Translate

Saturday, July 23, 2011

Sedih Dan Pilu...........


Sepanjang minggu ini adalah minggu yang paling menyedihkan bagi saya..
Hajat di hati memang nak update blog, saya pun dah aturkan dua tiga entry untuk di update...
Tapi memandangkan mood yang agak kelam jadi terpaksa lah di tunda sesi update blog dan blogwalking....
InsyaAllah hari ini  dan esok saya akan blogwalking dan cuba untuk update entry...


Sebenarnya pada ketika ini saya sedang risau akan keadaan kesihatan emak saya...
Emak saya merupakan penghidap Breast Cancer tahap 4, pada pertengahan  tahun lepas dia telah pun selamat di bedah..
Alhamdulilah dia selamat dan masih bernyawa hingga kini...
Kini dia dah pun mengikuti segala proses rawatan iaitu Chemotherapy, Radiotherapy dan Fisioterapy serta macam-macam lagi....
Berulang alik ke hospital untuk buat check-up, ambil ubat dan mengikuti sesi rawatan adalah perkara biasa bagi dia kini...
Mujur emak saya seorang yang tabah, jadi proses rawatan itu cepat sahaja..
Dia kini telah pulih dari Breast Cancer...
Tapi pada hari Isnin (18.7.2011), Dr telah mengesahkan emak saya mengidap kanser hati pula...
Dr berkata yang sel kanser itu telah merebak ke hati...
Semalam (22.7.2011), emak saya buat rawatan lagi...
Dr mengesahkan yang emak saya memang kena buat operation kanser hati dalam kadar segera..
Kata Dr ini penting untuk mengelakkan  risiko yang lebih teruk..
Dr memberi nasihat, jika pembedahan lambat dilakukan maka berkemungkinan besar akan membawa maut..
Tetapi risiko itu tetap ada walaupun pembedahan  itu di segerakan...
Sekarang nie, dah ada dua ketulan sel kanser dekat hati Emak saya..
Sekarang saya sangat risaukan tentang risiko pembedahan hati...
Sebab berkemungkinan besar risiko nya lebih tinggi berbanding operation yang sebelum ini..
Iaitu memandangkan faktor usia dan tahap kesihatan emak saya dan ini adalah operation keduanya berkenaan penyakit kanser...
Saya risau dan takut jika sesuatu yang buruk berlaku....
Saya risau akan risiko pembedahan itu...
Jika emak saya tiada, pada siapa lagi tempat saya mengadu dan bergantung harap...????
Memandangkan saya merupakan anak tunggal, dan saya juga sangat rapat dan begitu akrab dengan emak (walaupun kadangkala kami berselisih faham) pasti saya sangat terasa sunyi dan kehilangan jika dia pergi tinggalkan saya...
Bagaimana saya nak menyambut Hari Ibu, Bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri Dan Hari Raya Aidiladha jika ibu saya sudah tiada....????
Pasti hari-hari ini sudah tak lagi bermakna...
:
:
:
:

~Duit itu pasti tidak bermakna jika hidup tanpa kasih sayang seorang ibu~
~I need a shoulder to cry on.. I need some hopes for me to move on... feels like I'm not strong enough to face all this situation alone....~
(T_____T)


P/s:- Entry ini adalah sepenuhnya luahan hati pemilik blog ini...Gambar yang terpapar adalah ehsan dari Google Image...

7 comments:

Unknown said...

Awan berharap sis akan terus tabah menghadapi setiap musibah yang mendatang. Cuba cari pelbagai lagi info mengenai penyakit ibu sis. Mana tahu dengan info tambahan sis dapat melakukan tindakan susulan jika ada sesuatu yang tidak diduga berlaku. Jangan lupa buatlah solat sunat hajat dan bermohon agar segalanya berada di dalam lindungan Allah Azza Wa Jalla.

ZAIDAHTUL AKMAL said...

Banyak2 bersabar yer.. Semoga tabah menghadapi hari-hari mendatang... Menitis air mata saya bace entry ne...

Sya_Merpati Putih 88 said...

Awan Biru :- thanks ye awan sbb bagi nasihat...yup, sis akan cuba cri info2 tue..Memang perlu sentiasa berdoa smoga smuanya baik2 sahaja...

Zyash:- Ya, sy akan cuba sedaya upaya utk terus sabar & tabah dalam menghadapi dugaan nie...thanks sebab perihatin..

K said...

sabar ye, semoga tabah :)

Sya_Merpati Putih 88 said...

sergeant keroro:- Terima Kasih atas nasihatnya..:)

Aina said...

so sorry...akak baru bace entry yg ini.tak tahu nak kata apa.berat mata memandang dan sebak hati membaca entri ini, namun berat lagi hatimu dan beban yang kau galas. Akak doakan semoga adik terus tabah ok.cuba baca entri ini semoga ada sedikit kekuatan dan tabah untuk menghadapi dugaan Allah ini.

http://genta-rasa.com/2011/07/23/andai-dia-pergi-dulu-sebelum-mu/

nukilan ustaz pahrol m.juoi

Sya_Merpati Putih 88 said...

Aina :- Terima Kasih kak Aina atas nasihatnya..ok, InsyaAllah ade mase nani saya aan baca entry tue..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...