Translate

Saturday, April 30, 2011

Perlu Gedik Untuk Dapat Jodoh Awal????

Terlintas untuk tulis tajuk entry pasal nie selepas seorang teman bertanya begini, ok ikuti perbualan kami yer :

"Bila awak mahu berkahwin? ramai member2 dah kahwin, awk bila lagi??"_Kawan_
"Entahlah, tak boleh cakap lagi"_Saya_
"Kenapa pulak??"_Kawan_
"Belum sampai masenye lagi...sebab belum ade calon, belum ready dan belum cukup $$$...dan macam2 sebab lgi lar..yang penting belum sampai seru lagi..."_saya_
"Ohh..kalau nak dapat kan jodoh awal, awk kne gedik2 sikit..kalau tak gedik cam ner nak dapat jodoh.."_Kawan_
"Er..Eh mcam tue ke...??_saya_
**********

Bagi pendapat saya pulak...
Cinta tue biarlah datang sendiri dari hati..
Tak perlu dipaksa atau memaksa..
Tak perlu dikejar atau mengejar...
Tapi ya, kita juga perlu berusaha untuk dapatan jodoh..
Tapi bagi mana??
Adakah perlu jadi gedik2 semata-mata mau dapat jodoh..?
Adakah perlu serah body dan buat geli-geli untuk dapat jodoh???
Perlu ke semua tue..?
Jawapanye TAK PERLU..
sebab..
CINTA YANG IKHLAS TIDAK PALSU..
CINTA YANG SEJATI TAK BERLANDASKAN NAFSU..
CINTA YANG SEJATI TAK PANDANG KEMEWAHAN DUNIA SEMATA-MATA..
Ianya Adalah Lahir Dari Hati Yang Ikhlas..
dan saya juga berpegang pada prinsip nie:-
~Say no to zina (free sex without marriage)~
takkan sebab nak dapat jodoh maka saya perlu kene gedik sana gedik sini...?
Perlu ke saya pasang bf keliling pinggang semata-mata sebab nak dapat jodoh awal (konsep sape cepat masuk minang maka dia jodoh kita ler...)
Cara kita nak dapatkan jodoh biarlah betul..
Sebab Islam sendiri dah menyedia kan garis panduan untuk kita memilih pasangan hidup..
Iaitu biarlah seseorang yang beriman dan beragama selain daripada keturunan yang baik, wajah yang menarik dan berharta..Serta berpendidikan dan bertanggungjawab..
Keutamaan haruslah diberi kepada aspek iman dan agama pada diri seseorang itu melebihi lain-lain aspek maka hidup kelak akan bahagia..
Tapi boleh ke dapat calon yang macam gnie kalau cara kita tue dengan mengedik-gedik dan bagi free show kat lelaki-lelaki buaya nie..??
Teringat pula pesanan dari seorang ustaz ketika saya pergi kursus Train & Place dua tahun lalu.....
Beliau berpesan sekiranya mahu dapat jodoh awal dan jodoh yang baik (orang yang beriman dan bertanggungjawab serta punya ciri-ciri yang sesuai dengan diri kita) maka kita perlulah rajin-rajin membaca surah Yassin setiap hari.Niatkan dalam hati apa yang kita mahukan itu..
Jika  sudah ada calon dan kita keliru maka bolehlah kita melakukan solat sunat hajat dan solat sunat istikharah..
Mohon doa kepadan Nya dan Mohonlah petunjuk dan bimbingan dari Nya agar kita tak tersasar dalam memilih jodoh...
Sebab hanya Allah SWT lah yang mengetahui apa jua yang terbaik untuk diri kita..

Ps:- Entry hayalah pandangan / lauhan pendapat penulis blog ini.Credit gambar google image.
.
.
.
Teringat pula pada kata-kata indah dibawah ini daripada laman fb TerrBBaaaaeeekkk:-


"Sesungguhnya lelaki itu pemimpin wanita,
Andai belum sampai juga rezekimu,
Anggaplah bahawa lelaki yg dinantikan itu,
Sedang membina sahsiah kepimpinannya bg memimpin dirimu,
Kerna pd wanita itu pasti ada kekurangannya,
Dan lelaki yg benar2 layak pasti hadir,
Utk melengkapkan kekurangan pd dirimu."

