Translate

Sunday, May 29, 2011

Semuanya Tentang Hati♥


Macam-macam perkataan yang seringkali kita dengar berkaitan hati. Nie antaranya:-

~Kecil Hati~

~Berbesar Hati~

~Hati Batu~

~Keras Hati~

~Hati Terluka atau Hati Terguris~

~Hati Sepi~

~Sejuk Hati~

~Panas Hati~

~Patah Hati~

~Jauh Hati~

~Hati Remuk~

~Jatuh Hati~

Ok, Nie baru sebahagian jer yang biase kita dengar...
Tapi persoalannya macama mana kita nak menjaga hati kita agar terhindar dari sifat-sifat negatif seperti dengki dan iri hati? Macam mana kita nak mengawal emosi?
Caranya bagi saya mudah sahaja..

Iaitu kita perlulah sentiasa berlapang dada dan sentiasa berfikiran pstif terhadap apa jua yang kita hadapi dalam kehidupan.Jika kita sedang di landa dugaan hidup atau permasaalahan yang teramat berat, anggaplah ia sebagai cabaran yang akan menguakan semangat kita untuk kita menjadi insan yang lebih berjaya pada masa hadapan.Seseungguhnya pengalaman adalah guru yang terbaik dalam kehidupan.. Hadapilah saat-saat sukar tersebut dengan hati yang sabar, tabah dan tenang. Kelak kita akan beroleh kejayaan.

     Jika kita sedang menghadapi kegagalan dan orang lain yang berdekatan dengan kita ramai yang telah berjaya, janganlah sesekali kita mempunyai hasad dengki atau iri hati atas kajayaan mereka.Seharusnya kita menjadikan mereka sebagai contoh atau role model kepada diri kita. Yang baik kita jadikan tauladan yang buruk kita jadikan sempadan.Kita seharusnya berusaha lebih kuat dan gigih untuk menjadi lebih berjaya dari mereka dan tak perlulah kita "menjatuhkan" mereka ..

     Janganlah kita sesekali mengaibkan atau menjatuhkan maruah insan lain demi kepentingan diri kita walaupun ketika itu kita sedang marah.Walaupun hati kita sedang berduka atau sedang marah, cubalah kawal emosi kita. Janganlah kita bertindak melulu dan mengeluarkan kata-kata yang tak tentu yang secara tak langsung mengaibkan diri kita sendiri. Kerana sesungguhnya tindakan yang kita lakukan dan kata-kata yang  kita tuturkan mencermin kan keperibadian kita. Janganlah juga kita melakukan perbuatan yang sia-sia dan merosakkan masa depan kita sendiri demi mencapai kepuasan emosi kita (Jangan biarkan kemarahan menguasai diri kita). Duduk dan bertenanglah, hadapinya dengan sabar. Kerana ikut kata hati mati, Ikut rasa binasa. Seharusnya ikut minda dan akal yang waras dengan pertimbangan yang sebenar-benarnya bersandarkan ke Imanan. 

 Jangan ikut kata-kata "Tepuk dada tanya selera" kerana kelak diri sendiri yang merana, apabila membiarkan nafsu menguasai diri dan minda secara bermaharajalela. Seharusnya ikut ata-kata ini "Tepuk dada tanya Iman", maka dengan itu hidupmu dan dunia akan aman, kerana nafsu dapat dibendung dengan kebijaksanaan akal dan cahaya ke Imanan..

   Nota:- Hati tak boleh bertukar saiz, jadi ianya tak boleh jadi besar atau kecil.Suhu hati sama sahaja, jadi hati tak boleh panas atau sejuk. Hati tak boleh bergerak, jadi ia takkan boleh menjadi dekat atau jauh. Hati tak pandai pegang benda-benda tajam, jadi ia takkan pernah terluka atau terhiris.Hati bukannya kayu, jadi ianya tak boleh patah.Hati tak pandai panjat tempat tinggi, jadi hati takkan pernah jatuh. Oleh itu,Kita sebagai tuan empunya kepada hati, harus menjaga hati kita sebaik-baiknya. Dekatkan hati kita dengan Allah SWT, Maka denagn itu hidup kita akan aman sentosa, walaupun sehebat mana dugaan datang melanda~
               

Ps:- Ini hanyalah pandangan peribadi pemilik blog ini. Gambar hanyalah hiasan yang diperolehi dari Google image.

