Translate

Friday, December 31, 2010

Cuti macam tak cuti.....





nape saya cakap macam nie ea..?
sebabnye walaupun cuti 3 ari tapi say cume terperap kat umah...
lebih2 lagi bila dah demam+pening kepale n badan pun lemah jer...
nie lar akibatnye bile malas nk pegi klinik..
sekarang padan muke saya...
kalaulah klinik yg saya salalu pegi tue tutup hari nie ...hurmmm....
saya bukan takut makan ubat / jumpe Dr...
Tp sy takut kne injection sebab tue x suke nak pegi klinik nie..
New year tahun nie saya selebrate macam tahun2 lepas.,..
cume stay kat umah jer lar n tgok bunga api dalam tv...
saya memang tak pernah pegi selebrate new year / merdeka kat luar..
sebab nye saya tak berapa suke keadaan yang sesak2 dan terlalu ramai orang...
ermm esok nampak nye xdpt lar saya pegi wet worl dgn kwn baik saya aisya..
sorry aisya, kt demam..x dapat pegi..:(
tapi paling sedih bile da tgah2 demam kene marah pulak..


Moral of the sory:- bile demam tu cepat-cpet lar pegi klinik ye..
Mood: hari nie merupan ujong tahun paling sedih n moody buat saya...(T_T)



Thursday, December 30, 2010

tahniah Rimau Malaya!!

Rasanya belum terlalu lewat untuk saya ucapkan tahniah buat skuad bola sepak negara kita yg berjaya menumpaskan pasukan garuda dan telah berjaya membawa pulang piala kemenangan pada kejohanan tersebut buat pertama kalinya ke negara kita....


Saya doakan semoga terus sukses dan berjaya di masa- masa akan datang..teruskan semngat juang dan usaha kalian semua....


Terima kasih juga sebab bila dah menang tue seluruh rakyat Malaysia dapat cuti esok ...^_*

Sunday, December 12, 2010

Saya Telah Memulakan Kerjaya Baru Di Bidang Kewanagan

Assalamualaikum dan hai semua apa khabar?
Entry sebelum nie saya ada bercerita tentang sebab saya terlewat meng update blog adalah kerana exam dan memulakan kerjaya baru.
Ok, sekarang saya nak bercerita tentang kerjaya baru saya nie..
Saya telahpun meletakkan jawatan di tempat kerja lama pada penghujung bulan september.
Semuanya kerana peperiksaan dan yang paling utama ialah saya dapat tawaran kerja lain.

******************

ok, ceritanya bermula begini...
           Sehari sebelum kita semua menyambut bulan ramadhan 2010, saya telah menghadiri sesi temuduga di sektor kerajaan sebagai pembantu tadbir (kewangan) . Ketika itu hanya orang yang paling dekat dengan saya sahaja yang tahu, saya malas nak beritahu orang-orang lain. Kerana saya takut tak dapat kerja tersebut dan takut nanti di katakan riak. Lebih-lebih lagi ini merupakan kali pertama saya menghadiri sesi temuduga dengan kerajaan. Sebelum nie saya pernah dapat tawaran temuduga kerajaan tapi saya tak pergi sebab ketika itu saya sedang menduduki peperiksaan akhir semester. Lagipun, saya ada terdengar-dengar ramai yang berkata "susah nak dapat kerja kerajaan kalau pertama kali pergi temuduga, biasanya berkali-kali pergi temuduga barulah dapat". Jadi sebab tue lah saya rahsia kan.

      Pada 25.Sepetember.2010 saya telah dapat surat yang mengatakan saya telah berjaya dalam sesi temuduga tersebut dan saya perlu menghadiri sesi taklimat mengenai kerjaya itu di Pusat Islam di  Johor Bahru  iaitu pada 29.September.2010. Pada pertengahan bulan November saya telah mendapat surat penempatan kerja, dan akhirnya pada 1.Disember.2010 saya telah mendaftar diri dan memulakan tugsan sebagai kakitangan awam di negeri Johor. Walaupun jarak antara tempat kerja dengan rumah saya agak jauh, tetapi itu semua tidak menghalang saya untuk memulakan kerjaya. Semua kakitangan di pejabat ini baik-baik berlaka, saya suka suasana kerja di sini. Walaupun selepas ini saya akan sibuk dengan pelbagai tugasan, almaklumlah bekerja di bidang kewangan. Tapi dengan suasana kerja yang ceria akan membuatkan hati terasa lebih tenang dan bersemangat untuk bekerja. Selain daripada itu saya suka pemandangan dan reka bentuk bangunan dan kawasan sekitar pejabat saya nie. Untuk makluman semua, saya memang suka landskap dan senibina  yang menarik.

Saya berharap agar saya dapat menjalankan tugasan saya dengan jayanya sehinggalah saya pencen...
Saya juga berjanji pada diri sendiri untuk bekerja keras dan tekun dalam melakukan segala tugasan yang diberi dan menghargai peluan yang telah di berikan. Serta bertanggungjawab dalam memikul segala tugasan yang telah diamanahkan dengan setulus dan seikhlas hati nurani..
*******************
 Banker
 Cashier

      Pada pertengahan bulan september,iaitu sebelum saya mengetahui saya mendapat peluang bekerja di sektor kerajaan, saya juga ada menghadiri sesi temuduga di sektor pebankan, iaitu di sebuah bank yang terletak di bandar JB. Habis sesi temuduga tersebut saya pergi pula temuduga di sebuah kedai buku untuk jawatan cahier. Mesti ramai yang pelik kenapa pergi interview jadi cashier pulak..? sebabnya saya takut sekiranya saya tak dapat kerja dengan sektor kerajaan dan bank tersebut. Erm, sememangnya saya memang minat membaca jadi rasanya tidak salah jika saya mahu mencari pengalam di kedai buku tersebut. Mana lah tahu satu hari nanti saya boleh buka kedai buku sendiri...(mula dah buat awan...) Lagi pula saya memang mahu mencari kerja lain. Iaitu di dalam bidang yang saya minat dan yang bersesuaian dengan apa yang saya pelajari. Serta yang paling penting mahu menimba pengalaman baru sebanyak mungkin.

   Pada 27.September.2010, pihak bank dan kedai buku tersebut menelefon saya mengatakan saya telah pun berjaya dalam sesi temuduga tersebut dan bolehlah memulakan kerjaya saya pada awal bulan oktober. Tapi, saya telah pun menolak tawaran tersebut dengan baik dan memberitahu sebab-sebab saya terpaksa menolak tawaran tersebut adalah kerana saya telah mendapat kerja di sektor kerajaan.

