Translate

Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Sunday, October 27, 2013

Puisi :- Kerana Duit...



Kerana duit manusia sanggup merompak,
Kerana duit manusia sanggup menembak,
Kerana duit manusia sanggup bergaduh,
Kerana duit manusia sanggup mencuri,
Kerana duit soal halal dan haram ditolak ke tepi,
Kerana duit judi dan rasuah makin berleluasa setiap hari,
Kerana duit manusia boleh jadi hilang punca,
Kerana duit manusia lebih rela jadi hamba dunia,
Kerana duit manusia menjadi tamak haloba,
Kerana duit manusia sanggup merampas,
Kerana duit manusia sanggup menyeksa malah membunuh,
Kerana duit kadangkala akal seperti berada di telapak kaki,
Kenapa manusia sibuk benar mengejar duit..?
Katanya tanpa duit hidup seperti tak bererti,
Kerana kita hidup dalam dunia realiti,
Semuanya ada harga dan nilai untuk berjual beli,
Semuanya itu kau harus bayar setiap hari,
Tiada yang percuma...
Sebab kau akan disanjung tinggi bila kau berduit,
Sebab kau akan dipandang rendah bila kau tiada duit,
Itulah harga yang kau harus bayar bila hidup dalam dunia yang mengejar duit..
Jadi aku tidak hairan dengan kes-kes jenayah dewasa ini...
Sebab semuanya KERANA DUIT!


Puisi ini adalah hasil karya sepenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Hakcipta terpelihara, tidak dibenarkan sebarang bentuk penyiaran semula.

p/s : Esok hari isnin, selamat bekerja, selamat mencari duit..Semoga bertambah murah rezeki...

Wednesday, May 1, 2013

WW#18: Habiskan Duit Lebih Mudah


\





p/s: sumber gambar google image..
Selamat berjimat cermat..huhuhu.. :p

Saturday, December 22, 2012

Puisi:- Boros Yang Bolos


Boros sampai bolos kocek kau,
Boros sampai rabak dompet kau,
Boros sampai tiada wang yang tertinggal di saku,
Boros sampai tiada saki baki tertinggal di situ,
Aneh begitu sukar duit dimiliki,
Tapi begitu senang pula duit itu kau biar kan ia pergi,
Bila boros jangan menyalahkan takdir diri,
Bila boros salahkan diri sendiri,
Kerana kau jua yang tak pandai mengurus wang sendiri,
Kerana kau jua yang tak tahu cara mengurus nafsu berbelanja itu...
Di mana ada jualan murah,
Di situ pasti ada kamu,
Di mana ada barang-barang mewah,
Di situ pasti ada kamu,
Berbelanja hingga tiada masa dan ruang,
Berbelanja hingga tiada lagi wang...!

P/s:- Puisi ini adalah sepenuhnya hasil ciptaan saya selaku penulis dan pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com) .Sebarang bentuk penerbitan semla adalah dilarang sama sekali. Hakcipta terpelihara.

  Maaf hasil contengan pada gambar di atas tidak cantik, saya hanya lukis guna paint ajer...tak reti nak guna adobe...macam lukisan budak sekolah rendah kan..? huhuhu..:p

Monday, December 17, 2012

Jangan Jadi Boros...


Pernah tak kamu menjadi boros?
Kalau tak pernah itu sangatlah bagus, sila ucap tahniah untuk diri sendiri...
Tapi kan kadang-kadang kita susah nak ubah sikap boros yang ada pada diri kita..

Sebenarnya ada banyak faktor jugaklah yang menyebabkan kenapa seseorang itu boleh menjadi boros antaranya ialah:



~Tak tahu cara nak uruskan kewangan dengan betul..

~Dah terlampau banyak duit sampai tak tahu nak beli apa, sebab itulah duit yang ada di bazir-bazirkan saja...

~Mempunyai sindrom "Biar papa asal bergaya". Biar miskin, makan minum pun tak cukup tapi asalkan mesti sentiasa bergaya mewah..barulah ade class gtue...:p

~Nak nampak hebat..