Saturday, May 28, 2011

Nur Kasih The Movie Memang Terbaik.....(^_____^)


 Pada 3.00 petang tadi saya pegi tengok cerita nie dengan dua orang best friend dari zaman sekolah saya...
Semangat untuk tengok filem nie meluap-luap sebab kami bertiga memang minat dengan drama bersiri Nur Kasih..
Lebih-lebih lagi bila filem nie dapat komen-komen yang positif dari kalangan rakan-rakan saya di Fb..
Lepas tengok filem nie , Saya rasa nak bagi 4 bintang daripada 5 bintang...
Filem nie adelah kesinambungan dari Drama Bersiri Nur Kasih yang di siarkan di TV3..
Drama Nur kasih tue di tonton oleh 19 juta penonton(fuhh ramai betul, memang meletup-letup kat tv mase tue..)
Maybe, sebab tuelah filem nie di siarkan pada 19 Mei kot...
Ok , kepada sesiapa yang tak pernah berpeluang nak tengok drama bersiri Nur Kasih kat Tv3 tue,bolehlah baca sinopsis penuh Drama Nur Kasih (Sinopsis Drama Nur Kasih-tv3)
Filem nie memang menyentuh perasaan dan best sangat-sangat..yang penting dalam filem nie terdapat banyak massage dan pengajaran yang ingin di sampaikan kepada penontonnya ianya bolehlah dijadikan sebagai pedoman, panduan dan pengajaran..
Selain daripada itu filem nie boleh dikategori kan sebagai filem cinta yang Islamik tapi tak boring dan ianya jugak romantik...(hehehehe..saya suke...)
Massage yang disampaikan secara mudah dan bersahaja dalam dialog-dialog dan babak-babak dalam Filem nie memang mudah dan senang difahami oleh semua lapisan masyarakat...
Elemen suspen dalam filem nie memang digarap dengan baik,jalan cerita dia pun menarik disamping pemilihan lokasi yang mempunyai pemandangan menarik dan berseni  bagi latar cerita nie...
Sinematografi die memang menarik secara keseluruhan..
*

*

*


~ Meh Layan Trailer cerita  nie~







~Jom Layan Lagu Tema Dia Pulak~







Oh ya, Filem nie hanya ditayangkan DI PAWAGAM SAHAJA. Jadi, marilah beramai-ramai tonton  filem nie ye..


P/s:-Rasa tak puas tengok cerita nie tadi, rasa nak tengok lagi jer....(^____^)








Friday, May 27, 2011

~Teka-Teki ~

(nie kartun kegemaran saya..hehehe..apelah kan dah besar pun tengok kartun..)
~Sumber gambar dari Google Image~




Hai... Apa Khabar semua...? Sihat..?
Dah dekat seminggu tak update blog...
Huhuhu..Sorry..saya busy sikit dengan kerja..Balik rumah jer dah penat, dan mood untuk blogging pun hilang sebab tension dengan traffic jemm yang macam  jer...:p
*
*
*


Ok sekarang nie saya nak bagi awak semua teka-teki..So, boleh lah asah kemahiran berfikir sikit..hehehehe..
Tak susah pun..senang jer..


1) Banyak-banyak pintu, pintu ape yang sentiasa terbuka..? (Klu:-pintu nie ade kat bumi jer...)


2) Banyak-banyak Ikan, ikan ape yang selalu sakit? 


3) Ikan ape yang pandai bersolek?


4)Ikan ape yang paling sopan? (Klu:-ciri-ciri Islamic..)


5)Benda ape yang sentiasa ikut kemana jer kita pergi..?


6) Yang mengejar tak berkaki yang di kejar tak ber ekor..Ape die..?


7) Masa kecik semua orang tak suka dan geli bila tengok dia, tapi bila dia dah besar semua orang suka dan kagum tengok kecantikan die..Ape die..?


8) Yang Memburu pandai terbang, yang di buru pandai berenang..ape die..?


9) Pokok ape yang paling kedekut tapi paling kaya?

*

*

*

*

*

*

*

*
Nak Tahu tak jawapan dari soalan nie..?
ok, dengan murah hati saya bagi jawapannya sekarang..

Nie lah jawapannya:-

1) Pintu Gol (Sebab pintu gol memang tak pernah tertutup kan..? ha..soalan  nie kalau orang lelaki tak leh nak jawap  tahu nak cakap ape lah kan...hahahahhahahaha..hehehhehehe..<---ketawa tergolek-golek)

2) Ikan Kembung (sebab name die pun "kembung" ,pekataan kembung nie biase orang gunakan kalau sakit perut..)


