Translate

Tuesday, September 27, 2011

Bertolak Ansur Di Jalan Raya

Hai Semua...
         Seringkali kita dengar nasihat supaya memandu berhati-hati, atau pandu cermat jiwa selamat...Jangan memandu laju-laju, patuhi arahan jalan raya..Semua nie katanya boleh elakkan kemalangan..Hurm..tapi kalau kita jer yang memandu berhati-hati tapi pengguna jalan raya yang lain masih tak ikut undang-undang + pentingkan diri sendiri maka tak mustahil kes kemalangan makin meningkat...


~Perempuan kalau drive memang tak bagus...cuba tengok macam aku nie macho jer beb drive laju-laju pun.Ini baru di namakan cekap memandu..~

       Dalam entry ni saya akan berkongsi pandangan sebagai pemandu yang berulang alik pegi balik kerja sejauh 34km sekali jalan, jarak pegi balik kerja pegi dalam 68 km .Ya tiada pilihan lain untuk pergi kerja melainkan driving...Ini adalah luahan hati dan pendapat seorang gadis kecil (ya saya kecik, tak tinggi..sebab tuelah umur dah 23, ramai yang cakap namapk macam budak umur 16 / 17 tahun...huhuhu..=,=  ) yang baru driving secara rasminya selama lebih kurang 7 bulan...Ya, baru 7 bulan driving secara rasmi , walaupun dah dapat lesen dari tahun lepas...Memandu secara rasmi pun setelah memiliki kenderaan sendiri, kalau nak pinjam kereta orang memang tak lah..sebab tak berani, kalau calar ke ape kang susah lak kan....Masa baru beli kereta pun penakut nak drive..ehehe..

    Saya rasa bersyukur sebab selamat dari kecelakaan semalam...Semalam masa pulang ke  rumah, saya memang pening kepala tahap maksimum. Macam nak pengsan pun ade. Saya cadang nak drive dalam keadaan tenang jer, biar slow asal selamat..Tapi saya rasa "bengang" tahap melampau bila ada kereta kat belkang dok beam- beam lampu besau..Haishh..saya drive kat line kiri,iaitu line slow..tapi walaupun pening, saya drive takdelah slow mana, 80-90km/j..kira ok lah tue kan..tak laju, tak slow..benagang sangat sebab kereta tue tak masuk line kanan, dan asyik follow kereta saya jer..Geram punya pasal, dan tak tahan mata silau kena lampu keta dia, saya terus dirve laju sikit dalam 120-130km/j..Yeah..akhirnya berjaya "lari" dari kereta tue..Sampai kat tol dah ok lah sikit pening kepalanya..

~Silau mata kalau kena lampu selalu...huuu~

    Bila dah sampai kat satu kawasan perindustrian pulak, masa tue saya drive 60 km/j jer..lagipun takde kereta yang sibuk tayang lampu besar..So bolehlah memandu dengan senang hati..kat radio tetibe jer ada lagu nie "If I die young,bury me on satin, Land me down on the land of roses..." kemudian muncul tereller besau keluar dari simpang tak toleh kiri kanan terus keluar selaju-lajunya..Nasib baik sempat elak ke kanan, dan nasib baik kat kanan takde kereta..kalau tak...kalau tak...Kamu pikir lah sendiri ye...Mungkin hari nie saya dah Arwah ..

        Itu kes semalam petang, sebenarnya selalu jer jumpa pemandu yang macam nie..Keluar simpang tak toleh kiri kanan, u-turn kat tempat yang tak boleh u turn, parking kat tempat tak leh parking, drive  motor slow macam siput sedut tapi duduk line kanan..Ye saya tau motor dia tue besau macam dalam cerita maria-mariana tapi tak yah lah nak feeling jiwang bila tengah drive ye..kalau nak feeling sangat duduk line kiri..Ada pulak yang jalan kaki spesis suka berborak dengan kawan-kawan.. jalan lengang lenggok  ramai-ramai sampai 3-4 orang padahal jalan tue dahlah sempit dia pegi halang lagi..haisshhh..Ada kes, dia nak masuk lorong kita, kita pulak nak kena bagi dia laluan..patutnya dia tunggu kita,dah lah tak bagi signal siap hon kuat-kuat..Macam kereta dia jer ade hon..Ada pulak kes yang letak lampu yang macam  kelip-kelip dekat no plat kereta..Nie mesti kes nak elak dari kena kamera speed trap ar tue..tapi tahukah anda ianya sangatlah menyilaukan mata orang lain..
~Akulah pemandu yang paling "bagus sekali". kereta aku, suka aku lah nak drive macam mana pun..lantak lah nak ikut peraturan ke tak ..kalau accident pun  kereta aku, buka kereta kau..! lagipun kat rumah aku ada beerlambak lagi kereta kau tau tak..Kau ada..????~

