Translate

Saturday, July 16, 2011

Love Letter For My Future Husband....♥


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Warkah ini adalah buat awak  (My Future Husband) yang belum saya ketahui siapakah gerangan orangnya...

Di dalam warkah ini saya akan coretkan serba sedikit tentang harapan saya terhadap awak...
.
.
Ok, saya tak nak bazirkan masa...Jadi, straight to the point jer ok..
Mungkin awak adalah insan yang belum pernah saya temui atau mungkin saya pernah berjumpa awak dan saya pernah kenal awak tapi setakat hari ini saya tak tahu awak adalah jodoh saya...
Saya tak kisah pasal itu semua...Saya yakin dengan jodoh yang diberikan oleh-Nya kepada saya satu hari nanti..
Ya, satu hari nanti kita akan bertemu dan pada masa itulah baru saya tahu awak adalah jodoh saya..
Tapi saya cuma nak awak tahu yang saya akan terima awak seadanya...
Ya, seadanya dengan seikhlas hati saya...
.
.


Walaupun awak tidak mempunyai kocek ajaib seperti Doraemon yang boleh tunaikan apa sahaja permintaan saya..
Walaupun awak mungkin bukanlah seperti super hero Spiderman,Superman  mahupun Batman yang hebat dan gagah perkasa melawan musuh..
Walaupun awak bukanlah seperti  Harry Potter yang punya kayu ajaib yang boleh buat magik untuk saya...
Ya, mungkin awak takkan dapat menemani saya 24 jam sehari kerana awak sibuk dengan tugasan harian,
Ya, mungkin awak tak dapat tunaikan segala permintaan dan kehendak saya...
Mungkin juga awak punya kisah silam yang duka mahupun sebaliknya..
Tapi satu perkara yang saya mahu awak tahu..
Walaupun saya penggemar novel yang tegar..
Walaupun saya juga kadangkala suka berkhayal..
Tapi saya masih tahu yang saya hidup di bumi realiti..
Jadi, saya  akan terima awak seadanya kerana pada saya tiada manusia biasa yang sempurna dan setiap manusia biasa pernah melakukan kekhilafan mahupun kesilapan dan tidak pernah terlepas dari membuat dosa termasukalah juga saya..
Siapa pun juga awak dimasa lalu, saya tidak akan ambil peduli..Apa yang penting bagi saya ialah siapa awak pada masa ini dan pada masa akan datang...
Kerana saya berpegang kepada prinsip:-
"Masa lalu biarlah berlalu, dan jadikan ia sebagai iktibar dan pedoman buat kita pada hari ini agar kita tak mengulangi kesilapan masa lalu dan jangan pernah di ungkit masa lalu...Kerana kita tidak akan boleh kemabli kepada masa lalu, yang ada hanyalah hari ini dan masa akan datang..."


Cepat atau lambat kalau dah tertulis jodoh kita pasti kita kan bertemu jua...
Dan saya pasti tidak akan dapat mengelak....
Kalau benar awak lah jodoh saya yang sudah tertulis di Loh Mahfuz maka saya Redha dan terima dengan hati yang terbuka...
Harapan saya agar awak dapat menjadi pembimbing dan pendidik kepada saya tentang segala segi mengenai dunia dan akhirat...
Harapan saya agar awak mengasihi dan mencintai saya dengan hati yang ikhlas bukan paksaan dan bukan jua dnegan kepura-puraan, kerana saya tidak suka orang yang palsu....
Harapan saya agar awak sentiasa menegur dan memberi nasihat kepada saya tentang apa jua kekhilafan diri saya...
Harapan saya agar awak setiasa melindungi saya dari mara bahaya dan juga perkara-perkara yang tidak elok...

Serba sedikit tentang saya yang perlu awak tahu...
.
.
Saya punya terlalu banyak kelemahan dan kekurangan dalam diri ini...
Saya juga hanyalah wanita biasa yang hidup di akhir zaman serta tak pernah lepas melakukan kesilapan dalam kehidupan...
Akhlak saya tidak lah sehebat seperti isteri-isteri Rasullah SAW...
Saya juga tidaklah secantik seperti peragawati...
Saya akui masih terlalu banyak kelemahan dalam diri yang perlu di perbaiki...
Jadi, saya harap awak dapatlah membimbing saya...



Saya berjanji akan mencuba sedaya upaya untuk menjadi isteri yang solehah  buat awak dan ibu mithali buat anak-anak awak nanti..
Saya berjanji akan sentiasa setia kepada awak sehinggalah nafas saya terhenti...
Jika satu hari nanti kita bertemu jodoh, saya berharap perahwinan kita akan kekal buat selama-lamanya...
Biarlah bersama-sama kita tempuhi susah senang, suka dan duka bersama...


Sekian,

Ikhlas dari:-
Your Future Wife



Nota:- Entry ini adalah luahan isi hati sepenuhnya pemilik blog ini(http://merpatiputih88.blogspot.com). Segala gambar adalah hiasan yang saya perolehi dari google image..

Ps:- Sebenarnya Entry nie dah siap pada 16 jam yang lepas, tapi ambil masa untuk publiskan...Entah...mungkin segan kowt...ehehehehe...Entah macam mana leh dapat idea buat entry macam nie... Seriously, saya pun tak tahu siapa jodoh saya dan bila saya akan mengahiri zaman solo molo nie... 

7 comments:

Aina said...

Insha Allah adalah someone somewhere tu..:)

dulu akak pun fikir mcm tu jugak.akhirnya jodoh datang dalam situasi yg tak pernah difikirkan langsung. nama pun dah jodoh, Alhamdulillah masih bersama dan berharap kekal bahagia dunia sampai syurga.

Akak doakan untuk adik juga:)

Far8 budak baik said...

hahahahaha kelaka je aku bace..
penah bace kot dulu..
mmg ayat tu sbb tak tahu lagi kn
sape bakal suami dy..
haha stylahhhh =)

k e y r i said...

cewah... jiwang seyh.. hahaha :)

Terbang Bersamaku said...

Aina:- thanks kak aina...

Far8 budak baik:- pnah bace kat ner..? huhuhu..nie mmg sy wat sendiri tau..bru jer publish nie..

k e y r i:- err..jiwang eh...huhuhu..

.m y z. said...

SO SWEEETTT~ insyaAllah kalau ada jodoh tak ke mana kan? banyak2 berdoa kepada Allah supaya kita dipertemukan jodoh yang terbaik dan dapat bimbing kita dunia akhirat. aminnn ;)

sergeant keroro said...

cepat kawen :P

Terbang Bersamaku said...

.m y z.:- terima kasih..Yup, betul tue...kita kena sentiasa berdoa untuk mendapat jodoh yg baik...sy doakn smoga awk mndapat jodoh yg baik...

sergeant keroro:- Cepat kahwin..? huhuhuhu...buat mase nie tak lagi...masih banyka perkara yg perlu saya pikirkan..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...