Translate

Monday, November 7, 2011

Puisi:- Lambaian Kaabah...


Aku teringin mahu menjejakkan kaki ke situ..
Entah aku tak pasti bila..
Entah, aku jua tak pasti adakah aku layak ke situ..
Kerana aku insan kerdil di muka bumi ini sering melakukan khilaf dan dosa..
Adakah aku layak untuk terpilih menjadi tetamu-Nya suatu hari nanti...?
Aku masih berharap dan terus berdoa agar-cita-citaku ini menjadi suatu kenyataan yang pasti..
Ini bukan angan-angan kosong yang tak bererti dan sia-sia..
Ini adalah impian penuh harapn dari jiwa kecil seorang insan...
Aku mahu bersama mereka semua,  berhimpun untuk melaksanakan ibadah kepada Allah SWT..
Apa yang pasti aku teringin benar melihat keindahan Kota Mekkah..
Ingin benar menyaksikan Kaabah yang tersergam indah..
Teringin benar mahu bersolat di Masjidil Haram...
Kaki ini mahu benar pergi ke makam Rasulullah SAW..
Tapi apakah aku mampu...?
Tapi adakah aku terdaya mahu ke situ...?
Tapi adakah nanti aku terpilih untuk menjadi insan terpilih yang bertuah itu...?




Ps:- Puisi ini adalah hasil nukilan sepenuhnya penulis blog ini(http:merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang bentuk penerbitan semula adalah di larang sama sekali. Hak cipta Terpelihara. Sumber gambar google image..Di kesempatan ini saya ngin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua Umat Islam di seluruh dunia..(^__^)

9 comments:

Hizami Li said...

aku pon nak ke situ. :D

ctk said...

smOga tercapai impianmu...sesiapa saja bOleh melangkah kesana aslkan betul niatmu...salam aidiladha :)

Cik Ecah said...

selamat hari raya Qorban :)
pandai awk berpuisi...

Namee Roslan said...

teringin. ingat lepas kahwin nak pergi umrah. InsyaAllah :) selamat hari raya :)

Anonymous said...

Aku juga ingin ke sana.
Tapi sudah terang lagi bersuluh,
Ia tidak akan menerima kedatanganku.
Jika kaki ini sampai di sana,
Apakah bisa aku melunaskan dosa-dosaku?

Cik Amni said...

teringin jugak.. sedang kumpul duit.. hee...

Ros said...

Salam ,

Sedap betoi puisi ni....tersentuh jiwa dan raga Kak Ros...

sobri yaacob said...

insaalah hrap 1 hri dpt jejak kat tnah sci :)

Sya_Merpati Putih 88 said...

Hizami Rahim :-sy doakn semoga cita-cita murni itu tercapai..

ctk :- terima kasih ye...=)

Namee Roslan:- terima kasih sy doakn namee juga dpt pergi..

Awan Biru:-jgnlah berkata begitu...InsyaAllh jika ade usaha dan rezeki awk akn kesana..Sy doakn awk dpt pergi ke sana..

~tiada manusia yg terlepas dari melakukan dosa, apa yg penting kt kena berubah dan bertaubat...



Amni :- mari sam-sama kita usahakn utk ke sana...sy doakn awk berjaya ke sana satu hari nanti...=)

Ros :- terima kasih kak ros..=)

sobri yaacob :- yup, sama-samalah kt berusaha utk kesana ye..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...