Hai Semua...
Pernahkah kamu berfikir atau terfikir tentang telinga, mata dan mulut...?
Tiga anggota ini adalah antara deria yang paling penting sekali iaitu mendengar, melihat dan merasa / bercakap..
Tapi terfikirkah oleh kita adakah kita menggunakan ketiga-tiganya sebaik mungkin..?
Adakah kita menghargai dan mensyukuri atas nikmat yang kita punya ini..?
Ramai juga manusia yang menyalah gunakannya, digunakan ketiga-tiga organ ini untuk menyebarkan fitnah, khabar angin atau gossip dan juga mengumpat, megutuk, atau menghina..
Telingannya sangat suka mendengar berita yang tidak benar, suka dan gembira sekali mendengar kesusahan orang lain, sangat senang mendengar berita kejatuhan orang lain, sangat seronok mendengar perkhabaran kelemahan orang lain. Matanya pula apa bila terlihat sesuatu yang tidak patut dilihat maka makin di besarkan matanya supaya dapat melihat perkara yang tidak elok itu dengan jelas dan bukannya dia menundukkan pandangan. Malah mahu menenungnya dan melihatnya dengan pandangan mata yang meneliti keseluruhan isi dalamnya, meneliti dan mulalah berimajinasi pula..Apabila terlihat kekurangan pada fizikal orang mula lah menghinanya..Apbila terlihat kesusahan ornag, bukan dia mahu membantu malah dia mengherdik, menyindir dna mngutuk orang itu pula..Konon dia sahajalah orang terhormat di muka bumi ini..Sentiasa sahaja melihat kekurangan orang lain..Mulutnya pula tak henti-henti mengumpat, mengutuk orang lain..Di gunakan mulutnya itu untuk menyebarkan gossip ke sana kemari..Di gunakan ia untuk mentertawakan kelemahan orang lain..Padanya dia sahaja lah orang yang paling sempurna..
Tapi pernah kah terikir akan manusia yang seperti ini bahawa ketiga-tiga organ ini terletaknya di kepala. Ya, dekat pula dengan akal kita. Tujuannya untuk apa..? Supaya kita berfikir sebelum menilai atau menegelurakan sesuatu andaian atau sesuatu perkataan. Agar kita tak tersungukur dengan kejahatan mata, telinga dan mulut sendiri.. Agar kita sentiasa berfikir bahawa tiada manusia biasa yang sempurna dan agar kita berfikir kekhilafan diri kita terlebih dahulu sebelum kita asyik sahaja melihat keburukkan dan kelemahan individu lain.
Apa yang kita lihat dan apa yang kita dengar, jangalah terus di serap dan di percaya sepenuhnya. Kerana boleh jadi kejadian sebenar tidaklah sebegitu, ia boleh jadi di tokok tambah untuk menyedapkan cerita fitnah yang sedang di jaja kesana kemari. Zaman sekarang ini sudah moden, dengan segala teknologi yang ada pada hari ini seglanya boleh di tokok tambah dengan lebih mudah dan pantas sahaja.Jadi,jangan cepat membuat penilaian terhadap sesuatu jika kita tidak berada di situasi itu. Kerana jika penilaian kita itu silap, maka nyatanya kita sudah memfitnah, jika perkara itu betul maka kita pula sudah membuka aib orang lain.
Jika kita tidak suka orang lain memberi perspektif negatif kepada kita, maka kita juga tak patut memberi perspektif negatif kepada orang lain.Jika kita mahu orang lain menjaga hati dan perasaan kita serta menjaga air muka kita, maka halnya sama juga sama dengan orang lain, dia juga pasti tidak suka aibnya dibuka dan di cemari..
.
Translate
Wednesday, November 30, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Special Notes For My Dear Darling
"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,
Your voice is sweet like music that calms my lonely world,
Your hands is my protection from hurt deep down inside,
4 comments:
perlu berhati2
entry yg bgs untuk ingatkn lain untuk bersyukur :)
lumrah manusia .
Anisa Hang Tuah :- yup betul tue, berfikir sebelum bertindak itu perlu..
Saiazuan :-yup, kt kena bersyukur dgn apa yg kt ade.. btw, terima kasih ye zuan..
Nalisa Syahira:-yup, mmg ramai yg bersikap seperti itu..tapi haruslah berubah kearah yg positif kn..btw, terima kasih sudi singgah blog sy..=)
Post a Comment