Translate

Friday, July 8, 2011

Bersatu Padulah, Cintailah Keamanan...♥


Kenapa kita mesti bersatu padu...???
Kenapa kita mesti elakkan permusuhan dan perpecahan...???
.
.
.
.
Saya mahu anda berfikir dan renungkan sejenak...
Jika kita tidak bersatu padu dan jika kita saling bermusuhan dan berpecah belah..
Kemudian timbul pula ketidak tenteraman dan ketidak selesaan lantas tercetusnya huru hara mahupun peperangan..
 Adakah dengan cara ini kita akan maju kehadapan...?
Adakahadengan cara sebegini kita akan dapat mencapai segala yang kita rancangkan dan impikan..?
Pasti jawapan nya adalah TIDAK..
.
.
Sesebuah negara itu takkan maju kehadapan tanpa sikap saling bertolak ansur dan saling bertoleransi..
Permusuhan dan perpecahan yang berlaku dalam sesebuah negara itu sendiri aan mencetuskan keburukkan yang berpanjangan..
Impak negatif ini bukan sahaja merangumi hal-hal yang berkaitan politik mahupun pentadbiran, tetapi juga kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan perkara yang paling penting sekali ialah kesan terhadap keselamatan.. 
Tanpa kedamaian dan ketenteraman ekonomi pasti akan jatuh merudum, kerana pelabur-pelabur asing pasti merasa gerun untuk melabur mahupun menjalankan aktiviti ekonomi di negara tersebut...
Kemudian negara itu sudah pasti akan jauh ketinggalan kebelakang sedang kan negara lain pesat membangun dan maju...
Siapa yang rugi???
Ya, apabila keselamatan terancam. Maka kita tidak lagi bebas melakukan aktiviti harian, setelah itu tergendala lah segala kerja mahupun tugasan kita.Anak-anak kecil akan merasa ketakutan dan tidak lagi bebas ke sekolah untuk menuntut ilmu..Bagaiman jika situasi ini berterusan...?? Maka secara tak langsung musnahlah masa depan generasi kita..
Kerana ilmu itu adalah pelita kehidupan, ilmu jualah penerang kegelapan...
Jika tanpa ilmu maka kita senang di tindas, mudah terpengaruh dengan dakyah yang sesat lagi menyesatkan..
Jika tanpa ilmu kita mudah tergelincir dari landasan sebenar kehidupan..
Tapi janganlah pula kita menyalah gunakan ilmu yang ada untuk tujuan kepentingan diri kita sendiri tetapi mendatangkan mudarat yang teruk kepada banyak pihak...
Jika sudah berlaku huru hara, maka denagn mudahlah mata-mata asing di luar sana yang memerhati selama ini pasti akan datang menjajah kembali...
Mereka pasti akan menggunakan alasan mahu memberi "pertolongan membaik pulih dan mengembalikan kedamaian", walhal mereka punya agenda tersendiri iaitu meragut kembali kemerdekaan yang telah kita kecapi..
Kamu kata ini hanya cakap kosong sahaja..???
Kamu lihat diluar sana...
Beberapa negara nampaknya telah dijajah kerana berlakunya huru hara lantas tangan asing campur tangan kemudian terjadi pula peperangan..
Kamu mahu menjadi seperti itu..?
Apakah itu yang kamu mahukan???
Apakah ini yang kamu impikan..
Jangan hanya selepas kamu di pijak di bumi sendiri, di cucuk hidung ibarat keldai mahupun bebiri lantas kamu barulah menangis menyesali dan kesal akan kesilapan kamu itu..
Apabila kamu melihat di sana di sini orang mati bergelimpangan, pertumpahan darah itu bagai suatu yang amat biasa dan bunuh membunuh itu sudah tak mejadi kesalahan..
Barulah ketika itu kamu mhau meminta pertolongan???
Kamu nak minta pertolongan pada siapa??
Tiada siapa yang akan memperdulikan kamu..!
Kerana mereka jua mahu menyelamatkan nyawa masing-masing..
Apabila kamu lihat rumah dan kenderaan kamu musnah baru kamu mahu menjerit:-
 "Aku Mahukan Kedamaian Itu Kembali..!!"
Tapi adakah sesiapa mahu mendengar..??
Adakah jeritan kamu itu bererti pada waktu itu...??
.
.
.

Ya, kita mungkin berbeza bangsa,agama, bahasa,budaya,keturunan mahupun latar belakang..
Ya, kita juga mungkin berbeza agenda, matlamat,pendapat mahupun ideologi politik..
Jangan kerana perbezaan ini kita sanggup bermusuh, berpecah belah, bergaduh, bertikam lidah dan  fitnah memfitnah..
Kerana itu semua adalah perbuatan yang memang sia-sia..
Yang jelas dan nyata memudaratkan bukan hanya pada diri sendiri malah kepada seantero manusia sejagat..
Cuba lihat kembali sejarah lampau...,
 Adakah kamu mahu mengulangi kesilapan masa lalu dan memusnahkan masa depan kamu dan generasi kamu hanya erana perbezaan itu???
Adakah kita mahu dijajah kembali...?
Bukankah berbincang dan duduk semeja itu adalah lebih baik dari saling menuding jari...
Setiap daripada kita bertanggungajwab menjaga ketenteraman dan kemerdekaan negara kita..
Jika bukan kita yang menyayangi negara kita, siapa lagi yang kita mahu harapkan untuk menyayanginya...???
~Berfikirlah sebelum bertindak, Fikirkan sejenak kesan negatif jangka panjang sebelum membuat sebarang keputusan~
~Sayangilah negara, bersatu padulah sesama kita bagi mengekalkan kesejahteraan dan cintailah keamanan~


P/s:-Entry ini adalah curahan hati sepenuhnya pemilik blog ini, gambar yang terpapar adlaah diperolehi daripada google image..

7 comments:

hyemynameisrasyid said...

nice entry^^
panjang betol.,hehe

ehm,.golongan berilmu akan mencorak masa depan negara kita.,so produce lah golongan begitu byk2.,supaya keamanan dan kesejahteraan negara kita kan dpt dikekalkan hingga masa akan datang~

-Alahai~

Terbang Bersamaku said...

hyemynameisrasyid:- thanks..urmm memang sengaja taip panjang..takut taip ckit nnt ade yg tersalah paham pulak...yup, sy stuju ngan pendpaat awk..tp golongan berilmu jugak kena gunkan ilmu yg ada tue sebaik2 nye utk kesejahteraan manusia sejagat..

hyemynameisrasyid said...

yezza.,ilmu tanpa amal ibarat rada xberputar.,xbegerak mana2 pon.,^^
dan ilmu yg ada kalau x disebarkn pon xguna jugak.,kan.,

SheyPull said...

berstu kite teguh..:P

dah follow


JOM singgah blog saya nak...BERSIH kew?

Terbang Bersamaku said...

hyemynameisrasyid :- yup, betul tue...sokong 100%


SheyPull:- terima kasih sebb sudi singgah & follow ye...(^________^)

ZIPPO MILLER said...

(00)....2 kali Zippo bace tau uhuhu

Terbang Bersamaku said...

ZIPPO MILLER:- terima kasih sebab sudi baca entry saya yang ta seberapa nie ye...(^_________^)

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...