Translate

Showing posts with label azam. Show all posts
Showing posts with label azam. Show all posts

Wednesday, January 20, 2016

2016: Azam dan Impian

20.01.2016

   Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog picisan saya yang tak seberapa ini.... :) Apa khabar? Saya harap awak semua sihat sejahtera sentiasa hendaknya.

SELAMAT TAHUN BARU 2016

    Ini adalah post pertama saya dekat blog nie untuk tahun 2016! Pheww... Dah lama tak taip sesuatu kat blog kesayangan saya nie... Rindu meluap-luap nak taip idea, tapi asyik tak berkesempatan jer... Maaf kan saya sebab lately dah jarang sangat update blog... Bila ade idea, line internet (berokband) slow motion macam siput baru belajar merangkak... Nie pun dah sebulan tak hupdate blog nie... Maaf kan saya sekali lagi.... Sorry... (>___<) Tahun nie, InsyaAllah saya akan cuba rajin hupdate blog macam awal-awal blogging dulu... Seriously, berblog nie lagi best dari facebook, instagram etc...


Oklah, kita tak mahu buat cerekarama (drama) panjang-panjang nanti awak yang baca post saya nie pun muntah hijau pulak. ahaks!hihihi... (^__^) Kembali kepada topik asal. Azam dan Impian. Biasalah bila awak-awal tahun nie masing-masing mood berkobar-kobar pasang azam, impian... Saya jugak tak terkecuali. Ada satu impian saya sejak kecik yang masih belum terlaksana iaitu nak belajar buat roti & kek... Tinggi betul angan-angan nak jadi Chef! Tapi pada 08.01.2016 (jumaat) saya dah dapat capai sebahagian impian saya tu! Saya berpeluang pergi kelas buat roti.... :) Excited dan happy sangat... Sebab berpeluang belajar benda yang memang saya minat... Untuk pengetahuan saya memang suka makan.... hehehe... Walaupun badan tak besar mana, tapi selera makan boleh tahan besar...hahahahaha... (^___*) Lagipun sejak dulu lagi saya memang minat sangat makan roti, donut, kek, pizza dan segala jenis makanan yang manis-manis... Memang kena lah dengan jiwa bila dapat pergi kelas macam nie... =)

 -nie roti-roti yang belum dibakar dan belum dihias... masa nie tunggu roti tu naik sekali ganda baru hias, sapu "penyeri" biar glowing dan bakar dalam ketuhar... -


-nie pulak roti-roti yang dah siap dibakar dan disapu "penyeri" biar roti tu nampak berkilat bersinar-sinar dan glowing gtue...-

     Masa saya belajar buat roti nie, kami diajar buat 8 jenis bun. 5 jenis bun sosej dan 3 jenis bun kacang merah. Paling menarik ialah doh roti yang kami belajar nie boleh dipelbagaikan untuk buat beraneka jenis roti, inti pun boleh tukar ikut suka kita (tak semestinya guna sosej/kacang merah jer)... Doh Roti nie jugak boleh diolah untuk jadi donut dan pizza! Menarik kan? So, tak rugi pun pergi kelas... Macam-macam boleh buat dengan adunan yang sama.. Tujuan utama pergi kelas nie sebab minat dan cita-cita sejak kecik... Memang azam tahun  baru nie nak belajar kemahiran-kemahiran yang boleh digunapakai dalam kehidupan harian... Seronok pergi kelas macam nie, dapat tambah ilmu dan kemahiran disamping dapat tambah ukhwah persahabatan (ayat skema tak menahan).... Bila dah reti buat doh dia senang, bila-bila teringin nak makan boleh buat sendiri... Jimat gitue..hehehehe...Zaman sekarang nie kita kena amalkan langkah-langkah penjimatan..Ecewah...(@__@). 

Azam pertama dah tercapai... Alhamdulillah... Masih banyak lagi azam dan impian tahun 2016 yang perlu saya realisasikan InsyaAllah... Buat semua pembaca blog saya, saya ucapkan semoga segala azam dan impian awak semua sepanjang tahun ini berjaya, serta dimurahkan rezeki, sihat sentiasa dan happy sentiasa... Selamat malam semua...=)
(pukul 1 pagi pun kita sebut malam, sebab kita baru nak tidoq...huhuhu..)



Wednesday, January 1, 2014

Memory 2013

Cepatnya masa berlalu...
Sekejap ajer dah masuk 2014!