"Wahai wanita solehah,
Jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yg bijaksana itu,
Tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan,
Senyuman, bicara manja yang menggoda,
Atau pujuk rayu yang boleh meruntuhkan imannya"

Says:- sweet jer ker kata-kata nie?? saya setuju sangat-sangat..(^_^)
.
.



Friday, April 29, 2011

Prince William Dan Catherine Middleton..♥

~Seorang Putera Raja Yang Tampan Dan Seorang Gadis Yang Cantik Rupawan~

Semua tahu yang pasangan sama cantik sama padan ini akan disatukan dalam majlis perkahwinan yang penuh adat istiadat Diraja Britian dan penuh gilang gemilang dan mewah hari ini iaitu pada 29.April.2011...
Justeru itu, saya ingin merakamkan ucapan selamat pengantin baru buat pasangan ini..Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat...
Kita semua yang ingin menonton klip video mengenai majlis perkahwinan diraja ini blehlah melayari laman web:-


~Semoga senantiasa ceria dan berbahagia hendaknya~

Mari kita dengar lagu nie:-

Marry You by Bruno Mars


(Ps:-Nie Lagu Fav. Saya..~)

Nota:-Gambar ini  adalah diperolehi dari google image..

Wednesday, April 27, 2011

Membaca Membuka Kejayaan Masa Depan...


Ketika anda sedang membaca tak perlu lah terlampau stress..
Yang penting, tenangkan minda dan kosong kan hati dan kepala dari segala macam hal yang menyerabutkan hati dan fikiran kamu itu...
Buang ketepi segala permasaalah yang sedang kamu hadapi di sekeliling kamu dan fokuskan 100% tumpuan  terhadap apa yang kamu baca...
Jika kamu seorang pelajar, pastikan mendapatkan tidur dan rehat yang secukup nya..
Luangkan masa yang terluang dengan beriadah bersama teman-teman untuk menghilangkan segala macam stress / tension dengan segala macam assigment, final project, presentation,quiz, exam dan lain-lain lagi activity kuliah / pembelajaran serta sukan dan persatuan..
Pastikan kamu menyusun jadual harian kamu dengan teratur..
Jika mood kamu tidak menentu dan kamu gagal mengawal emosi stress kamu, pasti ianya akan menggangu tumpuan terhadap bahan bacaan kamu tersebut dan secara tak langsung akan menyebabkan markah exam kamu merosot..

Pilihlah bahan bacaan yang tepat dan bersesuaian...
Pepatah inggeris ada mengatakan bahawa : " You are what you read"
Jadi, berhati-hatilah dalam memilih bahan bacaan..
Adapun kamu boleh membaca segala macam jenis bacaan seperti Al-Quran dan Hadis, Kitab-kitab ber genre Islamic, buku, majalah, suratkhabar, novel, komik, blog, website dan sebagainya..
Tetapi pastikan kamu memilih bacaan yang tepat, iaitu pastikan apa yang kamu bca itu penuh pengisiannya dan tidak pula menyeleweng hingga ada unsur-unsur fitnah, hasutan, pornografi atau pengaruh budaya yang tidak elok..
Sewajarnya bahan bacaan seperti ini dihapuskan dan di elakkan  terus dari dibaca, tetapi malangnya bahan seperti ini lah yang ramai golongan muda-mudi hari ini gemar...
Kita seharusnya membaca bahan-bahan bacaan yang boleh memberi dorongan positif kedalam diri seseorang itu..
Bahan bacaan seharusnya memberikan motivasi atau membuka minda pembaca agar lebih berkeyakinan dan menjadi individu yang berdaya saing serta berfikiran terbuka dan bersemangat waja dalam menempuh hari muka..
Jika kita malas membaca macam mana kita mahu maju..?
Jika kita hanya mahu membaca bahan yang tak tentu (bahan bacaan yang tak elok) sampai bila kita mahu berada di takuk lama itu..?
Adakah kita mahu membuka mata dan minda untuk melihat keburukkan orang lain dan mencerminkan kegagalan diri sendiri?
Adakah zaman muda mahu di sia-siakan dengan manteliti yang negatif seperti itu..?
Tak mahu rajin membaca kerana takut digelar budak skema atau ulat buku???
Jika kamu berperangai begitu , maka sampai bila-bila pun kamu takkan berjaya dan maju..!!!
Bejalan biarlah kedepan dan bukan kebelakang..
Jadi untuk maju, kita perlu rajin membaca tambahkan ilmu pengetahuan yang baik..
Walupun jika kita sudah tidak lagi bergelar "student" tapi kita perlu sentiasa membaca dan teruskan membca selagi hayat dkiandung badan...
Jadilah insan yang berilmu, kerana ilmu itu pelita hidup, ilmu itu penyuluh segala kegelapan dan pembawa sinar  masa depan yang lebih cerah dan cemerlang..!

