnlah kamu berdiam diri sahaja hanya duduk di tempat sama,
Berubahlah kearah kebaikan untuk masa depan,
Usah malu untuk berubah menjadi lebih baik,
Usah malu untuk untuk bertaubat,
Usah malu untuk memohon maaf,
Usah malu untuk menjadi manusia yang pemaaf,
Usah malu untuk menjadi baik,
Tapi malu lah jika sudah tahu pendosa tapi tetap mahu terus menjadi insan pendosa,
Tapi malu lah jika tetap tidak punya malu melakukan dosa malah bermegah pula,
Tapi malu lah jika tetap sombong dan ego tak mahu minta ampun dari-Nya Tuhan Yang Esa,
Tapi malulah jika sudah tahu bersalah tapi tidak mahu mengaku salah malah tidak mahu meminta maaf,
Manusia,
Ketahuilah oleh kamu yang hidup ini tidak lah lama,
Hidup ini hanya pinjaman sahaja,
Esok lusa apabila nyawa sudah bercerai dengan badan,
Esok lusa apabila sudah tiada nafas lagi dan kamu sudah mati adakah kamu sudah sedia?
Adakah kita sudah sedia...???
Adakah sudah cukup bekalan kita...???
Apakah sudah cukup amal ibadah dan kebajikan kita..???




p/s: Entry ini sepenuhnya luahan ikhlas dari hatiku, maaf dariku andai ada gaya penulisanku yang menguris hati kamu... Maaf sekali lagi andai ada silap dan salahku.. Diriku ini  jua hanya manusia biasa yang tak lepas dar silap dan dosa..Marilah sama-sama kita saling memaafi dan saling merenung kembali kekhilafan diri / menilai diri sendiri..Semoga bertemu lagi esok hari..Semoga bertambah lagi idea penulisanku untuk dikongsi bersama kamu...Andai diri ku sudah tiada lagi jadikan  tulisan ku ini sekadar kenang-kenangan sahaja buat tatapan kamu semua..


Kredit gambar:- google image..

Thursday, January 24, 2013

Idola Sepanjang Zaman...




Siapakah dia Idola sebenar bagi kita...?
Semestinya dia adalah Junjungan Mulia Baginda Nabi Muhammad SAW...

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."

(Surah Al-Ahzaab, ayat 21)

Akhlak Rasulullah SAW lah yang wajar kita contohi malah sangat wajar kita teladani dalam kehidupan seharian..

Akhlaknya yang terpuji dan mempunyai budi pekerti yang mulia wajar dicontohi.....
Mempunyai sifat sopan santun, lemah lembut, menghormati orang lain, penagsih penyayang dan sentiasa memberikan layanan yang baik kepada semua orang tanpa mengira batas agama mahupun kaum..
Sehingga dengan sikap pekerti mulia Baginda SAW itulah ia dapat menarik hati mereka yang dulunya dikalangan musuh-musuh Islam terpikat untuk memeluk Islam, lantas mereka juga berjuang bersama -sama Baginda SAW menegakkan agama Islam dan bersama-sama menyebarkan dakwah Islamiah ke seantero pelusuk dunia...
Rasulullah SAW sangat jujur dan  tidak pernah sesekali berbohong sehingga Rasulullah SAW mendapat gelaran Al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy..
Malah kerana kemuliaan peribadi,kejujuran,kebijaksanaan dan keikhlasan Rasulullah SAW dalam  menguruskan perniagaan  Saidatina Khadijah RA ia  telah menarik hati Saidatina Khadijah RA duntuk melamar Baginda SAW dan seterusya berkahwin. Baginda SAW dikurniakan 6 orang anak hasil perkongsian hidupnya dengan Saidatina Khadijah RA.....