Selamat tahun baru!
Semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan... :)


Imbas Balik memori 2013 saya:

Perkara Penting:

~Lulus periksa perkhidmatan~
~Sah jawatan~
~Genap 3 tahun bekerja dalam bidang ini (kewangan)...~
~Bertukar tempat kerja~

Tempat yang dilawati (yang banyak tinggalkan memory) 2013:

~JB+Nusajaya (semestinya)
~Bakri, Muar
~Batu Pahat
~Melaka
~Langkawi,Kedah
~Alor Setar, kedah
~Padang besar, Perlis
~Kuala, Perlis
~Ladang Anggur,Perlis
~Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis
~Sungai Siput, Perak
~Mee Udang Kuala Sepetang,Perak
~Ikan Bakar, perak
~Legoland, Malaysia
~Tanjung Adang Seafood
~Restoran Kasih Bonda, Tebing Runtuh


Lagu yang paling suka 2013:

Roar- Katy Perri
Linger- Estranged
When I was you man- Bruno Mars
Here's to never growing up- Avril Lavigne-
Human-Christina Perri
A Thousand Years (part 2)-Christina Perri ft Steve Kazee
Radioactive-Imagine Dragon
Treasure-Bruno Mars
Tetap Menantimu-Nomad
Sandiwara Cinta-Repvblik
Rindukanlah-Encik Mimpi
Just give me a reason-Pink
Still into you-Paramore
Sayang-Shae
Star Ship-Nicki Minaj
We Are Never Ever Getting Back Together-Taylor Swift
Diamond-Rihanna
Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang-Tegar
Come and get it- Selena Gomez
Bahagiamu Deritaku – Hafiz
Menunggu-Akim
Jangan Pergi-Loka
Kalau Aku Kaya- Altimet ft Awi Rafael
Rilek brader-Art Fazil ft Imuda

Stay- Rihanna Ft Mikky Eko
Heart Attack-Demi Lovato
Lights-Ellie Goulding
I Need Your Love-Ellie Goulding

Filem paling minat 2013:
Iron Man 3
Fast & Furios 6
Man of Steel

Drama bersiri paling minat 2013:

Sebenarnya Saya Isteri Dia
Kampung Girl
Love You Mr Arrogant
Merlin


Ucapan untuk semua: 

   "Semoga kita semua berjaya beroleh apa yang kita hajati  sepanjang tahun 2014 ini...Berjaya mencapai impian dan cita-cita kita...Teruskan usaha! Tahun 2014 baru saja bermula, jadi mulakan ia dengan baik... Sekiranya ada kesilapan / kekhilafan yang pernah kita buat pada tahun-tahun lalu, masih belum terlambat untuk kita perbaikinya pada tahun ini...Ingat, masih ada banyak perkara perlu kita rempuh sebelum mencapai impian kita...Jadi harus sabar dan tabah selalu, cekalkan hati, kuatkan semangat dan jangan sesekali putus asa...! Dan yang paling penting kena berfikiran positif selalu, apa yang berlaku jadikan ia sebagai pengajaran / panduan...Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersebunyi...Jadi senyum-senyum selalu.." (^___^)Y

Monday, March 5, 2012

Duit Vs Kebahagiaan


    Dalam hidup nie, duit memang penting. Hampir semua benda memerlukan duit, tapi perlu diingat yang tak semua perkara boleh dibeli dengan duit. Termasuklah bahagia, ia memang tak boleh dibeli dan tak boleh dinilai dengan duit. Tapi ramai yang berkata, untuk mendapatkan kebahagiaan kita perlukan duit. Kerana kata mereka untuk dapatkan apa yang kita impikan memang merlukan duit, jadi selepas apa yang kita impikan menjadi kenyataan barulah kebahagiaan itu akan kita miliki. Kata mereka lagi hidup haruslah berpaksi pada realiti, kalau tak punya duit mana mungkin perut bakal diisi, dan adalah mustahil untuk kita shopping itu ini. Mungkin barangkali kerana itulah ada orang yang sanggup melakukan apa saja demi duit, kononnya untuk mencapai rasa bahagia. Tapi bahagiakah nanti jika wang di peroleh dari hasil yang keji? Wang dari sumber haram, adakah hidupnya akan berkat???


   Sebenarnya bagi diriku, duit dan bahagia itu kedua-duanya penting untuk hidup. Jadi kita perlu tahu cara yang untuk mendapatkan kedua-duanya dengan saluran yang betul (halal) dan berkat untuk hidup kita di hari-hari yang seterusnya. Jika kita fikir hanya duit sahaja yang boleh buat kita bahagia, ternyata kita salah sama sekali. Kerana adakah orang yang mempunyai kekurangan dari segi kewangan (miskin) maka hdiupnya langsung tidak pernah nada rasa bahagia atau gembira? Adakah kita fikir yang orang yang hidupnya mewah duduk di dalam rumah besar serta punya kenderaan mewah untuk dipandu maka hidupnya tersangat bahagia?

       Ada orang yang walaupun hidupnya susah dan tidaklah mewah tapi dia bahagia. Bahagia itu dimilki kerana dia sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang diperolehi dan dia tak pernah merungut-rungut meyalahkan takdir hidupnya, dia juga tak berhenti berusaha untuk meneruskan kehidupan dan mencari rezeki untuk sesuap nasi, memperoleh rezeki dari hasil yang halal ternyata hidupnya berkat. Walaupun mungkin dia tak punya wang banyak dan dia perlu bersuah payah unuk mendapatkan rezeki tapi dia puas dengan rezeki yang dimili hasil dari kudrat dan tenaga sendiri melakukan kerja yang halal. Walaupun dugaan datang bertubi-tubi, tapi kesabaran dan ketabahannya tetap tersemat di hati, dan dia kuat menempuhi hari hari yang penuh liku dengan hati yang tenang. Maka dengan itulah dia bahagia walaupun wang didalam poketnya kurang.