***********************
ermm...
kalau perhatikan betul-betul..
ketiga-tiga tawaran kerja yang saya dapat nie melibatkan bidang yang sama.
iatu...
KEWANGAN..
walaupun iainya di sektor dan industri yang berbeza..
tiba-tiba saya jadi teringat pada soalan quiz di FB yang saya jawap..
saya telah jawab beberapa soalan yang diberi dengan telus..
 dan inilah result nye..:-


What will your career be in 10 years?
AmySya got Accountant/Banker.
Money is your life. You are very responsible and take care of your finacial matters. You have great people skills and make friends easily. School is important to you so you can go to a good college. The news might be your favorite tv time. Desk work isnt a problem for you.
See More

October 27 at 5:31pm via What will your career be in 10 years?  ·  ·  ·Take this Quiz


******************
Mungkin ianya adalah satu kebetulan..
huhuhu..
(^_*)



Demam Peperiksaan


hai...pada entry sebelum nie...Saya Masuk Sekolah Semula...!!
saya memang dah cerita pasal pengalaman saya menduduki peperiksaan..
Sekarang nie saya nak berkongsi pulak pandangan dan pengalam saya sebelum pepriksaan..
Entry kali nie kiranya sambungan dari entry sebelum nie.

********************************

Saya ambil 4 subjek dalam peperiksaan STPM..
Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Pengajian Perniagaan dan Ekonomi..

Saya pilih subjek bahasa malaysia sebab saya memang minat sastera dan subjek bahasa..
Saya pilih subjek Pengajian Perniagaan dan Ekonomi sebab saya pernah belajar subjek nie masa kat politeknik sebelum nie. Jadi saya perlu review balik apa yang saya dah belajar..

    Tapi ianya bukanlah mudah, kerana sudah lebih  1 tahun saya tak buka buku pengajian perniagaan dan ekonomi. Lebih-lebih lagi subjek ekonomi yang banyak formula-formula yang perlu dihafal tamabahan pula dengan graf-graf..wahh..memang boleh pecah kepala...rasa seperti nak terkeluar sahaja isi otak saya nie..mana tidak nya saya belajar sendiri di rumah tanpa bimbingan guru atau pun sesiapa..stress tak payah cerita, memang senantiasa stress..
macam nie lah gaya saya bila study..(walaupun nie bukan pic saya)
ohh...stress..
buku dah ler semuanya tebal-tebal dengan formula,graf, nak hafal fakta-fakta lagi..
Help Me...!!!!


   Rutin harian saya:- sebelah siang kerja dan sebelah malam barulah study..baca buku yang sememangnya tebal-tebal berlaka, tulis nota, buat latihan-saya guna buku latihan yang di deli sendiri antaranya soalan model peperiksaan dan soalan tahun-tahun lepas..sebulan 2 kali pergi library pinjam buku-buku latihan dan buku-buku rujukan..

Rutin harian saya nie berlarutan sampai penghujung bulan september..saya telah pun membuat keputusan untuk berhenti kerja pada penghujung bulan september kerana saya ingin lebih fokus terhadap peperiksaan saya dan saya juga telah mendapat pekerjaan yang baru...

**************************

kat dalam dewan exam tue..bila tengah jawab peperiksaan.. saya amalkan tips nie...
 nie lah pesanan cikgu ketika saya masih sekolah dulu...:-

*****************************
Tapi...
Jangan pula buat macam nie kat dewan peperiksaan tau...


(1) JANGAN MENIPU DAN MENIRU

-jangan meniru orang yang berada di sekeliling kamu..
-jangan bawa toyol modern..
=toyol modern ialah nota yang di seludup masuk ke dalam dewan peperiksaan=
-jadilah jujur pada diri sendiri
-kalau hari ini kita boleh menipu dan meniru semasa peperisaan, pastinya apabila kita mendapat result peperiksaan kita tak kan berasa excited.
-berkemungkinan juga untuk kita menjadi calon yang berjaya lulus dengan cemerlang tetapi gagal megaplikasikan apa yang kita pelajari dengan kerjaya kita dan kehidupan harian adalah sangat tinggi.
-ingat, kita boleh menipu manusia tapi kita tak boleh tipu Tuhan dan diri kita sendiri 
-ingat Tuhan sentiasa melihat setiap apa yang kita lakukan



(2) JANGAN SIBUK USHA AWEK

-sindrom macam nie berlaku pada jejaka-jejaka yang berada dalam dewan exam..
-tapi rasanya di negara kita susah sindrom nie nak berlaku..
-sebabnya ialah jarak meja yang sangat-sangat jauh..
-tambah lagi soalan exam yang tersangatlah mencabar..
-So guys, please focus on your examination paper ok..!
-Jangan main-main mata tau..Heppp!

(3) JANGAN TIDUR SEMASA MENJWAB PEPERIKSAAN

-Ha...sindrom macam nie berkemungkinan besar akan berlaku bila kamu kekurangan tidur dan rehat yang cukup.
-ingat jangan tidur, fokus pada kertas periksa sahaja..
-jangan buang masa dengan tidur..
-cuba jawab soalan yang senang dahulu..
*******************
Pesan saya dan doa saya buat semua yang mengenali diri ini dan semua pembaca yang sedang / telah  menduduki peperiksaan:-




Saturday, December 11, 2010

Antara Sebab Kenapa Saya Suka Menulis Blog....(^_*)

 
Hai...apa khabar semua..? saya harap anda sihat-sihat sahaja..maaf saya lambat update blog..sebab saya agak busy dengan exam dan kerja di tempat baru...entry selepas nie saya akan ceritakan pulak exam dan pasal kerja baru saya...sekarang saya cuti setiap sabtu dan ahad..jadi ada lebih masa sikit untuk update blog..
oklah sekarang saya nak cerita kenapa saya suka ber blogging...antara sebab-sebab nya ialah:-

-Saya memang minat membaca dan menulis..
-Saya berpendapat:
1-menulis dapat mengurangkan stress dan boleh mengekspresikan apa yang kita rasa dengan lebih telus dan jujur dengan menulis..
2-dengan menulis kita dapat mengasah bakat dan ilham / idea yang kita ada atau yang kita dapat melalui pembacaan, pemerhatian,pengalaman dan keadaan sekeliling.Ianya akan menjadikan kita lebik kreatif dan lebi rasional bila berfikir..
3-dengan menulis kita dapat berkongsi ilmu dengan masyarakat..(sharing is caring)
4-dengan menulis membolehkan kita berkongsi pengalaman yang mungkin boleh dijadikan inspirasi atau tauladan bagi pembaca..
5-bidang penulisan boleh dijadikan sebagai hobi masa lapang dan boleh juga di jadikan sebagai punca pendapatan contoh seperti penulis novel, buku, wartawan..

Dengan menulis blog saya dapat:-
a-mencapai impian dan cita-cita saya untuk menjadi penulis..saya pernah bercita-cita untuk menjadi penulis puisi yang berjaya seperti Dato' A Samad Said. Walaupun cita-cita saya tak kesampaian lagi, sekurang-kurangnya saya dapat lah juga menjadi seorang penulis walaupun hanya menulis di blog..di sini penulisan saya boleh di baca oleh sesiapa sahaja dan saya boleh menulis apa sahaja yang saya mahu..
b-mengasah bakat penulisan saya...
c-lebih idea dan ilham dalam bidang penulisan dan kehidupan..