     Bagi kita yang hidup pada zaman yang serba mencabar ini, haruslah kita contohi akhlak Baginda SAW ini...Sentiasalah amalkan sikap-sikap terpuji seperti Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan ianya sentaiasa sesuai diamalkan oleh kita semua (tak kira kita ini dari golongan mana) ...
Jika kita ini peniaga maka berniagalah dengan jujur, usah bimbang takut tak rugi jika tak jujur. Rezeki sentiasa ada, malah jika kita berlaku jujur pasti rezeki kita akan berlipat ganda dan kita juga mendapat rezeki yang berkat untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Jika kita seorang pendakwah atau kita sedang berusaha untuk berdakwah, maka berdakwah lah dengan berhikmah dan berlemah lembut, lihat saja Rasulullah SAW, Baginda SAW tidak pernah berkasar dalam usaha dakwah malah sentiasa menghormati semua orang termasuklah mereka yang benci akan usaha dakwah Baginda..Tunjukkanlah sidat-sifat terpuji seperti ini, pasti kita juga secara tak langsung dapat menarik hati sahabat kita yang bukan Islam untuk mendekati Islam dan menghormati agama kita..Berbuat baiklah dengan semua orang tidak kira siapa pun dia.. Walaupun orang itu memusuhi kita, jika kita sentiasa berbuat baik dengannya maka dia juga akan kagum dan menghormati kita, usahlah musuh yang membenci kita lawan dengan benci, tapi lawanlah kebencian itu dengan kasih sayang seikhlas dan setulus hati kita yang murni..



   Akhir kata dari saya, Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam di seluruh dunia.. Bersama-sama lah kita mengahayati sirah riwayat hidup  Rasulullah SAW dan bersamalah kita mengamalkan segala sifat-sifat terpuji seperti Baginda SAW serta bersamalah kita berusaha untuk mengamalkan segala sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan harian kita...

   
   

P/s: Ini adalah entry ringkas coretan dari saya, mohon maaf jika ada kelemahan dan kekhilafan dimana-mana..

Friday, December 28, 2012

Tarikh Kiamat + Tarikh Kematian Vs Persediaan Menghadapinya..


Tahun 2012 nie menunjukkan ramai pula yang meramal tahun ini adalah tahun terakhir bumi berputar di paksi nya...Ramai juga yang meneka-neka tarikh kiamat, siap buat ramalan ikut pendapat ahli peramal tersohor (katanya) dan ada juga yang sibuk mengira mengkaji kalendar...Kira-kira tarikh bila bumi akan berakhir, bila kiamat nak berlaku...?

  Akibat sikap obses ini ramai pula yang percaya, ramai pula yang buat spekulasi sampai sebarkan email berantai dan macam-macam nota yang ditulis untuk tatapan semua yang membaca..Lebih sadis, terdapat sebilangan besar yang membaca percaya setiap patah yang ditulis tanpa ada sedikit ragu dan tanpa ada niat untuk berfikir dan mengkaji + meneliti sebelum mempercayai..


  Maka akibat dari ramalan melampau golongan obses ini, terciptalah filem tentang kiamat 2012, buku yang bercerita pasal kiamat 2012, blog + laman web yang bercerita akan kiamat 2012 dan tak ketinggalan iklan shampoo yang turut mengambil kesempatan dari sikap obses manusia-manusia yang mempopularkan dakyah bumi berakhir pada thun 2012.

  Pada awalnya diramal bumi berakhir pada 12.12.2012(Rabu) kemudian ditukar pula ke tarikh 21.12.2012 (Jumaat). Maka pada tarikh 20.12.2012, manusia-manusia obses yang percaya kiamat akan berlaku pada tarikh yang disebut seperti mati akal. Ada yang takut cari tempat bersembunyi, cari tempat berlindung kononnnya boleh terselamat dari kiamat..! Ada pula yang berdoa tak henti-henti, berdoalah dia agar kiamat tak terjadi dan berdoalah dia agar dirinya tak  mati muda ( belum puas enjoy lagi katanya) . Ada pula yang sibuk makan-makan yang sedap-sedap, berparti sakan, mabuk sana sini, berjoget terkinja-kinja tanpa henti, semuanya kerana mereka percaya esoknya bumi akan mati maka itulah hari terakhir untuk berparti..! >_<"