~Memang hobi suka shopping...Bila tengah stress ajer shopping, bila tengah gembira pun shopping..Bila dapat gaji atau bonus ajer shopping..Kalau boleh 24/7 nak shopping ajer..Lagi best, kalau rumah ade kat dalam shopping complex. Boleh shopping hari-hari..

~Suka barang berjenama.Suka pakai yang jenama mewah-mewah. Tapi ada jugak yang jenis beli ajer, tapi tak pakai pun..Sebab memang dah hobi suka kumpul barang berjenama..

~Pengaruh iklan kat tv, majalah, suratkhabar, internet etc..


~Pengaruh rakan-rakan..

~Naluri diri sendiri sukakan kebendaan...




Cara nak elak dari bersikap boros:-

~Belajar cara uruskan kewangan dengan betul...Awak boleh pergi kursus atau kelas yang berkaitan(secara formal). Boleh juga awak dapatkan khidmat nasihat dari rkaan-rakan atau keluarga..:)

~Elakkan dari bergaul dengan individu yang bersikap boros...


~Kalau ada duit lebih-lebih tue , menabunglah dekat bank atau institusi kewangan yang berfaedah seperti tabung haji, takaful , amanah saham...Oh ya, lupa nak bagitahu..Kalau boleh displin kan diri dnegan buat simpanan sekurang-kurangnya 10% dari gaji untuk menabung untuk tujuan tabungan kecemasan, masa depan, pelajaran, kesihatan , kahwin etc..Takaful nie amat penting tau, at least kalau awak sakit-sakit ke ape tak payah pening-pening  nak pikir2 pasal bill hospital etc etc..Tabung haji pun penting jugak, MEsti awak pun ada hajat nak pergi haji kan..? so menabunglah dari sekarang ye..:)


~Kalau awak ada rezeki yang lebih, baiklah awak hulur-hulurkan sedikit derma ikhlas dekat mana-mana tabung masjid atau persatuan amal / badan-badan kebajikan. Contoh macam Aman Palestin, MAKNA,Anak-anak yatim, rumah orang-orang tua etc..Awak pun dapat pahala, dan rezeki awak InsyaAllah akan bertambah-tambah..(^___^)


~Kalau dah ada banyak sangat pakaian yang awak tak pakai lagi dan awak sendiri pun tak tahu bila awak boleh pakai. Daripada baju itu terbiar buruk dan berhabuk seperti tak dihargai. Maka elok sangat-sangatlah awak jual saja barang-barang itu secara online. Awak pun boleh dapat duit hasil jualan tue..Duit tu nanti awak boleh simpan ataupun gunakan untuk keperluan harian, ataupun boleh jugak awak dermakan ke badan-badan kebajikan..Ataupun awak boleh derma pakaian awak itu pada individu yang kurang berkemampuan.Ia lebih manis tau bila kita dapat kongsikan kegembiraan bersama ornag yang lebih memerlukannya..


~Kurangkan shopping..Ya, kurangkan sebab kalau nak elak terus memang tak bolehlah kan..? ehhehe..Sebab shopping complex merata-rata tempat macam cendawan tumbuh selepas hujan gtue..
Kalau boleh elakkan diri dari masuk kedai yang jual barang berjenama..Jika mahu shopping eloklah buat perbandingan dari segi harga dan kualiti terlebih dahulu.. Lebih baik jika bershopping ketika ada discount..boleh jimat sikit...:)

Oh awak tertanya -tanya macam mana saya dapat idea nak taip entry begini..??

