Translate

Friday, December 28, 2012

Tarikh Kiamat + Tarikh Kematian Vs Persediaan Menghadapinya..


Tahun 2012 nie menunjukkan ramai pula yang meramal tahun ini adalah tahun terakhir bumi berputar di paksi nya...Ramai juga yang meneka-neka tarikh kiamat, siap buat ramalan ikut pendapat ahli peramal tersohor (katanya) dan ada juga yang sibuk mengira mengkaji kalendar...Kira-kira tarikh bila bumi akan berakhir, bila kiamat nak berlaku...?

  Akibat sikap obses ini ramai pula yang percaya, ramai pula yang buat spekulasi sampai sebarkan email berantai dan macam-macam nota yang ditulis untuk tatapan semua yang membaca..Lebih sadis, terdapat sebilangan besar yang membaca percaya setiap patah yang ditulis tanpa ada sedikit ragu dan tanpa ada niat untuk berfikir dan mengkaji + meneliti sebelum mempercayai..


  Maka akibat dari ramalan melampau golongan obses ini, terciptalah filem tentang kiamat 2012, buku yang bercerita pasal kiamat 2012, blog + laman web yang bercerita akan kiamat 2012 dan tak ketinggalan iklan shampoo yang turut mengambil kesempatan dari sikap obses manusia-manusia yang mempopularkan dakyah bumi berakhir pada thun 2012.

  Pada awalnya diramal bumi berakhir pada 12.12.2012(Rabu) kemudian ditukar pula ke tarikh 21.12.2012 (Jumaat). Maka pada tarikh 20.12.2012, manusia-manusia obses yang percaya kiamat akan berlaku pada tarikh yang disebut seperti mati akal. Ada yang takut cari tempat bersembunyi, cari tempat berlindung kononnnya boleh terselamat dari kiamat..! Ada pula yang berdoa tak henti-henti, berdoalah dia agar kiamat tak terjadi dan berdoalah dia agar dirinya tak  mati muda ( belum puas enjoy lagi katanya) . Ada pula yang sibuk makan-makan yang sedap-sedap, berparti sakan, mabuk sana sini, berjoget terkinja-kinja tanpa henti, semuanya kerana mereka percaya esoknya bumi akan mati maka itulah hari terakhir untuk berparti..! >_<"

   Arakian, setelah tarikh yang diramal tamat dan munculah pula 22.12.2012 (Sabtu), maka si obses yang sibuk meramal tarikh kiamat dan tarikh kematian makhluk bumi pun seperti cacing kepanasan yang menggelupur kerana ramalannya terbukti SALAH dan TIDAK BENAR serta TIDAK BOLEH DIPERCAYAI LANGSUNG.  Mereka pun mendapat idea baru untuk berdakyah sekali lagi menyesatkan pemikiran manusia dengan berkata tarikh kiamat telah ditunda ke tahun 2015! ~LOL~ sangat lawak! =p



Pesanan untuk awak-awak yang membaca entry ini:


Tahukah awak yang kita semua memang akan mati?
Dan tahukah awak juga yang kematian itu sesuatu yang pasti..?
Bila tarikhnya itu kita tidak diketahui oleh diri kita sendiri..
Tapi bersediakah kita menghadapi mati...?
Kerana tarikh kematian memang akan berlaku...
Di mana , bagaimana dan bila waktunya walaupun kita tidak tahu tapi ia tetap akan berlaku..
Dan bila ajal telah tiba maka terputuslah jasad dan nyawa, berhentilah pernafasan kita..
Kematian kita takkan dapat ditunda walau sesaat, dan takkan boleh dipercepat walau sesaat...
Jadi persoalan utama, bersediakah kita menghadapi mati..?
Bersediakah kita menghadapi alam Barzakh (alam kubur)...?
Bersediakah kita untuk duduk dan tinggal didalam kubur itu sendiri..?
Gelap gelita, ditemani ulat dan cacing...
Tiada lagi hiburan dunia, tiada lagi kemewahan dunia, tiada lagi pangkat dunia..
Yang akan kita bawa untuk bekalan kita disana ialah amal ibadah kita dan segala amal kebajikan kita..
Disana tidak akan ditanya berapa duit kamu ada..?
Disana tiadak akan ditanya apa pangkat kamu? apa keturunan kamu?
Jadi adakah kita benar sudah bersedia menghadapi mati..?
Jika belum, marilah kita menambah amal ibadah dan amal keabjikan kita buat persediaan menghadapi mati..


Soalan mengenai bila tarikh mati , bila tarikh kiamat itu bukanlah pokok soalan utama...
Kerana semua makhluk yang bernyawa pasti akan mati,
Dan hari kiamat itu adalah sesuatau yang pasti..
Persoalan yang lebih utama adalah sudahkan kita bersedia menghadapi mati..? dan ..
Apakah persediaan kita menhadapi mati..?

Apa maknanya sibuk mengkaji tarikh kiamat seperti orang mati akal, tetapi persediaan menghadapi mati langsung tidak dilakukan, amal ibadah sengaja ditinggalkan malah makin  sibuk enjoy hingga ke pagi...?


P/s: Jangan mudah percaya pada dakyah songsang yang nyata syirik lagi menyesatkan..Tepuk dada tanya iman..:)

P.p/s: Entry ini adalah sepenuhnya luahan pendapat dan idea saya selaku penulis blog ini. Sebenarnya dah lama nak tulis entry nie, tapi asyik tertunda oleh kerana kesuntukkan masa..

Kredit gambar google image..

Sunday, December 23, 2012

Puisi: Hati Rabak



Rabak yang koyak,
Rabak yang retak,
Rabak yang pecah,
Rabak yang terbelah,
Rabak kerana terpisah,
Rabak yang patah,
Rabak yang musnah,
Rabak yang luka,
Rabak yang kecewa,
Rabak yang berendam air mata,
Rabak yang sayu,
Rabak yang kaku,
Rabak yang sepi,
Rabak yang menyendiri,
Rabak yang bernanah,
Rabak yang terpanah,
Luka hancur musnah,
Tiada masa untuk bepatah kembali...
Tidak mahu menjadi rabak yang rabak lagi...!
Hati yang rabak takkan mudah kau mahu tambak,
Kerana hati ini sudah penat di tembak,
Hati yang rabak tak mudah terpulih dari retak,
Kerana hati ini sudah kaku dan mati,
Hanya sepi yang menemani,
Langsung tiada simpati,
Yang tinggal hanya kasih yang berdaki,
Yang tinggal hanya caci maki,
Yang tinggal hanya kata keji,
Bertepuk tanganlah mereka yang membenci,
Bersuka rialah mereka yang mengeji,
Bersedih lah mereka yang punya rasa impati dan simpati,
Dan aku masih rabak lagi,
Entah bila mahu mengakhiri,
Kisah pedih luka  ini...
Moga esok hati aku tidak rabak lagi...