   Arakian, setelah tarikh yang diramal tamat dan munculah pula 22.12.2012 (Sabtu), maka si obses yang sibuk meramal tarikh kiamat dan tarikh kematian makhluk bumi pun seperti cacing kepanasan yang menggelupur kerana ramalannya terbukti SALAH dan TIDAK BENAR serta TIDAK BOLEH DIPERCAYAI LANGSUNG.  Mereka pun mendapat idea baru untuk berdakyah sekali lagi menyesatkan pemikiran manusia dengan berkata tarikh kiamat telah ditunda ke tahun 2015! ~LOL~ sangat lawak! =p



Pesanan untuk awak-awak yang membaca entry ini:


Tahukah awak yang kita semua memang akan mati?
Dan tahukah awak juga yang kematian itu sesuatu yang pasti..?
Bila tarikhnya itu kita tidak diketahui oleh diri kita sendiri..
Tapi bersediakah kita menghadapi mati...?
Kerana tarikh kematian memang akan berlaku...
Di mana , bagaimana dan bila waktunya walaupun kita tidak tahu tapi ia tetap akan berlaku..
Dan bila ajal telah tiba maka terputuslah jasad dan nyawa, berhentilah pernafasan kita..
Kematian kita takkan dapat ditunda walau sesaat, dan takkan boleh dipercepat walau sesaat...
Jadi persoalan utama, bersediakah kita menghadapi mati..?
Bersediakah kita menghadapi alam Barzakh (alam kubur)...?
Bersediakah kita untuk duduk dan tinggal didalam kubur itu sendiri..?
Gelap gelita, ditemani ulat dan cacing...
Tiada lagi hiburan dunia, tiada lagi kemewahan dunia, tiada lagi pangkat dunia..
Yang akan kita bawa untuk bekalan kita disana ialah amal ibadah kita dan segala amal kebajikan kita..
Disana tidak akan ditanya berapa duit kamu ada..?
Disana tiadak akan ditanya apa pangkat kamu? apa keturunan kamu?
Jadi adakah kita benar sudah bersedia menghadapi mati..?
Jika belum, marilah kita menambah amal ibadah dan amal keabjikan kita buat persediaan menghadapi mati..


Soalan mengenai bila tarikh mati , bila tarikh kiamat itu bukanlah pokok soalan utama...
Kerana semua makhluk yang bernyawa pasti akan mati,
Dan hari kiamat itu adalah sesuatau yang pasti..
Persoalan yang lebih utama adalah sudahkan kita bersedia menghadapi mati..? dan ..
Apakah persediaan kita menhadapi mati..?

Apa maknanya sibuk mengkaji tarikh kiamat seperti orang mati akal, tetapi persediaan menghadapi mati langsung tidak dilakukan, amal ibadah sengaja ditinggalkan malah makin  sibuk enjoy hingga ke pagi...?


P/s: Jangan mudah percaya pada dakyah songsang yang nyata syirik lagi menyesatkan..Tepuk dada tanya iman..:)

P.p/s: Entry ini adalah sepenuhnya luahan pendapat dan idea saya selaku penulis blog ini. Sebenarnya dah lama nak tulis entry nie, tapi asyik tertunda oleh kerana kesuntukkan masa..

Kredit gambar google image..

Sunday, November 18, 2012

Selamatkan Palestin Dari Kezaliman




Ketika kt di sini lena dibuai mimpi,

Mereka di sana dihujani bom dan peluru di sana sini....
Maka sebelum dirimu lena dibuai mimpi itu, 
Apalah kiranya kamu panjatkan doa untuk saudara se-agama kamu di bumi gersang Palestine itu..




Saudara ku....

