Translate

Sunday, January 29, 2012

Masih Punya Ibu Bapa..? Bersyukurlah...



   Semua pasti tahu, ibu bapa adalah sangat penting untuk di sayangi dan di hormati. Tapi kadang kala kita sebagai anak adakalanya menguris hati ibu ayah. Tak kiralah sama ada melalui tingkah laku kita atau pun tutur kata. Mungkin kita terlalu sibuk dengan tanggungjawab sebagai pelajar atau pekerja maka adakalanya masa terluang untuk kedua ibu dan ayah semakin kurang.

  Pada masa kini, semuanya terlalu pantas dan dunia hari ini sepertinya lebih ke arah materialistik. Hampir segalanya perlukan duit. Semakin hari semakin sibuk dengan urusan mencari wang. Maka tidak mustahil bagi sesetengah orang untuk meletakkan ibu bapa mereka di pusat jagaan orang tua-tua. Ada yang berkata ianya tidak menjadi satu kesalahan, ini semua kerana kekangan masa untuk menjaga mereka. Katanya lebih baik jika ibu dan ayah di letakkan di pusat jagaan sebegitu, kerana mereka sangat sibuk dengan kerja serta mana mungkin untuk berhenti kerja sema-mata mahu menjaga ibu dan ayah. Namun ada pula yang tidak bersetuju, kerana ibu bapa perlulah dijaga oleh anak-anak mereka, sebagaiman ibu bapa kita dahlu menjaga kita semasa kecil.


      Walaupun siapa ibu bapa kita, apa jua pekerjaan mereka kita sebagi anak sangat perlu untuk menghormati dan menjaga hati mereka. Kerana tanpa mereka kita takkan lahir ke dunia ini. Walau sesibuk mana pun kita dengan tugas-tugasan harian, tak salah jika kita luangkan sedikit masa terluang untuk bersama kedua ibu bapa. Bawalah mereka bersiar-siar atau luangkan masa di rumah bersama-sama. Ibu bapa bukan perlukan duit balasan dari kita tapi mereka perlukan kasih sayang dan perhatian dari kita. Bagi kita yang sudah bekerja, memberi wang dan menyediakan keperlaun haraian ibu bapa adalah tanggungjawab kita sebagai anak. Janganlah hanya kerana kita telah memberi keperluan dari segi material itu, maka kita anggap sudah tidak perlu meluangkan masa bersama mereka. Ibu bapa pasti bersa sedih jika hanya di beri wang bulanan tapi kit a sebagai anak langsung tidak pernah mahu melawat mereka di kampung halamana. Serta lebih sedih lagi jika mereka di biarkan tinggal bersendirian, sakit pening sendiri.


  Lebih menyayat hati lagi jika ibu bapa menghembuskan nafas terakhir tanpa anaknya di sisi. Untuk berasa terkilan pasti sudah tidak berguna lagi. Gunakanalah masa yang kita ada ini untuk meluangkan masa bersama keluarga kita. Bersyukurlah kita kerana kita masih punya ibu dan bapa, malah di pelihara dengan baik dan di besarkan oleh mereka. Pernah tak kita terfikir bagaimana rasanya mereka yang lahir sahaja ke dunia sudah tidak punya ibu dan bapa, serta hidup pula bersendirian tanpa kasih sayang dari mereka...? Oleh itu, kenapa kita mahu memberi alasan itu dan ini untuk meluangkan masa bersam ibu bapa..? Mengapa ada antara kitayang pingggirkan ibu bapa sendirian di rumah orang-orang tua..? Kenapa tidak di syukuri nikmat Tuhan yang memberi kita ruang dan peluang untuk bersama ibu bapa itu di gunakan sebaik-baiknya..? Harusnya dengan kesempatan yang masih ada ini,  hargailah segala jasa dan pengorbanan mereka yang takkan terbalas oleh kita...

Saya akui sebagai seorang anak, saya juga tidak terlepas dari mengguris hati ibu ayah dan melakukan kesilapan dengan tingkah laku saya yang adakalanya degil..Serta adakalanya saya juga sibuk dengan urusan kerjaya..Tapi saya akan berusaha untuk menjaga  mereka sebaik mungkin sedaya yang saya termampu.. Serta berusaha untuk mebuat mereka gembira serta tersenyum...Saya tak dapat bayangkan bagaimana hidup saya nanti jika mak dan ayah sudah tiada...


Mari tonton video ini:-
~Iklan Petronas- Surat Untuk Ayah~

Ps:- Entry ini adalah luahan saya sendiri, Kredit gambar google image, kredit video youtube.



3 comments:

sea_lavender said...

bersyukur insan yg di sayangi masih ada..apabila tiada 1 pnyesalan tdk terhingga.. huhu.. Alhamdulillah berusaha m'nunaikan mas'ul sbg ank sbaik mgkin.. Insya-Allah.. sme2 la kte saling m'ingtkn~

anys nadhilah said...

a'ahh , kadang2 tu, even nak jaga , tp still uat jugak , sedih :(

Namee Roslan said...

selalu tak sengaja lawan mak ayah.lepas tu kesal bila tgk drama tv yg tibe2 mak ayah dia mati. ish :( takut

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...