Dalam entry kali ini saya ingin berkongsi pendapat dan pandangan saya mengenai tomboy, pengkid dan lesbian. Agak sesnsitif sedikit isunya, tapi saya rasakan amat perlu untuk berkongsi pendapat ini.
Tomboy:-
Mereka ialah wanita atau gadis yang berperwatakan seperti lelaki. Malah kecenderungan dan minat mereka juga menyerupai orang lelaki. Tingkah laku kasar, ganas dan lasak. Gaya pemikiran malah tutur kata juga menyerupaia lelaki. Gemar berambut pendek dan berhias diri seperti lelaki. Tidak semestinya seorang tomboy itu adalah pengkid / mengamalkan hubungan songsang iaitu lesbian. Ramai juga tomboy yang masih normal nalurinya terhadap lelaki, cuma mereka ini haya berperwatakan kasar dan menyerupai lelaki sahaja.
Pengkid:-
Sama seperti golongan tomboy, mereka juga adalah gadis yang meneyrupai lelaki dari segi penampilan, cara jalan, tutur kata, cara pemikiran dan kecenderungan minat. Cuma ciri-ciri ini lebih kelihatan jelas pada golongan pengkid. Ramai juga antara golongan ini yang mempunyai “awek” / teman wanita dan mengamalkan hubungan ongang yang terlarang iaitu lesbian.
Lesbian:-
Golongan wanita atau gadis yang meminati / mencintai kaum sejenis dan mengamalkan hubungan sejenis. Tidak semestinya seorang yang mengamalkan hubungan lesbian itu adalah seorang yang berperwtaakan kasar seperti tomboy /lesbian sahaja, tapi ada juga mereka yang berperwatakan feminin memilih untuk jatuh cinta dan menagamalkan hubungan terlarang ini.
Antara sebab-sebab menjadi seperti ini:-
-Kurangnya pegangan agama.
-Faktor pergaulan dan keadaan sekeliling.
-Kecenderungan minat untuk menjadi lelaki yang melebihi untuk menjadi perempuan.
-Naluri dan kata hati untuk menjadi begitu.
-Pengaruh rakan
-Istitusi kekeluargaan / rumahtangga yang goyah.
-Trauma pada masa lampau.
-Pernah di buli / di dera oleh golongan lelaki sama ada secara mental, fizikal mahupun seksual (pernah dirogol/ dicabul etc).
-Pernah mendapat layanan yang buruk dari segi kata-kata mahupun tingkah laku oleh lelaki yang berada di sekelilingnya sama ada ayah, suami, adik beradik dan kawan sebagainya. Perkara-perkara begini lah yang menjadikannya menyimpan dendam lalu memilih untuk “bertukar menjadi lelaki”.
Walau apa pun alasannya, apa yang jelas terlarang itu akan tetap tidak boleh di lakukan sama sekali. Malah dalam Islam, hubungan sesama jenis seperti lesbian ini adalah amat di larang keras sama sekali dan wanita juga tidak boleh menyerupai lelaki begitu juga sebaliknya.
Tapi, janganlah kita pencilkan golongan seperti ini. Harusnya kita dekati mereka dan bawa mereka untuk berubah ke arah kebaikkan dan bukannya hanya memandang serong dan sinis sahaja. Contohnya, jika kita melihat seseorang yang ingin terjun dari tebing yang tinggi untuk membunuh diri, adakah kita akan menolaknya supaya cepat terjatuh dan mati atau kita hanya lihat dan memerhati sahaja tanpa ada langsung rasa mahu mengambil peduli atau kita akan menghulurkan tangan membantunya supaya tidak terjatuh dan menasihatinya supaya tidak membunuh diri? Bukankah lebih baik kita menolongnya dari kita pula menolaknya agar cepat terjatuh atau hanya kita memerhati sahaja..?
