Translate

Sunday, September 25, 2011

Bilangan Anak Luar Nikah Bertambah, Nak Salahkan Siapa???



Hai semua....

~Bayi yang  tak berdosa~

Terfikir untuk buat entry pasal nie, lepas terbaca dalam sebuah akhbar pada hari jumaat lalu yang berbunyi begini:-


Kuala Lumpur:-Sebanyak 230,000 kes membabitkan pendaftaran anak tidak sah taraf (anak luar nikah) di rekodkan Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) sejak 2006 hingga tahun lalu atau nilai purata di catatkan  57,500 bagi setiap tahun. -Harian Metro, Jumaat 23 Sepetember 2011


    Satu angka yang di kira sangat memeranjatkan...57,500 setap tahun, itu yang didaftarkan, bagaimana pula yang tak berdaftar? Jadi nak salahkan siapa?


              Pendapat saya, isu begini tak perlu di pandang sepi atau mudah. Kerana ni adalah isu yang sangat-sangat serius dan membawa ancaman buruk juga kepada negara. Rasanya kempen-kempen supaya mengurangkan isu gejala sosial, pendidikan di sekolah dan IPT  tidak mencukupi jika tiada pemantauan di rumah. Pada hari ini, ibu bapa sibuk bekerja, maka tak mustahil anak-anak yang terabai akan cuba mencari hiburan alternatif tersendiri. Zaman sekarang semua benda boleh di peroleh di hujung jari. Ia, sekarang zaman IT. Jadi pemantauan ibu bapa amatlah perlu. Jika kamu search sahaja di ejin carian ,maka pelbagai maklumat akan terpapar, ada yang baik dan ada yang sebaliknya. Kadangkala kita mahu mencari sesuatu yang berkaitan tentang pelajaran, tetapi apa yang terpapar adalah sebaliknya, iaitu bahan-bahan lucah.


         
           Apa akan jadi jika budak-budak bawah umur yang melihatnya, lantas terpengaruh? Zaman sekarang Handphone semuanya canggih boleh masuk internet, boleh bluetooth file-file, maka tak mustahil mereka akan terpengaruh dengan persekitaran kawan-kawan yang gemar men download bahan terlarang. Pengaruh media-media seperti suartkhabar, majalah, tv juga memberi impak yang besar. Media-media seperti ini boleh di bendung dengan adanya tapisan, tetapi tidak internet. Kerana internet tidak ada langsung tapsan. Maka disini lah tanggungjawab orang dewasa untuk menapis dan membuat pemantauan terhadap anak-anak.Jadi tak mustahil bila ada kes-kes seperti pelajar ber uniform sekolah tetapi tanpa segan silu merakam aksi berzina nya sendiri.



        Buat benda tak senonoh atas dasar apa? cinta atau kasih sayang??? Tolong lah, cinta dengan zina tue adalah dua perkara yang berbeza! Gadis-gadis sekalin tolonglah jaga dan pertahankan  kehormatan diri kamu berbanding cinta yang tak kemana tue. Kalau pasangan kamu mahu bukti cinta dari kamu, dan katanya kamu perlu serahkan tubuh badan kamu kepadanya sebagai bukti cinta, itu bukan cinta, itu adalah nafsu! Tolonglah jangan mudah sangat terpengaruh dengan perhatian, kasih sayang, muka handsome, duit banyak dan sebagainya  demi menghalalkan perbuatan terkutuk itu.


        Kalau dia kata hanya mahu geli-geli (bersembang perkara yang lucah) sekadar di telefon atau chat sahaja, dan dia kata "alah tak luak pun lah.." Tolonglah jangan terpengaruh. Memang mula-mula sekdar geli-geli di telifon, tetapi kemudian pasti akan terus melarat buat perkara tak senonoh itu apabila berjumpa. Maka eloklah kamu tinggalkan sahaja jika pasangan kamu bersikap seperti itu. Kerana ini jelas menunjujkkan dia bukan lelaki yang baik. Lelaki yang baik, tidak pernah menagajr kekasih hatinya membuat perkara tidak senonoh, malah dia akan melindunginya dari pengaruh yang buruk.  Lelaki yang benar-benar cintakan kamu tidak akan meniduri kamu selagi kamu bukan lagi isterinya yang sah.



