Translate

Sunday, July 10, 2011

Puisi:- Bangunlah Wahai Bangsaku....!


Kerana hiburan engkau khayal,
Kerana nikmat dunia engkau leka,
Kerana kemerdekaan engkau bebas melakukan apa sahaja,
Kerana kemewahan engkau angkuh,
Kerana harta engkau leka,
Kerana takhta engkau sanggup bermusuh,
Kerana pangkat engkau bergaduh, ,
Payah dan susah menjadi sebutanmu,
Dengki khianat menjadi nafasmu,
Sabotaj dan iri hati menjadi nadi jantungmu
Putus asa sentiasa berada di mindamu,
Wahai bangsaku tersayang,
Bangunlah janganlah engkau khayal dan leka lagi,
Ubahlah sikap negatifmu,
Jika engkau mahu bangsa dan agamamu sentiasa disanjungi dan dihormati,
Jika engkau mahu dirimu dan bangsamu berjaya dipersada dunia yang sementara dan bahagia di akhirat kelak,
Itupun jika engkau sayang pada dirimu,bangsamu, agamamu dan negaramu...


Nota:- Puisi ini adalah hasil karya sepnuhnya penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Hakcipta terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali...


P/s:- Puisi saya ini  tercipta pada hari Jumaat iaitu 23.10.2009, pada jam 11.31 tengah hari..Puisi nie terhasil apabila seorang facilitator motivasi semasa saya menghadri kursus sales and marketing bagi program training and place telah bertanya tentang hobi setiap pelajar di kelas itu, kemudian saya berkata hobi saya adalah mencipta puisi. kemudian beliau mahu saya mencipta sebuah puisi yang boleh memberi kesedaran kepada semua...selepas 30 minit berfikir maka terhasilah puisi ini secara spontan...Selepas saya membaca puisi ini facilitator tue menitiskan air mata...kemudian saya bertanya kenapa beliau menangis..? beliau berkata "kerana terlampau tersentuh dengan puisi  ini" ...rakan-rakan dalam kelas tue pun sayu jer bila mendengar puisi nie...Mereka berkata puisi ini kedengaran agak sinis, tapi membawa seribu satu erti makna yang tersurat apabila dihayati, yang boleh dijadikan ikhtibar,panduan dan pengajaran...




Sebelum saya akhiri entry ini saya mahu tinggalkan kamu semua dengan :-



“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)




....Marilah kita sama-sama menghayatinya...

9 comments:

Aina said...

memang mnyentuh perasaan...best:)

azwa amani said...

yups... betul tu, surah As-Saf pun ada menceritakan tentang perpaduan..

Terbang Bersamaku said...

Aina :- terima kasih kak...

azwa amani:- yuo, saya setuju..tapi searang nie mcm dah ramai yg lupakan..buktinya sanggup bermusuh kerana berbeza pendapat/ berbeza ideologi politik & sebagainya..sesungguhnya Islam tak pernah menagajr kt umatnya bermusuh..

GR said...

puisi yang baik :)

Orang Kampung said...

terbaik..
boleh lwan a smad said ni..
gunakanlah bkat ini sebaiknya, bukan semua pndai mnghasilkan puisi yg baik..

Far8 budak baik said...

dah boleh jadi a samad said ni
hahahahahha..
bagun lah aku pun seklai mesti bgunn
huhuh

hyemynameisrasyid said...

puisi yg sgt bgus.,ohh dh lama karang rupanya.,
emm.,ntah la.,bangsa kita ni kadang2 suka bertindak tnpa pikir akibat dimasa akan dtg.,dan klo bnda ni berterusan, tak mustahil utk kita kehilangan tanah tumpah darah kita sndiri.

ZIPPO MILLER said...

tahun 2009??? perghhh...tapi mmg sedeh bacenye....

Terbang Bersamaku said...

GR :- Terima Kasih...

Orang Kampung :- Terima kasih..
Urmm..masih belum boleh lagi lawan A. Samad Said..lagipun dia sasterawan negara siapalah saya jika nak dibandingkan dengan beliau..Ya, saya ingat pesanan ini..dan saya akan gunakan bakat ini sebaiknya..(^___^)

hyemynameisrasyid:- Terima Kasih..Yup, memang dah lama puisi nie..Yup betul tue, saya setuju dgn pendapat awak..sama2 lah kt berdoa yg terbaik utk negara kita ya..

ZIPPO MILLER:- Yup 2009..nape tak caye ke...ehehehhe..(^____^)
Sedih?..hurmm tapi tuelah hakikat sebenar yang berlaku dalam bangsa kita kan..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...