********
Untuk Adik-adik yang sedang atau akan mengadapi peperiksaan, bacalah doa-doa ini:-

Ps:- Click pada image tue untuk besarkan saiznya ye..



Nota:- Entry ini adalah pandangan penulis blog ini semata-mata, gambar diperolehi dari google image..

Tuesday, April 26, 2011

Puisi Untuk Sahabatku...

-gambar dari photobucket-

Wahai sahabatku sekalian...
Yang bersahabat denganku dari aku bayi hingga kini..
Yang ku kenali dari alam nyata mahu pun dia alam maya (internet)..
Maaf jika aku ada terkasar bahasa atau tersilap tingkah laku..
Aku bukanlah manusia sempurna yang mampu memuaskan hati kalian semua...
Maaf ku pohon sekali lagi...
Jika ada antara kalian yang terguris hati dengan ke khilafan ku...
Maaf...
Jika aku ada membuat kalian marah, sakit hati pening kepala...
Maaf..
 Jika aku ada membuat kalian bersedih, berduka cita hingga mengaliran air mata..
Maaf sekali lagi ku pinta...
Maaf jika ada terkurang tingkah laku ku terhadap mu..
Maaf..
Jika kadang kala aku moody tak menentu..
Mendiam dan menyepi kan diri seperti batu...
Tanpa khbar berita ku sampaikan kepada kalian sahabatku...
Aku terlalu sibuk dengan tugasan harian ku..
Hingga terlupa pada kalian sahabat-sahabatku..
Sahabat..
Aku perlukan kalian semua...
Sesungguhnya tanpa kalian siapalah aku..
Jujur, aku sangat menyayangi semua sahabatku...
Aku akan senantiasa mendoakan kebahagian kamu semua..
Walaupun kita mungkin jauh terpisah oleh jarak dan waktu..
Namu dihati ku tetap ada kamu semua..
Ya, di satu sudut yang istimewa..
Sahabat..
Jika esok aku pergi..
Sahabat..
Jika esok aku menutup mata selamanya..
Maka aku cuma berharap..
Agar kalian dapat memaafkan diri ini..
Dan mendoakan diri ini..
Sampai bertemu lagi sahabatku..!
-Gambar ehsan dari google image-


Nota:- Puisi ini adalah ilham sepenuhnya penulis blog ini(http://merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Hak Cipta Terpelihara.
Saya tujukan puisi ini untuk semua rakan-rakan yang mengenali diri ini..



Monday, April 25, 2011

Nak Taip Nie Sebelum Saya Lelap Mata...♥

Sepi...
Kadangkala aku terasa sunyi...
Tanpa kau..
Hidup ku kosong, membosankan dan tidak ceria..
Tapi apabila terdengar suara kau atau bertemu dikau..
Maka kesuraman dan kekosongan itu akan hilang...
Kepala  yang berserabut dengan pelbagai permasalahan harian pun sudah tidak terasa sakit..
Kau telah mengembalikan keceriaan itu kembali...
Sekarang aku nak jerit kat sini..
Biar kau tahu yang sebenarnya aku.............
Aku sedang............
.....................
........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Merindui Diri Kau !!!



Nota: gambar adalah ihsan dari google image

Blog Walking....

