Translate

Sunday, May 15, 2016

Cerita Pendakian Gunung Arong

11/05/2016 , 04/Syaaban/1437H, Rabu
    Saya bersama rombombangan yang terdiri dari rakan-rakan persatuan di tempat kerja telah mendaki Gunung Arong yang terletak di Mersing Johor. Kami tidur  di chalet yang disediakan di Teluk Gorek Chalet &  Camp Site, Teluk Resang, Mersing, Johor. Kami ahli-ahli tidur di dorm, meriah lah kan.. Pagi tu pukul 4.30 pagi saya dah terjaga dan terus mandi dan bersiap-siap untuk solat subuh dan siapkan diri dan barang yang perlu dibawa. Pukul 7.30 kami semua sarapan di tempat yang disediakan. Kemudian kami naik kenderaan yang disediakan melalui jalan kampung menuju ke kaki Gunung Arong. Di situ kami diberikan penerangan mengenai proses pendakian, keselamatan semasa pendakian dan kami memulakan proses senaman regangan sebagai persediaan sebelum mendaki. Seterusnya bacaan doa sebelum mula pendakian. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri dari lebih kurang 7 orang peserta (tak termasuk tour guide ). Saya termasuk dalam kumpulan ketiga iaitu kumpulan terakhir..


Atas puncak Gunung Arong, Mersing, Johor...
-click pada gambar untuk besarkan size gambarnya-

                          Semasa peroses pendakian untuk naik ke puncak dan turun dari puncak gunung ini saya betul-betul terkesima melihat trek pnedakian ini. Ia membuatkan saya terfikir sejenak mengenai kebesaran Allah SWT..  Mana tidaknya, treknya yang membentuk seperti tangga itu terbentuk dari akar-akar pokok balak di dalam Hutan Simpan Gunung Arong itu sendiri. Manakala pokok-pokok yang sederhana besar dan kecil yang berdiri teguh di sepanjang trek itu bolehlah kita guna untuk berpaut. Ianya tersusun sangat  cantik. Pokok-pokok yang bersaiz besar pula bolehlah jadi tempat untuk kita bersandar sementara mencari nafas menghilangkan kelelahan. Terdapat juga pokok yang tumbang, tapi ianya bukan sia-sia. Ia boleh jadi tempat untuk kita duduk sebentara sambil minum air untuk menghilangkan dahaga. Subahanallah... Sangat cantik. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

              Semasa awal pendakian laluan agak curam / menegak iaitu 45 darjah lebih kurang, kemudian tidak terlalu curam, landai dan curam semula apabila semakin hampir ke puncak. Setibanya di puncak gunung kamu akan dapat lihat pemandangan yang Subhanallah sungguh cantik dan tak dapat lihat di tempat lain! Hanya di Gunung Arong! Puncak Gunung Arong menghadap laut dan kamu dapat lihat pemandangan Teluk Gorek dari puncaknya. Di atas puncak gunung ini terdapat pondok untuk berteduh, berehat atau nak berhenti makan sekejap sambil seflie-selfie berlatarbelakangkan pemandangan pun boleh. Lepas itu kamu akan melalui kawasan jabatan kayu, di sini juga boleh kalau nak ambil gambar sebanyak yang boleh. Kemudian kamu akan melalui permukaan yang landai, agak curam, semakin curam. Jangan bimbang kerana tali yang terikat di pokok sepanjang trek ada disediakan dikawasan yang curam itu. 

         Di kawasan yang curam tadi terdapat gaung / cerun di kiri  kanannya. Di sini lah kita dapat berfikir tentang keindahan alam ciptaan Allah SWT.  Bayangkan jika tiada akar-akar pokok yang membentuk seperti tangga dan pokok sederhana besar yang boleh kita paut? Pasti kita sudah jatuh ke bawah. Setibanya di bawah, kita perlu melalui kawasan di tepi pantai. Kalau airnya cetek jalan ajer kat pasir pantai, tapi kalau airnya agak dalam kita perlu jalan atas batu-batu besar di tepi pantai. Ya, ada laluan alternatif. Usah bimbang. Lihat, setiap kejadian alam yang diciptkan oleh Allah SWT banyak manfaatnya buat kita.  Kemudian, kita perlu merentas muara sungai. Mujur semasa proses merentas muara sungai nie airnya tak dalam sangat hanya paras pinggang sahaja. Itu pun saya dah seram. Maklumlah saya nie memang ada fobia dengan air. Maklum dulu pernah lemas. Huhuhu... Alhamdulillah... Akhirnya saya selamat juga sampai Chalet walaupun menjadi peserta yang paling lambat! Huhuhu... Maklumlah saya nie ada masaalah Achrophobia tahap teruk. Naik tangga pun gayat! Kira bila dah mendaki gunung ni macam satu pencapai besar!  Huhuhu.... Masa nak turun  boleh pulak bahu kanan sakit. Lepas tu kaki kiri dan kanan pulak kebas. Akhirnya cramp dari pinggang hingga ke kaki. Mungkin sebab salah step masa turun. Yelah turun dah macam nenek kebayan dah... Maklum terlalu gayat. Huhuhuhu... Sampai sekarang pun kaki masih lagi sakit.