Bukalah mata kamu...
Bukalah telinga kamu....
Bukalah hati kamu...
Lihat di sana ada anak kecil yang berlari ketakutan...
Lihat di sana ada anak kecil yang menangis dan merintih meminta pertolongan...
Lihatlah bertapa kejam mereka di perlakukan...



Apakah salah dan dosa mereka sehingga begitu sekali mereka di aniaya sebegitu rupa..???

Tidak layak kah mereka untuk hidup bahagia seperti kanak-kanak lain di dunia...???
Fikirkan lah sejenak wahai saudara,
Apa akan kamu rasa jika kamu di tempat mereka..?
Apa yang kamu rasa jika anak-anak kamu, isteri kamu , suami kamu atau saudara mara serta sahabat handai kamu di bunuh dan dibom begitu kejam sekali...?



Mereka puak zionis telah begitu kejam sekali membunuh nyawa-nyawa yang tidka bedosa...

Saudara ku adakah kamu hanya mahu duduk diam saja begitu...??
Memerhati tanpa ada rasa ingin membantu...?
Malah membatukan diri dan kelu lidah tanpa kata-kata ???
Lihatlah diri mu hari ini...
Jika hari ini kamu masih cukup makan minum , masih punya tempat tinggal, masih punya peluang untuk belajar, masih punya peluang untuk mencari rezeki, malah masih punya peluang untuk kesana sini dengan aman...
Maka daku pinta, tolonglah kamu bersyukur dengan apa yang kamu ada itu...
Dengan segala apa yang kamu ada itu, gunakanlah ke arah kebaikan dan kebenaran..
Jangan di gunakan kemewahan dan harta kamu itu untuk menaja atau melakukan  sesutu perbuatan yang sia-sia atau berunsur maksiat..
Apalah kiranya kelebihan yang kamu ada dari segi kemewahan dan wang ringgit itu, jika kamu gunakan sedikit untuk memberikan sumbangan kepada tangan-tangan yang benar-benar memerlukan...?



Apalah gunanya kamu mewah malah sibuk berfoya-foya pula di saat saudara se-Islam kamu sedang di bom dan di bunuh tanpa rasa belas kasihan..

Kejam bukan???
Adakah adil buat mereka jika suara mereka kita biarkan sepi...???
Tanpa secubit pun rasa peduli dihati kita...???
Jika kita rasa puak-puak zionis Israel itu kejam, kita juga sama lah kejam seperti mereka jika  kita langsung tiada  rasa simpati atau belas kasihan terhadap nasib saudara se-Islam kita sendiri..!



Malah jika kita ini punya kemewahan tapi begitu kedekut untuk menyalurkan derma ikhlas dari segi wang atau harta benda untuk saudara Islam kita yang sedah dizalimi, malah dalam masa sama kita tak lokek pula berbelanja sakan untuk menunjuk-nunjuk kemewahan malah sagat rajin mejadi penaja pada majlis-majlis mewah yang sia sia..Maka zalim lah kita...Kerana harta yang kita punya itu tidak kongsi atau dihulurkan sedikit kepada yang sedang mengalami kesusahan malah kita biarkan pula harta-harta kita menzalimi diri kita sendiri dengan menggunakannya ke jalan yang salah...


Adakah mereka ini (penduduk Palestin) boleh di gelar pengganas bila mana mereka hanya mahu mempertahankan tanah air mereka (negara mereka) dari terus-terusan dijajah oleh rejim zionis Israel itu..?
Mereka bukan pengganas! Mereka hanya mahu menuntut bela kemerdekaan malah mereka hanya mahu mempertahankan maruah negara bangsa yang telah sekian lama bernanah akibat dirobek oleh zionis tanpa belas kasihan!
Bukalah hati anda, lihatlah kezliman sednag berlaku..?
Di mana anda?
Bantulah selagi termampu....




click untuk besarkan imej...
Untuk hulurkan sumbangan / derma ikhsan atau mahu mengetahui tentang hal berkaitan Palestin atau mahu mendaftar sebagai ahli sukarelawan aman Palestin click di sini :



Sedarlah saudaraku walaupun kecil sumbangan wang kamu itu, tapi ia amat besar buat saudara-saudara kamu yang sendang bertarung nyawa bejuang mempertahankan keamanan buminya...