pic dari Google Image

Kenapa mesti blog walking?
Untuk naikkan traffic kat blog kita semata-mata ke...?
Pada pendapat saya, ianya lebih daripada itu...
Dengan ber blog walking nie kita dapat megeratkan ukhwah bersama rakan-rakan blog yang lain...
Dapat berkenal-kenalan dan berkongsi idea dan pendapat..
Dengan membaca blog orang lain, ianya juga akan menambah idea kita untuk menulis blog dengan lebih kreatif..
Malah melalui blog walking kita dapat tahu tips-tips dalam penulisan blog, teknologi, website dan lebih daripada itu ianya dapat menambah pengetahuan kita tentang kehidupan dan sebagainya...
Mungkin kita takkan tahu jika kita tidak membaca blog orang lain..
Meninggalkan comment pada pendapat saya, biarlah ikhlas dari hati dan jangan pula dilakukan semata-mata mahu mendapat traffic ke blog kita sahaja...
Baca dahulu sesuatu entry tue hingga selesai kemudian barulah meninggalkan comment...
Oh ya, bercakap pasal comment nie..Pada pendapat saya walaupun kita semua punya pendapat yang berbeza mengenai sesuatu issue atau topic, tetapi sebaiknya kita menghormati pendapat yang diberi oleh pemilik blog yang kita baca itu, jika hendak memberi kritikan pun biarlah ber adab dan beralas (berbudi bahasa) kan ianya lebih baik..dan orang boleh terima dengan hati yang terbuka...
Jangan pula sesekali kita mengaibkan blogger lain semata-mata kerana kita tidak suka akan pemilik blog itu atau tidak setuju akan cara penulisannya dengan menghamburkan kata-kata caci maki dan menghina mereka..
Ianya secara tidak langsung bukan hanya mengaibkan pemilik blog yang anda benci itu, tetapi juga akan mengaibkan diri anda sendiri juga..
Ingat pepatah ini:-
"What goes around, will turns around"
Ya, mungkin hari ini kamu menganiaya dan mengaibkan orang, mungkin esok atau lusa kamu pula menerima nasib yang sama..
Jadi bersama-sama lah kita mengeratkan lagi tali silaturahim sesama kita penulis-penulis blog..


Nota:-Jutaan Terima Kasih yang tak terhingga kepada sesiapa jua yang sudi singgah ke blog saya yang tidak seberapa dan banyak kekurangan ini, terima asih jua kepada anda yang sudi membaca entry-entry saya yang biasa-biasa sahaja, terima kasih juga kerana sudi meninglakan comment walaupun saya tahu entry-entry saya tak lah menarik seperti blog-blog lain...Sekali lagi terima kasih kerana sudi menjadi follower saya walaupun saya tahu blog saya nie tak cantik, tak menarik dan tak tertarik...
Saya sayang kalian semua...saya sangat menghargai kunjungan kamu ke sarang merpatiputih88 ini....

Saturday, April 23, 2011

Kisah Burung Merpati...Oh Saya Terasa Sepi...


           Masa otw nak pegi kerja hari-hari saya akan nampak dua ekor burng merpati tengah berdating kat atas jalan raya...Dah tue wat selamba jer tak nak blah dari situ  atau terbang pegi tempat lain...last-last saya terpaksa hon jer die..mesti kalau ade orang nampak akan gelak-gelakkan saya kan..? ye ar yang pegi hon burung tue dah kenapa..? sebabnya...saya nie pencinta haiwan..dan saya dah janji pada diri saya takkan bunuh atau aniaya haiwan...mereka pun nak hidup jugak kan macam kita..Tapi kira nasib mereka baiklah tak dek keta at belakang saya..So, boleh ar saya elak dari melanggar mereka...
           Bila saya hon die buat muka selamba dan wat muka macam mengejek lagi sambil tengok muka saya maybe dalam bahasa die mungkin dieorang cakap macam gnie:-


"Cuba you tengok that girl tue, cian kan die xde boyfriend..."
"Eh, mane you tahu die single mingle...?"
"Cuba lah you tengok die tue, nyanyi  sambil drive..da bpe ari I pesan die nie bile kat radio ade lagu cam tangkap jiwang ala-ala orang frust mesti buka kuat-kuat pastu nyanyi ngan penuh pengahayatan gtue...tue dah membuktikan yg this girl mmg single..."
"Owh..mcm gtue..eh meh lah kita ketepi sikit nanti tak memasal jer kena langgar denagn budak nie.."
"Berani lar die langgar awek I yang cute nie..I calar-calarkan keta die nanti..!"
"Oh...Thats why lah I luv u so much...you are my hero ..."

Saya  cakap dalam ati
"Sayes burung dua ekor nie xnak belah pulak die...lain kali klu nak berdating tue boleh tak jgn duduk tengah-tengah jalan...pegi lah duduk kat atas pokok ke tak pun wayar letrik ke..."
*********
Itu tadi cerita time pegi kerja..Time balik kerja pulak mesti jem..Faham-faham jer lah..kereta makin banyak...tue belum termasuk motor , lori, bas dan lain-lain..
Bila toleh kanan orang tengah berbual-bual dengan husband n wife die...ade anak-anak kat belakang..
Bila toleh kiri pasangan bercinta tengah happy berbual-bual, mungkin bercerita pasal kerja..
Wah bestnye......ermm..please jgn wat jealous lah pulak yer..!
So then, cam biase untuk tenangkan pikiran bukak jer lah radio..
Ermm....terasa sepi pulak kan....