3) Ikan Cermin ( sebab nama dia pun dah ade cermin, biasanya kan orang memang gunakan cermin untuk bersolek ..ye tak..?)


4) Ikan Bawal (sebab nama die digunakan sebagai nama sejenis tudung iaitu tudung bawal, kita cuma pernah dengar tudung bawal jer..setakat hari nie belum ade lagi tudung nama pari,tudung dugong atau tudung duyung...hehehe..)

5)Bayang-bayang(memanglah kemana jer kita pergi mesti ade bayang-bayang)


6) Ular Kejar Katak (ular memang takde kaki dan katak memang takde ekor...)


7) Ulat kemudian betukar menjadi rama-rama (masa die ulat takde siapa yang suka, bila dah jadi rama-rama dah cantik ramai yang suka..)


8)Burung helang tangkap Ikan  kat laut ( Burung helang pandai terbang dan pakar  terbang tinggi-tinggi, ikan pula pandai berenang..)



9) Pokok duit-duit ( sebab pokok nie merupakan spesis parasit iaitu menumpang dekat pokok lain, jadi boleh ditakrifkan sebaga kedekut sebab die amik zat dari pokok yang die tumpang tue,boleh ditakrifkan sebagai kaya sebab nama die "duit-duit"... hehehehehe..)




Ps:- Lepas nie boleh lah awak semua try bagi soalan nie kat kawan-kawan ye...hehehehe..(^___*)

Sunday, May 22, 2011

Puisi:- Kerana Kamu Istimewa... (Versi Jejaka)



Kamu , kamu dan kamu semua istimewa..
Kenapa aku katakan seperti ini..?
Kerana kamulah pemimpin kepada wanita seperti kami, kami dan kami semua..
Kamu jua adalah pelindung kami dari segala mara bahaya...
Kamu lah yang sepatutnya menjadi tempat kami berteduh dan bernaung..
Kamu lah pembimbing dan penasihat kami apabila kami melakukan kesilapan..
Jadi untuk itu kamu perlu bersiap bersedia..
Untuk menjadi ketua kepada kami semua  serta kepada nusa dan negara..
Oleh itu kamu semua perlu bersiap dengan segala ilmu di dada..
Ilmu agama dan juga Ilmu berkenaan dunia..
Kamu perlu menjadi contoh tauladan yang baik kepada kami..
Agar kita bersama dapat mencorakkan generasi masa depan yang lebih cemerlang dan berwawasan..
Kamu perlu sedar bahawa..
Kami adalah tanggungjawab bagi kamu dan kami bukanlah beban bagi kamu..
Kamu perlu tahu bahawa..
Kamu memang terpilih untuk menjadi ketua dan pembimbing kepada kami..
Oleh itu kamu perlu mengerti bahawa..
Kamu memang istimewa sebab itu kamu di pilih menjadi ketua..
Aku dan mereka semua berharap agar kamu tidak menyalah gunakan konsep ketua dan tidak menjadi ketua yang baik buat kami..
Oleh itu gunakanlah kuasa kamu sebaik-baiknya..
Wahai jejaka yang elok rupawan sekalian percayalah bahawa kamu memang istimewa..
Maka dengan itu bersyukurlah kamu kerana di lahirkan sebagai ketua..
Jadilah ketua yang sejati kelak dirimu akan sentiasa di hormati..


Nota:-Puisi nie adalah ilham sepenuhya pemilik blog nie..(hhtp//merpatiputih88.blogspot.com)sebarang penerbitan semula adalah dilarang sama sekali..Hakcipta terpelihara...Gambar dari google image...
Puis nie di tujukan khas buat smua jejaka-jejaka, harap awak semua dapat mengahayati dan memahaminya ya..:)

Lelaki Menangis...Salah ke...???

~Rambut die cantik + comey...tapi anting-anting tue tak brape nak cool lah ye... :p ~




                  Sebelum nie saya penah tulis pasal pempuan dan air mata.Jadi untuk bertidak adil saya tulis pulak entry pasal nie untuk lelaki pulak.. Eh..Tapi kan ade ke lelaki menangis.. Macam pelik jer.. Kenapa pulak pelik nya???