Saya sayang blog saya dan saya tak akan berhenti menulis blog ..Tiada sesiapa yang boleh menyekat atau menghalang saya dari menulis blog..sebab saya memang minat menulis sejak kecil lagi..

Aku menulis bukan kerana nama..Aku menulis bukan kerana wang..Aku menulis kerana ianya dapat membahagiakan hatiku...Aku menulis setulus dan seikhlas hati dari lubuk hati yang terdalam untuk aku kongsikan dengan masyarakat di luar sana...




Thursday, November 18, 2010

Tentang Diri Saya


Dah lama saya berblogging dengan blog nie..tapi tak pernah sekalipun saya cerita tetang apa yang saya suka, tak suka, gemar dan kurang gemar...Nak tahu??? Sila baca sampai habis...(^_*)

Ok saya perkenalkan nama saya dulu ye..
Nama sebenar saya adalah N..Z....S..... (biarlah rahsia...ehehehe..)
ok awak boleh panggil saya Sya sahaja...  Sebab nama sebanr saya memang panjang (ade 14 huruf semuanya...)
Saya anak tunggal, manja...? Ohhh taklah sangat... Tapi sikit-sikit tu adelah kot..
Sebenarnya saya ade seorang adik Lelaki..
Tapi dia dah meninggal dunia pada 31.08.1997...Ya hari merdeka..

Ok ini adalah serba sedikit tentang diri saya kalau awak nak tahu..:-

Lebih gemar makan ayam,
Kurang gemar makan daging,
Suka makanan laut...
Paling suka sotong...
Tapi tak makan ikan-ikan sungai...


Suka coklat,
Tak suka bunga,

Gemar suasana tenang dan aman,
Kurang gemar suasana sesak dan bising,

Suka alam sekitar dan haiwan,
Tak suka perosak alam sekitar dan pendera haiwan,

Gemar minum minuman sejuk atau ber ais,
Kurang gemar minum minuman panas,

Suka membaca dan menulis,
Tempat yang saya suka pergi bila pergi mall adalah kedai buku,
Suka survey buku yang ada dan boleh  duduk dalam kedai buku dalam jangka masa yang agak lama,
Dari zaman sekolah hingga sekarang saya suka melepak dekat library...
Oh ya, minat jugak seni lukis, tapi dah lama tak melukis...
Suka lukisan abstract, pemandangan dan potret...
Serta suka meconteng (lukisan macam budak tadika....huhuhu...)


Minat seni photo...
Suka ambil gambar...
Suka edit-edit gambar...
Tapi tak tahu bila boleh beli kamera idaman...(DSLR)
Konon-konon nak jadi juru photo...huhuhu..


Gemar kasut sport /sneekers
Kurang gemar kasut tumit tinggi atau ladies shoes,

Ketika saya kecil:-
Suka main layang-layang,
Tapi tak pandai mebaikinya bila rosak,
Suka main masak-masak,
Tak suka main anak patung,
Suka naik basikal,
Tapi tak pandai kayuh basikal,
Suka main guli,
Tak suka main batu seremban,
Suka lastic cicak,
Tak suka lastic orang,
Suka kereta mainan,
Tak suka teddy bear,
Suka baca buku cerita, sambil berangan(ehehehehe)

Tentang haiwan:-
Minat kucing,
Kurang berminat hamster,

Sangat berminat dengan buaya!
Tapi tak pernah jumpa buaya!
Suka buaya sebab ia haiwan zaman dinosour yang masih hidup hingga kini,I  anya hidup dua alam... Pada saya buaya nie unik walaupun ganas..

alam sekitar:-
Suka pemandangan indah,
Sangat suka pantai dan laut,


Bila marah, sedih atau merajuk:-
Suka menyendiri...
Suka pergi pantai dan dengar bunyi ombak....
Suka makan coklat, lolipop dan ice cream...
Tidur...


~Seorang yang boleh menangis sambil senyum, suka sorokkan kesedihan di sebalik senyuman dan tawa, tak suka nak marah-marah, bila marah lebih suka senyap dari berkata-kata..~

More about me...

Favorite movies


Spiderman, Superman, Fantastic 4, Harry Potter,Final Destination,Ice Age, The Smurf, Upin & Ipin,Madagascar, Chronical of Narnia, Real Steel etc... (Genre: Romance, Fantasy, Adventure, Action,Anime...)Favorite TV shows
Merlin, Smallville etc....Favorite bands / musical artists
Linkin Park, Sum41, Hoobastank, Green Day, Blink 182, Lifehouse, Simple Plan, Backstreet Boys, Westlife, Justin Bieber, Justin Timberlake, Westlife,Adele, Katy Perry, Rihanna, Avril Lavinge, Taylor Swift, Paramore, Lenka, Pink, Yuna, Raihan, Debu, Opick, AfganFavorite books
The Holy Of Al-Quran, Novels, Manga comics, Motivational Books, Islamic Books, Finance + Business books...
Favorite foods:

 Chicken Rice, Asam pedas, Laksa Penang + Laksa Johor , Soto, Mee hun sup....

Favorite drinks:

Milo ice , Neslo ice, Mocha, Fresh orange, Carrot juice, 



Puisi: Pilih Landasan Yang Tepat


Aku berdiri di sini,
Aku Mecari hala tujuan,
Untuk menggapai masa depan,
Tapi...
Aku tak tahu jalan manakah yang harus aku pilih..
Aku keliru..
Aku buntu..
Tapi aku tahu..
Aku harus pilih ladasan yang tepat,
Aku harus buat keputusan yang betul,
Kerana ini masa depan ku,
Silap percaturan maka punahlah masa depan,
Hancurlah hidupku nanti,
Maka dengan itu aku harus buat keputasan yang betul,
Iaitu keputusan yang boleh menjamin masa depanku,
Keputusan yang boleh membahagiakan ku di masa akan datang,
Serta menjadikan aku insan yang cemerlang,
Ianya keputusan yang akan menjanjikan ku kejayaan di hari muka,
Sebagai remaja yang meningkat dewasa,
Aku harap agar aku sentiasa berada dilandasan yang betul,
Aku harap aku tak tersasar dari landasan,
Aku harap keputusan aku tepat...

Nota: Puisi ini adalah dicipta oleh penulis blog ini sendiri, sebarang bentuk penerbitan semula tanpa sebarang keizinan penulis adalah tidak dibenarkan. HAk cipta Terpelihara.
PS:-Gambar hanya lah hiasan, yang saya perolehi dari google

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha..