********
Ok, last night saya mimpi ade 4 orang twins yang comel kat seat belakang kereta saya..
Saya bawak diaorang jalan-jalan....
Nie merupakan kali kedua saya mimpi  macam gnie..
Ape makne nye eh..???
Sape bebudak tue..?
Future baby saya ke......?
Eh!
hehehehehe....(^_^)

Berfikir Tentang Masa Depan....


Sekarang nie saya tengah berfikir...
Apa yang saya akan jadi untuk 5-10 tahun akan datang...
Siapa saya masa tue...?
Dapat tak saya buat Haji atau at least Umrah ?
Berfikir pasal kerjaya saya...
Duduk kat mana? Still duduk jaybee ke...?
Dah dapat beli rumah / tanah sendiri ke belum?
Dapat sambung study kat U ke tak...?
Dah bape banyak tempat saya melawat (melancong)?
Dapat tak saya terbang makan angin ke oversea?
Apa style fashion saya masa tue? Masih sama macam sekarang ke..?
Dan....
Persoalan yang paling penting sekali ialah......
Tentang jodoh!
Saya dah bernikah ke belum masa tue...?
Siapa suami saya..?
Dah ade berapa orang anak...?

......

Saya Cuma berharap agar saya menjadi :-

Seorang wanita bekerjaya yang berjaya..
Seorang wanita yang mampu berdiri diatas kaki sendiri (independent)..
Seorang wanita yang berilmu...
Mampu memiliki apa yang saya impikan iaitu rumah/tanah dan kereta dengan duit poket sendiri..
Mungkin juga akan berjaya dalam perniagaan (tak tahu nak start bisnes ape...huhuhu..)
Seorang wanita iaitu sebagai anak perempuan dan Isteri yang solehah (saya masih berusaha memperbaiki diri ini yang lemah kearah itu....)
Menjadi ibu yang mithali dan boleh menjadi contoh tauladan yang baik kepada anak-anak saya kelak..

Poetry:-You And I....♥

You and I..
We know that we love each others..
But, we still keep it in our heart..
Silently I fall in love with you again...
I don't know why..
I just know that I love you with all my heart... 
I just want you to know that..
I can't live without your love...
Without you my live is empty..
Without you my life is full of sorrow and sadness..
I just love you as who you are and not who are you that others people want you to be..
So, I don't care at all if what others people want to think or said about you..
Even how far you go..
Even how long that we separated..
I'll be waiting here for you...
I'll  promised...
Trust me that I'm always at your back..
Trust me that I'm always be with you..
Trust me that I'm always support for what you want to do...
You know what?
I'm always waiting for your new love letters...

Note:- This poetry is originally made by the owner of this blog (http://merpatiputih88.blogspot.com). Copyright protected.

Pelajar Untuk Didik Dengan Niat Ikhlas Dihati, Bukan Untuk Di dera Atau Disakiti.


Ada sesetengah pelajar yang berminat keseolah tetapi takut dengan guru..
Kenapa?
Kalau tak salah buat apa mahu takut bukan..?
Ya, mungkin mereka merasa takut kerana tak siap homework yang cikgu mereka beri, tak bawa buku teks atau buku rujukan,selalu langgar perturan sekolah dan sebagainya...
Tak kurang juga yang kata takut ke sekolah sebab "cikgu tue garang lah mama"
Tapi adalah sangat mustahil untuk guru marah tanpa sebab..
Jadi sebagaai ibu bapa anda perlulah ambil tahu permasaalahan anak-anak mereka, dan jangan sesekali hanya membebanan tugas mendidik di bahu seorang guru..
Anda juga jangalah terlalu emosi atau sensitif bila anak-anak di marah atau didenda oleh guru mereka..
Sebaiknya siasat terlebih dahulu apa kesalahan yang telah dilakukan oleh anak anda itu..
Buat perbincangan dengan guru, pada saya itu adalah cara terbaik untuk menyelesaikan masaalah disciplined anak-anak anda..