P/s: puisi ini adalah sepenuhnya  hasil karya saya selaku penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Hakcipta terpelihara.

Maaf lukisan itu sangat buruk, maklum saja lah di conteng oelh orang yang noob dalam bab melukis..huhuhu..:p

 ok mari layan lagu nie...:-




Saturday, December 22, 2012

Puisi:- Boros Yang Bolos


Boros sampai bolos kocek kau,
Boros sampai rabak dompet kau,
Boros sampai tiada wang yang tertinggal di saku,
Boros sampai tiada saki baki tertinggal di situ,
Aneh begitu sukar duit dimiliki,
Tapi begitu senang pula duit itu kau biar kan ia pergi,
Bila boros jangan menyalahkan takdir diri,
Bila boros salahkan diri sendiri,
Kerana kau jua yang tak pandai mengurus wang sendiri,
Kerana kau jua yang tak tahu cara mengurus nafsu berbelanja itu...
Di mana ada jualan murah,
Di situ pasti ada kamu,
Di mana ada barang-barang mewah,
Di situ pasti ada kamu,
Berbelanja hingga tiada masa dan ruang,
Berbelanja hingga tiada lagi wang...!

P/s:- Puisi ini adalah sepenuhnya hasil ciptaan saya selaku penulis dan pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com) .Sebarang bentuk penerbitan semla adalah dilarang sama sekali. Hakcipta terpelihara.

  Maaf hasil contengan pada gambar di atas tidak cantik, saya hanya lukis guna paint ajer...tak reti nak guna adobe...macam lukisan budak sekolah rendah kan..? huhuhu..:p

Monday, December 17, 2012

Jangan Jadi Boros...


Pernah tak kamu menjadi boros?
Kalau tak pernah itu sangatlah bagus, sila ucap tahniah untuk diri sendiri...
Tapi kan kadang-kadang kita susah nak ubah sikap boros yang ada pada diri kita..

Sebenarnya ada banyak faktor jugaklah yang menyebabkan kenapa seseorang itu boleh menjadi boros antaranya ialah:



~Tak tahu cara nak uruskan kewangan dengan betul..

~Dah terlampau banyak duit sampai tak tahu nak beli apa, sebab itulah duit yang ada di bazir-bazirkan saja...

~Mempunyai sindrom "Biar papa asal bergaya". Biar miskin, makan minum pun tak cukup tapi asalkan mesti sentiasa bergaya mewah..barulah ade class gtue...:p

~Nak nampak hebat..

~Memang hobi suka shopping...Bila tengah stress ajer shopping, bila tengah gembira pun shopping..Bila dapat gaji atau bonus ajer shopping..Kalau boleh 24/7 nak shopping ajer..Lagi best, kalau rumah ade kat dalam shopping complex. Boleh shopping hari-hari..

~Suka barang berjenama.Suka pakai yang jenama mewah-mewah. Tapi ada jugak yang jenis beli ajer, tapi tak pakai pun..Sebab memang dah hobi suka kumpul barang berjenama..

~Pengaruh iklan kat tv, majalah, suratkhabar, internet etc..


~Pengaruh rakan-rakan..

~Naluri diri sendiri sukakan kebendaan...




Cara nak elak dari bersikap boros:-

~Belajar cara uruskan kewangan dengan betul...Awak boleh pergi kursus atau kelas yang berkaitan(secara formal). Boleh juga awak dapatkan khidmat nasihat dari rkaan-rakan atau keluarga..:)

~Elakkan dari bergaul dengan individu yang bersikap boros...


~Kalau ada duit lebih-lebih tue , menabunglah dekat bank atau institusi kewangan yang berfaedah seperti tabung haji, takaful , amanah saham...Oh ya, lupa nak bagitahu..Kalau boleh displin kan diri dnegan buat simpanan sekurang-kurangnya 10% dari gaji untuk menabung untuk tujuan tabungan kecemasan, masa depan, pelajaran, kesihatan , kahwin etc..Takaful nie amat penting tau, at least kalau awak sakit-sakit ke ape tak payah pening-pening  nak pikir2 pasal bill hospital etc etc..Tabung haji pun penting jugak, MEsti awak pun ada hajat nak pergi haji kan..? so menabunglah dari sekarang ye..:)


~Kalau awak ada rezeki yang lebih, baiklah awak hulur-hulurkan sedikit derma ikhlas dekat mana-mana tabung masjid atau persatuan amal / badan-badan kebajikan. Contoh macam Aman Palestin, MAKNA,Anak-anak yatim, rumah orang-orang tua etc..Awak pun dapat pahala, dan rezeki awak InsyaAllah akan bertambah-tambah..(^___^)


~Kalau dah ada banyak sangat pakaian yang awak tak pakai lagi dan awak sendiri pun tak tahu bila awak boleh pakai. Daripada baju itu terbiar buruk dan berhabuk seperti tak dihargai. Maka elok sangat-sangatlah awak jual saja barang-barang itu secara online. Awak pun boleh dapat duit hasil jualan tue..Duit tu nanti awak boleh simpan ataupun gunakan untuk keperluan harian, ataupun boleh jugak awak dermakan ke badan-badan kebajikan..Ataupun awak boleh derma pakaian awak itu pada individu yang kurang berkemampuan.Ia lebih manis tau bila kita dapat kongsikan kegembiraan bersama ornag yang lebih memerlukannya..


~Kurangkan shopping..Ya, kurangkan sebab kalau nak elak terus memang tak bolehlah kan..? ehhehe..Sebab shopping complex merata-rata tempat macam cendawan tumbuh selepas hujan gtue..
Kalau boleh elakkan diri dari masuk kedai yang jual barang berjenama..Jika mahu shopping eloklah buat perbandingan dari segi harga dan kualiti terlebih dahulu.. Lebih baik jika bershopping ketika ada discount..boleh jimat sikit...:)

Oh awak tertanya -tanya macam mana saya dapat idea nak taip entry begini..??