                     Lelaki kan MANUSIA BIASA jugak yang punya HATI DAN PERASAAN.. Mereka pun punya persaan sedih, geram, sakit hati, terasa teraniaya dan di pinggirkan bila diri mereka diabaikan atau disishkan.. Boleh jadi mereka nie menangis sebab ditinggalkan oleh orang yang di sayangi, cintanya di tolak ataupun pasangan  curang.. Mungkin juga meraka akan berasa sedih apabila merenung kembali kekhilafan diri iaitu mengenang kembali dosa-dosa yang pernah mereka lakukan dan mereka mula menginsafi segala kekurangan tersebut dan bertaubat kepada Tuhan Yang Maha Esa (Allah SWT)...


                    Jadi pada pendapat saya tak salah bila lelaki menangis...  Mungkin bagi sesetengah orang lelaki akan nampak tak macho dan akan nampak hancur,lembik dan lemah bila menangis..  Lebih dahsyat lagi, bila mereka nie jugak suka meletakkan title Bapok atau Mak Nyah bila seseoarang lelaki itu menangis...  Lelaki dikatakan tak boleh menangis sebab tak boleh jadi lemah dan lembik macam gadis-gadis, mereka jugak kata lelaki harus berjiwa kental dan tak perlu cengeng macam budak-budak kecik tak cukup umur..


              Tapi, pendapat macam ginie saya sangkal sama sekali. Sebab LELAKI JUGA MANUSIA BIASA DAN MEREKA JUGA BEBAS DAN BERHAK UNTUK MELUAHKAN PERASAAN MEREKA WALUPUN MELALUI AIR MATA..     Oleh itu, lelaki tak perlu menjadi terlalu ego untuk tidak menangis dan pendam saja kemarahan dan kekecewaan yang menyala hingga ia menjadi dendam kesumat.. Tak ada gunannya dendam dan berdendam nie, lebih baik memaafkan itu lebih terbaik..  Lebih baik anda mengaliran air mata daripada anda membunuh diri atau melakukan perbuatan yang sia-sia..  Jadi, tak perlu rasa takut atau malu untuk menangis dan jangan lah kamu pendamkan sahaja Stress yang di alami sendirian kerana kelak ia akan memakan diri..


Nota:- Ini hanyalah pandangan peribadi saya, gambar adalah di perolehi dari google image..:)

Saturday, May 21, 2011

Apa Beza Antara Lelaki Dan Jantan???

~Cute kan? (^___^)♥ (hehehehehehehe...)

*
*
*
Lelaki selalu bertimbang rasa dengan gadis dan wanita..
Jantan sangat tak bertimbang rasa terhadap gadis dan wanita..

Lelaki selalu mengutamakan gadis dan wanita dalam segala aspek..
Jantan selalu pentingkan diri sendiri..

Lelaki pandai menghormati wanita yang lebih tua dan lebih muda darinya..
Jantan tak pandai menghormati wanita...

Lelaki senantiasa melindungi, menasihat dan membimbing wanita dan gadis yang berada di bawah tanggungjawabnya serta yang di kenalinya..
Jantan senatiasa mengambil  kesempatan didalam kesempitan terhadap gadis dan wanita dan juga tidak bertanggungjawab terhadap wanita yang berada dibawah tanggungjawabnya (contoh peribahasa: Harapkan pagar, pagar makan padi)

Lelaki tidak pernah mengeksploitasi wanita..
Jantan sentiasa mengeksploitasi wanita, menjadikan mereka wanita dan gadis sebagai bahan pelaris bagi perniagaan mereka atau menjadikan para gadis sebagai bahan dagangan..

Lelaki sentiasa membela nasib wanita..
Jantan tak pernah membela nasib wanita, malah wanita sering diabaikan dan dipingggiran dari segala aspek termasuklah pendidikan..

Lelaki sentiasa menasihati wanita dengan baik..
Jantan senantiasa menggunakan kata-kata kesat, kasar dan mencarut untuk menegur atau memberi nasihat. 

Lelaki sentiasa bersopan dan berbudi bahasa terhadap para wanita dan gadis..
Jantan berkelakuan kurang atau tidak sopan terhadap wanita dan gadis dan tidak tahu berbudi bahasa..

Lelaki sentiasa bertanggungjawab dan menjadi contoh tauladan yang baik terhadap isteri,anak-anak,ibu dan adik beradik perempuannya..
Jantan gagal bertanggungjawab dan gagal menjadi contoh tauladan yang baik..

Lelaki sentiasa menjadi ketua yang baik, bertanggungjawab, dan bersikap jujur dan amanah, adil serta tegas..
Jantan sentiasa menjadi ketua yang zalim,serta tidak menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur dan amanah serta tidak berlaku adil..


