Translate

Monday, October 17, 2011

Kesilapan...Mesti Di Perbaiki Dan Perlu Di Maafkan..

Hai Semua....Selamat pagi..Semoga pagi anda sentiasa ceria..(^___^)





     Kita sebagai manusia biasa pasti tak pernah terlepas dari membuat sebarang kesilapan dalam hidup nie kan. Tak kiralah kesilapan tue besar atau kecil, penting atau tidak. Kita sebagai manusia biasa, tiada yang sempurna. Membuat sebrang kesilapan itu juga adalah perkara normal dalam hidup. Sebab kita hanya manusia biasa dan kita bukanlah terdiri dari golongan yang maksum. Tapi jangan pula kita mengangap membuat salah itu adalah perkara normal. Lantas kita menjadi alpa dan leka dengan kesilapan kita tersebut. Iaitu kita sentiasa mengulangi kesilapan yang sama berulang-ulang kali. Serta kerap kali mengadakan sejuta macam alasan untuk tidak melakukan perubahan ke arah kebaikkan.


     Apa yang perlu ialah kita harus belajar dari kesilapan yang pernah kita lakukan, serta jangan sesekali mengulangi nya lagi di masa hadapan. Menilai apa punca kita melakukan kesilapan tu, menilai balik diri kita, serta mengkaji apa yang kita boleh pelajari dari kesilapan itu. Iaitu apa yang kita boleh jadikan ikhtibar sebagai panduan hidup di masa hadapan. Jangan sesekali menyalahkan takdir dan orang sekeliling atas kesilapan dan kekhilafan diri kita sendiri. Belajarlah menjadi manusia yang tidak berlagak dan menyombong diri serta sanggup mengakui kekhilafan diri sendiri. Belajar untuk menerima kegagalan serta belajarlah untuk mengakui kesilapan. Jangan hanya tahu menuding jari kearah individu lain. Kerana jika satu jari kita tujukan kearah seseorang, ingatlah bahawa empat lagi jari kita sedang menunjuk ke arah diri kita sendiri.


      Janaganlah sesekali kita menjadi individu yang hanya suka mencari dan menceritakan setiap inci kekurang diri orang lain. Sedangkan setiap inci kekurangan diri kita, kita cuba sembunyikan di bawah kain buruk pengesat kaki. Belajarlah mencari kekhilafan dan kekurangan diri sendiri, perbaiki kekurangan diri kita. Serta sentiasa bermuhasabah diri dan sentiasa meminta maaf setiap kali kita bersalah atau kita berada di situasai yang salah. Jika kita berada di pihak yang benar sekalipun, tak salah jika kita meminta maaf kepada orang yang menuduh atau memfitnah kita itu. Kerana pasti ada kesilapan kita di mana-mana hingga boleh menyebabkan stuasi itu berlaku. Meminta maaf dalam keadaan kita tak bersalah, itu membawa maksud kita seorang individu yang pemaaf dan penyayang serta bersikap terbuka dalam kehidupan. Jangan bimbang jika kita berada di pihak yang benar, kerana kebenaran itu pasti akan terungkap jua suatu hari nanti.


     Untuk menjadi seseorang individu dewasa, haruslah berfikiran matang dan terbuka. Iaitu sanggup mengakui kesilapan diri sendiri, sentiasa meminta maaf, sentiasa memaafkan, sentiasa bersikap tenang dan tabah dalam apa jua dilema yang sedang dihadapinya dalam kehidupan. Sentiasa bermuhasabah diri serta sentiasa berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri. Senantiasa bersemangat untuk menjalani kehidupannya sehari-hari. Kita harusnya menghargai diri kita sendiri dan jangan sesekali menghina diri sendiri. Kerana perbuatan seumpama itu boleh melemahkan semangat kita. Seharusnya kita berfikiran kehadapan, dan sentiasa menyayangi diri kita dengan sentiasa bersemangat dan bermotivasi serta sentiasa berfikiran positive. Tetapi janganlah pula kita keterlaluan memuji-muji diri sendiri, keran di khuatiri pula akan menjadi riak dalam diri kita, hingga menjadikan kita individu yang sentiasa memandang kecil kepada orang lain.

Akhir kata, ceriakan hari mu dengan senyuman seindah pelangi, walaupun hati kamu kelam seperti awan mendung...Credit gambar kepada google image.


7 comments:

Hana Soffelia said...

Setiap org tak perfect. Maka kesilapan akan sering berlaku cuma cara ia mengakui, menerima, memperbetulkan kesilapan, itulh yg penting. Kadang2 yg buatkan kita susah nak maafkan org tu sebab dia taknak mengaku slh dan sering mengulangi kesalahan yg sama. Kesian org mcm tu.

ucubakery said...

tqvm..sudi jenguk blog ucu..

Namee Roslan said...

kesilapan tu yg mematangkan kita :D kan kan. bila buat kesilapan, kita betulkan balik dan janji xkan ulang lg kesilapan tu :)

Anonymous said...

setiap mnusia tak lari dri melakukan kesilapan..itu la sebab dikatakan manusia tak perfek..hehe..so kalau memaafkan atas kesalahkan sekurang2 nye kite dah dpt 1 pahala free..lalala..

aye ader tag blog kamu dlm contens yang aye join..jom lajoin skali.. nak klik sini..
http://waneey89.blogspot.com/2011/10/contest-daniel-adie-sispa.html

aniki said...

setuju amoy..nice entry

Sya_Merpati Putih 88 said...

Hana Soffelia :-betu tue, snagat setuju..org yg taknak mengaku kesilapan sendiri dan suka menyalahkan org lain mmg sangat tak patut..

Ucu Faridah :- ur welcome ucu..sy mmg suka bw ke blog2 jika ade masa lapang..=)

Namee Roslan :- betu tue..kt kena belajar dari kesilapan, kalau tak kt ta tahu mane silap kt..

CIK CHIPSMORE :- betul tue, maka sebab itulah kt perlu ade sikap saling maaf memaafkan..

awk joint contest..? good luc ye..err sy ta leh nak joint sbb sy segan orgnye..eheheh..=)

aniki :- thanks ye slalu berkunjung ke blog usang sy nie..(^___^)

senyumSOYA said...

x semua sempurna.. ^^"
topup mana yang kurang..
upgrade kan diri..hehhe

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...