   Sebenarnya saya nie taklah dalam kategori boros...Dulu masa kecik-kecik pandai ajer kumpull duit dalam tabung tiap-tiap hari...Tapi masa saya baru dapat kerja lepas grad dari Politeknik..Wah kemain terus sakan berbelanja tiap-tiap bulan tak hingat dunia..Masa tue hingusan lagikan, so memang lah tak pandai nak manage duit..Tiap-tiap bulan nak beli baju baru, seluar baru kasut baru...Tiap-taipa bulan jugaklah nak shoppiing sakan, padah gaji kecik ajer pun...=,="  Lagi masa dekat-dekat nak raya dapat bonus sebulan gaji, kemain suka..kebetulan pulak tengah ada jualan mega gtue..Kita pun ape lagi berbelanja mega lah jawabnya kan..Awak tahu kita boleh ajer habiskan RM900 dalam masa 5 jam ajer...=,=" Habis duit bonus, nangis..(T__T) ..Macam-macam lah yang di beli..Baju baru, seluar jeans, kemeja untuk pergi opis, seluar slack, shawl, aksesori, alat solek, kasut raya , kasut sport & sneakers dan   makan ..Padahal masa tue cuma pergi City Square kat banda jaybee ajer...Agaknya kalau banyak-banyak bangunan shopping complex yang disinggah mahu tekopak duit...=,="


   Sebenarnya itu bukanlah kali pertama saya kerja. Masa habis sekolah dulu pun pernah ajer kerja kilang kejap, jadi SPC & operator..Tapi masa kerja kilang tue taklah boros, sebab duit gaji yang dapat tue memang confirm tujuannya untuk menabung untuk further study.. Jadi masa tue, takdelah nak boros-boros nie..huhuhu..

Sekarang nie dah ade kesedaran dah dalam diri...Sejak -sejak kerja bahagian kewanagan nie..Dah tahulah nak manage duit sendiri sikit-sikt..Dah wujudlah kesedaran dalam diri dan rasa tanggungjawab pada parents kian menebal..Masuk tahun nie dah dua tahun kerja bahagian kewanagan nie. Sejak kerja kat sini, langsung kita tak beli jeans baru! Wah betul-betul jimat...Mungkin sebab kesedaran tue ade bila kita hari-hari kena uruskan hal berkaitan kewangan..Maka nampaklah depan mata yang bertapa pentingnya menguruskan kewangan dengan betul demi masa depan...=)

 

Oklah sampai disini saja entry saya...


P/s:

Hai semua...Sihat..?
Ehehehe..Sorry lambat sikit menaip entry baru untuk bulan December nie...
Paham-paham ajelah dah hujung tahun niekan busy sikit nak closing account, nak settle kan payment mereka-mereka, nak sipakan report untuk audit..etc etc..
Memang busy tahap maksimum...
Weekend pun kita kerja tau...
Oh ya, plus ujung-ujung tahun nie busy jugak dengan jemputan kenduri kahwin...
Jadi masa nak blogging tu agak terhad lah...


P.P/s:Entry ini adalah sepenuhnya  luahan pendapat dari saya selaku pemilik dan penulis blog ini. Ia adalah bersumber inspirasikan dari pengalaman diri sendiri..Credit gambar google image..

Monday, March 5, 2012

Duit Vs Kebahagiaan


    Dalam hidup nie, duit memang penting. Hampir semua benda memerlukan duit, tapi perlu diingat yang tak semua perkara boleh dibeli dengan duit. Termasuklah bahagia, ia memang tak boleh dibeli dan tak boleh dinilai dengan duit. Tapi ramai yang berkata, untuk mendapatkan kebahagiaan kita perlukan duit. Kerana kata mereka untuk dapatkan apa yang kita impikan memang merlukan duit, jadi selepas apa yang kita impikan menjadi kenyataan barulah kebahagiaan itu akan kita miliki. Kata mereka lagi hidup haruslah berpaksi pada realiti, kalau tak punya duit mana mungkin perut bakal diisi, dan adalah mustahil untuk kita shopping itu ini. Mungkin barangkali kerana itulah ada orang yang sanggup melakukan apa saja demi duit, kononnya untuk mencapai rasa bahagia. Tapi bahagiakah nanti jika wang di peroleh dari hasil yang keji? Wang dari sumber haram, adakah hidupnya akan berkat???