   Orang yang kaya raya pula tak semestinya akan bahagia, bila mana dia sentiasa berasa tidak cukup itu dan ini, ada sahaja yang kurang di matanya dan ada sahaja rungutannya, langsung tidak bersyukur dengan apa yang ada di dalam gengamannya malah sibuk pula mengejar-ngejar perkara yang belum pasti menjadi miliknya. Hidupnya senang terasa susah, bila mana dia tak mempunayai tahap kesabran dan ketabahan yang tinggi untuk menghadipi dugaan yang datang dalam hidupnya. Malah menyalahkan takdir pula. Hidupnya pasti tiada keberkatan bila dia memberi makan makanan dari wang yang haram untuk mereka-mereka yang berada di bawah tanggungjawabnya dia. Halal atau haram sudah tak di endahkan lagi, katanya itu semua di lakukan demi melihat orang-orang di bawah jagaannya dia bahagia. Tapi bahagiakah nanti bila rezeki itu di peroleh dari sumber keji?
 

Miskin atau kaya, mewah atau sederhana, kita semua berhak untuk memperolehi rasa bahagia..Apa yang penting ialah kita harus bersyukur dengan setiapn sen yang ada di dalam dompet kita dan berusahalah untuk menambahkan nilainya itu dengan cara yang halal agar kita memperoleh rasa bahagia itu walaupun kita terpaksa bersusah payah emmerah keringat.

P/s:- Entry hanyalah luahan pendapat penulis blog ini semata-mata.Credit gambar:-google image

Monday, February 27, 2012

Hidup Nak Yang Sempurna?


Jika di beri pilihan pasti semua mahaukan hidup dia sentiasa sempurna... Tak kiralah lah dari segi kerjaya, kewangan, keluarga, kawan-kawan, atau kehidupan harian..Kalau di beri pilihan pasti semuanya mahu hidup mewah, rumah besar, kereta besar, boleh melancong pergi oversea setiap bulan...Boleh travel sana sini, boleh shopping tanpa perlu ada rasa risau duit dalam poket tak cukup..Kalau di beri pilihan mesti semuanya mahu kan keluarga yang bahagia, takda gaduh-gaduh, takda sengsara, takda derita, semuanya aman harmoni ajer.. Kalau di beri pilihan , pasti semuanya mahu teman yang ramai, yang boleh teman kemana ajer, kawan-kawan yang sekepala dan macam-macam lagi...Jika di beri pilihan pasti semuanya mahu hidup dalam bahagia, tak nak ade masaalah, tak nak ade kena marah / kena tengking / kena maki..Siapa jer yang nak ade masaalah? Pasti semua  tak suka masaalah..Kalau boleh setiap hari  yang di lalui haruslah happy-happy jer..takda masam, takda muram, takda benda yang boleh buat rasa sedih atau marah..

   Begitu kah kita yang hanya mahukan kesempurnaan dalam hidup...? Kita kah itu yang hanya mahu sempurna itu dan ini  hingga kadang kala kita terlupa dan terleka seketika dengan nikmat yang telah Allah SWT bagi..Janganlah mengeluh bila di timpa masaalah dan janglah menyalahkan takdir bila berlaku sesuatu..Belajarlah untuk bersyukur dengan nikmat yang kita miliki ini.  Dan janganlah hanya tahu mahu meminta itu dan ini sedangkan apa yang telah di beri tak pernah pula kita hargai dan tak pernah pula kita syukuri.

    Setiap yang kita lalui itu pasti ada hikmah dan sebabnya yang tersendiri...Jika hidup ini terlalu sempurna sampai langsung tiada masaalah pun tidak boleh juga. Kerana masaalah itulah yang membuatkan kita lebih matang dan lebih sabar serta lebih tabah dalam menjalani hidup yang kita lalui setiap hari. Belajarlah dari pengalaman yang kita lalui agar kita tak ulangi kesilapan yang sama lagi. Hidup ini memang penuh warna warni. Ada warna suram, ada warna kelam, ada warna ceria. Tahukah kita yang warna-warna inilah yang sebenarnya boleh menceriakan hidup kita dan seterusnya menjadikan kita berjaya? Pasti dunia kita akan terasa bosan jika kita lalui perkara yang sama setiap hari sepanjang hayat kita. Semuanya pasti akan kelihatan mendatar, dan tiada satu pun perbezaan. Pasti hidup pun sudah tidak ada semangat lagi. Maka sebab itulah adanya warna-warna dalam hidup, tangis / tawa / duka / ceria /amarah itu lah yang membuatkan hidup kita lebih berwarna. Maka kita dapatlah belajar benda yang baru, serta belajar pengalaman yang baru setiap hari.