****************  

Baru-baru nie ada keluar kat paper kes pelajar dipukul guru hingga menyebabkan kematian..
Pada pendapat saya, adalah sangat tidak wajar guru tersebut memukul seorang pelajar yang berusia 7 tahun selama dua jam semata-mata kerana dia melakukan kesalahan..
Ya, memang pelajar itu melanggar peraturan. Tetapi lihat dahulu umur nya..baru berusia 7 tahun?
Sila anda beri kepada saya undang-undang mana yang membenarkan kanak-kanak dibawah umur dan belum baligh di dera atau dihukum begitu sekali atas apa jua kesalahan?
Pasti tiada bukan..?
Jadi dimanakah perginya hati dan perasaan belas kasihan guru tersebut keatas pelajarnya...?
Ke mananakah perginya etika keguruan yang dipelajarinya..?
Mengapakah guru ini gagal mengawal emosinya...?
Sebagai guru anda harus ikhlas mendidik dari hati..
Mengapa saya kata begitu?
Kerana jika anda tidak ikhlas maka tidak mustahil untuk kes sebegini berlaku..
Penggunaan rotan untuk mendidik saya rasa boleh jika tujuan untuk mendidik atau membetulkan kesilapan mereka , tetapi perlulah ada batasnya..
Janganlah digunakan sewenag-wenangnya hingga mengakibatkan kecederaan kepada pelajar tersebut..
Rotan jangan hingga meninggalkan kesan ditubuh badan, cukup sekdar mereka berasa serek melakukan kesilapan..

****************


Seorang guru juga tidak seharusnya mengeluakan kata-kata yang kurang sopan apabila marah terhdap pelajarnya...
Jadilah guru yang boleh menjadi contoh tauladan yang terbaik kepada anak didik anda semua..
Kelak anda akan disenangi, disegani dan disayangi oleh para pelajar malah dihormati oleh keluarga mereka dan masyarakat....

Nota:- Ini hanyalah pendapat penulis blog ini sahaja. Gambar adalah ehsan dari google image
Kamu bolehlah membaca entry sebelum ini disini Guru Untuk Di Hormati Bukan Untuk Di Gusti...

Thursday, April 21, 2011

Poetry:- Nothing At All...


I don't want to say anything at all...
Just let them say what so ever that they think about me..
I don't care at all..
Because for me, they was not in my shoes. So then they can say like that..
Hey dude! You never deserve to point all your fingers at me ..
Hey dude! You never deserve to say like that about me...
You know what?
I'm "sick" to face all of this situation alone..
You see I'm smiling outside..
But it doesn't meant that I'm happy enough rite now..
No..
I'm lonely and feels like dying inside right now..
Coz everyday I'm smiling and crying at the same time...
You know why?
It's just because I'm too tired of being my self...! 
Why I've should  faced many kinds of problems in my lifetime...?
So then, when that can I feels like happy ever after like a girl in a fairy tales...?
Yeah, tired to face all of this situation alone...
No one perfect including me and you...
You should know that right???
I'm just feels like nobody love me at all...
No one would ever love me...
They don't care about me at all..
So why I'm  standing here alone...?
Oh..I'm not strong enough..
Oh please give me your shoulder..
Coz I'm really needs a shoulder to cry on just now..
Yeah its hurts...
Its really really hurts me...


Note: This poetry is originally made by this blogger (merpatiputih88.blogspot.com). Copyright Protected..














Wednesday, April 20, 2011

Guru Untuk Di Hormati Bukan Untuk Di Gusti...


Sebagai pelajar atau anak murid kita sepatutnya menghormati guru yang mendidik kita...
Sepatutnya sebagai pelajar mereka perlu tahu menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru di sekolah...
Seorang pelajar bagi pendapat saya adalah tidak wajar untuk memberi tekanan atau penderaan secara mental dan fizikal kepada guru..