Untuk renungan bersama:- Untuk Menjadi seorang LELAKI SEJATI itu bukan hanya  perlu bertubuh badan sasa yang gagah perkasa semata-mata, tetapi haruslah diiringi dengan sikap dan budi pekerti yang baik dan boleh melindungi wanita di sekelilingnya
*
*
*
Nota:- Ini hanyalah pendapat peribadi saya semata-mata,gambar hanyalah hiasan ianya adalah diperolehi dari google image...


Tuesday, May 17, 2011

Puisi:Terima Kasih Cikgu


Cikgu...
Kau ibarat lilin yang menerangi kegelapan..
Cikgu...
Kau memberikan semangat dan harapan...
Cikgu...
Kau penyuluh minda yang dulunya kelam..
Cikgu...
Kau penunjuk jalan kebenaran..
Cikgu...
Kau pembakar semangat dikala hati ini lemah dan tak mahu lagi berjuang...
Cikgu...
Kaulah penasihat yang sentiasa memberikan motivasi dan kata-kata nasihat... 
Cikgu...
Kau ibarat titi untuk menyeberang ke masa hadapan..
Tanpa kau, tidak akan adanya insan yang berjaya di dunia..
Tanpa kau, siapalah aku dan insan-insan lain di dunia...
Tanpa kau, aku takkan dapat mengenal huruf mahupun angka..
Tanpa kau, aku takkan dapat menulis dan membaca..
Terima kasih cikgu kerana didikan mu lahirlah insan berjaya di dunia..
Terima kasih cikgu, kerana telah mendidik ku tanpa kenal erti jemu..
Terima kasih ckgu, kerana telah mendidik ku dengan bermacam-macam ilmu..
Terima kasih Cikgu!



Nota:- Puisi ini adalah hasil karya sepenuhnya pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang penerbitan semula adalah dirang sama sekali.Hakcipta Terpelihara.

Pesanan:- Puisi ini saya dedikasikan khas buat semua guru-guru yang pernah mendidik saya di sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah agama, jua kepada guru mengaji saya,kepada guru tusyen gaya pos, kepada pensyarah di cosmopoint yang mendidik saya semasa saya menghadiri kursus komputer,kepada pensyarah-pensyarah di Politeknik, kepada guru yang membimbing dan mendidik saya semasa saya menghadiri kursus Train & Place, kepada guru-guru di yang menjadi pengawas peperiksaan semasa saya menduduki peperiksaanSTPM sebagai calon persendirian (sesi 2010),juga kepada rakan-rakan yang pernah berkongsi ilmu kepada saya,juga kepada sesiapa  sahaja yang pernah mendidik saya walaupun sebaris ayat atau secebis ilmu secara langsung atau secara tidak langsung.Tidak di lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang menjadi antara individu terawal mendidik saya...Selamat Hari Guru buat anda semua..Tanpa anda semua siapalah saya..Tanpa anda semua, saya takkan menjadi seperti saya hari ini..(Maaf lambat buat entry nie, sebab laptop saya tengah meragam sekarang nie..)

Sunday, May 15, 2011

Puisi:-Dunia...Bebaskanlah Bumi Palestine...!


Di sebuah negara yang suram, kelam dan penuh penderitaan...
Di situ  dulunya penuh dengan gelak tawa keriangan anak-anak kecil berlari-larian..
Tetapi kini bumi nya kontang dan tandus terhimpit perperangan..
Anak-anak itu tidak dapat lagi menuntut Ilmu dengan aman..
Mereka tidak lagi berlari dengan gelak tawa...
Tetapi..
Mereka berlari dengan air mata dan ketakutan yang melanda di dalam jiwa..
Kekejaman itu membuatkan rakyat di bumi itu sengsaraa..
Punah sudah segala pengharapan untuk melihat negara itu maju di masa depan..
Jiwa meraka sentiasa di belenggu keresahan...
Namun hidup pasti harus di teruskan..
Walupun segala harta benda dan nyawa habis hancur musnah dek peperangan..
Ternyata mereka punya semangat yang begitu kental..
Tapi sayangnya..
Hingga kini mereka masih lagi sengsara...
Sampai bilakah lagi harus ditanggung segala derita ini?
Berapa banyakkah lagi nyawa yang harus terkorban..
Dunia.... tolonglah selamatkan mereka semua...!


Puisi ini adalah ilham sepenuhnya penulis blog ini...(http://merpatiputih88.blogspot.com)
Hak cipta terpelihara.Sebrang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali..
Gambar adalah diperolehi dari google image..

