Translate

Tuesday, September 20, 2011

Puisi:-Terus Berkibarlah Benderaku...!



Kau lambang kemegahan bumi merdeka betuah yang berdaulat..
Kau lambang kemerdekaan...
Kau lambang perpaduan dan kesefahaman...
Kau lambang keberanian...
Teruslah bekibar megah benderaku..
Akan aku perjuangkan hak kau sebagai benderaku...
Kerana kau saksi bumi bertuah ini mendapat kemerdekaan...
Kerana kau saksi negara ini bergerak maju kehadapan...
Susah payah kita lalui bersama..
Pahit getir kesukaran kita tempuhi dengan jiwa yang kental..
Aku sedih bila kau pula seperti mahu di usir di bumi sendiri..
Aku sedih apabila ada suara mempertikaikan kau...
Sedangkan kau telah berbakti untuk sekian lamanya..
Lupakah dia pada sejarah dahulu....?
Lupakah dia pada pejuang-pejuang bangsa terdahulu...?
Bendera ini pernah mengelilingi dunia..
Bendera ini pernah menaiki Everest gunung tertinggi di dunia..
Bendera ini pernah di bawa ke angakasa raya...
Lalu tidak berbangga kah dia dengan bendera ini..?
Jika bukan kerana pejuang bangsa terdahulu,
Tidak akan ada bumi merdeka ini...
Dan tidak akan ada bangunan tinggi pencakar langit di negara mu ini..
Kamu juga adalah mustahil untuk hidup aman seperti hari ini..
Bersyukurlah dengan apa yang kita nikmati hari ini..
Agar dapatlah di pertahankan kemerdekaan dan keamanan ini buat generasi kita nanti...
Terus berkibar megahlah benderaku tercinta..!


Nota:- Puisi ini adalah hasil ciptaan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Hak cipta terpelihara, sebarang bentuk penerbitan semula adalah di larang..Sumber gambar, google image.Saya rasa terdetik untuk buat puisi ini atas dasar ke bertanggungajawaban saya sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan kedaulatan negara nya dan sebagai seroang yang cinta akan subjek sejarah. Serta iannya tak ada kena mengena dengan politik. Sebab saya TAK MINAT bercakap hal-hal politik disini.. sekian harap maklum.


Al fatihah untuk pencipta Jalur Gemilang / Bendera Malaysia iaitu Alahyarham Mohamed Bin Hamzah.
Beliau merupakan anak Johor. Saya juga merupakan anak Johor..

7 comments:

Hana Soffelia said...

Wow..impress habis. Pandainya cipta puisi... ^_^

Namee Roslan said...

cantik bendera kita :)

irwanmiswan said...

aku bangga aku anak malaysia!!!

skodeng sini...
ayat rahsia mengurat kini DIDEDAHKAN
RAHSIA disebalik tangga!!!

Anonymous said...

la baru tau sape pencipta bendera kita..thanks yer..

Unknown said...

i love malaysia.. tlng la jgn tukar bendera..

info psl tukar bendera > http://eleventx.blogspot.com/2011/09/manoharan-nak-tukar-jalur-gemilang.html

hmm tak leh trima klu tukar bendera

Nizam Ijam said...

wah...hebatlah..hehe

Sya_Merpati Putih 88 said...

Hana Soffelia :- huhu..biase je..kalau ada idea mak jadilah puisi..=)

Namee Roslan :- tau takpe kan...buat ape nak ubah2 lagi, dah sedia ada elok n cantik jer..


irwan miswan :sy pun bangga jadik rakyat Malaysia..=)

~AmyLiana86~:-oh baru tau..? ok ur welcome..=)

Saiazuan :- tau takpe kn, ade je negara2 lain yg bendera nye ade iras2, tp diorg bangga jer dgn bendera diorg..
lgpn buat ape nk tukar bendera yg dah dari merdeka kt guna..

Nizam Ijam :- eh mane ade hebat, baise jer lah..huhu..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...