Translate

Thursday, November 18, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha..


Dikesempatan ini saya ingin mengucapakan selamat hari raya aidil adha kepada semua yang mengenali diri saya ini dan kepada semua pemca dan pengunjung blog yang beragama islam..
Hari Raya Aidil Adha atau juga dikenali sebagai hari raya qurban ini telah pun mendidik kita supaya berkorban..
Iaitu berkorban melakukan sesuatu yang baik untuk kepentingan dan kebaikkan semua masyarakat..
Islam adalah agama yang indah..
dengan adanya ibadah qurban dan akikah dapatlah golongan yang berkemampuan memberikan sumbangan daging qurban / akikah tersebut kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan makanan yang berzat kerana kekangan kewangan...
Justeru dengan itu amalan ini akan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita,
serta mendidik kita supaya beramal dan bersedekah jariah serta kepada golongan yang kurang berkemampuan..
Ianya juga mendidik kita supaya mengamalkan budaya saling bantu memabntu, prihatin serta saling bertolak ansur...
Jadi sama-samalah kita tak kira kaya atau miskin dapat meraikan hari raya ini dan menikmatinya besama-sama...
Selain daripada ibadah qurban dan akikah pada hari raya aidil adha juga umat Islam diseluruh dunia pastinya berpusu-pusu membanjiri kota mekkah bagi menunaikan rukun Islam ke lima iaitu ibadah Haji
Ps:- saya berharap suatu hari nanti saya akan dapat melkasanakan ibadah qurban dan akikah serta dapat menunaikan ibadah umrah dan haji..saya harap cita-cita murni saya nie tercapai..
Nota kaki: kepada teman-teman yang melaksanakan ibadah qurban da akikah kalau makan daging tue ingat-ingatlah saya di sini ye..(^_^)


No comments:

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...