Dikesempatan ini saya ingin mengucapakan selamat hari raya aidil adha kepada semua yang mengenali diri saya ini dan kepada semua pemca dan pengunjung blog yang beragama islam..
Hari Raya Aidil Adha atau juga dikenali sebagai hari raya qurban ini telah pun mendidik kita supaya berkorban..
Iaitu berkorban melakukan sesuatu yang baik untuk kepentingan dan kebaikkan semua masyarakat..
Islam adalah agama yang indah..
dengan adanya ibadah qurban dan akikah dapatlah golongan yang berkemampuan memberikan sumbangan daging qurban / akikah tersebut kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan makanan yang berzat kerana kekangan kewangan...
Justeru dengan itu amalan ini akan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita,
serta mendidik kita supaya beramal dan bersedekah jariah serta kepada golongan yang kurang berkemampuan..
Ianya juga mendidik kita supaya mengamalkan budaya saling bantu memabntu, prihatin serta saling bertolak ansur...
Jadi sama-samalah kita tak kira kaya atau miskin dapat meraikan hari raya ini dan menikmatinya besama-sama...
Selain daripada ibadah qurban dan akikah pada hari raya aidil adha juga umat Islam diseluruh dunia pastinya berpusu-pusu membanjiri kota mekkah bagi menunaikan rukun Islam ke lima iaitu ibadah Haji
Ps:- saya berharap suatu hari nanti saya akan dapat melkasanakan ibadah qurban dan akikah serta dapat menunaikan ibadah umrah dan haji..saya harap cita-cita murni saya nie tercapai..
Nota kaki: kepada teman-teman yang melaksanakan ibadah qurban da akikah kalau makan daging tue ingat-ingatlah saya di sini ye..(^_^)


Friday, November 12, 2010

Sakit Hati Bila Kucing Yang Kita Sayang Gigit Kita!!

                                           
                  Nie gambo saya dengan kucing saya Mickey Sasuke yang bertuah tue..
Cuba tengok saya punyelah senyum, tapi dia leh plak buat muke masam + garang dia tue..

Saya sangat geram / marah nagan kucing kesayangan saya..
Nama kucing saya nie Mickey Sasuke..
Nape kita saya bagi nama dia mickey?
sebab sblum nie family saya pnah ade kucing mase saya bru kecik2 dlu..
Kucing saya mickey yang lame tue pernah selamatkan nyawa saya!
Cerita dia macam nie..
Masa tue saya masih bayi..
Mak saya nak masak lauk tengah hari..
Ayah saya kerja masa tue..
Emak saya mase tue cuti..
Saya dok kat dalam buaian sorang-sorang..
Kucing saya lah yang jaga saya..!
Dia dok kat bawah buai saya..
See..kucing pon sayangkan baby yang comel cam saya tau..(ceh perasan comel plak..)
Terukkan kalau orang tak sayang baby dia sendiri..pastu sangup buang..huh!
Lepas tue suddenly ade lipan nak gigit saya kat dalam buai..
Then tau tak ape yang kucing saya buat..?
Dia pegi gigit dan bunuh lipan tue..
Dia buang lipan tue jauh-jauh..
Emak saya masa tue bru jep siap masak..
Terus dapatkan saya..
Dia pun nampak yang kucing kesayangan kami Mickey tue tolong saya..
Tapi tak lama lepas tue Mickey mati..
Sebab kene pukul denagn orang..
Orang tu tuduh mickey curik ikan dia..
Padahal kucing lain yang curik..
At last orang tue admit yang dia dh "tersilap" tangkap..
dan yang paling sadis mickey dibelasah sampai mati..
Mak & ayah saya jumpe mickey kat longkang depan rumah..
Nie lah yang cerita mak saya sampaikan..
Saya sangat terhutang budi dan nyawa dengan kucing saya tue Mickey..
So sebagai tanda penghormatan saya letak nama kucing baru saya nie mickey jugak..
Tapi saya tambahkan nama Sasuke kat belakang sebab saya minat sasuke dalam cerita kartun naruto tue.huhuhu..
Tapi......
hari nie saya sangat sedih dan kecewa..
Sebab Mickey Sasuke kucing yang saya sayangi..
Kucing yang kami sekelurga manjakan dan layan dia macam family kami sendiri..
Saya jugak sentiase belikan dia jajan kegemaran dia (keropok Rota/ meow-meow perisa udang) bila balik dari shopping atau balik keje..
Selalu jugak saya bagi dia Chessy Wedges dan Ayam goreng KFC bila balik jejalan..
Kadang-kadang saya belikan dia kentang goreng / Nugget ayam MC'D kegemaran dia tue..
Kami selalu bagi dia makan ayam ,daging, ikan, sotong , udang,kerang..
Kadang-kadang bila kelurga saya masak ketam dia pon saya kasi dia makan ketam..
Sampai ke satu tahap di jadik GEDIK Gila bila mana dia tak mau makan ikan bilis dan ikan sardin..!
Tak mahu makan kalau takde kuah asam pedas atau kuah sambal!
Tak mahu makan nasi semalam..mesti nak makan nasi yang baru masak jugak..
Tak suka ada kuah kicap atau kari kat nasi dia..
Dari segi makan dia memang kucing paling cerewet rasanya di alam semester..
Tapi kami sekeluarga tetap sayangkan dia ..
Tetap manjakan dia beri dia kasih sayang dan sepenuh perhatian..
Dan saya sendiri sayang dia macam adik sendiri (ayat tak tahan..)
Walaupun dia cumalah seekor kucing..
Tapi bebberapa jam yang lalu..
11.nov.2010-10.30 mlm...
Kucing saya tue telah pun gigit tangan kanan saya sampai luka berdarah..
Saya tak tahu lah kenapa tetibe jep dia gigit saya sampai mcam tue sekali..
Meroyan agaknye..
Tapi tadi ok jep..
Dia dok atas peha saya, manje-manje..
Pastue tetibe terus gigit tangan saya..
Saya pun ape lagi terus jerit lah..!
Tapi tau tak dia boleh buatmuka slamba dan tak bersalah..
Haissh geram betul!
Saya tak pukul dia ..
Sebab saya memang sayang kucing..
Saya pun jenis org yang penyayang pada haiwan sebenarnye..
Tapi bila dah jadik cam gnie..
tak tahu lah nak cakap ape..
Saya suruh dia keluar jep dari rumah..
Alah, esok pagi-pagi mase ayah saya balik keje mesti dia dah ade depan pintu..
macam biase lah minta makan sarapan pagi dan makan jajan dia tue..
Tangan saya masih terasa bisa sebab kene gigit dengan mickey..
Dia gigit kat urat pulak tue..(nasib baik tak putus urat tangan!)
Sakit tau..(T_T)
Saya rasa cam nak demam pun ade nie..
entahlah..
Kalau minggu lepas saya mimpi ngeri kene gigit sotong seperti yang saya cerita dalam entry saya nie SOTONG DIVA KINI SUDAH TIADA ..
Tapi, minggu nie rupanye saya betul-betul kene gigit..
tapi bukan dengan sotong..
Tapi kucing kesayangan saya..
Info:-kucing saya paling suke makan sotong selain lauk ayam!