Jika seorang guru mengajar didepan sepatutnya kamu memberikan tumpun dan perhatian sepenuhnya..
Jika dia meminta kamu untuk menjawab soalan yang di ajukan, maka kamu wajar memberikan jawapan yang tepat lagi bernas..
Jika kamu tidka pasti jawapan  yang sebenar, pada saya tidak salah kamu mencuba menyelesaikan soalan tersebut..
Sekurang-kurangnya kamu berani mencuba dan itu menunjukkan kamu menghormati guru kamu..
Jika kamu kurang faham atau tidak faham langsung tentang sesuatu topik yang di ajarkan, adalah sangat perlu untuk kamu bertanya kepada guru kamu...
Kamu juga perlu memberikan respon (tindak balas)  terhadap setiap topik yang diajarkan. Iaitu janagan hanya diam membatu tanpa bertanya sebarang soalan sedangkan kamu tidak faham atau jangn pendam kan sahaja idea atau pendapat yang sepatutnya kamu kongsi bersama guru dan rakan-rakan sekelas yang lain

Sekiranya kamu terlihat guru kamu sedang mengangkat buku-buku atau barang-barang, rasanya tidak salah kamu membantunya mengangkat barang-barang tersebut.
Ini bukan bertujuan untuk mengampu atau mem "bodek"..
Tapi ini lebih kepada mengahargai jasa mereka dan menghormati mereka..
Apalah salahnya kamu menghulurkan sedikit sumbangan tenaga kamu yang tak seberapa itu kepada seorang guru yang telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk mendidik kamu..


Tapi sayangnya...kenapa apabila guru sedang mengajar di depan kamu tidur, berkhayal, menconteng, membuang masa, berbual-bual....?
Tidak kah kamu tahu akan perasaan guru yangsedang mengajar kemudian anak didiknya berkelakuan begitu..?
Jadi hormatilah dan hargailah jasa dan pengorbanan mereka..

_Jangan Pernah Buat Guru Rasa Kecewa_
Akhir kata dariku buat adik-adik sekalian..
Hormatilah dan hargailah jasa dan pengorbanan guru adik-adik..
Belajar lah rajin -rajin dan fokus ketika guru sedang mengajar dan jangan lupa akan nasihat dan tips-tips yang telah diberikan oleh guru..
Last But Not Least
Jangan Buli Guru-Guru Anda!!!

Nota:- Topik ini adalah hanya pendapat dan pandangan penulis blog ini. Segala gambar adalah ehsan dari google Image. 


Tuesday, April 19, 2011

Puisi:- Duit Oh Duit


Duit oh duit....
Kalau lah dikau senang boleh ku petik seperti pokok duit-duit...
Tak lah ku pening memikirkan kos kehidupan sekarang yang tinggi melangit...
Oh duit..
Kenapa kau senang datang tapi kau senang pergi..?
Oh duit..
Aku tak paham kenapa kau makin berurang kerana aku bukan kaki joli..
Apatah lagi menghutang ceti..
Oh tidak sama sekali...
Oh duit..
Baru kini aku mengerti..
Akan realiti kehidupan...
Betapa peritnya untuk mendapatkan engkau wahai duit...
Segalanya perlukan duit..
Tapi tak semuanya boleh di nilai atau di beli dengan duit...
Tapi ramai jua manusia tamak haloba..
Mereka tak kenal apa itu dosa pahala...
Sanggup buat apa sahaja...
Halal haram  belakang kira katanya...
Semata-mata nak dapat duit sanggup gadaikan semuanya...
Nak dapat duit sanggup tipu sana sini..
Nak cari duit sanggup ugut orang itu dan orang ini...
Oh duit..
Aku tak mahu jadi manusia hamba duit..
Aku jua tak mahu jadi manusia mata duitan..
Lindungilah aku dari hasutan Iblis dan Syaitan..
Yang suka menyesatkan manusia melakukan hal yang bukan-bukan..
Jadikanlah aku manusia yang tabah mencari sesuap rezeki halal lagi berkat  untuk dimakan dan digunakan..
Untuk diriku, keluargaku dan jua generasiku dimasa hadapan...


Nota:-Puisi ini adalah ciptaan asal pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com) sebarang penerbitan semula adalah dilarang sama sekali..Hak cipta terpelihara...Gambar sekadar hiasan, ehsan dari Google Image..


Sunday, April 17, 2011

Emas Sudah Naik HarGa!


Harga emas dah naik mendadak hingga 13%.
Iaitu RM4,840.00 untuk satu auns (28.3gram)
Wah...lepas nie kalau pengantin perempuan mintak hantaran serba berdiri (full set barang kemas) bermakna akan serba tersungkur lah pengantin lelaki tue...
Mesti bakal-bakal pengantin dah pitam kepala dengar harga emas dah naik nie...