     Jika semuanya pro dan tiada yang kontra pasti tidak seronok. Kerana semuanya sama. Begitu  jugalah dengan hidup, jika semuanya  berjalan lancar dan langsung tiada masaalah tiba masa masaalah kecil datang maka kita pun jadi gelabah dan tak tahu cara nak selesaikan masaalah itu. Berbeza pula  jika kita sentiasa berdepan situasi sukar dnegan pelbagai masaalah pasti jika ada berjuta rintangan yang datang pun masih kita boleh tempuhi dengan hati yang tabah.

     Kenapa masalah dan dugaan perlu ada...? Kerana ia mengajar kita erti bersyukur dalam hidup  dan kerana ia mengajar kita erti kesabaran dan ketabahan. Contohnya, jika kita menghadapi kesusaha hidup, kita dilanda masaalah kewangan maka di situlah kita belajar mensyukuri setiap sen yang kita miliki dalam poket kita dan ketika itulah kita belajar erti bersyukur untuk setiap sesuap makanan yang kita makan. Ketika itulah kita tahu erti susah payah untuk mencari rezeki, maka kita pun tidak berhentilah berusaha dan terus berdoa untuk sentiasa mendapat rezeki. Kita pun akan jadi lebih sabar dan tabah kerana kita tahu bukan senang untuk jadi senang. Kita juga tahu yang nak dapat apa yang kita impikan perlukan  usaha yang berlipat ganda , doa yang tanpa henti dan kesabaran yang tidak terperi. Setelah segala usaha kita itu, pasti akan ada kejayaan yang kita miliki, InsyaAllah jika kita ikhlas pasti urusan kita lebih di permudahkan. Mungkin agak sukar untuk kita miliki apa yang kita impikan itu. Tapi sedarlah bahawa dengan kesukaran itulah yang boleh mengajar kita erti bersyukur dan menghargai setiap apa sesuatu yang telah kita miliki. 

Last but not least:-
 ♥It's not how good you are, It's how good you want to be...♥
~I'm just an imperfect person that trying to be perfect but I know I just can't do that~

Mari tonton video ini:-


Ps:- Entry hanyalah pendapat biasa coretan hasil dari pengalaman hidup sendiri dan ini hanyalah pendapat semata-mata..Credit gambar google image..Credit video youtube:-nick vujivick ...Dah lama rasanya tak menaip entry panjang-panjang begini..hehehhe..;)

Tuesday, February 21, 2012

Mengejar Impian...


Setiap orang pasti ada impian yang ingin mereka capai...Termasuklah saya...Dalam usaha kita nak capai impian nie, kita janganlah sesekali ada rasa berputus asa. Ya, benar memang bukan mudah nak dapat apa yang kita impikan begitu sahaja. Ianya perlu lah seiring dengan usaha dan doa kita tanpa pernah menganal erti jemu dan putus asa...Usaha nak dapatkan impian yang kita impikan itu juga bukan mudah...Pasti ia menuntut segla macam pengorbanan termasuklah masa, tenaga dan wang ringgit.

    Sedang kita berusaha nak capai impian itu, maka semakin banyak pula cabaran yang datang.  Adakalanya kita diuji denagnsegala macam masaalah yang boleh membuatkan kita lemah, yang terkadang membuat kita terasa lelah dan seperti hilang arah lantas membuatkan kita untuk menyerah.  Usah begitu sahabatku, usahlah kamu mengaku kalah dalam usaha mengejar impain kamu itu. Jangan sesekali berputus asa. Dugaan dan cabaran, itu adalah perkara biasa. Memang bukan mudah nak dapat kan keindahan, haruslah lalui jalan yang adakalanya berliku-liku, adakalanya beroank duri, penuh ranjau untuk kita tempuhi.  Hadapinya tanpa pernah mengenal erti putus asa untuk mencari jalan keluar menuju cahaya.  Selepas kegelapan dan kesuaraman pasti ada cahaya, selepas hujan pasti ada pelangi dan begitu jugalah dengan hidup ini selepas menepuhi segala dugaan itu barulah kita akan temui kebahagiaan sejati yang kita impikan itu nanti.


  Ada orang yang bernasib baik dalam mencaai impiannya, kelihatan begitu mudah sekali dia mendapatkan apa yang dia mahu. Tapi kita janganlah sesekali membeza-bezakan jalan hidup kita dengan orang itu dan jangan sesekali kita persoalkan takdir yang sudah tertulis untuk kita.  Jangan pernah menyalahkan takdir jika apa yang kita impikan tidak menjadi kenyataan.  Kerana kita harus tahu yang setiap dari kita akan ada jalanhidupnya tersendiri, kisah kita takkan sama dengan kisah orang lain. Ada yang mudah capai impiannya melalui segala harta pusaka yang diperoleh, ada pula  yang perlu bersusah payah dahulu tapi pada akhirnya dia menjadi individu yang berjaya juga malah lebih berjaya dari orang yang dilahirkan dalamkalangan keluraga yang kaya raya. Jadi untuk itu jangan berputus asa.


