Translate

Sunday, October 28, 2012

Lelaki Merokok....Macho atau Hancur...???

kau rasa aku nie macho tak?


Ramai perempuan yang kata tak suka lelaki merokok....
Tapi ada juga sesetengah darinya yang tak kisah pun kalau lelaki yang terdekat dengannya merokok...
Bagi lelaki yang merokok pula, mereka berkata merokok menambahkan gaya seksi dan macho...
Mungkin juga boleh menambah daya penarik bagi wanita-wanita atau gadis-gadis kepada mereka, mereka akan kelihatan lebih kejantanan bila merokok...

                      Tapi, bagi mereka yang benci rokok dan perokok, kami akan berkata merokok nie tak berfaedah, membazir duit, merbahaya untuk kesihatan si perokok, boleh mengudang pelbagai jenis gejala penyakit yang merbahaya  dan secara tak langsung mengundang mudarat kepada mereka yang berdekatan dengan si perokok kerana sering terhidu asap rokok juga boleh mengudang mudarat pada kesihatan, walhal dia tidak merokok...


Benarkah seseorang lelaki itu akan nampak seksi dan macho bila merokok..??

"aku merokok pun, peminat aku ramai tau yang terjerit-jerit bila nampak aku"

           Pendapat saya secara peribadi, tak langsung...Mungkin ia kelihatan macho dan seksi hanya pada photo saja...  Contoh bila di dalam photo, gambar lelaki merokok nampak macho atau seksi, tapi bila berdepan situasi begitu secara live iaitu si lelaki merokok di depan gadis-gadis dan mereka (gadis-gadis comel)  terhidu pula asap rokok yang busuk itu, terus si perokok tidak lagi kelihatan seksi...   Kerana mungkin dia akan dianggap mementingkan diri sendiri serta tidak beradab, bila mana dia merokok di kawasan awam seperti hospital, kedai makan, di kawasan taman permainan kanak-kanak, di kawasan yang terdapat ramai warga emas, wanita hamil mahupun bayi+kanak-kanak..  Bukankah merokok di kawasan seperti ini mengangu kententeraman awam serta mengangu gugat tahap kesihatan individu-individu lain yang tidak merokok...?


Kenapa mesti merokok...?

Sebenarnya ada banyak alasan yang diberi oleh si perokok yang sering di dengari antaranya ialah:

"Aku mula merokok sejak awek aku lari tinggalkan aku pergi kat lelaki lain. Sakit hati aku kau tau tak. Aku nie punyalah setia dengan dia, dia boleh curang...Sebab tu aku merokok nie...Lepaskan tekanan...Kira ok lah, aku just smoking ajer...Tak bunuh diri pun kan..??"

"Aku merokok nie sebab aku tension result exam aku terok giler. Aku kena repeat semester kau tahu. Apa aku nak cakap kat parents aku??? Padahal aku punyalah study bagai nak giler, last-last fail jugak! Kawan-kawan aku yang meniru siap bawak toyol kat dewan periksa tue jugak yang dapat best students..huh. "

"Aku merokok sebab  tension kat tempat kerja. Hari-hari stress, kerja menimbun-nimbun dapat gaji banyak pun tak cukup-cukup. Mana taknya, bini aku tue asyik nak shopping ajer.. Habis pokai duit aku nie ha.. Macam-macam business part time aku terpaksa buat untuk dapat duit banyak kasi kat bini aku tue...Kat office stress balik rumah pun stress, dengar bini meleter tak berhenti-berenti.."

"Aku merokok nie sebab saja-saja cari hobi baru... Dah semua kawan-kawan aku merokok... So, aku kena lah merokok... kalau tak, takleh jadi geng  pulak..Tapi diaorang tak pernah paksa aku, memang aku sendiri yang nak cuba merokok...saja cuba-cuba..tak salah pun kan..??"



                          Ok sebagai kesimpulan, merokok memang tak memberi kesan baik pada si perokok. Malah banyak memberi kesan buruk seperti yang kita sedia maklum, ia boleh menjadi penyebab kepada banyak penyakit berbahaya. Tak kira lah apa jua alasan kamu untuk merokok, saya minta tolong fikir sejenak kesannya terhadap kesihatan diri kamu sendiri. Tolong sayangi nyawa kamu. Serta saya minta jasa baik kamu agar fikir-fikirkan juga kesan sampingan bagi mereka yang terhidu asap rokok kamu itu...