Hulurkanlah sumbangan ikhlas kamu walaupun kecil....!


Mari sama-sama kita berdoa sedaya yang mampu kita untuk kesejahteraan mereka disana..

Teruslah berdoa tanpa rasa jemu....
Kerana doa kamu juga amat bermakna..
Doalah agar kemenangan menajdi milik mereka..
Doalah agar peperangan itu akan berkahir jua akhirnya....
Doalah agar tiada lagi nyawa-nyawa yang terancam dan menjadi korban...




Lihat ini perhimpunan yang diadakan di kota paris, perancis...
Kenapa kita disini begitu mudah bila disuruh keluar untuk berhimpun demi tujuan poilitik atau hiburan..?
Tapi bila untuk tujuan begini???
Di mana suara kita...???
Ya memang ada.. tapi cuma sedikit...


P/s: Entry / artikel ini adalah sepenuhnya luahan pendapat ikhlas dari lubuk hati yang terdalam oleh saya selaku penulis dan pemilik blog ini..Saya menulis artikel ini atas dasar rasa bertanggungjawab saya  terhadap penderitaan yang sedang dialami oleh penduduk Palestin..Saya mohon agar saudara yang membaca atau terbaca coretan saya ini agar dapatlah sama-sama membantu menghulurkan beban yang dialami oleh mereka melalui Doa dan derma ikhlas...Maaf entry ini agak panjang, kerana begitu banyak yang mahu saya luahkan sebenarnya..Rasa kecewa juga bila terlihat ada segelintir manusia yang masih bersorak-sorak gembira sedangkan dia langsung tak ambil peduli dengan kezaliman yang sedang berlaku di bumi Palestine..Apa sudah jadi..? Dimanakah naluri kemanusia...?? 

Sebelum saya mengakhiri bicara, mari dengar dan hayati lagu ini:-




kredit gambar :

Kredit video:










Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah, 1434 Hijrah...


Buat saudara se-Islam ku yang sudi mebaca blog ini:-

Salam Maal Hijrah, 1434 Hijrah...
Semoga kita semua sentiasa berada dibawah limpah rahmat naungan kasih-Nya..
Semoga tahun baru ini membawa sinar baru kepada kita semua....
Berubah ke arah satu tahap yang lebih baik...
Semoga segala impian & cita-cita akan menjadi nyata..♥


Impian ku pada diri sendiri tahun ini ialah..:-




Impian ku adalah untuk berubah ke arah sesuatu yang lebih baik dari segi sikap mahupun penampilan.....

Daku harap sepanjang tahun ini perjalanan hidupku akan berjalan dengan lebih lancar dan lebih baik berbanding tahun-tahun yang lalu...
Ku jua berharap, agar diri ku ini akan mejadi muslimah yang lebih baik pada masa depan...

Mati itu pasti...

Kematian juga tidak mengenal usia tua atau muda...
Bersedia atau tidak, bila sudah tiba waktunya asti kita kan pergi meninggalkan bumi...
Berbicara mengenai kematian, membuatkan ku gentar memikirkannya..
Oleh kerana diriku jua banyak melakukan khilaf sepanjang hidup di dunia...
Aku bukanlah seorang yang sempurna....
Kadang kala aku juga seperti tak menghargai nikmat usia dan kesihatan yang ku miliki..
Masa berlalu begitu saja dan adakalanya sia-sia berlaka...
Terkadang aku juga seperti mensia-sia kan usia muda yang ku milki ini...

Aku berharap dengan kemunculan tahun baru hijrah ini aku akan dapat melakukan anjakan paradigma ke pada diri ini....