   Jutaan terima kasih buat semua sahabat-sahabat yang menyertai ekspedisi kali ini. Tanpa kamu semua yang sudi membantu dan memberi sokongan kepada saya pasti puncak Gunung Arong tidak akan dapat saya jejaki. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan. Budi baik kamu semua  tak dapat saya balas. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.

        Untuk melihat pemandangan yang sebegini cantik kamu perlu melalui rintangan,halangan, cabaran ketika proses pendakian untuk sampai ke puncak... Begitu juga ketika proses turun dari Gunung ini... Begitulah kehidupan kita sehari-hari.. Untuk mendapatkan apa yang kita inginkan perlu lah ada doa dan usaha tanpa mengenal erti jemu.. Dalam hidup ini jangan pernah berputus asa, jika ingin menjadi insan yang berjaya.. Sebaliknya asam garam, dan pahit manis kehidupan itu akan membuatkan kita lebih dewasa.. Tidak ada bumi yang tidak ditimpa hujan, tidak ada manusia yang tak pernah ada masaalah..Tapi setiap masaalah ada penyelesaiannya... Jika kita impikan hidup indah sahaja, tidak adalah "adventure" dalam hidup... Hidup ini adalah satu pengembaraan. Sepanjang proses itu kita akan melalui berbagai-bagai ranjau, dugaan dan halangan... Tapi kita perlu hadapinya dengan sabar, tenang dan semangat juang yang kental tanpa mengenal erti putus asa. Jangan pernah takut untuk gagal, kerana jika kamu terlalu takut untuk memulakan langkah kamu takkan kemana-mana. Jangan berundur setelah memulakan langkah, sebaliknya hadapilah segala halangan dan cabaran yang mendatang dengan berani kerana pasti keindahan yang menantimu kelak dikemudian hari.   Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Macam pokok yang tumbang tu boleh jadi tempat untuk duduk-duduk. Jadi jika sedang melalui dugaan hidup.. Tenang saja, pasti ada keindahan yang akan kamu lihat kemudian hari... 

Sekian coretan dari saya seorang yang punya masaalah Acrophobia (phobia tempat tinggi) sejak 1997...
-seorang budak degil yang tak pernah kenal erti putus asa- NZS-


p/s: Coretan ini ditulis sepenuhnya dari pengalaman saya selaku pemilik dan penulis blog ini :
http://merpatiputih88.blogspot.my/ sebarang kekhilafan atau kekurangan harap dimaafkan.

p/s: Ini adalah pengalaman kali pertama saya mendaki gunung.

4 comments:

Unknown said...

Seronoknya..mmg suka bab2 mcm nie. Tp sejak dah branak pinak kena lupakan seketika.. Letak la gambar lg sis? Mst cantik permandangannya..

Sya_Merpati Putih 88 said...

Hehehe.. tulah kan nemang best mendaki gunung nie... macam sy nie baru 1st time mendaki gunubg nie.. skill pun takde...ape-ape pub tetap tinggalkan kenangan indah buat saya... gambar ade kat laptop... gambar2 lain tu ade gambar sy... bukan gambar pemandangan kosong...ermm skrg nie sy kurang gemar upload gambar diri sendiri kat blog... maaf ye..harap mengerti..

Anonymous said...

salam. saya nk tanya. naik arong perlu permit x? kalau perlu, nk mohon ktne? guide wajib ke? boleh sy dapatkan contact person? pastu de x contact gorek bay tu utk urusan book campsite? berapa kos kerugiann utk trip ni? mohon dapat menjawab pertanyaan sy. sekian, terima kasih. :)

Sya_Merpati Putih 88 said...

W'salam... maaf lambat reply.. sbb sy baru bukak blog nie...maaf sekali lagi...
ye nak mendaki mmg memerlukan permit masuk hutan... mmg wajib dptkan permit tu dari pejabat hutan daerah berkenaan...

Kalau nak daki gunung arong boleh contact:
PEJABAT HUTAN DAERAH JOHOR TIMUR,MERSING
Pejabat am, aras 3,
Kompleks pejabat-pejabat kerajaab,
Jalan Ibrahim,
86800 Mersing, Johor.
Tel: 07-7981030
Atau website Jabatan Perhutanan Johor:
http://johor.forestry.gov.my

Berkenaan ngan teluk gorek tu sy xpasti pulak ye.. sbb mase sy pegi nie booking2 nie smua mmg dah diuruskn ketua rombongan kami..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...