   Sebenarnya saya nie taklah dalam kategori boros...Dulu masa kecik-kecik pandai ajer kumpull duit dalam tabung tiap-tiap hari...Tapi masa saya baru dapat kerja lepas grad dari Politeknik..Wah kemain terus sakan berbelanja tiap-tiap bulan tak hingat dunia..Masa tue hingusan lagikan, so memang lah tak pandai nak manage duit..Tiap-tiap bulan nak beli baju baru, seluar baru kasut baru...Tiap-taipa bulan jugaklah nak shoppiing sakan, padah gaji kecik ajer pun...=,="  Lagi masa dekat-dekat nak raya dapat bonus sebulan gaji, kemain suka..kebetulan pulak tengah ada jualan mega gtue..Kita pun ape lagi berbelanja mega lah jawabnya kan..Awak tahu kita boleh ajer habiskan RM900 dalam masa 5 jam ajer...=,=" Habis duit bonus, nangis..(T__T) ..Macam-macam lah yang di beli..Baju baru, seluar jeans, kemeja untuk pergi opis, seluar slack, shawl, aksesori, alat solek, kasut raya , kasut sport & sneakers dan   makan ..Padahal masa tue cuma pergi City Square kat banda jaybee ajer...Agaknya kalau banyak-banyak bangunan shopping complex yang disinggah mahu tekopak duit...=,="


   Sebenarnya itu bukanlah kali pertama saya kerja. Masa habis sekolah dulu pun pernah ajer kerja kilang kejap, jadi SPC & operator..Tapi masa kerja kilang tue taklah boros, sebab duit gaji yang dapat tue memang confirm tujuannya untuk menabung untuk further study.. Jadi masa tue, takdelah nak boros-boros nie..huhuhu..

Sekarang nie dah ade kesedaran dah dalam diri...Sejak -sejak kerja bahagian kewanagan nie..Dah tahulah nak manage duit sendiri sikit-sikt..Dah wujudlah kesedaran dalam diri dan rasa tanggungjawab pada parents kian menebal..Masuk tahun nie dah dua tahun kerja bahagian kewanagan nie. Sejak kerja kat sini, langsung kita tak beli jeans baru! Wah betul-betul jimat...Mungkin sebab kesedaran tue ade bila kita hari-hari kena uruskan hal berkaitan kewangan..Maka nampaklah depan mata yang bertapa pentingnya menguruskan kewangan dengan betul demi masa depan...=)

 

Oklah sampai disini saja entry saya...


P/s:

Hai semua...Sihat..?
Ehehehe..Sorry lambat sikit menaip entry baru untuk bulan December nie...
Paham-paham ajelah dah hujung tahun niekan busy sikit nak closing account, nak settle kan payment mereka-mereka, nak sipakan report untuk audit..etc etc..
Memang busy tahap maksimum...
Weekend pun kita kerja tau...
Oh ya, plus ujung-ujung tahun nie busy jugak dengan jemputan kenduri kahwin...
Jadi masa nak blogging tu agak terhad lah...


P.P/s:Entry ini adalah sepenuhnya  luahan pendapat dari saya selaku pemilik dan penulis blog ini. Ia adalah bersumber inspirasikan dari pengalaman diri sendiri..Credit gambar google image..

Friday, November 30, 2012

Obses Kulit Putih Dan Obses Kurus


Benarkah cantik itu bila kamu berkulit putih dan berbadan kurus saja..???
Benarkah begitu...?
Jadi kalau begitulah maka orang-orang yang berkulit sawo matang, kuning langsat, hitam manis itu tidak cantik...?
Jadi orang yang berbadan agak chubby dan gempal itu tidak cantik...?


      Alahai...janganlah di sempitkan pemikiran kamu sebegitu...Jika kamu berfikir begitu sudah pasti kamu akan berasa tidak puas hati dengan warna kulit atau size badan kamu itu..Maka bermula lah misi untuk mengubah ia menjadi seperti yang kamu suka...


    Kamu menjadi insan yang obses untuk kelihatan cantik..Sanggup makan ubat berbotol-botol, sapu krim sana sini banyak-banyak, inject sana sini, ataupun terus aje buat pembedahan kosmetik untuk cantik atau untuk buang lemak-lemak itu semua..Owh pelik sungguh kan, bila kamu yang tak suka makan ubat bila jatuh sakit, dan bila si Doctor bagi nasihat kamu taknak makan ubat, pahit katanya..takut jumpa Doctor dan takut juga makan ubat..Tapi bila sebab nak cantik punya pasal, daripada sikap takut ubat tadi kamu terus berubah 180 darjah menjadi insan yang pencinta segala macam ubat semata-mata untuk mendapatkan kulit yang putih dan badan yang kurus ..=,="

~Sanggup makan macam-macam ubat,nak cantik punya pasal~


     Kamu pun secara tak langsung mudah benar terpengaruh dengan pelbagai cakap-cakap berapi dari penjual produk-produk kecantikan atau kesihatan yang tak bertauliah itu...Dengar saja hujah-hujah mereka hati kamu terus berbunga-bunga, terus terbayang depan mata kamu akan kelihatan cantik sempurna bila cuba produk-produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan itu...Kamu pun laju saja bersetuju tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang...Kamu terus beli tanpa ambil tahu isi kandungan ubat-ubat itu..Owh itu bahaya!


    Kalau kamu nak makan makanan tambahan untuk jaga kesihatan tubuh badan itu boleh, tapi yang penting siasat lah dahulu latar belakang pengeluar produk itu, bahan-bahan yang terkandung di dalamnya, kesan-kesan sampingan jika mengambil ubat itu (kesan baik dna kesan buruk),status kelulusan kementerian kesihatan dan status halalnya..Ini sangat penting untuk menjaga kesihatan diri kamu juga.. Ingat sahabat, kita sebagai pengguna harus berhati-hati...Ambil langkah berjaga-jaga dan jangan cepat sangat terpengaruh..Sebaiknya siasat lah terlebih dahulu...

    Kamu perlulah betulkan pemikiran aka mind set kamu jika mahu amalkan produk kecantikan.. contohnya makan ubat tambahan atau guna produk kecantikkan bukan semata-mata untuk cantik, tapi untuk jaga kesihatan tubuh badan dan kulit..Jaga kekemasan dan penampilan diri dan bukannya semata-mata untuk kelihatan cantik lantas seperti terlalu obses untuk ubah ciptaan Tuhan..Bersyukurlah dengan kecantikan yang kamu miliki, sedarlah bahawa setiap individu itu dilahirkan cantik dan sempurna..Setiap dari kita punya kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri..