Berubah ke satu tahap yang lebih baik...
Aku sentiasa berdoa agar Iman yang ada dalam diriku ini akan tetap teguh dan takkan goyah bila berdepan dengan situasi-situasi yang mencabar / sukar....
Ku berharap agar Iman ku ini takkn rapuh  seperti rapuhnya rating-ranting di pepohon yang mudah patah bila ditiup angin atau lalang yang mudah beralih arah tiada punya tujuan hidup...



~Dikesempatan ini daku ingin memohon ampun & maaf, sekiranya diriku ada menguris rasa / mengecilkan hati kamu-kamu semua oleh kerana tingkah laku diriku atau tutur kata diriku ini...~

Sunday, August 5, 2012

Puisi: Jika Esok Tiada Lagi Buatku...



Hari-hari yang berlalu terasa begitu pantas...
Seiring pertambahan usia...
Kadangkala membuatku bertanya sendiri...
Sudah cukupkah bekal ku untuk alam akhirat nanti...?
Sudah cukupkah amal ibadah ku selama aku di muka bumi ini...?
Pabila dihitung tambah tolak darab dan bahagi...
Rupanya banyak juga masa usia muda ini ku bazirkan begitu sahaja...
Mengejar dunia semata-mata membuatkan hati kosong entah tercampak kemana...
Wang di tangan tidak terasa apa...
Cuma memberi rasa pedih bukan bahagia...
Aku terfikir lagi...
Jika saat nafasku sudah terhenti,
Adakah aku sudah bersedia menghadapi sebuah kenyataan yang pasti lagi hakiki...?
Dunia yang indah kadangkala membuai aku ke fantasi...
Adakalanya aku terleka dengan kecantikan dunia yang sementara ini...
Sehingga membuatku cuai dan culas akan perintah-Nya,
Ya Allah ampuni aku...
Aku hambamu yang banyak khilaf selama aku di dunia,
Ya Allah ampuni aku,
Kerana terkadang aku seakan-akan sayangkan 'dunia' melebihi cinta ku kepada-Mu,
Ya Allah Ampuni aku,
Kerana terkadang aku seakan tidak menghargai nikmat usia yang aku punya,
Ya Allah ampuni aku,
Kerana adakalanya aku tidak menghargai nikmat kesihatan yang di beri oleh-Mu,
Ya Allah aku bersyukur kerana aku masih diberikan peluang untuk bernafas lagi,
Terima kasih Ya Allah kerana telah menyedarkan aku dari mimpi indah ini...
Peluang kedua ini akan aku gunakan sebaik mungkin,
Akan aku cuba dan terus mencuba memperbaiki kelemahan dan kekhilafan diri,
Aku risau, masih adakah esok untuk aku...?
Jika esok tiada lagi buatku, maka sempatkah aku melakukan itu semua...?
Jika esok tiada lagi untukku, adakah aku sudah bersedia...?


P/s: Puisi ini adalah ilham penulis blog ini, sebarang betuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali, hak cipta terpelihara...Kredit gambar google image...

~Sekadar renungan bersama...Kita berada di golongan yang mana? 
Sudah bersediakah kita menahadapinya?~