   Sebenarnya bagi diriku, duit dan bahagia itu kedua-duanya penting untuk hidup. Jadi kita perlu tahu cara yang untuk mendapatkan kedua-duanya dengan saluran yang betul (halal) dan berkat untuk hidup kita di hari-hari yang seterusnya. Jika kita fikir hanya duit sahaja yang boleh buat kita bahagia, ternyata kita salah sama sekali. Kerana adakah orang yang mempunyai kekurangan dari segi kewangan (miskin) maka hdiupnya langsung tidak pernah nada rasa bahagia atau gembira? Adakah kita fikir yang orang yang hidupnya mewah duduk di dalam rumah besar serta punya kenderaan mewah untuk dipandu maka hidupnya tersangat bahagia?

       Ada orang yang walaupun hidupnya susah dan tidaklah mewah tapi dia bahagia. Bahagia itu dimilki kerana dia sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang diperolehi dan dia tak pernah merungut-rungut meyalahkan takdir hidupnya, dia juga tak berhenti berusaha untuk meneruskan kehidupan dan mencari rezeki untuk sesuap nasi, memperoleh rezeki dari hasil yang halal ternyata hidupnya berkat. Walaupun mungkin dia tak punya wang banyak dan dia perlu bersuah payah unuk mendapatkan rezeki tapi dia puas dengan rezeki yang dimili hasil dari kudrat dan tenaga sendiri melakukan kerja yang halal. Walaupun dugaan datang bertubi-tubi, tapi kesabaran dan ketabahannya tetap tersemat di hati, dan dia kuat menempuhi hari hari yang penuh liku dengan hati yang tenang. Maka dengan itulah dia bahagia walaupun wang didalam poketnya kurang.


   Orang yang kaya raya pula tak semestinya akan bahagia, bila mana dia sentiasa berasa tidak cukup itu dan ini, ada sahaja yang kurang di matanya dan ada sahaja rungutannya, langsung tidak bersyukur dengan apa yang ada di dalam gengamannya malah sibuk pula mengejar-ngejar perkara yang belum pasti menjadi miliknya. Hidupnya senang terasa susah, bila mana dia tak mempunayai tahap kesabran dan ketabahan yang tinggi untuk menghadipi dugaan yang datang dalam hidupnya. Malah menyalahkan takdir pula. Hidupnya pasti tiada keberkatan bila dia memberi makan makanan dari wang yang haram untuk mereka-mereka yang berada di bawah tanggungjawabnya dia. Halal atau haram sudah tak di endahkan lagi, katanya itu semua di lakukan demi melihat orang-orang di bawah jagaannya dia bahagia. Tapi bahagiakah nanti bila rezeki itu di peroleh dari sumber keji?
 

Miskin atau kaya, mewah atau sederhana, kita semua berhak untuk memperolehi rasa bahagia..Apa yang penting ialah kita harus bersyukur dengan setiapn sen yang ada di dalam dompet kita dan berusahalah untuk menambahkan nilainya itu dengan cara yang halal agar kita memperoleh rasa bahagia itu walaupun kita terpaksa bersusah payah emmerah keringat.

P/s:- Entry hanyalah luahan pendapat penulis blog ini semata-mata.Credit gambar:-google image

Tuesday, February 16, 2010

Coretan rasa di awal tahun

Sudah agak lama rasanya saya tidak mencatit apa-apa coretan rasa di sini. Permulaan tahun baru 2010 pada Januari lepas adalah seperti biasa bagi saya. Sepatutnya pada 5hb Jan 2010 saya sudah mendaftarkan diri sebagai pelajar jurusan Diploma Teknologi Pembuatan (CAD / CAM) di IKBN Pagoh, tetapi malangnya saya tidak dapat meneruskan cita-cita saya untuk bergelar seorang jurutera dan menetap di Jepun bagi melanjutkan pelajaran atau bekerja di bumi matahari terbit tersebut. Saya terpaksa melupakan cita-cita saya dari kecil adalah kerana masaalah $$$$.....



