Manusia,
Adakalanya kita ini cepat menghukum manusia lain,
Tapi dalam masa sama kita tidak gemar apabila diri dihukum oleh manusia lain,
Adakalanya kita ini cepat mengkritik manusia lain,
Tapi kita jua tak gemar dikritik, pabila ditegur atau dinasihat kita marah,
Manusia,
Adakalanya kita gemar menggunakan emosi dan ego melebihi akal dan hati yang dikurnia,
Hingga kita sanggup dengan sengaja membuat luka dihati insan lain dengan kata-kata kita,
Hingga kita sanggup aniaya insan lain dengan gerak geri perilaku kita..
Manusia,
Adakalanya kita lebih gemar mengguna lidah penuh kudis dendam iri hati,
Tapi tidak gemar pula gunakan lidah demi berbakti dan berbudi,
Manusia,
Adakalanya gemar menghukum dan mecari salah keliling,
Tapi sangat sukar mencari salah sendiri,
Seperti salah dirinya itu mahu disorok dalam lubang cacing,
Salah insan lain seperti mahu heboh satu dunia biar berdering ibarat loceng yang bising...
Manusia,
Adakalanya kita apabila senang dan lapang lupa tanggungjawabya,
Apabila susah dan sempit baru mengingat tanggungjawabnya,
Manusia,
Adakalanya apabila kita gembira dan ceria lupa bersyukur akan nikmat bahagia,
Tapi apabila sedih dan menangis gemar pula menyalah takdir yang tertulis buat dirinya,
Manusia,
Adakalanya apabila "terjatuh" mudah patah semangat dan mudah pula putus asa,
Manusia,
Kadang apabila punya kuasa disalahguna pula,
Lebih suka menindas dari menjalan tanggungjawabnya,
Tapi apabila sudah hilang kuasa barulah terfikir akan amanah yang telah dibiarkan bernanah,
Manusia,
Kadangkala apabila tidak dapat apa yang dicita-cita salahkan takdir salahkan sana-sini,
Tapi apabila cita-cita itu diperoleh tidak bersyukur pula malah gemar bermegah sana sini,
Manusia,
Kadang apabila diberi nikmat kaya dan mewah suka bermegah pula,
Tapi hendak menghulur derma jadi kedekut pula,
Gemar memandang hina pada si miskin,
Adakalanya duit buat dia buta mata gelap hati sampai menjadi manusia penuh tamak dan dengki,
Manusia,
Tiada manusia biasa yang terlepas dari silap dan salah, dosa atau noda dunia,
Tapi jangnlah kamu berdiam diri sahaja hanya duduk di tempat sama,
Berubahlah kearah kebaikan untuk masa depan,
Usah malu untuk berubah menjadi lebih baik,
Usah malu untuk untuk bertaubat,
Usah malu untuk memohon maaf,
Usah malu untuk menjadi manusia yang pemaaf,
Usah malu untuk menjadi baik,
Tapi malu lah jika sudah tahu pendosa tapi tetap mahu terus menjadi insan pendosa,
Tapi malu lah jika tetap tidak punya malu melakukan dosa malah bermegah pula,
Tapi malu lah jika tetap sombong dan ego tak mahu minta ampun dari-Nya Tuhan Yang Esa,
Tapi malulah jika sudah tahu bersalah tapi tidak mahu mengaku salah malah tidak mahu meminta maaf,
Manusia,
Ketahuilah oleh kamu yang hidup ini tidak lah lama,
Hidup ini hanya pinjaman sahaja,
Esok lusa apabila nyawa sudah bercerai dengan badan,
Esok lusa apabila sudah tiada nafas lagi dan kamu sudah mati adakah kamu sudah sedia?
Adakah kita sudah sedia...???
Adakah sudah cukup bekalan kita...???
Apakah sudah cukup amal ibadah dan kebajikan kita..???
p/s: Entry ini sepenuhnya luahan ikhlas dari hatiku, maaf dariku andai ada gaya penulisanku yang menguris hati kamu... Maaf sekali lagi andai ada silap dan salahku.. Diriku ini jua hanya manusia biasa yang tak lepas dar silap dan dosa..Marilah sama-sama kita saling memaafi dan saling merenung kembali kekhilafan diri / menilai diri sendiri..Semoga bertemu lagi esok hari..Semoga bertambah lagi idea penulisanku untuk dikongsi bersama kamu...Andai diri ku sudah tiada lagi jadikan tulisan ku ini sekadar kenang-kenangan sahaja buat tatapan kamu semua..♥♥♥
Kredit gambar:- google image..
6 comments:
terima kasih atas kata2 pemangkin semangat :')
Aku suka ini. :D.
Manusia ada berbagai-bagai jenis dan tanpa kita sedar, kita tergolong dalam beberapa jenis itu. Huuuu. Aku pun sedang belajar untuk mencintaiNYA dengan lebih mendalam. :)
kembalilah ke jalan ALLAH =')
Trima kasih atas perkongsian
Nice to see your blog, i'm still new in blogging, please do visit mine too
insanbiasabiasa@blogspot.com
thank u atas perkongsian! pasni nak muhasabah selalu ! :) mihmihmih.kadang kita main cakap je. tak fikir. tak pasal buat dosa.
thanks untuk nasihat ni. =)
Post a Comment