      Adakala memang kita tak dapat apa yang kita nak, tapi sebenarnya apa yang kita dapat itulah sebenarnya yang terbaik  dan yang sesuai untuk kita.  Percayalah pasti ada hikmah di sebalinya. Apa yang penting berusaha dan berdoalah serta bersabarlah dalam usaha mendapakan impian kita itu.  Setelah itu berserahlah dengan hati yang redha.  Jika ia bukan milik kita, pasti kita akan memiliki sesuatu yang lebih baik dari itu.  Jangan salahkan takdir pula, berfikiran positiflah selalu. Serta bersyukurlah dengan segala nikmat yang kita perolehi setiap hari ini.

P/s:- Entry hanyalah luahan pendapat penulis blog ini. Credit Gambar google image

Tuesday, January 31, 2012

Manusia Mana Yang Tiada Masaalah..?


  
     Hidup ini memang penuh dengan dugaan  dan pancaroba..Hati dan minda haruslah kuat, agar teguh bertahan walaupun dugaan yang datang itu sangatlah besar dan agak dahsyat...Apa yang perlu ialah ketabahan, kesabaran, kecekalan dan kekebalan dalam menangani segala gelombang-gelombang badai itu..Mana ada manusia yang hidupnya tiada langsung masaalah..? Pasti hidupnya pernah sahaja di timpa dengan pelbagai dugaan dan masaalah..Nak berjaya juga bukanlah sesuatu perkara yang terlampau mudah. Pasti kamu perlu tempuhi segala pahit jerih oank berduri, barulah kejayaan itu rasaya akan jadi lebih manis dari gula batu! Hidup ini memang penuh dengan warna warni. Ada warna gembira, ada warna berduka dan bermacam-macam lagi..Semua itu yang pasti, akan memberi kita satu ilmu baru iatu pengalaman dan pengajaran...Belajarlah dari pengalaman yang kita pernah lalui, dan jangan pernah biarkan ia berlalu dan kesilapan itu di ulangi kembali..


   Dengan adanya segala dugaan itulah yang mebuatkan kita menjadi individu yang kuat, kental dan cekal dalam menghadapi hari-hari depan yang belum pasti.Jangan anggap masaalah itu satu bebanan, tapi anggaplah ia sebagai satu cabran hidup. Iaitu cabaran yang boleh mematangkan kita dan cabaran yang mebuka ruang kejayaan kepada kita. Jangan anggap apabila kita di timpa kesusahan maka hidup kita sudah mati dan tenggelam. Apa yang kita perlu lakukan ialah bangkit kembali dan teruskan perjalanan. Hadapi segala rintangan itu dengan tabah. Serta berusahalah mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan permasaalahan itu. Tiada masaalah yang tidak boleh di selesaikan dan tiada penyakit yang tiada penawarnya kecuali kematian. Oleh itu berusaha lah mncari jalan keluar dari kepompong masaalah itu. Teruskan usaha dan teruslah berdoa tanapa pernah mengenal erti jemu atau putus asa. 



  Jangan kerana secebis masalaah kita sudah bersa goyah dan rapuh. Pasti di luar sana masih ramai lagi individu yang di timpa pelbagai dugaan hidup yang lebih berat dari kita. Belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan pernah berhenti berharap untuk terus berusaha dan berdoa kepada Yang Maha Esa. Jika kamu sedang kecewa luahkanlah ia walaupun harus mengalirkan air mata. Biarlah kamu nampak seolah-olah lemah, tapi sebenarnya jiwa kamu kental dan tabah serta yang paling penting tidak menyimpan dendam di hati. Luahkan sahaja emosi kamu itu, coretkan ia di atas kertas lalu bkarlah ia menjadi debu yang berterbangan. Jangan di pendam sahaja rasa itu beraja sendirian kelak ia merosak jiwa dan badan andai rasa sabar sudah tak dapat bertahan. Mintalah nasihat dan bimbingan dari mereka yang lebih mengerti dan berpengalaman. Agar kelak tidaklak kamu terkapai-kapai keseorangan.



Ps:- Entry ini hanyalah sedikit pandanagn dari penulis blog ini. Kredit gambar google image..

Monday, January 30, 2012

Indahkan Hari Kamu...Senyumlah...!



Kenapa bila hari pertama dalam permulaan minggu seperti hari isnin kamu harus bermuram dan mood pun menurun..? Tak ceria..Kenapa..?  Bukankah harusnya awal permulaan setiap minggu itu kamu ceriakan diri kamu..? Mungkin sedang berduka atau mungkin ketika ini kamu sedang tiada mood..Tapi rasanya tak salah untuk terus berfikiran positif dan pandang ke hadapan dengan hati yang tenang..Bagaimana mahu jadikan minggu ini minggu yang paling ceria dan berjaya jika permulaan hari sahaja sudah berwajah masam mencuka..?