Jadi jika kita terus-terusan menjauhkan diri dan enggan membantu. Maka tak mustahil mereka akan terus-terusan menjadi begitu kerana tiada siapa yang ambil peduli dan tiada siapa pula yang memberi nasihat. Dan janganlah kita bersikap memilih-milih. Ya, benar kita harus bijak memilih kawan. Tapi jika kita punya kawan yang perlu dibantu dan di beri nasihat, adakah bagus untuk kita memulaukannya keseorangan terkapai-kapai necari jalan kebenaran? Bukankah lebih baik kita memberi nasihat dan bantuan kepada mereka untuk berubah mencari jalan kebenaran itu...?
Sekasar-kasar mana pun mereka, mereka masih lagi seorang wanita. Dan lumrah perangai seorang wanita itu walaupun kasar mana, walupun degil mana pun dia masih boleh jua dia menitiskan air mata jika hatinya tersentuh. Masih juga punya sisi lembut dalam jiwa dan hati nuraninya. Maka tak mustahil untuk mereka ini berubah menjadi lebih baik..Cuma kita harus memberikan mereka peluang untuk memperbaiki diri..Dan janganlah kita terus-terusan memandang sinis apabila mereka mahu berubah menjadi baik dan bertaubat..
PS:- Entry ini hanyalah ulasan dan pandangan peribadi penulis blog ini. Penulis blog ini bukanlah seorang yang tomboy/pengkid/lesbian. Cuma memberi pandangan peribadi terhadap topik ini selepas di minta ulas mengenai nya oleh para readers yang menghantar e-mel kepada nya. Kredit gambar kepada google image.
29 comments:
harapnye golongan nih dberi petunjuk dan hidayah supaya dapat kembali ke pangkal jalan.ade jugak sorang kawan yg pengkid.hu3
saya tak boleh terima pengkid yg sebab ikuti trend. naik jelak dah. :(
SEMOGA MEREKA SEDAR DAN KEMBALI KE PANGKAL JALAN
salam..
kepada sesiapa yg mengamalkan hubungan terlarang dan di luar tabie manusia tu..sedar dan kembali ke pangkal jalan..
dh tunggang terbalek dunia skunk ni kan ...x termasuk gay lagi tu
sush nk tegur dorg, kena MAKI nanti...huhuhu..mampu berdoa semoga tuhan xpesong kan aty mereka :(
aleen aiden:- yup, bersamalah kita doakn smoga mereka berubah ke arah kebenaran ye..
Namee Roslan :- tahu takpe...sepatutnya kena bersyukur dilahirkan sebagai perempuan..
bobiedanbad:-yup, same-samelah kt doakn mereka ye..
sekamar rindu :-yup, harapnya begitulah..semoga mereka semua sedar..
khairul :- tahu atkep, yang lelaki jadi gay, yg perempaun jadi lebian..dah terablik dah...
ctk:- walaupun mereka nie namapak kasar, tapi hakikatnya mereka masih boleh di lentur lagi...
salam...
topic ni mnarik,sy da jdi tomboy slma 7 thun ,btul la smua stuff llki yg d mnat(feminim no way!!)tpi sy bi(ska k2nya)tpi sy x prnah nak buat bnda yg tak ssnonoh tu. keadaan sy hdup x mw mti pn x mw.skang ni sy da mla tutup skit2, nak brubah(doakn)da 2 thun da brjya..tpi sometime tu klu jln2 jmpa geng2 lma da jak bisikn2 yg ssah nak dijlaskan...ksimpulannya ssh jga nak brubh.
orang malaysia ni kalau buat topik pasal pengkid lesbian dan tomboy, mesti dia asingkan tomboi dari lesbian. sebenarnya tomboi tu adalah sebahagian dari lesbian juga, bukan semua tomboi minat lelaki, ada juga yang minat dan suka perempuan. hehehe admin kena buat kajian lebih sikit pasal isu ni sebab tak boleh mai cedok baca dari sesetengah pendapat dan kajian saja. kalau di luar negara, pengkid ni kategori butch-lesbian yang paling dominan dan kasar. andro ni cam butch tapi lebih feminin.