  Jika kamu mahu bersenam atau mengamalkan diet, perlulah diingat yang kamu mahu kurus untuk menjaga kesihatan diri dna bukannya semata-mata mahu cantik..Kerana jika kamu terllau obses kurus, maka kamu akan amalkna diet yang salah tanpa mengira keadaan diri kamu sendiri..Tak makan berhari-hari, padahal kamu ada gastrick..Kerana mahu kurus akhirnya sakit pula yang dapat..

Cuba kamu letak mindset begini: " Saya mahu bersenam dan diet, untuk jaga kesihatan diri..Taknak obesiti dan ia bagus untuk elakkan  penyakit-penyakit lain mendekati diri.."
Bila kamu letak mindset begini , secara automatik kamu akan berhati-hati memilih diet dan senaman yang sesuai dengan keadaan diri kamu sendiri. Seelok-eloknya dapatkanlah nasihat daripada pakar berkaitan hal ini..

   Jika kamu obses cantik, maka kamu akan sanggup berhabisan duit, sanggup berhutang semata-mata mahu beli segala ubat atau produk kecantikan, kamu juga sanggup habiskan duit dan masa untuk pergi ke pusat-pusat kecantikan semata-mata mahu jadi cantik..Bila kamu obses, maka kamu pun tak ambil kisah akan kesan sampingan produk-produk itu keatas diir kamu..Lantas kamu terus percaya 100% segala dakyah si penjual tanpa kamu siasat terlebih dhaulu kualiti dna bahan-bahan yang terkandung di dalam produk itu..Jangan begitu teman, siasat dahulu..Tak salah kan, kalau kamu menjadi individu yang buat kajian sedikit sebelum terus beli produk itu..Sebagai pengguna, kita haruslah bijak membuat keputusan memilih produk yang bersesuaian dengan diri kita sendiri...Ini adalah penting untuk mengelakkan kita dari ditipu, rugi dan mudarat kepada diri kita sendiri..

Sebelum mengakhiri bicara saya mahu kamu berfikir seketika:-


"Putihkan hati itu lebih berfaedah daripada terlalu obses untuk putih kan kulit..."

"Besarkan pahala dan amal kebaikan itu lebih baik dari kamu terlalu obses untuk kurus...Mungkin badan kamu yang agak besar itu punya kudrat yang lebih untuk membantu insan yang kurang bertenaga..Maka Jadi, gunakanlah tenaga yang kamu ada itu untuk kebaikan bersama. Membantu mengangakat baran-barang misalnya, dapat pahala bukan..?"

"Baik budi pekerti, sopan tutur kata, bijaksana, sikap perihatin dan baik hati itu lebih baik dari kamu hanya berbadan cantik dan berkulit putih tapi hati penuh kuman dan kudis..Jagalah kecantikan dalaman (hati), maka kecantikan luaran akan terpancar di wajah kamu...Kamu pasti dipandang lebih baik jika kamu mempunyai rupa paras yang elok diiringi perangai dan hati juga elok..."

"Hargai setiap apa yang Allah SWT  sudah anugerahkan kepada kita, jagalah kecantikan diri sebaiknya..."


Buat kamu yang mahu membuat semakan status kelulusan kementerian kesihatan Malaysia produk kosmetik mahupun ubat-ubatan yang kamu makan boleh lah buat semakan di laman web berikut:

http://portal.bpfk.gov.my/product_search.cfm

Kalau kamu nak semak status halal produk-produk yang kamu guna / makan boleh semak dekats ini:

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia


Kalau kamu nak kira BMI (berat jisim badan) boleh klik dekat laman web ini:

http://gayahidupsihat.my/indexSHT.php?lang=my


Akhir kata dari saya, sayangi diri anda, sayangi dan hargailah kecantikan dan kesihatan diri anda sendiri...(^___^)


p/s:Entry ini adalah luahan pendapat saya selaku penulis blog ini, kredit gambar google image..

Sunday, November 25, 2012

Poetry: The little girl...



There's a little girl who cried in the rain....
It's easy for others to judge about her life...
But it's not easy to be like her...
She's try to be cool and pretend like she was strong enough...
But then she know that, she can't always pretend like that..
Sometimes she feels like she want to run away...
But where??
She don't even know about that...
Another might thinks she was bad, insane and bla bla...
She keep silent it... 
She let them say what they wanna think about her...
Let them be, because  they don't know the story behind her...
And that little girl still hopes there's a rainbow after the rain..
She still believe in life and there's still a hopes for her..
So she asked her self, why she must cry..?
Then she stop crying in the heavy rain...
She walked alone...
She smiled because she know that she's was strong enough to live through this life..
Now she grow older, she not a little girl anymore...
Now she's strong enough and she happy with her live..


p/s: This poetry was made by me, the owner of this blog..copyright protected...
 p.p/s:Yeah, I hope this poetry will motivate you..I've got an idea to write about this poetry after I heard this song:-

~Nobody's Home by Avril Lavigne~   

Stay cool and be strong...
xoxo


Wednesday, November 21, 2012

Panggilan Jihad

~Click gambar untuk besarkan saiz~



~Click gambar untuk besarkan saiz~


Mari lihat video ini:


Lihat, seluruh dunia menentang kekejaman terhadap Palestin, 
Ini bukan lagi hanya isu agama tapi isu kemanusiaan...
takkan kita mahu berdiam diri sahaja...?
Jika tiada upaya untuk berjihad bersama mereka, hulurkanlah bantuan terdaya yang kita mampu...

Sumber gambar: https://www.facebook.com/AmanPalestinMalaysia/info
Sumber video: youtube

For more info : www.amanpalestin.net

Sunday, November 18, 2012

Selamatkan Palestin Dari Kezaliman




Ketika kt di sini lena dibuai mimpi,

Mereka di sana dihujani bom dan peluru di sana sini....
Maka sebelum dirimu lena dibuai mimpi itu, 
Apalah kiranya kamu panjatkan doa untuk saudara se-agama kamu di bumi gersang Palestine itu..




Saudara ku....

Bukalah mata kamu...
Bukalah telinga kamu....
Bukalah hati kamu...
Lihat di sana ada anak kecil yang berlari ketakutan...
Lihat di sana ada anak kecil yang menangis dan merintih meminta pertolongan...
Lihatlah bertapa kejam mereka di perlakukan...