 Apabila sebut sahaja hari isnin pasti akan terdetik di minda "monday blues" atau mood-mood negatif seperti kurang bersemangat, kurang mood, kurang ceria..Semua nya kerana masing-masing perlu lakukan tugasan harian seperti bekerja atau pergi ke kelas untuk belajar..Hey..Bukankah beker atau belajar itu suatau perkara yang menyeronokkan..? Ya seronok, kerana apabila kamu hadir kuliah atau kelas ilmu, maka kamu akan dapat menimba serta menambah ilmu..Ia bukan sahaja penting untuk dapatkan kerja yang bagus di masa depan, tapi ia juga sangat penting untuk kehidupan kamu sehari-harian..Tanpa ilmu, hidup ini pasti gelap gelita tanpa cahaya yang menerangi jalanan kehidupan yang suram..Bekerja juga sesuatu yang seronok, kerana dengan bekerja kamu akan memperoleh wang...Wang itu sangat penting untuk keperluan hari-harian, untuk makan, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan lain-lain lagi..Namun perlu di ingat kerja biarlah yang halal dan berkat, jangan kerana wang sanggup pula buat kerja yang melanggar undang-undang agama dan negara..


    Apa jua yang kamu hadapi pada minggu lalu anggaplah ia sebagai pembakar semangat atau penguat semangat untu tersukan kehidupan kamu pada hari ini..Yang baik haruslah di teruskan, yang kurang baik haruslah di perbaiki dan di perbetulkan..Belajar dari kesilapan dan belajar dari pengalaman...Positifakan diri, barulah hari kamu akan ceria..Jadi sebarkanlah element postif ke segenap ruang, cuba hayati segenap inci kehidupan ini sama ada ianya sisi bahagia atau sebaliknya...Terima hakikat hidup dengan hati yang terbuka..Tabahlah dan bersabarlah dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan dalam ke hidupan..Senyumlah selalu walaupun hati kamu sedang berduka..Bertenanglah selalu walaupun diri kamu sedang sengsara...Kuatlah selalu walaupun  di saat kamu di khianati..Sabarlah selalu walaupun hati kamu sedang di sakiti..Tenanglah selalu walaupun diri kamu sedang di caci maki dan di benci..#Senyun# (^__^)


Ps:-Entry hanyalah luahan hati penulis, kredit gambar google image...




Thursday, January 5, 2012

Sesuatu Di Masa Lalu...



Tak mudah untuk melupakan sesuatu kenangan...
Tak kiralah kenagan pahit atau manis...
Kenangan suka atau duka...
Semalam yang telah kita tinggalkan tapi masih berbekas di dalam memori..
Sesuatu memori untuk di ingati...

    Kadang-kadang sampai satu tahap, kamu akan rasa "kenapalah susah sangat nak lupakan memori itu? Bukankah lebih baik memori itu padam macam tue ajer..."  Kamu harus faham, sesuatu memori  memang tak mudah untuk kamu lupakan macam tue ajer. Nak padam kenangan masa lalu bukan semudah kamu padam tulisan di kertas menggunakan pemadam. Cuma yang paling penting kamu yang harus mengawal diri kamu bila berdepan kenangan masa lalu. Janganlah di jadikan kenangan masa lalu sebagai penjatuh semangat kamu untuk terus hidup.

 Yang lalu biarkan berlalu, terima kenyataan dengan tabah. Yang baik di jadikan tauladan yang kurang baik di jadikan pengajaran. Jangan sesekali di ulangi kesilapan yang sama berkali-kali. Jadikan kesilapan masa lalu sebagai pemangkin untuk kamu berubah menjadi insan yang lebih baik, lebih berguna malah lebih berjaya pada hari ini dan masa depan. Belajarlah dari pengalaman yang pernah kamu lalui dan apa jua yang berada di sekeliling kamu.  Tiada sesiapa yang boleh mengubah diri kamu melainkan diri kamu sendiri. Jadi untuk menjadi orang yang berjaya di masa hadapan kamu haruslah usahakan sesuatu. Usaha kamu itu biarlah ke arah positif, usahakan apa sahaja asalkan ianya tidaklah menyalahi undang-undang agama dan negara serta tak menyalahi tatasusila norma hidup sebagai manusia.

~Makan Basikal???~
~Kadang-kadang kita sangat perlu untuk berfikir di luar kotak biasa-biasa. Creative lah ckit!~ 

   Jangan kerana nak jadi kaya, kamu sanggup tipu orang sana sini, makan rasuah, jual maruh harga diri dan sebagainya. Ya, kamu mungkin akan kaya, tapi rezeki kamu dan hidup kamu langsung tak berkat!  Adakah itu yang kamu mahukan...? Jangan kerana cinta kamu sanggup lakukan perkara-perkara bodoh seperti berzina dan sebagainya. Itu kamu katakan cinta..? Kemudian bila dia dah jemu dia pergi tinggalkan kamu. Cinta kamu memang takkan  di berkati kerana ianya tercemar dengan dosa dan noda! Jangan kerana kamu tak medapatkan sesuatu kamu sanggup menyimpan dendam kesumat di dalam hati, kamu sanggup melihat orang yang kamu musihi itu mati.Ya, baru puas hati kan..??? Tapi pernah tak kamu terfikir yang hati kamu takkan pernah tenang selepas itu...? Buat apa buang masa pikir cara nak balas dendam, dan buat apa buang masa buat benda yang jelas-jelas terlarang semata-mata nak puas kan hati sendiri? Sudahnya badan sendiri jugak yang merana kerana meringkuk dalam penjara, Itu ke yang kamu mahu..? Sanggup musnahkan masa depan sendiri demi kerana mahu memusnahkan masa depan orang lain..? Bukankah lebih elok jika kamu buktikan pada orang yang membuat kamu marah dan geram itu yang kamu juga boleh jadi lebih berjaya berbanding dirinya. Iaitu dengan cara ubah sikap kamu dan berusaha ke hadapan memajukan diri sendiri. Pasti satu hari dai akan kagum dengan diri kamu yang tabah dan tenang itu.