devin hu: really..? 7 tahun lama jugak tue...sy doakan smoga kamu diberi kekuatan utk terus berubah kerah yg positif..:)
hanz png : thanks sbb sudi comment kat sini..
btw, sy tulis entry nie bukan hasil idea cedok dari mana2 pembacaan semata2 tapi bersandarkan pengalaman..
tak semua tomboi itu lebsbian, sebab ada jer yg masih suka lelaki cuma mereka berperwatakan kasar dan lebih gemar menjadi "imej lelaki"...dan sy tak nafikan mmg ada tomboi yg mengamalkn hubungan lesbian..
salam
aku khai..aku msuk blog nie utk mintak pendapat dan nasihat dr u all yg mane ariff baek agama r dlm hal nie..
act aku da kawen..n my wife mmg dr awl lg aku tau die adalah pengkid..she's have gf n mayb till now..aku cube utk bwak isteri aku balik ke pangkal jalan..n jgak gf die..cume aku da bntu,,
now wife aku da mula bnci pd aku since die tau die da preggy..bmcm2 aku da buat..bmcm2 care aku da cube.,die mntak cerai..cume pd fkran aku, klau aku kawen dlu dgn niat utk bwk isteri aku balik ke jalan bnar,same lah skrng aku pkir aku xkn ceraikan isteri aku tkut die jadi lg truk..shes keep said, die xleh trime aku wlpon da cube..
mintak pendapat dr smua..aku bkn lah malaikat..cume aku sdrik xtau knp hati aku kesian dgn golongan cm gni..plz advcie n appreciate klau u all bleh comment personallly to my personal mail..mkhnawawi@gmail.com..
thanks alot
salam
SSH DIORG NI NK BRUBAH.. PENAH KENA.. TAU BACKGROUND LESS.. INGTKN NK BRUBAH TP STILL CMTU JGK..
sy sblum ni rapat dgn tomboy,dia mngaku.jtuh hti dgn sy sejak kmi duk skelas n stdy group sma2,lps tu dh x rapat sbb dia cmburu sy contact dgn my ex bf,lps tu dia mnyepi,niat sy brkwn mmg nk dakwah dia,tp dia ckp,"ikut suka",so sy skrg brkwn dgn pengkid,dpt knl dua pengkid,dua2 nk couple dgn sy,malah smlm sggup brtumbuk,sbb dorg nk dptkn cinta sy,sdih la.pmpuan2 brebut krana pmpuan..tp skrg dua2 sy anggap mcm adk sbb dorg muda stahun drpd sy,tp nmpk je pengkid,sorg stdy matriks n sorg anak polis..bakal doktor n polis tau.haha.dorg tau psl agama,cma.blum ade org yg dpt bimbing dorg ke jln yg benar,so sy hrap sy mampu bimbing dorg jd pmpuan sejati.wish me luck k?
hi..im a gurl n saya baru je lepas putus dgn gurl..sgt sakit..actually saya ni bkn lesbian..ntah mcm mane saya da terhanyut dgn prasaan sy suke kat bdk tu..stahun da pun..lgsung tak pkir dosa besar yg saya dpt..sy tak pkir kuarga sy..huhu..msti dieorg sedih sgtt...smpai la die putus kan sy..sbb gurl lain..sy sakit sgt..hampir 4 bln sy mnangis n mrayu pada die...bodohkan? dah la die christian...puiihhh...skang die ngan gurl muslim gak..bertudung...sian pompuan tu..hub gurl n gurl mmg takkan kemane..msti satu hr nnt gurl tu kne tggal gak..huhu...skang sy sdar..Allah tau pe yg terbaik..sbb tu die buat bdk tu putuskan sy...sakit sy skang mgkin utk mghapus dosa yg sy lakukan...haih...cume skarang sy berdoa Allah buka pntu ati sy utk terima seorg lelaki..n mngurniakan sy lelaki yg boleh membimbing sy ke arah kebaikan..n harap dipermudahkan =))
even mereka mcm tue tapi mereka xpernah susahkan orang laenkan ? seharusnya kita membantu menyedarkan mereka.. bknnya turut serta menghina merekakan (:
Sy juga pnh hnyut... Pnh jd pngkid.. N pnh cpel nan gurls.. Ramai yg sy cpel.. Tp smpai 1 tahap sy rasa brdosa teramat sgt.. Da sy kembali ke pngkuan .. Alhamdulilah sy sudah pn berumah tangga.. Walaupun masih ada sifat kasar... Husband ay trima sy seadanya.. Setiap manusia boleh berubah.. Terpulang pd diri sndiri..
