Translate

Saturday, September 10, 2011

Kenapa Mesti Merpati Putih??

Hai semua…

Apa khabar…?





                            Selama saya berblog nie saya tak pernah cerita pun kan macam mana saya dapat idea untuk letak nama blog nie dan sejarah asal usul blog nie… Sekarang saya akan ceritakan macam mana saya dapat nama blog nie…  Blog nie sebenarnya adalah blog kedua saya…Kali pertama saya buat blog adalah pada pertengahan tahun 2008, dimana masa tu saya diwajibkan buat satu blog menggunakan domain blogspot.com sebagai memenuhi tugasan assignment untuk subjek Teknlogi Maklumat Perniagaan ketika saya di semester akhir pengajian.  Dalam blog pertama saya tue saya paparkan assignment-assigmnet saya yang berkaiatan kewangan, pemasaran dan perniagaan…Jadi gaya bahasa dalam blog tu adalah SANGAT  SKEMA..hehehe..  Tapi blog tu saya dah tutup pada pertengahan tahun  2009…


                           Saya di perkenalkan dalam dunia blog ini oleh lecturer Teknlogi Maklumat ketika saya di Politeknik  iaitu En Azizi… Dialah yang ajar saya nak buat blog, cara-cara nak  tukar layout, nak letak gambar kat entry, nak tukar colour tulisan, nak letak gadget-gadget dan macam-macam…Saya seorang yang sangat zero dan tak tahu apa-apa pasal dunia blogging masa tue..niat buat blog masa tu pun sebab nak dapatkan markah assignment jer..huhuhu..




                    Blog merpati putih88 nie saya buat pada November 2009, sebagai memenuhi  subjek kursus Sales & Marketing yang saya hadiri pada masa tu...  Saya namakan url blog nie merpatiputih88.blogspot.com sebab masa dalam perjalanan nak menghadiri kursus tue saya ternampak dua ekor burung merpati yang berwarna putih..Dari situ,  terus jer spontan letak url blog nie merpatiputih88…  Lagipun saya rasa perangai saya sama macam burung tu...  Iaitu jinak-jinak merpati…  Lagipun burung merpati nie digunakan pada masa dahulu untuk menghantar utusan surat, jadi pendapat saya sesuailah dengan konsep blog saya, iaitu berkongsi idea dan pendapat dengan orang luar…




                 Warna putih pula mengambarkan kesucian dan kebersihan, jadi saya nak blog saya nie bersih dari kontroversi atau perkara-perkara yang tidak baik serta perkara-perkara yang boleh mencetuskan kemarahan ataupun permusuhan...  Burung merpati juga adalah symbol kepada kedamaian, kesejahteraa dan kasih sayang, sebab tuelah saya namakan url blog ini merpati putih…dan 88 pula kerana saya lahir pada tahun 1988..Lagipun no 8 nie adalah symbol kepada kewangan  + tuah dan no 8 juga tiada penghujungnya..jadi saya harap idea saya juga tiada penghujungnya…



                 Nama blog nie Terbang Bersamaku, sebab saya mahu berkongsi  idea dan pendapat dengan anda semua uyang sudi singgah mahupun baca blog picisan yang punya banyak kekurangan ini…Dan tak dinafikan saya juga spesis  orang yang suka buat awan (berangan)..hehehe…





                    Saya mula bersemangat menulis blog pada pertengahan  tahun 2010…  Kerana pada masa tue saya dah punya broadband sendiri… Sebelum ada broadband, kalau nak update blog kene pergi cyber cafe... Pada masa tu juga saya berasa sangat perlu meluahkan apa yang terbuku di hati dan berkongsi pendapat dengan dunia luar…  Pada ketika itu saya diuji dengan ujian amat berat iaitu ibu saya menghidap kanser, dan sebagai anak tunggal kadang kala emosi sangat tergangu. Jadi saya rasa dengan menulis sesuatu di blog dapat meredakan kekusutan saya pada waktu itu. Oh, ya saya  seorang yang lebih gemar keluar dari masaalah saya dengan taip entry yang puitis macam puisi atau berkongsi pendapat apa-apa sahaja isu-isu semasa yang berlaku.  Bermula dari situ, saya mula fikir untuk serius menulis blog dan minat tu barulah datang…. Lagipun hobi saya memang menulis, jadi buat blog nie dah memenuhi apa yang saya minat... Dulu masa kecik saya pernah bercita-cita nak menjadi penulis novel atau columnist di majalah atau surat khabar.  Pernah jugak simpan angan-agan nak jadi sasterawan negara.  Walaupun cita-cita saya tu tak kesampaian, tapi menulis di blog nie sekurang-kurangnya dapat jugak mencapai impian saya...  