Macho kah bila kamu merokok? jika kamu berfikir begitu maka saya minta kamu juga berfikir:- Macho kah kamu bila kamu terkena pelbagai jenis penyakit akibat dari sikap kamu yang serinng merokok itu..?
Adakah kamu akan kelihatan macho bila sudah terlantar sakit di katil hospital?



Akhir kata, sayangi nyawa kamu melebihi sayang kamu kepada orang-orang lain di muka bumi ini. Jika ada masaalah hadapi ia dengan tabah, cari jalan penyelesaian yang betul. Bukan jadikan masaalah itu sebagai alasan untuk kamu merokok. Saya minta kamu fikir sejenak:-

Jika kamu merokok  sebab stress tak cukup duit, adalah merokok boleh menabahkan duit..?

Jika kamu stress sebab banyak kerja, adakah dengan asap rokok itu boleh siapkan semua kerja-kerja kamu? 

Jika kamu sterss sebab tak lulus periksa, adakah merokok boleh menyebabkan kamu hafal semuanya sampai kamu boleh lulus periksa dengan jayanya...?

Jika kamu merokok sebab trend atau nak ikut kawan, adakah bila kamu terlantar sakit kelak  kerana kerap merokok, kawan-kawan kamu akan bertanggungjawab atas penaykit kamu itu?

Jika kamu merokok sebab tak tahan dengar isteri kamu berleter pot pet pot pet...adakah dengan merokok boleh hentikan mulutnya dari terus meleter atau menambahkan lagi sebab untuk dia terus-terusan meleter...?

Jika kamu merokok sebab putus cinta atau awek curang ikut lelaki lain...Sedarlah kamu bahawa sayangi nyawa kamu dan diri kamu sendiri itu adalah lebih baik, dari sayangi awek yang tak pernah sayang kamu! 

~Putus cinta takpe kamu boleh cari pengganti, tapi kalau putus nyawa adakah kamu boleh ganti balik nyawa kamu  itu..? Jadi hargai nyawa kamu, sayangi kesihatan kamu dan janganlah merokok, jika sudah merokok berusahalah untuk berhenti merokok~



p/s: hai...dah lama rasanya tak menaip entry panjang bergini...ehehehe...Maaf jika entry ku ini ada membuat kamu terguris hati kat mana-mana...Entry ini adalah luahan pendapat diriku selaku pemilik dan penulis blog ini semata-mata...Kredit gambar google image...

10 comments:

YattAkasah said...

yatt tak suka orang merokok..en buah ati merokok..huhu..sekrg die tengah cuba brhnti demi buah ati..sob..sob

Asfan Ash said...

hancur

Asfan Ash said...

yg ade buah ati ke tunang ke kaaau dia merokok elok la ti.ggalkan aje

Namee Roslan said...

hancur je. bawa penyakit. kalau boleh nak avoid lah dari laki merokok. tak cool pun.

Hana Soffelia said...

Hancur leburrrrrrrrrr... tapi hakikatnya hubby smoking. T_T

Unknown said...

macho tu syok sendiri je.. hmm xde orng rasa macho pun sbnrnya kan..

Anonymous said...

What if i created a blog with the same name as other blog accidentally? is that legal?

kindergartenlibrary said...

I like this entry !

Sya_Merpati Putih 88 said...

Cik Yatt : sy pun tak suka jugak..takpe, mungkin dengan sokongan dan semangat dari awk buah hati awk boleh berhenti meroko..sy doakn ye cik yatt..=)

Asfan Ash : yup, mmg hancur...tp kalau sy sy bagi dia peluang kedua utk berubah..:)

Namee Roslan: betul...sy setuju...:) tuelah, tapi mostly lelaki yg merokok suke beranggapan yg merokok boleh buat diorg nampak cool + macho katanye..huhuhu..=,="

Hana Soffelia :- yup,..erm..? takpe kak sy doakan supaya hubby akka berhenti merokok satu hari nnati..:)

Muhammad Saiazuan Norhalik : yup, setuju sangat2...:)

Nelly Strange :thanks nelly sbb sudi singgah n baca entry akak nie..eheheh..:)

pelangisenja said...

gelam pulak saye dgn org yg suka merokok ni ..hadoi ... lgi pulk saye kna buat assigment pasal lelaki dan rokok .. hahah.. memang kena la dgn tajuk saya ni .. kenapa lelaki suka merokok???

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...