Aku dlu nak dikata lesbian tu entah la,tapi sejak aku masuk u aku pasti ada peminat perempuan,aku xla layan peminat2 aku ni,tp tiba2 aku ada adk angkat tnpa dirancg,hubungan kami jadi rapat ats sebab tertntu ..entah mcm mna dr adk angkt bole jd ada something happen. Tiba2 aku n dia jd special..sperti pasangan kekasih.b4 that xpernah pun aku or dia ada hubungan istrimewa dgn mana2 perempuan,maybe sifat aku yg sgt caring tu buat kami terlanjur perasaan dan dia pun xde kakak..dlm 4bulan juga bergelumang dosa,terus terang aku xbahagia pun buat kerja terkutuk tu,rasa bersalah slama ada hubungan tu,n kami pun hari2 bergaduh sebab dia sgt cemburu,sehingga aku jd fedup tp syg tetap syg dia,tetapi Allah tu nak uji aku,adk angkat aku yg angkat kaki dulu tp bukan sebab ada kekasih prmpn lain tapi sebab dia xnak lagi hidup songsang,hidup aku ibarat dah gelap masa tu..hilang segalanya,kerana kecewa aku gagal dalam degree ku di IPTA,aku cuba lawan perasaan,cuba lupakan dia,aku seorang yang jaga solat,maybe ini cara Allah uji aku.aku nekad perbaiki diri,cari diri aku yg sebelum tu..kadang2 aku hairan,aku ni lesbian ke???skg aku mempunyai kerjaya,mempunyai seorang SUAMI yg aku sangat aku cintai..alhamdulilah ingatan aku bukan untuk dia,aku ada kehidupan sendri..siapa kata manusia xboleh berubah menjadi lebih baik..pangkalnya kepada hati,kemahuan,usaha berterusan..semoga Allah melindungi diri kita dan keluarga kita.insyaAllah
salam. aq gurl.. aq jd tomboi since sekola lg. even aq bdax sukan, aq tetap msok ape2 pertndingn tilawah quran n nasyed smpai peringkat keb. yew, mmg kdg2 aq ase bdosa sgt. but bnde tu xlme.. n then aq wt blik.. pas abes skola, aq dok kl ngn kwan2 aq, sjk 2 la aq kapel ngn pmpuan. sries mmg aq xda hati kt pmpuan sbb aq sdar aq pmpuan. spnjg kpel ngn beberape org gurl ni, aq byk sakitkn haty diorang, maenkn perasaab, maki2 n hmpir naek tgn ngn sorg awek ni.. aq bukan lh mcm tomboi n pengkid laen yg ksar n gnas. but aq jnis nakal2..skrg aq try berubh slow but aq tkot bnde yg aq wt kt dorang kn dtg blik kt aq... aq xske kapel ngn pmpuan n aq xnk kapel ngn laki.. jdohku dah tertulis d luhmahfuz
So mcm mne ngan ketegori dyke lesbian nie... Dyke lesbian bukan mcm pengkid mahu ke arah mnjd jantan kononnye...cari sexsual bye pn berbeza Dari lesbian...sya Ade beberape kwn pengkid yg lagaknye jantan...sya x berape suke cara dorg blebih2....cara dorg sexual mmg mcm lelaki mengunakn dildo ITU....dorg buat pengakuan dorg bukannye lesbian..maka dyke lesbian or girl maskulin adalah lesbian berbanding butch dimalaysia
