Translate

Thursday, September 22, 2011

Istimewa Sangat Ke Perkataan "Abang" Tue...?


Hai semua...


~Dulu mase zaman sekolah menengah sangat minat kat dia nie..! 
Nama dia Orlando Bloom...hehee..~

       
        Teringat nak buat entry pasal nie bila teringat balik pertanyaan saya pada mak masa umur saya 10 tahun, macam nie soalan tue:-

"Mak, kenapa orang melayu panggil suami dia abang..?"

   Dari kecik lagi persoalan pasal nie ada kat dalam kepala, smapai lah satu masa saya tulis status kat fb untuk dapatkan kepastian...click pada gambar untuk tumbesaran (besar kan saiz gambar tue..huhuhu.....) :-



~sedikit perbincangan dengan rakan perempuan ~

  Dulu masa kecik-kecik apa yang saya faham ialah perkataan "abang " ialah untuk digunakan kepada orang yang lebih tua atau lebih dewasa dari kita, contoh abang kita sendiri, abang saudara (sepupu) atau orang-oarang yang jarak umurnya lebih tua dari kita.. Tapi, perkataan abang nie mungkin istimewa.Sebab sering di guna pakai bila pasangan yang sedang  dilamun cinta atau sudah berkahwin. Ia juga macam ayat magik.kalau tak percaya baca contoh di bawah..:-


Contoh:-
 ~      Kalau kamu seorang perempuan pegi shopping, salah satu cara untuk dapatkan diskaun adalah dengan panggil orang kedai tue "abang"...Tapi kalau lelaki pegi shopping, dan orang yang jual barang tue perempuan, kemudian kamu panggil orang tue "akak" maka kamu tak dapat diskaun!  (Untung jadi perempuan senang jer dapat diskaun..! )

~ Kalau kamu seorang jurujual atau senang cakap peniaga, bila ada cusotomer lelaki  tak kira lah umur dia  lagi muda ke tua ke, kamu panggil  "abang" maka ia macam satu ayat sihir kalah Harry Potter, maka lelaki tue akan cair hati nak beli barang yang kamu jual, walaupun kamu jual barang yang biase-baise jer dan hraga melambong mahal mencekik darah tulang rusuk..

~ Kereta kamu rosak, atau kamu tak reti nak isi angin tayar atau tak reti nak isi minyak kereta atau tak reti nak parking kereta,maka bila nak minta pertolongan bolehlah gunakan perkataan "abang"...Maka mereka akan cair hatilah bersimpati dengan nasib kamu dan segera membantu..(orang lelaki nie perihatin jugak kan..?)

~Bila kamu nak mintak apa-apa pertolongan macam nak angkat barang yang berat ke apa , panggil jer diorang nie "abang", confirm diorang tolong...

~Seseorang perempuan tue akan mula rasa cemburu sehingga boleh membawa kepada kemarahan yang meluap-luap apabila ada perempuan lain yang panggil pakwe atau tunang atau suami dia "abang..."


    

~Saya takde adik beradik..jadik saya takde "abang"...hehehe...~

 Pendapat saya, perkataan abang tue tak ada yang istimewa pun...ia sesuai untuk digunakan sebagai panggilan kepada orang yang lebih tua dari kita (contoh macam adik beradik kita ke..) dan tak berapa nak sesuai jika diguna pakai sebagai nama panggilan untuk someone yang bertakhta di hati..Lagi satu tolong jangan salah gunakan perkataan "abang" tue untuk kepentingan diri sendiri...hehehehe..



 Jadi pendapat kamu pulak bagaimana...?
Istimewa ke tak...?