                 Pada awal-awal saya buat blog, saya letak macam-macam gadget… Sekarang saya dah kurangkan…  Tapi saya sedar blog saya nie masih banyak kekurangan dari segi header, layout, design dan entry-entry yang saya paparkan…  Maaf sebab blog saya nie punya banyak kekurangan... Saya masih belajar dan terus belajar untuk buat blog…  Terima kasih buat lecturer saya  sebab sudi ajar saya berkenaan blog, terima kasih buat anda yang sudi berkunjung dan membaca entry-entry saya, terima kasih buat anda yang sudi meninggalkan comment di blog saya... Terima kasih jua buat anda yang sudi menjadi kawan saya di blog ini… (^________^)


Ps:- Rasa sangat seronok sebab laptop dah ok..dan kembali pulih..Alhamdulillah..=)
       Dah bebrapa hari Blogwalking guna handphone jer..semalam sempat jugak buat satu entry guna               handphone, punya lah susah nak menaip.. huhuhu..
Lepas nie kenalah jaga laptop nie baik-baik, tak mau dia merajuk atau sakit-sakit lagi... :)

9 comments:

Aina said...

Alhamdulillah akhirnya dah tahu serba sedikit sejarah blog ni.tapi ada 1 lagi yg dah lama akak nak tahu...nama ape adik ek?x best bila nak sebut nama 'terbang bersamaku'..nama manja pun oke:D

Anonymous said...

Terbang Bersamaku ke Awan Biru. Eh, awan warna putihlah. Dah tahu dah sikit pasal blog ni. Siapa penulis dia, biarlah rahsia. Baru ada elemen saspen sikit.

Semoga ujian dalam hidup ini dapat ditempuh dengan jayanya.

Namee Roslan said...

hehe , saya pun tertanya jugak sebenarnya. :D then skang dah tau kenapa merpati putih. dulu saya nk nama kan blog saya nenek kebayan tp saya takut tak dapat jd diri sendiri. so pakai jela nama sendiri. namee roslan. hehe

Solihin Zubir said...

terima kasih krana mgajak sy terbang bersama anda.. cewah.. hehe..

nama blog sy plak, sblum tukar domain sindri sy guna nama Green Syndicate.. heheh..

Sya_Merpati Putih 88 said...

Aina:- hehehe..nama saya..Nxxxxxxxxxxxxx...Nama sy mmg panjang, ade 14 huruf..huhu..sy taknak letak kat blog sbb nk org knl blog nie jer dan bukan tuan punya blog..huhuhu...(^___*)

Awan Biru:- Aar lah, awan kan kaler putih..hehehe..mmg nak bagi suspen..ehehe..=)

Namee Roslan:- ehhe..nenek kebayan..?wah, bleh jgak jadik nenek kebayan yang sgt cute ..(^___^)


Solihin Zubir:- mari terbang setinggi yang boleh..=)

~wah..mmg minat kaler hijau lah nie....~

SoLy SoLicious said...

sy pernah buat nama kump "merpati"..
then digelak org..so what?..suka hati aku la kan..heeee

Sya_Merpati Putih 88 said...

SoLy SoLicious:- hehehe.. sama dengan nama blog nie....dulu sy pernah letak nama kumpulan milo stylo mylo, sbb ktorg dlm group tue suka minum milo dan stylo mylo tue kwn sy yg letak nama nak bagi best sikit..huhu..

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Niat awal berblogging lana pun, tak jauh beza dgn awk..atas arahan lecturer sya jugak, hehe

Epilog Siti Nurbaya said...

Alhamdulillah

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...