Apakah salah dan dosa mereka sehingga begitu sekali mereka di aniaya sebegitu rupa..???

Tidak layak kah mereka untuk hidup bahagia seperti kanak-kanak lain di dunia...???
Fikirkan lah sejenak wahai saudara,
Apa akan kamu rasa jika kamu di tempat mereka..?
Apa yang kamu rasa jika anak-anak kamu, isteri kamu , suami kamu atau saudara mara serta sahabat handai kamu di bunuh dan dibom begitu kejam sekali...?



Mereka puak zionis telah begitu kejam sekali membunuh nyawa-nyawa yang tidka bedosa...

Saudara ku adakah kamu hanya mahu duduk diam saja begitu...??
Memerhati tanpa ada rasa ingin membantu...?
Malah membatukan diri dan kelu lidah tanpa kata-kata ???
Lihatlah diri mu hari ini...
Jika hari ini kamu masih cukup makan minum , masih punya tempat tinggal, masih punya peluang untuk belajar, masih punya peluang untuk mencari rezeki, malah masih punya peluang untuk kesana sini dengan aman...
Maka daku pinta, tolonglah kamu bersyukur dengan apa yang kamu ada itu...
Dengan segala apa yang kamu ada itu, gunakanlah ke arah kebaikan dan kebenaran..
Jangan di gunakan kemewahan dan harta kamu itu untuk menaja atau melakukan  sesutu perbuatan yang sia-sia atau berunsur maksiat..
Apalah kiranya kelebihan yang kamu ada dari segi kemewahan dan wang ringgit itu, jika kamu gunakan sedikit untuk memberikan sumbangan kepada tangan-tangan yang benar-benar memerlukan...?



Apalah gunanya kamu mewah malah sibuk berfoya-foya pula di saat saudara se-Islam kamu sedang di bom dan di bunuh tanpa rasa belas kasihan..

Kejam bukan???
Adakah adil buat mereka jika suara mereka kita biarkan sepi...???
Tanpa secubit pun rasa peduli dihati kita...???
Jika kita rasa puak-puak zionis Israel itu kejam, kita juga sama lah kejam seperti mereka jika  kita langsung tiada  rasa simpati atau belas kasihan terhadap nasib saudara se-Islam kita sendiri..!



Malah jika kita ini punya kemewahan tapi begitu kedekut untuk menyalurkan derma ikhlas dari segi wang atau harta benda untuk saudara Islam kita yang sedah dizalimi, malah dalam masa sama kita tak lokek pula berbelanja sakan untuk menunjuk-nunjuk kemewahan malah sagat rajin mejadi penaja pada majlis-majlis mewah yang sia sia..Maka zalim lah kita...Kerana harta yang kita punya itu tidak kongsi atau dihulurkan sedikit kepada yang sedang mengalami kesusahan malah kita biarkan pula harta-harta kita menzalimi diri kita sendiri dengan menggunakannya ke jalan yang salah...


Adakah mereka ini (penduduk Palestin) boleh di gelar pengganas bila mana mereka hanya mahu mempertahankan tanah air mereka (negara mereka) dari terus-terusan dijajah oleh rejim zionis Israel itu..?
Mereka bukan pengganas! Mereka hanya mahu menuntut bela kemerdekaan malah mereka hanya mahu mempertahankan maruah negara bangsa yang telah sekian lama bernanah akibat dirobek oleh zionis tanpa belas kasihan!
Bukalah hati anda, lihatlah kezliman sednag berlaku..?
Di mana anda?
Bantulah selagi termampu....




click untuk besarkan imej...
Untuk hulurkan sumbangan / derma ikhsan atau mahu mengetahui tentang hal berkaitan Palestin atau mahu mendaftar sebagai ahli sukarelawan aman Palestin click di sini :



Sedarlah saudaraku walaupun kecil sumbangan wang kamu itu, tapi ia amat besar buat saudara-saudara kamu yang sendang bertarung nyawa bejuang mempertahankan keamanan buminya...

Hulurkanlah sumbangan ikhlas kamu walaupun kecil....!


Mari sama-sama kita berdoa sedaya yang mampu kita untuk kesejahteraan mereka disana..

Teruslah berdoa tanpa rasa jemu....
Kerana doa kamu juga amat bermakna..
Doalah agar kemenangan menajdi milik mereka..
Doalah agar peperangan itu akan berkahir jua akhirnya....
Doalah agar tiada lagi nyawa-nyawa yang terancam dan menjadi korban...




Lihat ini perhimpunan yang diadakan di kota paris, perancis...
Kenapa kita disini begitu mudah bila disuruh keluar untuk berhimpun demi tujuan poilitik atau hiburan..?
Tapi bila untuk tujuan begini???
Di mana suara kita...???
Ya memang ada.. tapi cuma sedikit...


P/s: Entry / artikel ini adalah sepenuhnya luahan pendapat ikhlas dari lubuk hati yang terdalam oleh saya selaku penulis dan pemilik blog ini..Saya menulis artikel ini atas dasar rasa bertanggungjawab saya  terhadap penderitaan yang sedang dialami oleh penduduk Palestin..Saya mohon agar saudara yang membaca atau terbaca coretan saya ini agar dapatlah sama-sama membantu menghulurkan beban yang dialami oleh mereka melalui Doa dan derma ikhlas...Maaf entry ini agak panjang, kerana begitu banyak yang mahu saya luahkan sebenarnya..Rasa kecewa juga bila terlihat ada segelintir manusia yang masih bersorak-sorak gembira sedangkan dia langsung tak ambil peduli dengan kezaliman yang sedang berlaku di bumi Palestine..Apa sudah jadi..? Dimanakah naluri kemanusia...?? 

Sebelum saya mengakhiri bicara, mari dengar dan hayati lagu ini:-




kredit gambar :

Kredit video:










Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah, 1434 Hijrah...


Buat saudara se-Islam ku yang sudi mebaca blog ini:-

Salam Maal Hijrah, 1434 Hijrah...
Semoga kita semua sentiasa berada dibawah limpah rahmat naungan kasih-Nya..
Semoga tahun baru ini membawa sinar baru kepada kita semua....
Berubah ke arah satu tahap yang lebih baik...
Semoga segala impian & cita-cita akan menjadi nyata..♥


Impian ku pada diri sendiri tahun ini ialah..:-




Impian ku adalah untuk berubah ke arah sesuatu yang lebih baik dari segi sikap mahupun penampilan.....