~Hey cube tengok belakang laptop ade meow comel!~(^___^)

   Kadang kala menoleh kebelakang itu perlu, agar kamu tidak tersasar dan mengulangi kesilapan sama yang di lakukan  di masa lalu pada masa kini. Setiap hari-hari yang kita lalui pasti akan meninggalkn seribu satu kenangan bagi diri kita pada masa depan, tak kiralah kenangan manis atau pahit. Jadi untuk mencipta kenangan yang manis dan kenangan baik untuk di kenangab, Kamu haruslah menjadi seorang insan yang menghargai setiap detik waktu yang kamu punya, jangan sia-sia kan waktu yang berlalu berjalan dengan sia-sia. Isikan ia dengan perkara berfaedah dan bermanfaat buat diri kamu, orang di sekeliling kamu  dan generasi kamu yang akan datang. Jangan pula kamu lakukan perkara negatif , yang nyata bakal merosakkan masa depan kamu. Oh ya, bila sudah berjaya hargailah setiap usaha yang telah kamu usahakan, paling terutama sekali ialah bersyukurlah dengan segala limpah rahmat kurnia dari Allah SWT. Jangan pula bila sudah berjaya sombong dan lupakan Allah SWT. Harusnya, bila sudah berjaya bantulah orang yang perlukan bantuan. Jikan kamu punya kepandaian, kongsi lah ilmu yang kamu punya untuk manfaat bersama. Jika kamu punya rezeki lebih kongsilah bersama si miskin yang memerlukan bantuan, agar dia taklah terkapai sendiri mencari bantuan sesuap makanan!

Ps:-Entry hanyalah cetusan idea biasa dari penulis blog ini. Credit gambar google image


Sunday, January 3, 2010

Impian, Cita-cita & Harapan 2010

Rasanya semua diantara kita pasti akan bertanya atau akan berbicara mengenai perkara ini apabila menjelang tahun baru. Macam-macam yang pasti kita impikan. Tapi pernah tak kita terfikir



“Tak semua yang kita nak kita mesti dapat dan tak semua yang kita dapat dalam jangka masa yang singkat, kadang-kala apa yang kita tak dapat pasti ada hikmahnya dan lambat laun kita pasti akan mengakuinya.”



“Apa yang perlu kita lakukan ialah CUD-(cita-cita, usaha dan Doa)”



                                                              = C=







Cita-cita,azam, impian& harapan. Kita perlu tahu apa yang kita nak dalam hidup ini,



                               Kita juga perlu mencatitnya sekurang-kurangnya didalam sekeping kertas yang mungkin nampak usang tak berharga pada pandangan mata,tapi…tak mengapa kerana sekurang-kurangnya kita tidak akan lupa apa yang kita cita-citakan pada keesokan harinya dan pada hari-hari yang yang akan mendatang.



               Mahal atau murah, cantik atau buruk, baru atau lama kertas tersebut tak membawa apa-apa makna. Tapi yang lebih penting adalah isi yang terdapat didalam selembar helaian kertas tersebut. Rasanya tak akan boleh di beli dimana-mana kedai sekalipun. Kerana…kertas tersebutlah yang akan menjadi pemangkin diri kita untuk terus berusaha.



                         Kenapa saya berkata begitu? Kerana apabila kita dah tahu apa yang kita nak,apa potensi & keunikan diri kita, atur strategi yang betul, tepat lagi bijaksana barulah kita akan berusaha, dan usaha kita pasti akan berhasil akhirnya.... Bertul tak? Jadi, apa yang perlu kita lakukan sebenarnya adalah membuat perancangan yang betul, sesuai dengan diri kita dan betul-betul tersusun. Agar hidup kita tak berserabut dan lintang pukang. Apa tunggu lagi mulakannya sekarang…

                                                                       =U=



Usaha. Selepas kita senaraikan apa yang kita nak, tahu kelebihan kekuatan, keunikan dan kelemahan diri kita serta rancang strategi yang tepat untuk capai apa yang kita nak, barulah kita mulakan dengan berusaha. Kita perlu berusaha untuk mencapai apa yang kita nak, kejayaan takkan dating bergolek tanpa usaha yang gigih dan jitu serta beterusan.



                 Nak capai apa yang kita impikan dan cita-citakan tak semudah seperti filem Harry Potter yang hanya menggunakan tongat ajaib, atau doraemon yang ada pelbagai benda ajaib di koceknya.