Wanita-wanita yang suka kumpul barang emas nie pasti akan berfikir berpuluh kali untuk membelinya...
Malah mungkin mereka akan lebih suka simpan jer dalam peti besi..
Sebab silap-silap haribulan boleh kena ragut atau kena rompak...
Mesti lepas nie golongan perompak akan aim makcik-makcik yang suka pakai barang kemas untuk jadi mangsa ragut diaorang...
Jadi, nasihat saya buat anda semua golongan wanita berhati-hatilah ya...
Jangan berjalan seorang diri atau di tempat sunyi sepi bila memakai barang-barang emas nie...

************

Ok jom kita layan gambar-gambar emas...
Wah berpinar-pinar lah mata...(O_0)

-Basikal Emas-


_iPhone Emas_

_Nokia Emas_

_Laptop Emas_
_Pendrive Emas_
_Kamera Emas_

_Mercedes Benz Emas_
-wah bersinar-sinar-


PS:-Entry ini adalah pendapat penulis blog ini. Credit gambar google image

Tuesday, April 12, 2011

Kisah Si Pemandu Yang Memandu Kereta...


Drive kereta nie pada saya tak lah susah mana pun...
Cuma yang membuatkan "susahnya" ialah keadaan jalan yang sempit, berlubang-lubang, pemandu-pemandu lain yang tak ikut peraturan..
Sekarang saya nak cerita pasal pengalaman saya drive kereta...
Dalam keadaan hujan yang lebat mencurah-curah ke bumi, saya drive sorang-sorang...
Ok jer... walaupun mula-mula ade perasaan gementar..
Ada sebijik kereta warna merah nie, flat kereta die "dari negara seberang laut" . Die nie punya lah bagi signal kanan sampai 20minit..tapi last-last masuk lorong kiri...
Dah lah bawa kereta slow semacam lepastue makan jalan orang pulak tue..
Saya drive slow mase nampak die bagi segnal nak masuk lorong saya, tapi bila dah lama sangat saya pun masuk lorong kanan (lorong paling laju)
sempat lah saya toleh kat kereta tue..
Nak tau tak ape die buat...?
Ya, sedang berpacaran rupanya..
Patutlah signal kanan atau kiri pun dah tak reti nak beza...
Rupanya ade aweks kat sebelah...
Rasa masa tue nak aje  saya cakap kat mamat tue:
"Hello Bro, U lain kali kalau nak berpacaran pegi lar mana-mana tempat dan jangan nyusahkan pemandu-pemandu lain yer..."

Sampai kat satu kawasan nie lain pulak ceritanya..
Ade sebijik kereta "buatan temapatan", flat kereta "buatan tempatan"..
Tapi kereta warna merah jugak..!
Yang nie masuk lorong orang laju jer, langsung tak bagi signal..lepastue boleh pulak dia berenti kat lorong kecemasan dan buka lampu kecemasan...
Padahal masa tu dah tak hujan pun....
Saya try lah toleh, kot-kot si driver nie kena heart attack ke ape..So, boleh lah  saya tolong call kan Ambulans...
Nak tahu apa yang saya nampak...?
Ya, keadaan yang sama...berpacaran dalam kereta..bila dah hilang kawalan macam orang mabuk tue yang terus buka lampu emergency..
Mcama ape jer kan perangai dieorang nie...
Nyusahkan orang kan..?

***********

Besarkan jalan, tambah jalan..sebab kenderaan makin hari makin bertambah..
Lepas nie kalau dah tak ade kawasan nak buat jalan raya macam mana pulak ye...?
Agaknye lepasnie kita semua drive kereta terbang lah kowt...
Senang sikit tak jem..heheheh...(^_^)

Monday, April 11, 2011

Gadis Semasa-Yuna

\

Oh begini rasanya cinta
Bila diagung-agungkan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia


Oh sekarang bukannya masa
Untuk kau ungkit lagi salah siapa
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu


Korus
Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku




Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu


Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyanyangi diri mu


Kau mahukan gadis semasa
Yang bisa memberikan kau segalanya
Dan engkau tak mampu melihat
Apa yang ada di depanmu


Kau mahukan perubahan dunia
Tetapi pada aku kau sama saja
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu


Ulang Korus 2x


Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi dirimu


Oh aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi dirimu


Nota:-saya sangat-sangat minat lagu nie....lirik dia sangat dekat dengan hati kecil ini...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...