Tak mudah untuk melupakan sesuatu kenangan...
Tak kiralah kenagan pahit atau manis...
Kenangan suka atau duka...
Semalam yang telah kita tinggalkan tapi masih berbekas di dalam memori..
Sesuatu memori untuk di ingati...
Kadang-kadang sampai satu tahap, kamu akan rasa "kenapalah susah sangat nak lupakan memori itu? Bukankah lebih baik memori itu padam macam tue ajer..." Kamu harus faham, sesuatu memori memang tak mudah untuk kamu lupakan macam tue ajer. Nak padam kenangan masa lalu bukan semudah kamu padam tulisan di kertas menggunakan pemadam. Cuma yang paling penting kamu yang harus mengawal diri kamu bila berdepan kenangan masa lalu. Janganlah di jadikan kenangan masa lalu sebagai penjatuh semangat kamu untuk terus hidup.
Yang lalu biarkan berlalu, terima kenyataan dengan tabah. Yang baik di jadikan tauladan yang kurang baik di jadikan pengajaran. Jangan sesekali di ulangi kesilapan yang sama berkali-kali. Jadikan kesilapan masa lalu sebagai pemangkin untuk kamu berubah menjadi insan yang lebih baik, lebih berguna malah lebih berjaya pada hari ini dan masa depan. Belajarlah dari pengalaman yang pernah kamu lalui dan apa jua yang berada di sekeliling kamu. Tiada sesiapa yang boleh mengubah diri kamu melainkan diri kamu sendiri. Jadi untuk menjadi orang yang berjaya di masa hadapan kamu haruslah usahakan sesuatu. Usaha kamu itu biarlah ke arah positif, usahakan apa sahaja asalkan ianya tidaklah menyalahi undang-undang agama dan negara serta tak menyalahi tatasusila norma hidup sebagai manusia.
~Makan Basikal???~
~Kadang-kadang kita sangat perlu untuk berfikir di luar kotak biasa-biasa. Creative lah ckit!~
Jangan kerana nak jadi kaya, kamu sanggup tipu orang sana sini, makan rasuah, jual maruh harga diri dan sebagainya. Ya, kamu mungkin akan kaya, tapi rezeki kamu dan hidup kamu langsung tak berkat! Adakah itu yang kamu mahukan...? Jangan kerana cinta kamu sanggup lakukan perkara-perkara bodoh seperti berzina dan sebagainya. Itu kamu katakan cinta..? Kemudian bila dia dah jemu dia pergi tinggalkan kamu. Cinta kamu memang takkan di berkati kerana ianya tercemar dengan dosa dan noda! Jangan kerana kamu tak medapatkan sesuatu kamu sanggup menyimpan dendam kesumat di dalam hati, kamu sanggup melihat orang yang kamu musihi itu mati.Ya, baru puas hati kan..??? Tapi pernah tak kamu terfikir yang hati kamu takkan pernah tenang selepas itu...? Buat apa buang masa pikir cara nak balas dendam, dan buat apa buang masa buat benda yang jelas-jelas terlarang semata-mata nak puas kan hati sendiri? Sudahnya badan sendiri jugak yang merana kerana meringkuk dalam penjara, Itu ke yang kamu mahu..? Sanggup musnahkan masa depan sendiri demi kerana mahu memusnahkan masa depan orang lain..? Bukankah lebih elok jika kamu buktikan pada orang yang membuat kamu marah dan geram itu yang kamu juga boleh jadi lebih berjaya berbanding dirinya. Iaitu dengan cara ubah sikap kamu dan berusaha ke hadapan memajukan diri sendiri. Pasti satu hari dai akan kagum dengan diri kamu yang tabah dan tenang itu.
~Hey cube tengok belakang laptop ade meow comel!~(^___^)
Kadang kala menoleh kebelakang itu perlu, agar kamu tidak tersasar dan mengulangi kesilapan sama yang di lakukan di masa lalu pada masa kini. Setiap hari-hari yang kita lalui pasti akan meninggalkn seribu satu kenangan bagi diri kita pada masa depan, tak kiralah kenangan manis atau pahit. Jadi untuk mencipta kenangan yang manis dan kenangan baik untuk di kenangab, Kamu haruslah menjadi seorang insan yang menghargai setiap detik waktu yang kamu punya, jangan sia-sia kan waktu yang berlalu berjalan dengan sia-sia. Isikan ia dengan perkara berfaedah dan bermanfaat buat diri kamu, orang di sekeliling kamu dan generasi kamu yang akan datang. Jangan pula kamu lakukan perkara negatif , yang nyata bakal merosakkan masa depan kamu. Oh ya, bila sudah berjaya hargailah setiap usaha yang telah kamu usahakan, paling terutama sekali ialah bersyukurlah dengan segala limpah rahmat kurnia dari Allah SWT. Jangan pula bila sudah berjaya sombong dan lupakan Allah SWT. Harusnya, bila sudah berjaya bantulah orang yang perlukan bantuan. Jikan kamu punya kepandaian, kongsi lah ilmu yang kamu punya untuk manfaat bersama. Jika kamu punya rezeki lebih kongsilah bersama si miskin yang memerlukan bantuan, agar dia taklah terkapai sendiri mencari bantuan sesuap makanan!
Ps:-Entry hanyalah cetusan idea biasa dari penulis blog ini. Credit gambar google image
1 comment:
kalau lah otak dan ingatan kita ni macam computer..sennag je nk delete. hehe. tp apakan daya...memori itu dilupakan ikut peredaran masa :)
Post a Comment