Thursday, November 11, 2010

Laptop Ku Diserang Spyware..Ohh Tidakkk!!!


Sebenarnye entry saya pasal Piala Malaysia dan Sotong Paul Octopus saya dah taip  dari minggu lepas lagi!
Tapi tak sempat nak post..
Saya cuma save as draft..
Sebab banyak benda yang saya nk post dan nak atip menaip sebenarnye..
Tapi semuanye tergendala dek kerana ade spyware kat lappy saya nie..
Saya pun pelik lagi hairan, sebab bila saya taip no 1 / ( tanda seruan)  ! dan juga no 2 / simbol  (alias) @ mesti akan keluar sampai 90 lebih dan kadang-kadang sampai 200 page web yang terbuka secara sendirinya kat mozilla firefox saya nie..
Tak kira ar saya taip tue kat page web ke atau kat words, excel saya nie..
Mesti jadi cam gtue punye lah..
Bila dia dah hang tue tak payah cakap lah..
Kita dah tekan Ctrl+Alt+Del pun dia still loading jugak web page tue..
Nak turn off / restartpun x boleh langsung..
Then ape lagi, saya pun cabut jerlah batery dia tue(dah takde pilihan lain)..
Pastu pasag balik batery dia dan On semula laptop saya nie..
Bila saya On dia mula lah berbunyi-bunyik..cam nie.."neeeeeettttttttt"
Tapi nasib baik lah leh On jugak walaupun agak bising dan memekakkan telinga saya..
Saya pon update antivirus dan scan laptop cam biasa..
Selalu nye saya update antivirus  + scan computer guna system quick scan kat antivirus kaspersky nie dlu then  bru online..
Tapi mase tue saya terlupa sangat2..
Almaklumlah kepala pun tengah pening mengadap buku-buku..
Bila saya scan..rupenye ade 4,860 syware yg dah menyerang laptop kesayangan saya nie..
Tak tahu lah cam ner..sebab sy online jap jer..masuk web yang pernah saya masuk..
ade jgk lah yang saya tak pernah masuk untuk cari-cari maklumat...
tapi saya tak banyak bukak website..!
Mase  minggu lepas saya busy scan-scan computer nie sendiri..
Ad jugaklah sy online..tp bukan kat blog..
Dapat online pun kejap-kejap pastu laptop hang macam ape jek..
Cuba untuk hapuskan semua spyware tue tanpa perlu pergi hantar kedai..
dan akhirnye minggu nie saya dah berjaya!!
Ha.. jimaaaatt duitt..ehehehehehe...

Ps:-saya online kejap-kejap jep..sebab dah nak exam..kalau nampak saya online tue x bermaksud saya betul2 online..means saya just buka web sebab dah bayor broadband...lagipun buka laptop nnie takdelah takut sangat bila study sorang-sorang bile memalam tue..huhuhuhu..(^_*)

Kelantan Juara Piala Malaysia!!


 "GoMo KeLaTe GoMo!!"

Ha..tulah slogan pasukan kelantan..
Mase hari Sabtu 30hb October 2010,
telah berlangsungnye perlawanan akhir liga malaysia,
Iaitu Kelantan Vs Negeri Sembilan..
Pada mase tue saya pon dok melepak kat depan Tv..
Sambil2 online FB..
Saya sokong kelatan untuk piala malaysia kali nie walaupun saya org johor..
Tapi ramai kawan-kawan saya yang sokong N9..
Sebab mereka rakyat N9..
Pada separuh masa pertama kelantan tak dapat menjaringkan sebarang gol..
Negeri sembilan telahpun mendahului kedudukan dengan 1-0..
Gol pertama negeri sembilan di jaringkan oleh shahruain pada minit ke 14 melalui sepakan penalti..
Walau bagaimana pun kelantan bangkit semula pada seruah masa kedua..
Iaitu dengan menjaring kan dua gol kemenangan...
Penjaring gol pertama kelantan Hairuddin iaitu pada minit ke 57
dan seterusnya gol kedua merangkap gol yang membawa kemenangan di jaringkan oleh Mohd Badri Radzi pada minit ke 65...
Oleh dengan itu pasukan kelatan telah pun memenagi perlawanan tersebut 2-1 keatas pasukan "Hobin Jang Hobin" iaitu Negeri Sembilan
Tahniah kepada pasukan The Red Warior...!!
Menariknya jika tahun lalu kelantan tewas di tangan Negeri Sebilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia hingga berlakunya rusuhan di luar stadium..
Tahun ini giliran Skuad The Red Wrior pula mencapai kemenangan tersebut..
Setelah 81 tahun menanti akhirnya Piala Malaysia berjaya di bawa pulang ke negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut..
Ini juga adalah kemenangan Pertama mereka pada piala malaysia..
Terbuktilah sudah tiada apa yang mustahil jika usaha dan doa dilakukan dengan berterusan, lambat laun kejayaaan pasti dimiliki..!

Ps:- Didoakan semoga tahun depan Johor boleh masuk Final Piala Malaysia... Satu hari nanti mesti pasukan negeri saya iaitu Johor dapat menjulang Piala Malaysia!


Wednesday, November 10, 2010

Sotong Diva Kini Sudah Tiada!

Wahh tajuk tak agak-agak..
Siapakah sotong diva?
Siapa lagi kalau bukan si Paul Octopus sotong peramal Piala Dunia 2010..
Uniknya si Sotong Gurita nie dia boleh meramal dengan tepat setiap perlwanan yang diramalnya..
Antara semasa perlawanan separuh akhir German (pasakuan favourite saya) menentang Spanyol, 
yang geramnya si sotong ni meramal spain yang menang dan ramalnya sememangnya tepat!
Isshh memang geram betul ngan si sorong tak sedor diri nie..
Sebab dia duduk kat dalam aquarium kat German tapi leh pulak sokong pasukan lain..
Memang tak patut kan??
Kira dia nie sotong Berwarganegara German yang tak cintakan negara!
Wahh sotong pun ade warganera ke??
Lepas nie sotong-sotong kene lah pakai Ic/ passport..huhuhuhuhu..
Lepas abis jer Fifa hidupan laut paling famous amos (macam name biskut!) mestilah sotong ..
Spongebob,Mr Crab,Ikan duyong ,Ikan jerung pon dah kurang Glam..
Khabar terbaru Si Sotong Diva nie sudah tidak lagi menyotongkan diri di aquarium dia tue..
Kat mane lagi aquarium dia tue kalau bukan dekat Oberhausen Sea Life Centre, Germany..
Nape..?
Emm semua mesti sudah tahu kan dia dah mati dah pada 26 Oct 2010...
Tulah daulat tak sokong pasukan negara sendiri ...
Hahahahahaha..(ketawa jahat)
Kesian kan dia...?
sedihnya...(T_T)
Eh! perlu ke saya sedih??
Takkk!!!
Hahahahaha..
Lagipun sebagai orang Islam tak baik dan tak boleh percaya benda-benda tahyul telik menilik semua nie..
Khabar Terbaru aquarium Sotong Diva nie dah pun di isi dengan sotong baru..
Sape name dia?
Paul II..
Khabarnye sotong nie lebih pemalu berbanding si sotong diva..(eleh baru2 jelah tue..)
Sebab si Sotong Diva lebih "mesra & suka bergambar"..
Apa-apapun kita tunggu jep lah sama ada dia boleh meramal ke tidak..
Ok jom kita tengok-tengok gambo kenangan si sotong diva  dan sotong baru pengantinye tue..:-
           Tengoklah tue..memang dasor pengkhianat! Dok kat Germany tapi sokong Spain pulak!
Perghhh paling kan bontot pulak tue si sotong nie! Ishh tak sessuaaaii tau...
"Aku memang dok kat germany tapi aku sokong spain..sorry.."
"Pooooott..ooppss terkentut pulak.. sorry again u all"-Paul
Semestinya Penyokong German yang tak puas hati ngan si Paul nie..