Daku harap sepanjang tahun ini perjalanan hidupku akan berjalan dengan lebih lancar dan lebih baik berbanding tahun-tahun yang lalu...
Ku jua berharap, agar diri ku ini akan mejadi muslimah yang lebih baik pada masa depan...

Mati itu pasti...

Kematian juga tidak mengenal usia tua atau muda...
Bersedia atau tidak, bila sudah tiba waktunya asti kita kan pergi meninggalkan bumi...
Berbicara mengenai kematian, membuatkan ku gentar memikirkannya..
Oleh kerana diriku jua banyak melakukan khilaf sepanjang hidup di dunia...
Aku bukanlah seorang yang sempurna....
Kadang kala aku juga seperti tak menghargai nikmat usia dan kesihatan yang ku miliki..
Masa berlalu begitu saja dan adakalanya sia-sia berlaka...
Terkadang aku juga seperti mensia-sia kan usia muda yang ku milki ini...

Aku berharap dengan kemunculan tahun baru hijrah ini aku akan dapat melakukan anjakan paradigma ke pada diri ini....

Berubah ke satu tahap yang lebih baik...
Aku sentiasa berdoa agar Iman yang ada dalam diriku ini akan tetap teguh dan takkan goyah bila berdepan dengan situasi-situasi yang mencabar / sukar....
Ku berharap agar Iman ku ini takkn rapuh  seperti rapuhnya rating-ranting di pepohon yang mudah patah bila ditiup angin atau lalang yang mudah beralih arah tiada punya tujuan hidup...



~Dikesempatan ini daku ingin memohon ampun & maaf, sekiranya diriku ada menguris rasa / mengecilkan hati kamu-kamu semua oleh kerana tingkah laku diriku atau tutur kata diriku ini...~

Monday, November 5, 2012

Tips SPM :)

Hai Adik-Adik comel  yang dah nak SPM...Macam mana dah ready nak exam..?

Kat sini akak nak berkongsi sedikit tips untuk adik-adik (harap dapat membantu) (^__^)


Persediaan awal:



-Solat jangan tinggal. Rajin-rajinkan diri buat solat hajat dan solat-solat sunat yang lain.

-Rajin-rajinlah mengaji (membaca) Al-Quran..selain dari dapat pahala ia jugak bagus untuk terapi diri dan lapangkan minda tenangkan hati kita...:)


-Sebelum cikgu mengajar, kalau boleh adik study lah sikt pasal subjek yang bakal di ajar oleh guru di kelas. Baca sikit-sikit sepintas lalu. Tak faham pun tak apa, yang penting baca sikit.

-Masa cikgu mengajar, seboleh-bolehnya beri tumpuan 100%. Kalau tak faham tanya cikgu, jangan segan-segan atau takut nak tanya...


- Ulang kaji pelajaran. Kena selalu baca buku selepas selesai satu subjek tu diajar di sekolah...Setia hari mesti kena ulang kaji...Tak perlu banyak sangat pun tak ape.. Baca apa yang patut, kalau dah selalu baca mesti adik mudah faham subjek tue kan..? Jadi bacalah buku selalu ye..:)

-Rajinkan diri buat latihan. Boleh buat latihan soalan-soalan yanga da dalam buku teks / buku rujukan atau boleh beli buku soalan latihan untuk SPM. Rajin-rajin lah jawab soalan-soalan tahun-tahun lepas, contoh soalan peperiksaan sebenar. Buat seberapa banayak latihan yang termampu dan yang paling boleh adik buat. Tapi, Jangan paksa diri.

-Amalkan sikap rajin membaca dimana sahaja bila ada kelapangan masa. Adik boleh lah buat peta minda atau nota ringkas atau nota poket yang boleh di baca dimana-mana dengan mudah. Ia memudahkan adik untuk membaca kerana ia mudah dibawa dna adik sendiri lebih  mudah faham.. Takkan nak angkut buku teks / buku rujukan yang tebal-tebal dan baca kat mana-mana kan..? mesti susah..dah lah tebal makin berpinar mata bila baca lama-lama..hehehehe..

-Nota ringkas / peta minda / nota poket tadi tu boleh lah adik baca masa tunggu bas sekolah ke atau tengah rehat kat kantin ke ape.. 

-Boleh buat study group. Tapi pastikan group adik tu memang betul-betul fokus study dan bukannya hanya borak-borak kosong  / gossip / dating / etc etc..


-Kena selalu bermotivasi. Kena kuatkan semangat dan azam. Caranya dengan baca buku-buku motivasi / dengar lagu-lagu yang boleh buat adik kuat semangat.. Jangan putus asa, teruskan usaha dan doa.. Kalau gagal dalam exam mid term atau trial exam tak semestinya adik akan gagal juga dalam SPM..Jadi cekalkan hati, bulatkan tekad, kuatkan semangat..!

-Perlu cukup rehat dan jaga kesihatan. Pastikan adik jaga kesihatan / keselamatan  diri dengan baik.. Ia adalah penting, sebab kalau adik sakit atau kemalangan pasti ia bakal memudaratkan peperikasaan itu nanti..Jadi walaupun adik busy study, tapi perlulah jaga kesihatan ye... Sayangi diri.. :)



Persediaan Akhir


-Minta maaf dengan semua (ibu/bapa, adik berdik, saudara mara, guru-guru dan rakan-rakan)

- Minta restu ibu ayah dan guru-guru yang pernah mengajar adik-adik...Mohon maaf dan minta halal apa yang patut (ilmu , makan minum etc..)

-Malam sebelum SPM buat solat hajat dan bacaan Yassin..

-Semak jadual periksa. Pastikan adik dah tahu kat mana pusat peperiksaan adik , dewan periksa dan  kedudukan meja kerusi adik di dewan periksa.

-Baca sikt-sikit nota ringkas atau peta minda. Baca sedikit-sedikit  formula penting dan fakta penting.

-Lihat sedikit soalan-soalan latihan yang pernah adik jawab.

-Pastikan semua alat tulis yang di perlukan  , alatan melukis (jika perlu) , kalkulator (jika perlu), buku sifir saintifik (jika perlu)  dah lengkap tersedia dan berfungsi dengan baik. Pastikan dibawa ke sekolah.

