Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh (اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ)
Salam Sejahtera
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Aku Menulis Bukan Kerana Nama, Aku Menulis Bukan Kerana Mahu Popular, Aku Menulis Bukan Kerana Mahu Mengejar Pangkat Dan Harta...~
♥Merpatiputih88♥

Monday, September 12, 2011

Wang Hantaran Tinggi ??? Adat Vs Keperluan

Hai semua…
~Comel pulak gambar pengantin nie..Mulalah berangan nie..huhuhu~


Sekarang nie dah masuk ujong tahun. Jadi bila hujung-hujung tahun jer mesti lah musim kenduri kahwin…Masa nie kamu akan dapat banyak lah undangan kad kahwin, sampai tak menang tangan nak pegi majlis yang mana satu kan...Bila pergi jer majlis pertunangan atau perkhawinan mesti ada jer suara-suara akan Tanya seprti ini:- “Berpa ribu Hantaran?” “Berapa banyak dulang-dulang-dulang hantaran…?”








Persoalannya adakah nilai hantaran dan jumlah dulang hantaran tue penentu kebahagiaan dan tahap berapa lama rumah tangga tue bertahan…?Pernah tak kamu berfikir zaman sekarang nie hantaran kahwin makin melambung tinggi tapi kenapa dalam masa sama banyak juga kes-kes penceraian yang berlaku…? Dah tak sayang duit ke, ye lah masa nak buat kenduri kahwin punya banyak keluar duit hingga ada yang sanggup buat pinjaman Ah Long (ceti haram ) atau Bank semata-mat nak buat majlis wedding of the year…Lepastue bila nak bercerai semudah 1,2,3 jer..Cerai pakai SMS jer..Fuhh..Orang zamn dulu-dulu hantaran tak lah tinggi melambung macam zaman sekarang tapi kahwin kekal lama jugak..Tak der pun diorang buat majlis wedding of the year segala, tapi happy jugak hingga ke akhir hayat…Anak pun boleh tahan ramai jugak berderet-deretnya…

~Ha..Cuba korang tengok cnie cantik tak cincin kitaorang..? Mahal nie tau..~
~Kau mapu ke nak beli...????~




Mungkin ada yang kata, wang hantaran tinggi nie satu keperluan, sebab zaman sekarang semua harga barang dah naik..So harga hantaran pun kena lah naik jugak…Sesuai dengan kenaikan harga barang global gtue..! ahaks..Yelah, duit hantaran tue nanti nak bayar duit tempahan kad kahwin,make up mak andam, nak bayar juruphoto / juru video,nak bayar upah tukang masak / catering, nak sewa kanopi / dewan, nak sewa meja kerusi dan pelamin, nak beli kelengkapan dan hiasan bilik tidur pengantin,nak bagi sagu hati kat tetamu untuk di bawa pulang dan macam-macam lagi..Cuba bayangkan kalau kos catering teu RM12.00 satu kepala, dan kamu punya tetapu ialah 1000 orang.RM 12x1000=RM12,000.00 untuk kos makan jer tau..! Fuhh gila kentang mahai bebenor…itu belum termasuk kos-kos lain ye...Nangis lah kamu nak kumpul duit macam tue kan….huhuhu..Ok, kos macam tue mungkin boleh di jimatkan jika kamu pakai tukang masak jer…Lebih-lebih kalau tukang masak tue kamu kenal ataupun sedara mara sendiri..lagi dapat discount + jimat..Tapi kos nak beli barang mentah untuk buat masak pun dah makin mahal tau sekarang nie..! Yang penting kamu yang nak kahwin tue kena lah survey dulu harga barang-barang keperluan dan harga upah orang yang nak uruskan kenduri tue nanti…


~Bagus jugak hantaran tinggi nie boleh bayar hutang PTPTN aku tue..ehehehehe..~
~Amacam vogue tak wedding dress aku..? Kau Ade..? 
So..Jangan Jeless...~






          Ada juga yang kata, tak standard lah kalau harga hantaran rendah..Tak sesuai..Mereka kata lagi tinggi tahap pendidikan seseorang itu dan lagi tinggi tahap gaji seseorang itu maka dia punya hantaran kahwin haruslah lagi mahal…Takkan kalau orang biasa yang tak sambung study pun hantaran 8K (8 ribu) kamu yang ada Master / PHD hantaran nak macam tue jugak..Mestilah kena mark up harga tinggi sikit 15K (15 ribu) dan keatas, barulah ada kelas ye tak..? Wahh…dah macam harga rumah ye, harga hantaran sekarang nie…huhuhu…Tadi buka FB dan ternampak ini :-


..................................................................................................................................................................


HASIL KAJIAN Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Malaysia:-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000



...........................................................................................................................................................................................................................