 Wahh dia pun dapat piala jugak! Pandai ko posing ye Paul..
"Terima kasih kerana bagi aku Piala! Akhirnye dapat jugak aku merasa pegang piala nie"-Paul
 "Nie piala aku tau..korang ade??tak de kan..? nape jeles ke??
Jangan jeles ok! Tengok ade gaya ala-ala diva tak aku??"-Paul
-muka tak boleh belah, berlagak giler tak padan sotong!-
"hai Paul II salam perkenalan"-Reporter
"Sorry lah ye, I tak suke glamor nie..I nie pemalu..I tak suke amik gambor..
Ade alergik dengan flash camera.."-Paul II

Emm begitulah alkisahnye, walaupun dia nie spesis haiwan laut..
Tapi famous nye mengalahkan artis..kelass gtue..
huhuhu..
***
Mungkin ade yang tertanye-tanye..nape baru siarkan topik  nie..
sednagkan kisah nie dah sibuk kuar kat tv dan surat khabar last week..
Jawapanye..
Saya memang dah taip kisah nie minggu lepas tapi saya save as draft je..
tak sempat nak publish post..
Pastue terus tido..sebab dah ngatok sangat..
Saya tido pukul 1pagi, lepas abis study n taip entry nie kat blog.. 
Tau tak..
Saya mimpi pergi menjala kat laut! hahaha.. padahal memancing pun tak reti tau..
Pastue saya dapat banyak ikan, udang,ketam n sotong..
Mase dalam pejalanan nak balik tue..
Sotong yang saya tangkap lompat kat badan saya..
dan ugut saya..
"kalau ko tak bagi aku makan smua hasil tagkapan ko aku gigit ko"
Lepas tue semua sotong-sotong yang lain panjat badan saya dan gigit badan saya..
Sotong tue ade gigi taring pulak tue..muka macam manusia (tapi sangat menyeramkan macam hantu)
lepastue sayabgi dia makan smua hasil tangkapan saya tue..
barulah saya lepaskan semula sotong-sotong tue kat laut..
akhirnye saya pulang dengan tangan  kosong..
dalam mimpi tue esoknye saya pergi menjala lagi..
dapat banyak tangkapan jugak, tapi saya dah tak tangkap sotong lagi..
saya jumpe sotong yang gigit saya tue..
dia nak naik bot saya tapi saya berjaya libas dia dengan pendayung (agak kejam)..
Kemudian saya terbangun pada jam 3pagi..
Nielah mimpi paling seram, kene gigit ngan sotong pulak tue..
Sotong nie dah lah antara seafood kegemaran saya, kalau boleh tiap2 minggu nak makan..
Padahal sebelum tido dah bace doa..
Agaknye si Paul Octpous nie tak puas hati kowt saya kutuk2 dia..
huhuhuhu..
Nie lah sebabnye nape saya post agak lewat entry kali nie..

Monday, November 1, 2010

SelaMat TiNgGal MuKa BuKu...



hai semua..
memandang exam dah tak lama jek lagi...
so, saya pun telah wat keputusan untuk off9 fb utk sementara waktu..
iaitu sampai pertengahan bulan 12...
lepas tue barulah saya akan on9 semula secara active..ehehehehehehehe...
oh ya, saya pun dah tukar realtionship status kat fb...
Relationship Status:In a Relationship with Ulat Buku...siapakah ulat buku nie..?
sebenarnye... Ulat Buku  itu ialah saya sendiri...
dah dapat jawapanye kan..
saje jek saya wat fb untuk buku saya..
gila kentang ek..?
sampai buku untuk pereksa saya pun ade fb..
huhuhu..
tension punye pasal..
samapai jd gnie..hahahaha..
ala saje jep buat..bukan utk on9 pun..
nnt abis exam sy delete trus  si ulat buku nie..
hehehe..cian dia kan... 
tp yg penting SAYA TAK KAN ONLINE FB NIE SELAGI TAK ABIS EXAM..
Friendster nagn Myspace?
Lagi lah tak payah cakap memang dah sangat lama tak bukak..
So, mungkin sy akan online semula selepas habis exam...
ataupun sy akan delete terus..
Emm..tapi sayang pulak nak delete..
huhuhuhu..
tengok lah macam mane nnt..
Ok lah buat masa nie saya cuma online blog & tagged jep..
hehehe..
kalau x online langsung..
rugi ar..
dah ar bayar brodband RM70 sebulan..
huh..
Tp..sejak akhir2 nie saya memang suka blog..
sebab..
boleh tulis macam-macam..
boleh kongsi pendapat, idea, ilmu, pengetahuan....
kat cni jugsk leh luahkan persaan..huhuhu..
boleh jugak jadi tapak business..
boleh dpt duit dgn iklan2..
kalau yg lain2 tue lebih kepada untuk cari kawan2..
kat cnie(blog) lebih kepada penulisan..
so, sy memang minat membaca dan menulis...
memandang kan menjadi seorang penulis memang dah jadi cita-cita saya..
akhirnye sy dapat realisasikan jugak cita-cita saya disini.. ;-)




Wednesday, October 27, 2010

ohh..My True love / My Future Husband Where Are U???

 saya terpikir nk wat tajuk  macam nie coz sy bru jep  jawab quiz kat facebook saya..name quiz tue..why were you born..saje jep nak jawab quiz nie...bosan punye pasal..jawab punye jawab soalan dia pastue dpt lak result dia cam gnie:-