-Pastikan Kad pengenalan dan slip peperiksaan ada dalam keadaan baik dan di bawa bersama ke dewan peperiksaan.

-Pastikan pakaian untuk ke sekolah juga telah di sedia lebih awal

-Pastikan tidur awal dan bangun awal. Supaya tidak terlewat kesekolah.


-Jangan terlalu gementar atau terlalu yakin semasa memasuki dewan. Tenangkan hati. Banyakkan selawat dan zikir.

-Semak kertas saoalan.

-Pilih soalan yang senang dahulu kemudian barulah menjawab soalan yang susah.

-Pastikan adik jawab semua soalan.


-Bila sudah selesai menjawab. Pastikan semak dahulu jawapan. Semak: ejaan, perkataan , tatabahasa,jumlah bilangan patah perkataan, fakta, formula , perkiraan , graf...



**Tips Skor A soalan karangan Bahasa Malaysia**


Bagi mendapat lebih idea:

-Rajin-rajin membaca buku-buku berkaitan bahasa. Buku antologi cerpen/ puisi atau novel juga boleh  dibaca..rajin membaca isu-isu terkini di surat khabar dan majalah. Sentiasa mengikuti perkambangan isu semasa.

Ketika menjawab soalan:

-Pastikan tatabahasa dan ejaan yang digunakan betul.

-Jika karangan memerlukan fakta, pastikan ia adalah fakta yang sahih + tepat  dan ia bukan di reka-reka.

-Jika karangan berkaitan simpulan bahasa atau peribahasa, pastikan adik memahami terlebih dahulu maksud simpulan bahasa / peribahasa itu. Kerana ia bagi mengelakkan isi serta huraian adik pada karangan tersebut berbeza dengan apa yang sepatutnya. Cuba kaitkan isi yang ingin di sampiakan dengan keadaan masa kini / isu semasa / keadaan semasa. 

-Kalau boleh pastikan isi karangan adik itu mempunyai ciri-ciri ini:

Who: siapa : Apa nama watak yang ingin dikaitkan dengan karangan, nama / karekter.
What: apa: Apa isi-isi penting / huraian / fakta / cerita /contoh  yang ingin disampaikan
When : Bila: Waktu / masa latar penceritaan karangan tersebut
Where: di mana : dimana lokasi tempat penceritaan / alamat yang ingin dikaitkan  dalam karangan   
          tersebut.

Yang penting sesebuah karangan mesti ada  pendahuluan, isi-isi penting,  huraian ringkas, huraian  penuh, contoh yang berkaitan , fakta , cereka / cerita, kesimpulan ( kalau boleh letakkan simpulan bahasa / peribahasa / atau madah pujangga  / atau kata- kata berpuitis yang berkaitan dengan karangan. Yang penting jangan sampai lari dari isi yang ingin disampaikan)

-Pastikan jumlah patah perkataan mencukupi..


p/s: Sekian sahaja perkongsian  tips dari saya yang dah  lebih kurang tujuh tahun meninggalkan dewan peperiksaan SPM...Enrty ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sendiri . Kredit Gambar : google image..

Akhir kata :

SEMOGA BERJAYA LULUS CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN.. (^___^)
GOOD LUCK!



Thursday, November 1, 2012

Ulang tahun ke -3 blogging... (^__^)





Happy birthday baby bee...it's our 3rd anniversary...!
I've been blogging since past 3 years ago..
I love to write and share about anything there...
Hope so I will be a professional writers one day.. :')






Sekejap ajer dah tiga tahun saya blogging...

Macam-macam pengalaman dan benda baru yang saya belajar pasal dunia web nie...
Sedikit sebanyak dengan menulis kat blog nie memenuhi cita-cita dan impian saya masa kecil, iaitu nak jadi penulis...
Walaupun tak dapat jadi penulis yang terbitkan buku, majalah atau suratkhabar...
Takpe, jadi penulis dekat blog nie pun ok....
Sebenarnya saya memang orang yang suka membaca dna menulis adalah merupakan hobi saya...
Menulis dekat blog nie sekurang-kurangnya dapat mengubat rasa sunyi dan bolehlah saya berkongsi pendapat dengan dunia luar...
Disebabkan saya nie anak tunggal maka tiada adik beradik di rumah untuk berkongsi pendapat itu dan ini..maka boring...
Jadi menulis dapat menghilangkan rasa sunyi itu..
Lepas penat seharian bekerja, dengan mata tertumpu di depan komputer dan kalkulator..Bekerja pula mengira-ngira dan hari-hari menghadap angka...
Jadi saya pilih hobi blogging lepas balik kerja atau sebelum pergi kerja, kerana ia hobi yang mudah..
Lagipun saya memang sangat suka menulis...=)
Jadi syaa rasa tak salah pun kan seorang yang bekerja di bahagian kewangan untuk menjadi penulis..?


Kenapa saya ber "saya awak " dalam entry-entry saya..?
Hurm...memang perangai saya macam nie...
lebih suka "saya awak" billa bercakap...
Owh sebenarnya saya lebih dikenali sebgai individu yang pendiam...
Tapi sebenarnya saya suka sangat bercakap, bercerita atau berkongsi pendapat /padangan mengenai sesuatu perkara atau isu...:)



Di kesempatan ini saya nak ucapakan terima kasih kepada anda yang sudi membaca entry-entry saya yang tak seberapa dan sudi memebri padangan / ulasan... Terima kasih juga pada anda yang sudi menjadi sahabat... Maaf jua di pohon andai sepanjang tiga tahun ini ada entry-entry saya yang membuat anda terguris / terluka hati, terasa tersidir, bekecil hati atau sebgainya...maaf jua di pinta dari saya..Maaf sekali lagi kerana dah jarang-jarang saya blogwalking ke blog kamu semua dan agak lamabat membalas komen-komen dari kamu kerana agak busy lately dan kesihatan jugak tidak berapa mengizinkan...Tapi di masa depan saya cuba untuk aktif blogging macam dulu2...ehhehe..;)

Andai dilanjutkan usia, punya kesihatan yang baik dan punya masa, pasti saya akan terus ber blogging...=)

Sunday, October 28, 2012

Lelaki Merokok....Macho atau Hancur...???

kau rasa aku nie macho tak?


Ramai perempuan yang kata tak suka lelaki merokok....
Tapi ada juga sesetengah darinya yang tak kisah pun kalau lelaki yang terdekat dengannya merokok...
Bagi lelaki yang merokok pula, mereka berkata merokok menambahkan gaya seksi dan macho...
Mungkin juga boleh menambah daya penarik bagi wanita-wanita atau gadis-gadis kepada mereka, mereka akan kelihatan lebih kejantanan bila merokok...