Sebenarnya ini merupakan kali kedua saya telah menolak tawaran untuk menyambung pelajaran di IKBN dalam bidang yang sama. Nampaknya rezeki saya memang tiada dalam bidang ini. Tak mengapa, saya perlu tabahkan hati dan kuatkan semangat mungkin ada hikmah disebaliknya atau mungkin saya akan mendapat peluang yag lebih baik. Sesungguhnya Allah S.W.T mengetahuai apa yang terbaik untuk hamba-Nya yang kerdil dan tidak berdaya seperti saya ini.



Tak mengapa cita-cita tetap harus diteruskan. Kadang-kala tak semestinya apa ynag kita nak kita dapat, tetapi apa yang kita dapat kadang kala lebih sesuai dengan kemampuan diri dan lebih baik dari apa yang kita nak. Berdasarkan prinsip tersebutlah menjadikan saya seorang insan yang berhati cekal dan tak pernah sesekali mengalah atau menyesali apa-apa jua yang telah berlaku. Kerana pada saya, sesuatu yang telah berlaku sudah pasti kita tak boleh berpatah balik. Kita haruslah meneruskan hidup ini dengan sabar dan tabah dan pada akhirnya kejayaan pasti milik kita jika kita tak lekang berusaha dan berdoa. Mungkin satu hari nanti saya dapat juga menjejakkan kaki ke Jepun walaupun bukan untuk melanjutkan pelajaran atau bekerja tapi mungkin sebagai pelancong sahaja. Mungkin walaupun ketika itu usia saya sudah mencecah 70-80 tahun sekalipun saya tetap akan berasa gembira sekurang-kurangnya saya dah dapat pergi tempat paling saya impikan dalam hidup selain daripada Kaabah di Mekkah.





Akhirnya, pada penghujung Januari yang lalu saya telah pun mendaftar sebagai calon persendirian STPM dan MUET bagi sesi tahun 2010. Setelah berfikir semasak-masaknya dan mempertimbangkan segalanya saya akhirnya telah nekad membuat keputusan ini. Saya juga telah membeli buku-buku rujukan dan latihan serta buku-buku khas untuk membuat latihan dan nota. Sekarang saya telahpun memulakan proses menteelaah dan mengulangkaji pelajaran setiap hari bergantung pada jadual yang telah saya buat.

Saya telah mengambil keputusan untuk memilih mata pelajaran yang pernah saya pelajari semasa belajar dalam jurusan Sijil selama 2 tahun di Politeknik. Jadi mungkin anda sangka agak mudah bagi saya menyesuaikan diri. Tapi sebenarnya ianya tak lah semudah itu. Ini adalah kerana saya perlu mentelaah semula mata pelajaran tersebut dengan lebih teliti dan memahaminya dengan lebih mendalam. Oleh itu, saya perlulah giat berusaha untuk mempertingkatkan dan menambah ilmu di dada.



Saya percaya bahawa “Untuk mendapatkan apa yang kita nak, kita mesilah sanggup berkorban masa,tenaga, minda dan wang ringgit asalkan pengorbanan kita itu tidak menyalahi undang-undang Agama dan Negara”. Saya juga haruslah “Berusaha tanpa pernah mengenal erti payah, jemu dan putus asa jika mahu berjaya pada masa hadapan”. Saya perlulah “Menempuhi segala cabaran, halangan dan rintangan yang mendatang dalam bentuk apa jua sekali pun dengan hati dan minda yang tabah, sabar dan cekal serta berani menempuhinya.”



Ramai rakan-rakan seangkatan di Politeknik telah menyambung pelajaran pada peringkat Diploma di Politeknik. Tapi saya tidak dapat berbuat demikian kerana faktor-faktor $$$$. Tak mengapa, sekarang saya perlu belajar bersungguh-sunggguh dan dalam masa sama mencari pekerjaan serta bersedia membahagikan masa dengan kerjaya dan tanggungjawab kepada ibu bapa. Kepada rakan-rakan saya doakan kalian semua berjaya mendapat apa yang kalian impikan dan berjaya dalam pelajaran serta kerjaya, bahagia disamping keluarga dan orang-orang yang disayangi. Kenang daku dalam doamu, “See u D IPT”

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...