Why were you born?
....... got You were born to have a family..
You are sensible and family-oriented. You think about the future and you value what's truly important in life. You are loving and loyal.
ish ish ish..macam tak percaya jek bila bace nie.. nak tahu nape? coz status sekarang nie single aka solo molo gtue..entah macam mane entah muke buku nie leh bagi jawapan cam gtu lak..nie mesti ade silap mase dia calculate markah saya tue kan..tapi saya  jawap semua soalan yang di beri dengan jujur dan saya baca dnegan teliti..entahlah..tapi kan bile baca-baca balik jawapan quiz nie wat saya senyum sendiri..hah mula lar nak *buat awan kan..(*buat awan=berangan)..hehehehe..(^_*)

    ok..saya akui semua orang akan berkahwin dan punya keluarga sendiri satu hari nanti..termasuklah saya nie..tapi menda nie saya pasti bukanlah berlaku dalam masa yang terdekat nie..coz saya belum stabil lagi..
yep lah dari segi ekonomi dan ilmu pengetahuan..buat masa sekarang nie biar ar saya focus pada kerjaya...saya nak kumpul duit dulu..kalau boleh nak beli kereta dan rumah dulu sebelum berkahwin..serta yang paling penting nak balas jasa mak ayah..nak kumpul duit untuk support kos perubatan mak..pada pendapat saya kalau nak kahwin ke ape kene ar da ade saving yg cukup so x perlulah nak minta duit parents @ nak buat loan bank ke ape bile nak buat majlis nanti..bunyi macam materialistik..tapi tue lah hakikat kehidupan..duit diperlukan selagi kita bernafas even bila kita nak dikebumikan pun kita perlu kan duit untuk upah orang gali kubur, mandi jenazah dan buat tahlil..tapi ingat, duit bukanlah segala-galanya..jangan pula kerana duit kita sanggup buat benda/ kerja yang tak halal..nanti hidup tak berkat..biar kita susah, biar kerja kita nampak macam hina di mata manusia..tapi yang penting kita tak nampak hina di mata Allah..yang paling penting kerja kita halal..

    Pada pendapat saya, kalau nak buat majlis ke ape nanti tak perlulah besar-besaran sangat..coz semua tue tak menjamin yang rumahtangga saya nanti akan kekal dan bahagia..biarlah bersederhana sahaja..yang penting kekal..so, tak de lah berlakunye pembaziran ke ape..ye lah cuba anda fikir bila kita dah habiskan banyak duit untuk majlis kahwin sampai sanggup buat loan bank/ family / ah long..nanti kita juga yg susah nak kne bayar balik pinjaman tue satu hal..lagi satu hal kalaulah perkahwinan kita kekal..buatnye bercerai berai takpun umur tak panjang, sape yang nak tanggung hutang tue kan..? betul tak..??

Adakah saya pecaya pada perkataan cinta sejati?
jawapan saya:-ya mungkin..saya akan jumpa cinta sejati saya satu hari nanti..tapi...buat masa nie saya sendiri tak tahu bila dan dimanakah akan saya bertemunya dan siapakah gerangan jejaka tersebut...

Ada sesetengah madah pujangga berbunyi begini:-
"cinta yang di cari atau dekejar akan hilang, cinta yang di nanti tak akan datang"
=entah saya pun pening nak tafsir, nak cari atau nak tunggu..???

Peribahasa melayu silam pula berbunyi macam nie:
"Jangan perigi mencari timba"

Adapun Peribahasa Melayu moden berbunyi begini pula:-
"Biar perigi mencari timba asalkan perigi tue tak jadi perigi buta sudah lah"

=perigi ialah perempuan dan timba pula dikiaskan sebagai lelaki..
=jadi pada zaman moden nie peribahasa yang mane yang nak saya ikut..???
saya pun pening, kalau ikut peribahasa moden ada pula nanti suara-suara sumbang berkata:-
"nampak macam desperate je..", "dah tak laku sangat ke", "gedik", "terkedek-kedek / terhegeh-hegeh nak kat aku"
Tapi kalau saya ikut peribahasa melayu lama takut pula ada yang kata begini:-
"innocent betul","skema sangat", "kuno betullah, perempuan sekrang kadang2 kene move on dulu sebab lelaki sekrang kadang2 pemalu ckit.."

Saya nie jenis pemalu dan tak suka nak luah kan perasaan pada lelaki..tak kira ar perasaan sayang, cinta, cemburu  atau marah sekalipun..saya nie jenis orang yang suka pendam je..tapi bukan lah pendendam tau..
Buat masa sekarang nie saya selesa dengan status saya yang single nie..tapi itu tak bermaksud yang saya akan menolak terus cinta dari diari hidup saya dan menutup terus pintu hati saya untuk bercinta lagi..saya bersedia untuk bercinta sekiranya pintu hati saya dah terbuka dan dia benar-benar berjaya membukanya..
Kalau di takdirkan juga saya bernikah pada usia muda itu tak bermaksud saya dah gatal..tapi jodoh dah sampai..so saya akan terima dengan hati terbuka..tapi jika jodoh saya lambat ckit..tue tak bermaksud saya tak laku..kita hanya merancang tapi tuhan yang tentukan jodoh kita dangan siapa..mungkin belum sampai jodoh lagi..chewah jawapan punye lah klise kan..huhuhuhu..('',)

      Walau siapapun dia saya akan terima jejaka tersebut sekiranya dia dah ditakdirkan dan ternyata dia adalah jodoh saya yang telah lama tercatat di loh mahfuz... Saya akan terima dia seadanya dan dia perlulah menjadi identiti diri dia sendiri sebab saya tak suka ditipu dan tertipu dengan kepura-puraan..Saya akan terima segala kelemahan atau kekurangan diri dia dan segalanya mengenai dirinya di masa silam(sebelum berjumpa dengan saya) dengan hati dan minda yang terbuka..tapi dia perlulah jujur dengan saya...pada pendapat saya tiada manusia biasa yang sempura di muka bumi ini dan tiada manusia biasa yang tak pernah buat kesilapan...saya juga bukanlah manusia yang "perfect", sebab saya hanyalah manusia biasa, saya bukanlah perempuan melayu terakhir atau perempuan melayu terawal, sebab saya di besarkan di zaman moden lagi serba canggih ini..tapi yang  paling penting saya tahu menjaga diri saya dan menjaga batas-batas tatasusila saya..saya hanyalah gadis melayu biasa yang tak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan..saya juga tak boleh menjanjikan dia kebahagiaan kerana saya tak tahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang..cuma saya hnaya akan terus berusaha dan berdoa untuk mendapatkan kebahagiaan itu..
Dalam hal seperti ini, saya berpegang pada prinsip cinta saya berdasarkan lagu backstreet boys yang berbunyi " I don't care who you are, where you're from, don't care what you did as long as you love me"

Saya cuma berharap dia yang bakal berjodoh dengan saya itu nanti akan memahami saya,menerima diri saya seadaanya, menerima baik/buruk, kelemahan/kelebihan/kekurangan diri ini, menegur saya dengan berkhemah sekiranya saya membuat silap, memberi kritikan membina dan bukan kritikan yang menjatuhkan semangat dan air muka saya, melindungi diri saya, menyayangi saya, memberi perhatian kepada saya, membimbing dan mendidik saya, dan yang paling penting dia perlulah berilmu dan beriman serta bertnggungjawab keatas saya dan keluarga serta mempunyai sumber rezeki yang halal lagi berkat..