                  Sebenarnya, hantaran yang terlampau tinggi nie membebankan bakal-bakal mempelai…Yelah nak kumpul duit 15K tue kamu ingat senang ke? Hari nie abis study dua tiga bulan dapat kerja pastue terus ade 15K…? Bukan senang tau nak carik duit, dan bukan senang jugak nak kumpul duit banyak-banyak..yelah sekarang semuanya perlukan duit. Kadang tue, bukan kamu takde niat nak kumpul duit ke apa tapi atas factor persekitaran dan banyak benda yang kamu kena bayar jadik kamu tak dapatlah nak simpan duit banyak sangat…Kalau di lahirkan sebagai anak OKK(orang kaya-kaya) mungkin takde masaalah, tak cukup duit mak ayah boleh bagi…Lagipun harta kan banyak setakat 15k apa ada hal ye tak…? Tapi kalau OBB(orang biasa-baisa) macam mana pulak…? Mana cekau nye nak dapat 15k tue..?


Girl:-kalau takde duit nak bagi hantaran tinggi jangan mimpi  U nak kahwin ngan I..
Boy:- Err..Takpe I cari perempuan lain..
Girl:...????


               Lagi satu kalu nak buat kenduri kahwin sampai nak buat loan bank, loan ceti haram, loan kat pama bank (duit papa dan mama)…Nanti kalau kamu dah kahwin nak guna duit belanja dapur, nak beli keperluan anak-anak pun nak buat loan jugak ke..? Sekarang nie nak tanya sikitlah kan, kehidupan selepas perkahwinan lagi penting ke majlis kahwin yang Grand vogue de vass tue lagi penting..? Kalau buat majlis grand tapi hutang, kemudian perhubungan korang tue tak kekal, dan end up dengan penceraian macam mana..? Sapa pulak nak bayar hutang-hutang tue…? Cer pikir, cer pikir..




~Love Forever~


            Pendapat diri ku , kehidupan selepas berkahwin lagi penting, majlis simple takpe, yang penting kekal bahagia dan yang penting bijak menguruskan kewangan selepas berkahwin..Apa yang paling penting ialah sediakan duit yang cukup untuk sediakan keperluan tempat tinggal, kenderaan, kos beli barang dapur, kos kehidupan harian, kos untuk anak-anak(makan minum, pakaian,perubatan dan pembelajaran anak-anak) dan simpanan masa depan untuk keluarga kamu nanti tidak di lupa skim perlindungan insurans atau takaful..Pada pendapat diriku inilah yang lebih penting. Sebab bila berkahwin bukan macam main masak-masak masa kita umur 5 tahun, ia perlukan tanggungjawab dan komitment yang tinggi. Kalau tak ready nak pikul
tanggungjawab tue semua, tak payah kahwin dulu. Kalau dah ready nak kahwin, gunakan duit sendiri dan jangan sesekali menyusahkan parents, yang sememangnye dari kecik dah tanggung hidup kita..Takkan dah kahwin, nak beli pampers anak nak mintak duit parents juga..?


Ini pendapat diri ku, Pendapat kamu pulak macam mana..?



Nota:-      "Be Realistic But Don't Be Materialistic"

            "Duit memang penting untuk hidup, jika ada cinta tapi tiada duit, maka tak boleh nak beli beras dan keperluan rumah...Jadi untuk beli segala keperluan untuk hidup perlukan duit. Cara untuk dapatkan duit adalah dengan usaha dan bekerja atau buat business..Carilah pendapatan yang halal maka akan berkat dan  sejahteralah hidup.."

"Duit tanpa cinta dan kasih sayang, maka hidup akan terasa kosong dan sepi, serta tiada kebahagiaan walaupun harta melimpah ruah.."


Ps:- Entry ini adalah pendapat penulis blog ini semata-mata..Luahan pendapat dari seorang gadis berusia 23 tahun dan belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang..=___=
Credit gambar:-google image...

18 comments:

Zul Fattah said...

makk aii.. nanye la org macam aku nk kahwin.. air dah penuh di kpala tunggu masa je nk kluar ni..?
sampai ketua la tak kahwin jwabnye.

Saiazuan said...

dah mcm jual anak la pulak

TopenG PuteH said...

semakin rendah hantaran,mas kawin atau yg sama waktu dengan nya..makin bahagia pasangan....:-p ...

Acik said...

nak kawin pun syusyahhhhhh! :(

Namee Roslan said...

pernah tulis pasal ni dulu. em bg saya laha berapa pun wang hantaran biar lah persetujuan bersama dan lelaki tu mampu. bukan paksaan. sebab kalau family kaya nk letak hantaran tinggi pun takde masalah. ni yg tk mampu nk letak juga. mmg susah lah. plus dalam islan pun tak galakkan kita kahwin besar.

sobri yaacob said...

betul dan stuju..

buat la skdar yg mampu.. yg penting apa yg harus didahukan dilakukan dhulu.. buat yg wajib je.. apa2 ni smua bgantung kpa mindset "org" 2 sndiri gak !!

Wanita2u said...

Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

SoLy SoLicious said...

cian la laki ..mas kahwin mahal...heee

Kalin87 said...

nilai hantaran kadang2 bergantung kepada adat... baru2 ni my kazen kahwin dia kena nilai hantaran RM25 ribu + RM 5 ribu (Emas) = RM 30 ribu... alhamduliillah mereka dah selamat kahwin... tapi nilai hantaran sekarng memang sdh melambung tinggi... dan isterinya hanya seorang graduan ijazah forensik dr UiTM shah Alam... mcm mana agaknya nilai hantaran saya kelak??? hahahahahha :-)

Cik Ecah said...

hantaran kte pun xtinggi...
kte blaja pun xtinggi..tp syukur apa yg ada sekarang...
hantaran ikut kemampuan pasangan...
memang kehidupan selepas berkahwin itu lebih penting :)

biarkan org2 terus berkata2 sbb yg penting kte kene tau ape yg kte buat..

taun depan InsyaAllah sampai jodoh...doakan kte moga2 dimurahkan rezeki :)

risau,takut dgn keadaan sekarang semuanya duit kan...
huhu...

BeloG MTT said...

Nilai hantaran sekarang seiringan dengan segala kenaikan yang di naikkan di dalam dunia ni kot..Hehe

Apa pon kalau ikut hati mati , depends pada kemampuan,tak perlu sampai orang cakap macam jual anak pulak nanti kan.. :)

Hana Soffelia said...

Setuju.. Nak letak harga tu biarlah berpada2. Yg penting ikut kemampuan si lelaki, jgn nk ikut trend. Ukur baju di badan sendiri. ^__^

Amni said...

betul.. depends dengan kemampuan la dear.. kalau dua2 pihak setuju nak bagi tinggi dan tak membebankan apa salahnya.. cuma tu la.. kadang-kadang jadi ikutan ornag lain pulak...

Terbang Bersamaku said...

Zul Fattah :-Err..apasal mcm lain jer bunyiknyer tue..huhuhu..=,=
Kalau ikut situasi semasa nampaknya mmg kena kumpul duit banyak-banyak baru boleh kahwin..huhuhu..

Saiazuan :- tahu takpe kan..

TopenG PuteH:- mcm2 jer..ehehe..
yg penting smua tue bergantung pada keikhlasan hati..

Acik :- jangan sedih2..yang penting kena bincang betul2..rasa tak jadi susah kalau bincang elok2..

Namee Roslan :- tahu takpe..yang penting bicang dan kena lah ikut kemampuan masing2..=)

sobri yaacob:-Betul tue, buat yang wajib dulu, yang lain tue bergantung pada kemampuan masing-masing..

Wanita2u :- untung2 joint GA boleh buat wang hantaran..hehe..=)

SoLy SoLicious:-So, dioarang kenalah kumpul duit.... hehe..

Kalin87:-Wah...maybe, sebab dia study jurusan yang susah, makan hantarannya pun tinggi..
Tak jadi masaalah jika mampu dan mendapat persetujuan bersama..


Cik Ecah :- Takpe, yang penting sy doakan agar awk bahagia dan murah rezeki..=)
jgn risaukn duit, kt yg kawal duit, jd kne uruskan betul2 , berjimat cermat..harga barang skrg mmg mahal..huhu..

BeloG MTT:- huhuhu...memmang pun mcm tue, makin mahal harga barang, makin mahal harga hantaran..

Hana Soffelia :- Setuju..yup ikut kemamupuan masing2.. (^___^)

Amni:- yup, memang betul..kalu mampu tak menjadi keslahan..

hyemynameisrasyid said...

mak aii.,hantaran tggi dh macam nk jual plak kn.,hehe

bukan apa.,on the other side.,kalau laki tu kaya ok la.,tp kalau smpai buat2 loan.,tu kn dh bawak kepada memudarat kan.,

perkahwinan yg baik adalah perkhwinan yg tak menelan byk belanja dan tak menyusahkan orang lain.,^^

-just pendapat.,

Terbang Bersamaku said...

hyemynameisrasyid :- betul tue..kne ikut kemampuan..yg penting kne discuss ngan pihak lelaki..jgn smpai membebankn..

btw, kalau dah besar sgt pun mcm mnunjuk2 plak dan boleh mnimbukn riak..

Anonymous said...

Assalamualaikum .. mohon share . syukran :)

Miss Haziqah said...

Assalamualaikum .. mohon share . syukran :)

Special Notes For My Dear Darling

~"YOUR LOVE IS LIKE AN OCEAN THAT’S FLOWS INTO MY SOUL,YOUR VOICE IS SWEET LIKE MUSIC THAT CALMS MY LONELY WORLD,YOUR HANDS IS MY PROTECTION FROM HURT DEEP DOWN INSIDE,I CAN’T DO MUCH WITHOUT YOU I CAN'T GO ON ALONE"~merpatiputih88.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...