                      Tapi, bagi mereka yang benci rokok dan perokok, kami akan berkata merokok nie tak berfaedah, membazir duit, merbahaya untuk kesihatan si perokok, boleh mengudang pelbagai jenis gejala penyakit yang merbahaya  dan secara tak langsung mengundang mudarat kepada mereka yang berdekatan dengan si perokok kerana sering terhidu asap rokok juga boleh mengudang mudarat pada kesihatan, walhal dia tidak merokok...


Benarkah seseorang lelaki itu akan nampak seksi dan macho bila merokok..??

"aku merokok pun, peminat aku ramai tau yang terjerit-jerit bila nampak aku"

           Pendapat saya secara peribadi, tak langsung...Mungkin ia kelihatan macho dan seksi hanya pada photo saja...  Contoh bila di dalam photo, gambar lelaki merokok nampak macho atau seksi, tapi bila berdepan situasi begitu secara live iaitu si lelaki merokok di depan gadis-gadis dan mereka (gadis-gadis comel)  terhidu pula asap rokok yang busuk itu, terus si perokok tidak lagi kelihatan seksi...   Kerana mungkin dia akan dianggap mementingkan diri sendiri serta tidak beradab, bila mana dia merokok di kawasan awam seperti hospital, kedai makan, di kawasan taman permainan kanak-kanak, di kawasan yang terdapat ramai warga emas, wanita hamil mahupun bayi+kanak-kanak..  Bukankah merokok di kawasan seperti ini mengangu kententeraman awam serta mengangu gugat tahap kesihatan individu-individu lain yang tidak merokok...?


Kenapa mesti merokok...?

Sebenarnya ada banyak alasan yang diberi oleh si perokok yang sering di dengari antaranya ialah:

"Aku mula merokok sejak awek aku lari tinggalkan aku pergi kat lelaki lain. Sakit hati aku kau tau tak. Aku nie punyalah setia dengan dia, dia boleh curang...Sebab tu aku merokok nie...Lepaskan tekanan...Kira ok lah, aku just smoking ajer...Tak bunuh diri pun kan..??"

"Aku merokok nie sebab aku tension result exam aku terok giler. Aku kena repeat semester kau tahu. Apa aku nak cakap kat parents aku??? Padahal aku punyalah study bagai nak giler, last-last fail jugak! Kawan-kawan aku yang meniru siap bawak toyol kat dewan periksa tue jugak yang dapat best students..huh. "

"Aku merokok sebab  tension kat tempat kerja. Hari-hari stress, kerja menimbun-nimbun dapat gaji banyak pun tak cukup-cukup. Mana taknya, bini aku tue asyik nak shopping ajer.. Habis pokai duit aku nie ha.. Macam-macam business part time aku terpaksa buat untuk dapat duit banyak kasi kat bini aku tue...Kat office stress balik rumah pun stress, dengar bini meleter tak berhenti-berenti.."

"Aku merokok nie sebab saja-saja cari hobi baru... Dah semua kawan-kawan aku merokok... So, aku kena lah merokok... kalau tak, takleh jadi geng  pulak..Tapi diaorang tak pernah paksa aku, memang aku sendiri yang nak cuba merokok...saja cuba-cuba..tak salah pun kan..??"



                          Ok sebagai kesimpulan, merokok memang tak memberi kesan baik pada si perokok. Malah banyak memberi kesan buruk seperti yang kita sedia maklum, ia boleh menjadi penyebab kepada banyak penyakit berbahaya. Tak kira lah apa jua alasan kamu untuk merokok, saya minta tolong fikir sejenak kesannya terhadap kesihatan diri kamu sendiri. Tolong sayangi nyawa kamu. Serta saya minta jasa baik kamu agar fikir-fikirkan juga kesan sampingan bagi mereka yang terhidu asap rokok kamu itu...


Macho kah bila kamu merokok? jika kamu berfikir begitu maka saya minta kamu juga berfikir:- Macho kah kamu bila kamu terkena pelbagai jenis penyakit akibat dari sikap kamu yang serinng merokok itu..?
Adakah kamu akan kelihatan macho bila sudah terlantar sakit di katil hospital?



Akhir kata, sayangi nyawa kamu melebihi sayang kamu kepada orang-orang lain di muka bumi ini. Jika ada masaalah hadapi ia dengan tabah, cari jalan penyelesaian yang betul. Bukan jadikan masaalah itu sebagai alasan untuk kamu merokok. Saya minta kamu fikir sejenak:-

Jika kamu merokok  sebab stress tak cukup duit, adalah merokok boleh menabahkan duit..?

Jika kamu stress sebab banyak kerja, adakah dengan asap rokok itu boleh siapkan semua kerja-kerja kamu? 

Jika kamu sterss sebab tak lulus periksa, adakah merokok boleh menyebabkan kamu hafal semuanya sampai kamu boleh lulus periksa dengan jayanya...?

Jika kamu merokok sebab trend atau nak ikut kawan, adakah bila kamu terlantar sakit kelak  kerana kerap merokok, kawan-kawan kamu akan bertanggungjawab atas penaykit kamu itu?

Jika kamu merokok sebab tak tahan dengar isteri kamu berleter pot pet pot pet...adakah dengan merokok boleh hentikan mulutnya dari terus meleter atau menambahkan lagi sebab untuk dia terus-terusan meleter...?

Jika kamu merokok sebab putus cinta atau awek curang ikut lelaki lain...Sedarlah kamu bahawa sayangi nyawa kamu dan diri kamu sendiri itu adalah lebih baik, dari sayangi awek yang tak pernah sayang kamu! 

~Putus cinta takpe kamu boleh cari pengganti, tapi kalau putus nyawa adakah kamu boleh ganti balik nyawa kamu  itu..? Jadi hargai nyawa kamu, sayangi kesihatan kamu dan janganlah merokok, jika sudah merokok berusahalah untuk berhenti merokok~



p/s: hai...dah lama rasanya tak menaip entry panjang bergini...ehehehe...Maaf jika entry ku ini ada membuat kamu terguris hati kat mana-mana...Entry ini adalah luahan pendapat diriku selaku pemilik dan penulis blog ini semata-mata...Kredit gambar google image...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...