      Kadang-kadang rasa sangat pelik dengan sesetengah kereta yang suka bukak lampu besau walaupun baru pukul 6 petang, ada tue tengah-tengah hari pun bukak lampu besar..Tapi bertambah pelik bila hari hujan lebat dia taknak bukak lampu..Ada yang spesis lampu merah main langgar jer, ada pulak yang jenis suka block jalan orang..Even lampu dah hijau semua kenderaan still tak leh nak bergerak  sebab kereta dia kepung jalan..Lepas tue buat muka selamba badak jer kan...yang jenis tak nak bagi signal tak yah cakap, memang hari-hari jumpa..Ada pulak yang jenis dah lah tak bagi signal, lepastue terus parking dekat simpang jalan kemudian terus bukak pintu dan terus lari dapatkan awek yang merajuk! Yang driving sambil mesej dan sambil bertelifon tak payah nak cerita lah tue memang dah jadi lumrah dah kot..Ada pulak yang drive laju-laju lepastue break kecemasan dan bukak lampu kecemasan..ingatkan si driver tue sakit ke ape, rupanya tengah bergaduh dengan awek..
~Driving nie adalah terapi untuk hilangkan stress, tapi kadang - kadang boleh betambah  tambah stress kau..~

      Semua perkara nie memang membuatkan saya rasa macam nak kena heart attack..Di akui juga, di kala memandu nie kita perlukan kesabaran yang sangat tinggi. Pendapat saya, kemalangan boleh  di elakkan atau di kurangkan jika kita semua yang menggunakan jalan raya nie bertolak ansur dna bekerjasama. Tak kira lah kereta kamu buatan seberang laut ke buatan dalam laut ke atau buatan tempatan ke, kita semua bayar cukai jaln tiap-tiap tahun kan..? Jadi kita semua kenalah bertanggungjawab dengan keselamatan jalan raya. Jangan memandu dalam keadaan marah, bengang , emosi tak menentu. sebab itu semua boleh mengakibatkan kemalangan..Jangan memandu dalam keadaan tidak sihat dan mengantuk, dapatkan tidur dan  rehat yang mencukupi, paling penting sekali ialah jaga kesihatan..Dan tolong jangan bergaduh ketika memandu. Anda memandu selamat, bermakna anda menyelamatkan nyawa orang lain..Sayangi nyawa anda dan pengguna jalan raya yang lain.....(^____^)



      Ps:- Entry ini adalah pendapat penulis blog ini. Credit gambar kepada Google Image..

8 comments:

Hana Soffelia said...

Huish,, ngerinya. Nsb baik xde apa2. Kadang2kan, kita bkn tkt nk drve sgt tp lbh tkt dgn gelagat manusia2 celaka yg drve sehingga menyebabkan kemalangan. Org yg tak bersalah pun jd mangsa. Memula dpt kete, memang tkt sgt nk bwk sampai berpeluh2, berdebar2, rasa nk pitam pun ada. Tp lama kelamaan rasa syok plak drive sampai blh drve selama 6 7 jamlah untuk blik kg. hehe

Nur Syazana Mohammed Sani said...

naa saran kan supaya JPJ perlu buat sekalatan jalan raya pada malam hari ,. nie sebab sekarang da banyak kereta yang menggunakan lampu putih ,.

zana memang cukop lemah kalau tengok lampu putih ,. macam da ta boley naa bukak mata ,.

http://syazanasani.com

Zul Fattah said...

so the moral of the story is berhati2lah di jalan raya.. haha

Saiazuan said...

sgt cool sikap brtolak ansur ni.. :)

Namee Roslan said...

banyak samseng kat jalanan ni. masing2 nk tunjuk hebat dan laju. kadang2 smpai bergaduh bila kat jalanan. nk bg masuk pun kedekut...tu yg sampai gaduh main kejar2 tu. bahaya kan.

Terbang Bersamaku said...

Hana Soffelia :- tau takpe, mmg masih terinagt2 sampai hari nie...yup, tak leh layan sgt trauma driving, yg pentig kene kuat smangat...kalau tak susah lar..mcm sy klu tak drive tak g keja lah jwbnye..huhu..

Nur Syazana Mohammed Sani :- tau takpe, sy pun rase mmg patut lu jpj buat cam tue..lampu putih tue mmg menyakitkan mata...td mase balik keja, motor pun dah pkai lampu putih..silau mata...huu (=__=)"

~Thanks sudi singgah blog sy..(^___^)

Zul Fattah:- yup perlu berhati2 dan ikut peraturan jln raya..

Saiazuan:-yup, lagi cool kalau semua org bertolak ansur, tp malangnya tak ramai yg mcm tue...huhu..

Namee Roslan :- tau takpe, sy slalu jer bagi org msuk lorong, ble kne sy org kedekut..kadang2 sait hati jgak, mentang2 lah kt perempuan n tampal "P" lagi..huhu..

Run Away said...

susah eh...nak bertolak angsur..kekadang kita dah mengalah...tapi dia lak wat sombung...

Terbang Bersamaku said...

Run Away :- tau takpe..sy pun slalu jugak kena siuasi mcm tue...kerjasama mase memandu nie memang penting..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...