Ak dlu seorg penkid,sjak dr kecik ak mmg mnat pmpuan.bmula sek men ak mula couple ngn pmpuan,kdang2 ak bwk blik diorng umh famili ak time hjung mggu, dsbbkn ak sek asrama kerap kali tkar couple penah kantoi dgn wrden ak n psgn ak,shinggalh slh seorg jd sista in law skrg,slpas tu ak g blaja ipts kl hidup mkin trok..hbs blaja ak kje di sykt pgeluaran still couple ngn pmpuan kmudian dlm bbrpa thun ak dpt job gov,hub ngn couple ak bkurang..shinggalh ak knal ngn seorg guy,wlupun ak dh tunang ngn dia prasaan syg or rindu xpenah wjud,ak da cba utk bkakan ht ak utk tnang ak tp xdpt..lbih2 lg skrg ad bdak pmpuan praktik tmpt ak,feel ak pd pmpuan dtg blik,even ak solat doa jauhkn prsaan mgarut ni,tp still xblh hlang..ak rsa mcm nk gle siang mlm trigtkn pmpuAn tuh..ak cter keadaan ak pd mber ak,diorng pn xthu nk bt cmne,so klu korang yg baca kisah ak plz gv me advice how to make my life normal back leave msg jcy_2888@yahoo.com tq for helping
hi.. actually saya dah 10tahun hidup dlm golongan ni smpai sekarang.. bkn masa yg singkat bukan..smpaikan aku hilang dara di tgn kaum sejenis aku sendirI,tipu la klau aku ckp skrg aku x myesal.. tapi dah xde guna.. tapi demi Allah aku nak berubah..:) tapi aku xtau nak bermula dari mana.. ada sesiapa blh bantu? Please..
Pengkid & Tomboy
Bagi pandangan sya,mereka nampak unik... freedom human... laki jadi pondan pun nampak unik...
Sebab mereka ada perwatakan sendiri bukan dibuat2... so ttg hukum haram nya... biarlah mereka sendiri yg tanggong... sbb bukan kita... just a look the eyes... and give a smile... pada mereka ini... manusia jugak kan...
#sya pernah jadi tomboy bercinta dgn awek
#dan syg pernah jugak bercinta dgn tomboy..
#lesbian pun pernah jugak...
***sekarang ni, sya tengok mereka shj.. tegur dgn senyuman...sbb tomboy is cute n hensem... hati lembut walaupun nampak kasar... 😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂
Sy pn suke perempuan tp malu nk dedahkn. Sy kawin dn ada anak tp sy tetap minat pd prmpuan. Lelaki x dpt bahagiakn sy
Sy pn suke prmpuan. Tp sy kawin dn ada anak. Sy tetap suke prmpuan tp malu nk luahkn
Actually..i'm kind of pengkid jgk..penah kapel dlm 7 tahun..selama dgn dia,byk sgt bntu saya utk bjaya..smpai skg masih syg dkt dia..tp hbgn tu dh berubah..jd kakak n adik..skg ni dh xde fokus nk kapel..fokus nk bina masa depan je..ttg prasaan tu, masih ada tp tak boleh nk lyn sgt..byk sgt ujian dtg..
Assalamualaikum..
Sy juga punya perasaan sma wanita lain.
Start umo 14 thun tapi x layan smpailah umr 20 ni ..mmg dah x mampu nak kawal dah.skrang ntah sy dah pandai cari pasangan.on the sport pula dpat huhu..sy nak berubah tapi sy x kuat
Sy bkn less.. Sy bkn tomboy..
Tp da 6 thn sy buat prkara trlarang itu..
& hnya dgn sorg tu, xde y k2, mhupn yg k3..
Bl brsama kengkwn xde rasa lain juz dgn someone tu sy trkku,trpsona.
Kami dh buat mcm2 cra nk hntikn hbgn kmi tp still x mmpu wlaupon msg2 duk jauh..
Fmly thu ktaorg rpt tp xpnh mngesyaki hbgn trlrg itu..
Ples! Help me
I read this post in 2020
Post a Comment