Translate

Wednesday, October 26, 2011

Pentingnya Bekerja sama...

Hai Semua..Selamat Pagi..Selamat Meyambut Hari Deepavali kepada yang menyambutnya..Selamat bercuti..(^___^)




    Minggu lepas saya pergi kursus OBS / kursus membina semangat dekat  Sekakap Mersing, Johor..Walaupun sebenarnya saya pernah berkursus kat situ masa zaman sekolah, tapi kali nie memang wajib pegi..Masa kat situ banyak aktiviti outdoor..Sesuatu yang saya belajar di situ ialah tentang semangat "bekerjasama"..Jadi hari nie saya nak cakap sikit mengenai bekerjasama..






      Kamu pernah menonton cerita kartun wonderpets...? Ya, iainya cerita kartun, ia ianya seperti kebudak-budakkan....Tapi tahukah kamu, pada saya cerita itu sangat bagus..Sebab ia membawa unusr nilai-nilai murni..Iaitu semnagat bekerjasama, persahabatan dan tolong menolong. Jadi tak keterlaluan jika saya kata, cerita kartun wonderpets nie lagi bagus dari cerita-cerita merapu yang entah ape-ape moral value nya..




      Sebenarnya semangat bekerjasama nie sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Tak kiralah di mana, sama ada di tempat kerja, sama ada di sekolah / Institusi Pengajian Tinggi (IPT), atau di rumah sekalipun. Kita kenalah sentiasa bekerjasama di tempat kerja.  iatu saling membantu dalam melaksanakan tugas. Lebih-lebih lagi jika kita bertugas dalam kerja yang berkumpulan contoh jika kita terlibat dalam bidang jualan / pemasaran. Setiap ahli dalam kumpulan perlulah mekasanakan tugas masing-masing dengan betul, dan perlulah berkongsi idea agar dapatlah meningkatan jumlah jualan bagi kumpulan mereka. Jika hanya seorang ahli sahaja yang aktif dan ramai ahli yang "tidur" maka jumlah jualan pun akan merosot.Maka kamu sekumpulan akan di marah oleh Bos kerana gagal membuat jualan yang banyak serta gagal mencapai target jualan sekaligus gagal memberi keuntungan kepada syarikat




      Sama jugalah jika kita seorang pelajar. Jika pensyarah menyuruh kita untuk membuat assignment atau final project yang memerlukan iainya dilaksanaan secara berkumpulan, maka kita perlulah bekerjasama. Kumpulan itu perlulah pandai membahagikan tugasan yang perlu di buat setiap ahli, dan setiap ahli peerlulah melaksanakan tugasan yang diberi. Jika ada ahli yang tak buat tugasan itu, maka kumpulan kamu tidak akan dapat menghantar  assignment atau final project itu kepada pensyarah kamu.Seterusnya ianya bukan hanya menjejaskan markah ahli pemalas itu seorang tapi ia juga menjejaskan markah keseluruh ahli kumpulan. Jadi di sini sangat perlu nilai bekerjasama itu.






  Dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat juga perlu ada nilai bekerjasama. Jika sesebuag keluarga tiada nilai ini maka pincanglah keluarga tersebut. Jika sesebuah masyarakat sudah tiada nilai bekerjasama ini maka masyarakt itu menjadi masyarakt yang mundur dan tidak maju kehadapan. Ianya adalah kerana masing-masing gagal melaksanakan tanggungjawab masng-masing. Apabila manusia enggan bekerjasama, maka wujudlah masyarat yang zalim dan tidak bermoral. Iaitu apabila setiap manusia itu hanya tahu mementingkan diri sendiri dan engan menjaga hati individu lain dan enggan membantu serta enggan memberi pertolongan kepada individu yang memerlukan bantuan..




Apa yang penting...? Bekerjasama...Apa yang penting....? Bekerjasama...
Kami tak besar dan kami tak kuat..Bila bekerjasama semua jadi mudah..


Ps:- Sudah hampir seminggu tidak buat sebarang entry, jadi walaupun hari nie hari rabu, saya mahu buat entry yang bertulis, kerana dah lama tak menulis di blog..rindu rasanya..Dah dekat seminggu tak Bw ke blog-blog kamu semua..Balik kursus kena siapkan kerja-kerja yang tertunggak. InsyaAllah hari ini saya akan Bw ke blog kamu..Yeah..!

10 comments:

Nana said...

jenjalan pagi disini :)

Namee Roslan said...

hehe. so true. sy suka gak tgk wonderpets tu sbb tagline dia tu mmg buat kita ingat bahawa kerjasama itu sgt penting. :) kalau kita sendiri atau bersama,mmg tetap perlukan kerjasama kalau tak apa pun tak jalan sbb masing2 manusia ada pe'el tersendiri. kucar kacir kalau xde kerjasama:)

Kuronofu91 said...

Kami pun selalu kalau ada kem atau orientasi, sekejap jer bersatu padu...pastu buat keje sendiri....hampes.....

Anonymous said...

Wonderpet kami datang. Tidak suka orang yang lepaskan tanggungjawab dalam satu kumpulan. Jika diberi peluang, Awan lebih suka buat kerja sendiri .

aniki said...

terbaik ar amoy..sokong sangat2..

ZAIDAHTUL AKMAL said...

teringat citer wonder pet... "Ape yg penting.....kerjasama...".

sekamar rindu said...

salam..

salah satu contoh untuk kerjsama lihatlah semut..semut lambang kerjasama, bersatu padu..keja yg berat jadi ringan dengan keje sama.

Unknown said...

apa yg penting..kerjasama..sila la ulang sehingga benar2 faham..hehe

Sya_Merpati Putih 88 said...

RJ Beena :- tahnsk sudi jejaln cnie ye...=)

Namee Roslan:- tau takep, comel kn wonderpets tue..+ ade moral value yg bagus juga..kt sesame manusia saling perlu memerlukan, sbb tue kerjasama tue penting..(^___^)

Kuronofu91:- itu yg sedihnye, patutnya semangat kerjasama tue terus dikekalkn walaupun kem dah habis..

Awan Biru:yeah.mari nyanyi lagu wonderpets..sy pun tak suka dan geram dgn org yg sua lepaskn tanggungjawab nie,,mmg tak patut..

aniki:-terima kasih aniki...(^___^)

ZYASH :- lagu dia best kan..(^__^)

sekamar rindu :-yup, walaupun semut tue keil tapi sentiasa beerjasama...

tOyO :-kalau dah ulang banyak kali tapi tak paham2 tak tahu nak cakap ape...huhu...

Anonymous said...

betul, yg penting kerjasama tapi ramai yg dah lupa perkataan magis ini.

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...