Nota kecil: 
       Ilham menulis puisi ini terbit tatkala diri ini melalui sendiri pengalaman bertapa sukarnya untuk bernafas sehingga diri tidak sedarkan diri (pengsan) dan terpaksa pula di kejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans pada 22.jun.2012. Pengalaman itu sukar untuk dilupakan kerana itulah pengalaman pertama pengsan begitu, pengalaman pertama meniaki ambulans dan itulah kali pertama rasa susah untuk bernafas sehingga terasa semacam sudah nazak. Ketika itu diriku terfikir adakah hari ini aku akan meninggal dunia..? Diri ini bersyukru kerana masih diberi kan kesempatan untuk bernafas dan terus bernyawa..
      Punca yang menyebabkan berlaku sebgitu adalah kerana terlebih oksigen di dalam badan sehingga menyebabkan sistem pernafasan gagal berfunsi secara normal, ditamba pula denagn diriku yang sukar untuk minum air masak / air mineral, itulah punca kurangnya air dalam badan hingga menyebabkan dehydration dan terpaksa pula dimasukkan air kedalam badan sebanyak 3 bekas melalui tiub yang terpasang di tangan kanan (tak tahu ape nama saintifik dia =,=" ). Tapi Alhamdulilah, diri ini bolehpulang kerumah selepas beberapa jam terlantar di katil wad kecemasan itu..Lega kerana tidak perlu terlantar di wad pesakit..
   Buat teman semua, bersyukurlah dengan nikmat kesihatan dan nikmat nyawa serta pernafasan kamu itu..Hargai ia dan manfaatkan ia sebaik-baiknya..Sekian dari ku...Moga bertemu lagi..
Oh ya, selamat berpuasa dan maaf zahir batin....(^___^) Maafkan diriku andai kata cara penulisan ku pernah mengguris hati kamu..Terima kasih kerana sudi singgah membaca ke sini di saat ku tidak update sebarang entry disebabkan terlampau busy dengan kerja...

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul


~Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam di seluruh dunia~

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ


   Marilah bersama-sama kita hayati dan renungkan kembali segala  perjuangan dan jasa pengorbanan junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dalam mengembangkan syiar Islam di muka bumi ini..Sesungguhnya segala jasa pengorbanan  Rasullulah SAW tidak akan dapat terbalas oleh kita..Marilah bersama-sama kita perbanyakkan selawat   ke atas Rasullulah SAW...Bersama-samalah kita mengamalkan dan menghayati segala sunnah Baginda Rasulullah SAW dalam kehidupan harian kita... Segala akhlak Rasullulah SAW juga haruslah kita contohi dan teladani. Malah Rasullulah SAW seharusnya di jadikan idola untuk kita semua..Allah SWT berfirman yang bermaksud : " Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu..." (Surah al- Ahzab:Ayat 21)

  Oleh itu tidak ada sebab bagi kita untuk tidak mahu mengamalkan sunnah Baginda dan tidak ada sebab untuk kita untuk tidak menjadikan Baginda SAW sebagai contoh tauladan yang baik / idola buat kita. Kerana akhlak yang ada pada diri Baginda itu memang wajar di contohi jika kita mahu menjadi umat Islam yang berjaya.

Monday, January 16, 2012

Perlu Rebut Peluang Dalam Segenap Ruang...



Hidup nie tak lah lama...
Kita muda hanya sekali...
Kita jadi bayi hanya sekali,
Kemudian kita membesar menjadi kanak-kanak
Seterusnya menjadi remaja dan dewasa...
Seterusnya kita kan melalui fasa usia emas...
Setiap yang hidup pasti akan mati..
Cepat atau lambat kita sendiri pun tak pasti...
Adakah kita yakin sangat yang kita akan sempat merasa usia hidup sampai tua..?
Kalau begitu kenapa kita seolah-olah lalai dan leka dalam nikmat hidup yang sementara...?
Nak tuggu tua baru berubah..???
Kamu yakin yang bila tua nanti kamu sentiasa sihat sahaja ya...?
Kalau begitu kenapa tak mahu berubah ke arah kebaikan dari sekarang...?
Waktu muda dan badan masih sihat bertenaga lah patutnya di gunakan kearah kebaikan..
Hidup nie hanya pinjaman..
Hidup nie macam jambatan sahaja..
Ya, jambatan menuju ke satu alam yang pasti semua orang akan tempuhi..
Alam apakah itu...?
Alam akhirat yang pasti!