Sebelum saya akhiri entry nie, mari kta dengar lagu nie:-

~Abang Sayang Adik Sayang-di nyanyikan oleh Julie Remi~

ps:- nie satu-satunye lagu klasik yang saya minat, saya pun tak tahu macam mana boleh suka kat lagu nie...
lagu dia best dan tenang jer..
Mungkin sebab kat pejabat tue hari-hari dok dengar radio klasik dan radio-radio berentak evegreen..
huhuhu..(^___^)

Entry hanyalah pendapat penulis blog, credit gambar kepada google image.
credit video kepada youtube..

9 comments:

Hana Soffelia said...

Erm.. mungkin perkataan abg tu biasa sahaja kerana ia kerap digunakan oleh kita utk sesiapa sahja. Dan ia juga menggambarkan perasaan hormat kita pada seseorang bila kita pggl abg.

So, untk yg tersayang, bila ia dipanggil abg, maybe yg memanggilnya sgt menghormati org yg dicintainya dan perkataan itu diucap penuh dengan rasa kasih syg. Maybe itu yg membezakan dgn panggilan abg untuk org2 lain. ^_^

but for me, i prefer to call Teman Penyayang as Biey. ^_^

LindaLittle said...

mmm..istimewa gak bagi akak..coz 'abang' tu istimewa untuk asben akak jer....akak pun memang tak de abang kandung..kalau dengan orang lain yang ade perkataan abang, biasanya ade 'abang + nama'...

akak lebih suka mengelak dari memangil orang 'abang'...tapi akak panggil orang " dik'...sebab akak pun dah tua....huhuhuhu

Munn Jaafar said...

mgkin pggilan abg tu lbh rasa hormat kot....me pggil 'b'..manje sikit...kikiki

Namee Roslan said...

panggilan abang ni ada dua. satu jenis yg pangkat. lg satu jg jenis geli2. haha, yg nak manja2..euwww. tak perlu kot nk panggil abang untuk geli2.. menyampah. ahah

Solihin Zubir said...

sy suka org pggil abg.. rsa mcm manja ja.. haha..

adik2 pggil sy abg long.. :D

Unknown said...

hmm entah la.. my ex xpernah pgl abng n i x advice her to call me abang.. huhu so x brapa sure apa yg best psl panggilan tu..

Nizam Ijam said...

perkataan abg sebagai tanda hormat seorang wanita kat lelaki yang dia percayai..

Sya_Merpati Putih 88 said...

Hana Soffelia:- owh, mcm gtue..sekrang bru faham..wah romanti jugak tue..hehehe..(^___^)

linda a.k.a ibusumaiyah:- memang perkataan tue slalu di guna utk menggambarkan rasa hormat kn..(^___^)


Munna :- wah...yup betul tue..lebih manja n romantic gtue..(^____^)

Namee Roslan:- yup btul tue..tp kadang2 confused jgak..
mostly org yg bercinta mmg suka panggil manje2..eww eww gtue..huhu..(^___^)

Solihin Zubir:- wah..seorg yg manja rupenye..huhuhu...(^____^)

Saiazuan:- owh..pulak dah, mcm tue..pd sy pulak panggilan tue takde special apa2 nye pun..huhu..

Nizam Ijam :-ooo mcm gtue..bru sy faham apa maksud yg sebenar...

Anonymous said...

Lama dah entry ni.. Tp saja nak komen.

Saya dan suami sama umur.hampir setahun berkahwin.. Tak pernah panggil abang. Panggil panggilan syg, baby sejak 9tahun berkawan dulu.. Tp segan depan family & friends, juz tukar 'saya awak' diluar.. Lama2 sampai berdua pun saya awak.. Terasa ada gap pula.

Hmm.. For now, nak panggil abang lah.. Sebab sy memang xda abang, dan rasa jeles kalau perempuan lain panggil abang. 😕 dan lagi, boleh tambah rasa hormat, sbb kitorg sama umur... Tapi nak mula tu malu 🙈 tapi suami pernah tanya dulu, 'b tak pernah panggil syg abang lepas kawen?' Tp biar camtu je tergantung sbb sy asyik terlupa nk panggil abang..

Ads tips tak?

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...