               Sebut pasal usahan ni kita mestilah mencotohi labah-labah. Kerana labah-labah tak pernah berhenti berusaha dan mengenal erti jemu untuk menyiapkan saranganya walaupun berkali-kali dimusnahkan. Macam tu jugalah dalam kehidupan, walaupun bermacam-macam dugaan,cabaran & rintangan, yang kadang kala membuat kita rasa malas untuk terus kan perjuangan atau patah semangat,yang kadang kala membuatkan kita rasa “sangat Jatuh” selepas banyak cabaran ditempuhi tapi masih GAGAL LAGI. Kita perlulah teruskan usaha walau apa pun yang terjadi.



              Hidup ini satu perjuangan. Jadi selagi kamu bernafas, selagi nadi jantung mu masih terus berdenyut & selagi darah masih mengalir ditubuhmu bermakna kalian masih bernyawa. Justeru jika masih bernyawa…mengapa perlu kalian tunduk,kalah,mati semangat & usaha untuk terus kan perjuangan untuk hidup dan meruskan cita-cita.



          Kenapa perlu bunuh diri dek kerana gagal atau kecewa? Tak sayang ke nyawa? Esokkan masih ada. Mungkin kali ini anda gagal tapi esok dan hari mendatang kita tak tahu lagi kan? Jadi kenapa perlu mengalah? Percayalah jika kalian terus berusaha pasti kejayaan milik kamu.



             Apa-apapun kamu perlulah cekalkan dantabah kan hati, jiwa dan raga dalam mengharungi hidup ini. Ingat! Gunakan Akal yang waras lagi bijaksana untuk berfikir sebelum membuat keputusan & bertindak. Gunakan mata minda & mata hati yang lembut dan tulus ikhlas lagi suci bersih untuk melihat bukan hanya menggunakan pancaendera penglihatan mata sahaja semata-mata. Jika tidak kamu pasti akan kesal seuumur hidup.

                                                                  =D=



                       Doa. Selain dari meletakkan matlamat dan berusaha kita juga perlulah sentiasa berdoa. Dan sebagai seorang yang beragama Islam kita percaya bahawa Allah S. W.T sentiasa ada bersama kita, sentiasa ingat dana sayang pada hambanya. Walaupun kadang kala ada antara kita yang “Terlupa, Lalai dan Leka” kepada Yang Maha Kuasa demi mengejar apa yang kita impikan.



                               Ingatlah pada pepatah ini “Usaha tanpa Doa bererti Sombong dan Doa tanpa usaha bererti malas". Kenapa kita wajib berdoa? Kerana segala rezki, jodoh, ajal dan sebagainya Allah S.W.T yang tentukan. Walaupun kita kata kita boleh dapat apa yang kita nak walaupun kita tak berdoa, tapi kejayaan itu kurang keberkatannya untuk kehidupan kita di akhirat kelak. Dalam apa jua keadaan (senang atau susah) jangan kita lupa untuk Solat dan Berdoa serta melakukan pelbagai ibadah kepadanya serta bersedekah agar kehidupan kita berkat dan sebagai tanda rasa syukur Kepada Nya yang masih memberi ruang kita hidup dimuka bumi ini dan sebagai tanda ksih kita kepada Agama kita.



                 Jangan Sombong bila dah berjaya, tolehlah sedikit kebelakang pada yang kurang bernasib baik dan perlukan pertolongan. Ingatlah kita terpilih menjadi orang yang berjaya, tapi masih ada insan yang sengsara dan merana kemiskinan dan kelaparan di luar sana. Jadi sama-samalah kita membantu mereka yang kurang berkemampuan. Apa-apapun sebagai umat Islam, kalau kita nak buat keputusan, “Tepuk dada tanya Iman dan bukan tepuk dada tanya Selera”.



                           Jangan Sesekali lupa kepada Allah S.W.T. walaupun pabila kita telah berjaya. JANGAN MALU UNTUK SEGERA BETAUBAT tapi kamu perlu MALU JIKA TIDAK PERNAH BERTAUBAT. Kenapa ? kerana Allah S.W.T Sangat Pengampun, Pengasih, Penyayang dan Pemurah. Sebagai manusia biasa kita tak terlepas dari melakukan kesilan dan dosa. Jadi segeralah berubah demi kebaikan diri sendiri,keluarga, agama dan bangsa. Ingatlah,Allah S.W.T tak pernah kejam pada hambanya, tapi kita yang kejam pada diri sendiri. Apabila Dia menguji kita, itu adalah untuk menguji sejauh mana keimanan kita kepadanya dan pasti ada hikmah disebaliknya.
 
 
P.S:- Semua ayat-ayat ini adalah diinsipirasikan, diilhamkan dan dihasilkan oleh diri saya sendiri. Saya mendapat ilhamnya pada malam tadi sewaktu sedang menonton filem kegemaran iaitu Harry Potter di 8tv. Saya tujukan semua ini untuk diri sendiri, rakan taulan,keluarga,serta sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Jugas untuk teman-teman blogger atau sesiapa juga yang sudi meluangkan masa membaca entry saya ini...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...