  Dalam kesibukan kita mencari rezeki, janganlah di lupa pada nikmat yang di beri. Oleh itu jangalah kita tinggalkan suruhan yang hakiki. Janganlah kita tinggal tikar sejadah itu. Kelak nanti apabila kita mati kita juga yang rugi. Buat apa kumpul harta berbukit bergunung tinggi, kalau tiada sekelumit sebesar zarah pun tiada hati kita mahu mencintai Ilahi. Jika begitu harta kita pasti tiada berkat nya nanti. Pasti ada sahaja sengketa di sana sini, pasti ada sahaja yang tak menyenang kan hati. Kaya raya tapi dunia terasa sepi..? Kemudian kamu tanya kenapa lagi..? Lupakah kamu, itu semua kerana kamu telah melupan "Dia" iaitu Allah Tuhan mu. yang satu, tiada dua atau tiada tiga...


   Kita kadang kala terleka yang hidup nie hanya pinjaman yang sementara. Sebab itulah ada sahaja orang yangsanggup buat apa sahaja demi mendapat sesuap nasi tanpa mempedulikan status halal haram duit yang berada di tangan.  Kerana itulah semakin berleluasa pecah amanah, rasuah , kecurian dan romapakan di sana sini. Jual segala yang boleh di jual tanpa kira ia menyalahi undang-undang atau tidak. Hingga ada pula yang sanggup menjual harga diri, konon terpaksa mahu mencari rezeki katanya. Tapi bukankah dunia ini  maha luas? Sudah tidak adakah lagi usaha untuk mencari rezeki hingga kau wahai manusia sanggup pula terima rasuah, pecah amanah, menipu orang untuk dapatkan duit, jual benda haram untuk dapatkan duit,jual harga diri untuk daatkan duit..?


  Kata kamu, kalau nak jadi berjaya haruslah berani merebut segala peluang yang ada..Ya itu memang benar saya setuju.Tapi peluang yang bagaimana..?Yang itu haruslah di kaji dan difikirkan dahulu, seblum kamu merebut peluang itu. Fikirkan adakah ianya menyalahi undang-undang agama dan negara..? fikirkan status hala haramnya. Jangan semuanya kamu belasah, dan kata semuanya ok sahaja.

  Seharusnya dalam usia inilah kamu rebut peluang keemasan yang ada dengan kesihatan baik yang kamu punya itu untuk melakukan perkara yang baik dan bermanfaat untuk diri kamu dan juga bermanfaat untuk mereka yang berada di sekitar kamu. Bukannya kamu biarkan peluang itu berlalu bagai angin bayu yang bertiup sayu. Di muda usia ini, gunakan peluang yang ada untuk menambah segenap ilmu, mencari pengalaman seberapa nbanyak yang perlu. Berusaha dan bekerja seberapa banyak yang kamu termampu. Kukuhkan kewangan agar masa tua kamu tidaklah beku. Uruskan kewangan masa muda ini dengan sebaiknya, carilah harta yang halal dengan jalan yang baik-baik. Agar walaupun ia tak lah banyak mana, tapi ianya cukup berkat untuk bekalan dan tinggaln generasi kamu nanti. Jangan masa muda ini kamu enjoy dan berjoli sahaja, beringat-ingatlah selalu.Muda tu memang sekali sahaja, entah tak tahu esok lusa kamu akan mati bagaimana..? Kamu sudah bersedia ke...?

Jadi marilah bersama kita rebut segala peluang yang ada ini untuk kebahagiaan hidup kita di dunia dan juga di akhirat. Gunakalan segala seganap ruang dan masa yang kita punya ini untuk kehidupan yang akan kita lalui di masa-masa depan nati.

Ps:- Saya tergerak hati dan mendapat idea untuk menulis entry ini selepas bemimpi sesuatu pada minggu  lalu. Iaitu tentang kematian. Saya bukanlah manusia yang sempurna dan saya masih belajar untuk memperbaiki segala kekhilafan diri kerdil ini. Saya cuma berharap agar saya dan anda semua yang sedang membaca masih di beri peluang memperbaiki diri kita seblum terlambat, ya sebelum ajal menjemput kita.
Sekian, salam sayang dari saya. Semoga bertemu di lain masa.

~Credit Gambar google image.




Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...