Nie lagu untuk my true love / my future husband:
Ps:-saya pun tak tahu bila say nak menamatkan zaman bujang aka single saya nie..saje je post entry nie..tetiba dapat ilham..ehehehehehe..ikhlas dari dak kecik yang suke buat awan...

Saturday, October 23, 2010

Emak Dan Kanser


Seperti yg sy beritahu sebelum ini, emak sy memang menghidap penyakit kanser yg merupakan pembunuh No.1 kebanyakkan wanita...
Dalam keluarga kami emak saya lah satu-satunya yang menghidap penyakit ini..
Jadi kami sekeluarga sangat sedih dan terkejut..
Pada mulanya Dr menyangkakan ianya hanyalah ketulan ketumbuhan biasa jadi katanya emak hanya perlu melakukan pembedahan kecil sahaja..
Tetapi semasa hari pembedahan di lakukan barulah kami di beritahu yang rupanya ketulan ketumbuhan tersebut adalah sel kanser yang telah membiak..
Saya sangat sedih kerana takut kehilangan emak..
Lebih-lebih lagi saya merupakan anak tunggal..
Tak dapat di bayangkan bagaimana nak hidup kalau emak tak ada..
Di luar dewan bedah saya sentiasa membaca surah Yassin dan lain-lain surah serta berdoa semoga emak selamat..
Sekarang emak dah pun menjalani pembedahan membuang sel kanser pada  31 Mei 2010..
Alhamdulilah emak selamat..Syukur pada Allah SWT..
Kini emak telah menjalani 4 kali sesi kimoterapi dan ada 2 lagi sesi kimoterapi..
Kesemuanya 6 sesi kimoterapi..
Tapi kalau lah kesihatan tak beransur pulih sesi kimoterapi perlu di tambah lagi..
Sekarang juga emak kena ulang-alik HSA dan HSI untuk wat checkup dan kimo..
Serta Klinik yg berdekatan dengan umah sy nie utk buat dressing luka pembedahan..
Kini luka pembedahan tue dah beransur pulih tapi belum pulih sepenuhnya..
Pada tahun hadapan pula emak perlu menjalani rawatan radioterapi selama 30 hari beturut-turut..
Kesan daripada rawatan kimoterapi tue emak sy selalu pening kepala, hilang selera makan,
berat badan pun dah berkurangan sebanyak 10 kg, rambut pun gugur, kuku tangan dan kaki bertukar wana kebiru-biruan..
Selepas dari rawatan kimoterapi yang ke empat, selera makan langsung tidak ada..
Sehingga hari ini emak sy langsung tak mahu makan nasi..
Dia cuma minum susu Anlene pagi dan petang, jus carrot pada tengah hari serta makan buah-buahan(anggur,epal dan buah-buahan tempatan) sahaja dan banyak minum air putih..
Kalau sebelum nie mak makan juga nasi tapi tak boleh makan yang beminyak dan berlemak..
Lauk mak hanyalah ikan masak asam rebus  dan sayur-sayuran berdaun hijau sahaja..
Tapi emak lebih suka makan sayur-sayuran berdaun hijau..
Tapi kini selepas sesi kimoterapi kali keempat emak langsung tidak mahu mejamah sebutir nasi..
Ini yang menyebabkan saya bertambah risau..
Pada 20hb 10. 2010 sy temankan emak buat checkup kat HSA..
Setelah keluar dari bilik Dr emak kelihatan muram..
Sesampainya di rumah emak banyak termenung dan tak banyak bercakap..
Bila saya tanya kenapa dia tidak mahu beritahu saya pula..
Nie yang menyebabkan saya betambah risau dan sedih dengan keadaan emak saya..
Penyakit macam nie memang memerlukan banyak wang..
Untuk sesi rawatan dan ubat-ubatan serta tambang pergi balik ke hospital..
Penyakit seperti ini juga memrlukan tempoh masa yang lama untuk pulih..
Pesakit juga perlukan sokongan dan dorongan serta kata-kata semangat daripada orang sekeliling..
Tapi nasib baiklah emak saya nie jenis orang yang sabar, tabah dan kuat semangat serta tak mudah putus asa..
Dia juga berpesan pada saya:
"sekiranya dia tidak ada jaga diri baik-baik dan carilah pasangan hidup yang boleh membimbing saya dan menyayangi saya..emak juga berpesan supaya saya teruskan kehidupan dengan sabar, tabah dan kuat semangat serta jangan jadi orang yang sombong bila dah berjaya. Emak doakan supaya saya berjaya mencapai cita-cita dan menjadi orang yang berguna"
Emak juga mahu sampai kan pesanan pada semua yang mengenali dirinya:
" Emak ingin meminta maaf sekiranya ada apa-apa kesilapan yang pernah dilakukan sepanjang hayatnya terhadap anda semua dan halalkan lah makan dan minumnya sekiranya ada"

Pesan saya kepada emak:-
" Emak, janganlah cakap macam tue..emak jangalah tiggalkan iera..kalau emak tinggalkan iera siapa lagi tempat iera nak mengadu nak manja-manja..siapa yang nak bagi nasihat dan bimbingan kat iera..siapa yang nak bagi kata-kata semangat kat iera..Iera doakan semoga mak cepat sembuh..emak harus kuat dan tabah dan jangan sesekali megalah..Mak maafkan iera sebab iera banyak sakit kan hati mak dan kadang-kadang buat mak kecewa..Iera janji akan jadi anak yang baik untuk mak dan iera akan jaga diri iera dan nama keluarga kita..Emak, jangan tinggalkan iera..sebab iera belum sempat nak balas semua jasa dan pengorbanan mak..Bagilah iera peluang untuk balas jasa mak..tunaikan hajat mak nak pegi langkawi, nak tengok iera ada kereta dan rumah sendiri..iera pun bercita-cita nak belikan emak dan ayah rumah..Jadi, tolonglah bagi iera peluang untuk bersama emak..sebab iera sayang emak sangat-sangat..."

Pesanan Saya kepada anda semua:
"Doakanlah emak saya cepat sembuh..sebab saya sayang dia sangat-sangat..Kepada sesiapa jua yang telah melawat emak saya dari sebelum dia di masukkan ke hospital hingga ke hari ini dan yang menghulurkan sumbangan saya sekeluarga ingin mengucapkan ribuan terimakasih yang tak terhingga.Jasa anda semua akan tetap kami kenang, kami doakan agar anda bertamabh rezeki dan panjang umur"

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...