   Kamu para gadis, tolonglah jadi lebih garang  dan tegas bila berdepan dengan jantan-jantan miang seperti itu. Tolong tetapkan pendirian dan jangan mudah terpengaruh dengan pujuk rayu mahupun janji manis nya dia yang lebih manis dari madu itu. Kamu para gadis tolonglah jangan sesekali izinkan lelaki buat ringan-ringan ke atas diri kamu. Ingatlah tak perlu untuk kamu peluk,cium atau buat love bite dan sebagainya demi membuktikan rasa sayang dan cinta selagi mana kamu belum bernikah. Itu semua adalah pengaruh nafsu. Dan jika kamu berdua sudah sampai satu tahap wajib berkahwin. Maka adalah lebih baik kamu bernikah sahaja demi mengelak berlakunya perkara-perkara seperti ini. Tak salah bernikah pada usia muda jika kamu sudah bersedia dengan segala tanggungjawab, dan itu adalah lebih baik dari kamu buat perkara terkutuk seperti berzina.

Oh ya, saya juga pernah buat entry seperti ini, di sini:-

Entry ini adalh pandangan penulis blog ini, kredit gambar kepada google image..

14 comments:

Anisa Hang Tuah said...

hm.

dah banyak sgt skrg ni..

Hana Soffelia said...

Isu anak luar nikah ni tidak boleh menunding jari pada sesiapa pun. Everyone need to play their role. But i think the most important thing is institusi kekeluargaan itu yg penting. If rumah sendiri yg bocor, pasti gadis remaja akan mencari keseronokkan di luar.

NOOR FATIN said...

makin menjadi2 pulak skrg ni..wuu

Namee Roslan said...

bila laki dah mintak nk buat sex sebelum kahwin, maka segerakan lah tinggal laki tu. nmpak dia xde tggjwb pada Allah. zina tu perkara besar.

fathiahRAIHANA said...

pengaruh byk sgt skrg ni
bila dah tgok pakat2 teringn plak nk buat menda pelik2 tu

Saiazuan said...

hmm ada trpikir nk buat entry psl ni..

stuju yg gadis prlu garang.. dan plng penting, kena kuat didikkan agamanya.. laki ni walaupn kkuat didikkan agama, tp boleh kalah sebab nafsu. jadi gadis perlu memainkn pranan pnting untuk cegah ia dari brlaku :)

Zul Fattah said...

bagi je kat aku baby tu.. dari duk buang kat dlam tong sampah..

Solihin Zubir said...

perkembangan teknolgi lah antara punca budak zmn skrg byk yg rosak.. mmg menakutkan...

dah tu, diorg takyah risau sbb skolah hamil dh ada.. =_='

Nizam Ijam said...

salah semua..hu2

siti nor atika ruslan said...

salam..salah kn nafsu yg tidak mampu bertahan..:)

~AmyLiana86~ said...

dunia akhir zaman..huh

Awie Omar said...

terima kasih sudi komen kat blog sy aritu. sbg balasan sy komen di sini pula dan follow kamu sekali :)

Terbang Bersamaku said...

Anisa Hang Tuah :- tau takpe, makin lama makin banyak kes2 macam nie kan..

Hana Soffelia :- yup, sy setuju..pendidikn dari rumah tue mmg penting..

NOOR FATIN :-yup, makin lama, makin teruk..klau tak di bendung tak tahulah jadi macam mana kesudahnnya..

Namee Roslan :- yup, saya setuju dgn namee...spatutnya gaids lebih pentingkn harga diri berbanding bf..lelaki klau start n ajak buat tak senonoh mmg patut di tinggalkn..

fathiahRAIHANA :- tau takpe, zaman muda lah katakan jadi smua nk test benda baru..tak kuralah benda tue salah ke tak..


Saiazuan:- yup setuju..dua2 kena jaga diri dan saling ingat mengigati..agar tak terjebak dgn kes2 macam nie..

Zul Fattah:- diorg yg buang2 baby nie mmg mcm takde perasaan...

Solihin Zubir :- itulah kesan bila teknologi dah dislah guna..
Hurm sekolah hamil tue skdar "langkah menrawat" tapi "langkah mencegahnya " macam tiada, patut di ketatkn undang2..

Nizam Ijam :- yup, smua perlu bekrja sama utk kawal kes nie..

siti nor atika ruslan :-nafsu mmg sukar di bendung tanpa pertimbangan akal dan iman yang kuat..

~AmyLiana86~:- tau takpe kn..macam2 skrg nie..

Awie Omar :- ok , sama2..terima kasih kembali..

Run Away said...

dulu pun ada...cuma dulu jarang ada pendedahan tentang tu....susah nak cakap..kalau nafsu dah menguasai diri kan beb...kekadang anak tu yang jadi mangsa..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...