Translate

Thursday, October 13, 2011

Cita-Cita + Impian Vs Realiti Kehidupan



Hai Semua...


      Setiap dari kita mesti ada cita-cita  + impian yang ingin kita capai kan..? Dari keck lagi kita dah di soal "apa cita-cita kamu bila dah besar?". Bila dah "besar" nie kamu rasa ada tak cita-cita + impian kamu yang masih belum tertunai..? Kiranya cita-cita + impian kamu tue masih tergendala tertangguh lagi.Serta kamu pun tak tahu bila akan dapat melaksanakan cita-cita tersebut.

       Cita-cita + impian nie sangat penting dalam kehidupan. Ianya adalah supaya kita lebih bermotivasi dan lebih berusaha dalam mengejar matlamat hidup kita. Kalau kita sendiri tak pasti apa cita-cita + impian kita, itu adalah sangat bahaya. Kerana kita sendiri tak pasti apa yang kita nak capai dalam hidup, apa matlamat kita. 
Hidup tanpa matlamat adalah seperti hidup tanpa arah tujuan. Jadi cita-cita  + impian sangat penting. Apabila adanya matlamat barulah akan datangnya usaha untuk capai matlamat tersebut. 


         Cita-cita sahaja, tanpa usaha adalah seperti angan-angan mat jenin. Iaitu  angan-angan kosong tanpa melakukan sebrang tindakan ke arah usaha untuk mencapai cita-cita. Jadi ini juga berbahaya. Apa yang perlu ialah, kamu perlu ikut formula ini: C.U.D.T...Apa pulak nie? C = Cita-cita, U = Usaha, D = Doa , 
T = Tawakal.

       Seseorang yang hanya sentiasa  berusaha tanpa pernah berdoa adalah orang yang sangat sombong. Seseorang yang sentiasa berdoa tanap langsung berusaha adalah manusia yang malas. Seseorang yang tidak bertawakal adalah seseorang yang tidak percaya akan ketentuan yang telah di tetapkan kepada dirinya dan tidak bersyukur atas nikmat yang telah  diperolehinya.

        Ini adalah formula yang sangat mudah bukan? Tetapkan matlamat, usaha sedaya upaya yang termampu, kemudian tak jemu berdoa seterusnya barulah kamu bertawakal. Semua ini haruslah berterusan sepanjang kehidupan kamu.Ingat, jangan sesekali lupakan Tuhan Yang Maha Esa setelah kamu memperolehi cita-cita kamu.


          Kadangkala dalam kita sedang berusaha nak mencapai cita-cita maka bnayaklah halangan dan rintangan yang kita kena tempuhi. Anggaplah itu semua sebagai asam garam kehidupan. Tiada manusia yang tak di timpa masaalah, dan setia masaalah pasti ada jalan penyelesaian. Anggaplah sahaja masaalah itu sebgai cabaran hidup untuk menjadikan kamu manusia yang lebih matang dalam berfikir dan bertindak serta lebih cekap dalam membuat keputusan dan lebih sabar + tabah. Apa yang penting ialah tabahkan hat kamu dna kuatkan semangat kamu.

           Kadangkala kita juga tersepit di persimpanagan. Sama ada terus mengejar cita-cita yang kita impikan atau memikul tangungjawab yang tersedia tergalas di bahu kita. Kadangkala juga kita terpaksa membuat pilihan dalam mencorak masa depan. Kedua-duanya  di rasakan sangat baik untuk kita, tapi kita terpaksa melepaskan salah satu darinya. Maka dengan itu berdoalah agar kita mudah membuat pilihan yang tepat. Mintalah pandangan dan pendapat dari individu terdekat. Buatlah keputusan yang tepat untuk hidup  kamu sendiri, dan jangan pernah sesali keputusan itu. Fikir baik buruknya dahulu.

         Kadangkala tak semua yang kita impikan kita dapat. Dan tak semua yang kita dapat itu yang kita mahu. Tapi sedarkah kita bahawa, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin apa yang kita mahu itu tak bersesuaian dengan diri kita maka dengan itu kita memperolehi apa yang kita dapat sekarang ini. Mungkin apa yang kita dapat ini adalah perkara yang terbaik malah lebih baik dari apa yang kita mahukan itu. Maka untuk itu belajarlah menjadi individu yang bersyukur dan sentiasa berfikiran positive dan bersikap optimis dalam mengejar cita-cita.

"Kalau saya Tak berhenti kolej, Apple takkan terjadi"- Steve Jobs .Jika dia tidak berhenti dari kolej maka tiadalah produk-produk gadjet canggih sperti IPad,Iphone tue semua.. Daripada kata-kata ini, bolehlah kita rumuskan bahawa seseuatu itu terjadi pasti ada hikmahnya, mungkin kini kta belum boleh melihat hikmah tu. tapi pasti ada hikmahnya yang tersembunyi..


   Biar apa pun individu di sekeliling mahu berkata atau menilai mengenai cita-cita kamu itu, biarkan sahaja.Biarkan sahaja mereka berbunyi tanpa henti ibarat burung yang berkicauan di angin lalu. Jangan pula di masukkan ke dalam hati. Jika mereka member respon positive, angaplah ia sebagai  pendorong semangat kamu. Jika mereka memberi komen negatif, anggaplah ia sebagi pembakar semangat kamu. Buktikan kepada semua yang kamu boleh menjadi insan yang berjaya dan bahagia. Jadi kamu haruslah kuat semangat..! 

Oh ya, sebelum saya akhiri entry ini. Mari kita baca sikit kata-kata dari Steve Jobs nie:-

"Jangan berputus asa dengan apa yang anda lakukan, hidup tidak terhenti pada satu tempat sahaja"

"Buat sesuatu seperti anda akan mati esok dan buatlah sesuatu seakan anda akan hidup seribu tahun"

"Jangan biarkan pendapat orang lain menenggelamkan suara hati anda. Apa yang lebih penting anda perlu berani ikut kata hati dan naluri anda"


Nota:- Entry ini hanyalah pandangan picisan penulis blog ini. Gambar adalah diperolehi dari google image.

7 comments:

aniki said...

takde cite2 lagi ni..ishk..apela nak jadi..

Anisa Hang Tuah said...

cita-cita masih tak dapat digapai ni

;(

Namee Roslan said...

saya dah takde cite2..hehe. aim ada lah..cita2 nk jd architect tp dah pupus kot. :P

WuMing said...

cita-cita tanpa usaha adalah angan-angan

Usaha tanpa kejayaan adalah lumrah hidup...

sobri yaacob said...

stuju kalu x de cita2..
mcm mana nak rancang msa dpan..
x kan nak bgantung kpada nasib je :)

C.U.D.T : ya.. fmula yg bgus :)

Run Away said...

cita2..kena usaha...kalau tak memamang ar tak dapat...;d

Terbang Bersamaku said...

aniki:- kena fikirkan ape cita2 awak dmasa depan..

Anisa Hang Tuah :- sy pun masih berusaha nak kejar cita2..sama2 alh kt berusaha dan berdoa ye..sy doakn agar cita2 awk tercapai..

Namee Roslan:- takpe, yg penting kena ade matlamat dan impian..huhu..

WuMing:- yang penting kt dah berusaha kn utk cpaai cita2 tue...=)

sobri yaacob :- betul tue, sy setuju..
ermm..formula tue saje cipta mase zaman sekolah dulu..huhu..

Run Away :- yup, memang betul..usaha tue penting...=)

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...