Translate

Saturday, October 15, 2011

Kenangan..Haruskah Di Lupakan...?

Hai Semua...Selamat berhujung minggu..



    Setiap orang pasti akan ada kenangan dalam sepanjang hidup nya..Tak kiralah kenangan yang sedih atau gembira..Itu semua  adalah perkara-perkara yang boleh menjadikan hidup kita lebih berwarna-warni. Ramai yang berkata kenangan lalu haruslah di lupakan. Mereka juga kata, usah di ingat kenangan lalu jika kita mahu menjadi seseorang yang berjaya dan bahagia pada hari ini.

     Secara jujurnya saya tak bersetuju dengan pendapat ini. Sebab pendapat saya, jika kita menjadi insan yang terlalu mudah melupakan sesuatu, kita takan menjadi individu yang berjaya. Kenapa saya berkata begini..??? Contohnya, adakah kita perlu meluapkan sejarah silam, adakah kita perlu menjadi manusia yang bongkak dan mendabik dada dengan kesenangan yang kita kecapi pada hari ini...? Serta menjadi manusia yang tak mengenang jasa pejuang-pejuang terdahulu. Bukankan kita sepatutnya mengenang jasa mereka-mereka yang pernah berbakti buat agama, bagnsa dan negara. Bukankah lebih baik kita menjadi manusia yang sentiasa menghargai jasa orang-orang yang berbuat baik kepada kita..


    Setiap, kenangan itu jangan terus di lupakan begitu sahaja. Seharusnya apa yang baik di masa lalu kita mabil sebgai contoh dan panduan untuk hidup kita di masa-masa akan datang. Manakala apa jua kesilapan kita pada masa lalu, sehrusnya di jadikn sebgai ikhtibar agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa kini dan masa-masa yang akan datang.
    Menjadi manusia yan mudah melupakan kesilapannya begitu sahaja bermakna anda menjadi manusia yan tak pernha mengambil ikhtibar dan tak pernah mahu belajar sesuatu dari kesilapan yang anda pernah lakukan. Maka tak mustahil anda akan mengulangi kesilapan yang sama berulang-ulang kali. Maka sebab itulah saya kata, sejarah dan kenangan lalu usahlah di lupakan begtu sahaja. Ada sesuatu yang boleh kita pelajar darinya, supaya kita menjadi individu yang lebih barjaya pada har ini dan lebih matang dalam berfikir serta bertindak dan menjadi manusia yang lebih tenang dan tabah..


    Dalam hidup ini ada kenangan yang bahagia, zaman kita sedang suka dan sedang ketawa senang..Ceria di kelilingi kawan-kawan, kelurga dan insan tersayang, bahagia bila cita-cita dan mpian tercapai..Tapi dalam hidup ini juga ada kenangan yang memeritkan, zaman kita sedang berduka , waktu kita sedang bermuram durja, waktu kita sedang bersendirian dan kesepian, waktu kita sedang menitiskan air mata kesedihan..Itu semua adalah perkara normal dalam kehidupan.

     Belajar mengkaji setiap ikhtibar yang boleh kita pelajari dari masa lalu. Janganlah masa lalu di biar berlalu begitu sahaja. Janganlah menjadi individu yang mudah lupa akan sejarah lalu. Berlajarlah menjadi individu yang psoitive dengan mengangap setiap kejadian pasti ada hikmahnya dan pasti membawa sesuatu maksud yang tersurat, yang tak lain supaya menjadikan kita manusia yang lebih bersyukur dan bersemangat menghadapi hari esok..

Sebelum saya akhiri entry ini mari kita dengar bersama lagu ini:-


P.S:- Entry ini hanyalah idea picisan saya, credit gambar google image

10 comments:

Anisa Hang Tuah said...

masih teringat bekas kekasih.

Namee Roslan said...

kenangan pahit ramai yg ingin lupakan sbb terlalu pahit. tp itu yg mematangkan kita sbnrnya, :D em sy lupa dah semua kenangan lg2 kenangan yg memalukan diri.

Anonymous said...

kenangan tetap kenangan..dilupakan?? rasanya agak sukar wapun kenangan itu pahit ke manis ke..huhu

LindaLittle said...

:)...suatu hari nanti..kita juga akan menjadi kenangan atau pengajaran buat orang lain....kan..:)

selamat malam....

SoLy SoLicious said...

owh..sy sgt sukekan kenangan..tak kire baik ke buruk..heee

Unknown said...

Kenangan adalah pengalaman..yang menjadikan kita berbeza dari orang lain..hargai semua kenangan anda kerana itulah yang akan menjadikan diri lebih baik dari sebelumnya..

aniki said...

kenangan oh kenangan....

Zul fattah said...

dengan kenangan inilah yg mengajar kita erti hidup dan kawan.

Run Away said...

kenangan sama ada manis atau pahit tetap tak akan di lupakan...;d

Sya_Merpati Putih 88 said...

Anisa Hang Tuah :- nak lupakan seseorang yg pernah kt syg bukan sesuatu yg mudah..tp 1 arinanti
awk pasti boleh lupakan dia jugak..

Namee Roslan:- yup, kenangan lalu boleh mematangkn kt & kt kena ambil ikhtibar darinya..tp jgn pula sampai terlalu mengenang kenangan lalu..

~AmyLiana86~:- kenangan itu tetp akan tersimpan dalam memori sampai bila2 kn..?

linda a.k.a ibusumaiyah :- betul tue... sy setuju..
selamat malam juga...=)


SoLy SoLicious:- hehehe..sy pun sama..

tOyO :-yup, sy setuju..setiap kenangan itu sangat bererti dalam hidup kt..

aniki:- kenangan terindah..senyum selalu..=)

Zul Fattah :- yup, ia menjadikn kt manusia yg lebih tahu nilai erti bersyukur dgn apa yg kt miliki pd hari ini...

Run Away :- setiap kenangan itu sangat berharga dan punya nilai yang teristimewa..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...