Buli Membuli Dijalan Raya


Kita semua adalah pengguna jalan raya. 
Ta kira lah sama ada menggunakan kereta, motor, lori, van, mpv,basikal dan tak terkecuali pejalan kaki..
Tapi pernah tak kita terfikir yang kita sedang di buli atau membuli ketika kita dijalan raya..?
Ok..
Sekrang nie saya akan terangkan satu persatu pasal kes buli membuli nie...


~Pejalan kaki~

Kekadang pejalan kaki nie menguji kesabaran pemandu-pemandu jugak..mana taknye melintas sesuka hati jer..
Pernah satu hari tue saya drive kat kawasan bandar, masa tue lampu traffic hijau..maknanya saya kena jalan..
Tengah jalan tue tetiba ada couple nie (muka macam budak sekolah lagi) main melintas jer..nasib baik lar saya drive secara berhemah. So, sempat lah tekan brek..walaupun hakikatnya kita takleh berhenti sebab lampu hijau..Tapi terpakse jgk berhenti..kat belakang dah lar lori trellar sikit punye besar..
Ada juga terdapat sesetngah pejalan kaki yang jalan ketepi  ketengah dan ade jugak yang jenis suka kepung jalan (jalan ramai-ramai sampai 3-5orang, abis terkepung jalan..)
Kalau kene  langgar salahan orang, tapi bila kita dah hon siap bagi lampu besar die wat tak tahu jer...
Kalau awak jumpe driver yang suka mengalah pada pejalan kaki (macam saya) tak per lah jugak, nie kalau kena driver yang tak menyabor-nyabor dan tengah laju semacam, mesti die tak dapat tekan break dan awak kena lenyek ye tak..?
Sekarang nie pejalan kaki kena berhati-hati jugak, bukan sebab takut kena langgar atau kena ragut dengan peragut jer, tapi sekarang nie dah ade pulak kes orang suka simbah-simbah asid kat perempuan dan kanak-kana..Haissh..Tak patut betullah..
Jadi hati-hati yer adik-adikku..

~Lori Dan Pemandu Lori~

Nie lagi satu, banyak juga ar kemalangan disebabkan lori-lori nie..
Mana tak nyer dah lar besar, masuk pulak jalan yang kecik-kecik..
 Jalan shortcut katanya..Tapi habis ranap jalan raya belubang sana, berlubang sini..
Bahaya kat penunggang motosikal dan boleh merosakkan tayar kenderaan lain jugak..
Bila lori  atau kenderaan besar yang sewaktu dengannya lalu kat jalan sempit kita-kita yang drive kereta atau motor nie terpaksa lar mengalah..
Yang paling saya tak suka pasal lori adalah bila dieorang keluarkan asap hitam banyak-banyak..
Wa..bertambah-tambahlah pencemaran udara..
Tak kesian kat orang laen kan..??

~Lampu signal Dan Lampu-lampu yang sewatu dengannya~


Sangat jarang nak jumpe kereta yang bagi signal..Terutama kalau kereta tue besar lagi mewah..
Kenapa saya cakap macam nie?
Sebab setiap hari saya akan berdepan dengan situasi macam nie..
Orang yang tak bagi signal nie boleh dianggap sebagai orang yang mementingkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain..
Sebab..
Tahukah anda banyak juga kemalangan yang berlaku sebab tak nak bagi signal?


~Hon~


Cerita pasal hon nie, kalau awak duduk kat Malaysia nie tak payah lah nak bagi hon selalu sangat bila ade silap sikit hon, silap sikit hon..
Kalau boleh sabar atau elakkan lah dari tekan hon..
Tapi kalau situasi tue dah memaksa sangat, baik hon jerlah dari berlaku kemalangan kan..?
Kenapa saya cakap macam nie..?
Sebab kat Negara nie kalau orang hon tanpa sebab yang betul-betul sebab mustahak mesti orang akan jeling awak balik..
Tak percaya?
Cuba buat..
Mesti orang yang awak hon tue siap jeling-jeling sampai nak terkeluar bijik mata tak pun mulut die terkumat-kamit membebel dan marah-marah..
Sebab orang kita paling tak suka kena hon..

~Parking~

Tolonglah jangan parking kenderaan sesuka hati..
Contohnya kat tepi simpang..
Bukan setakat kereta dan motor jer nak parking kat situ tapi van,lori dan bas pun nak parking jugak kat tepi simpang..
Dah lah simpang 4, ade pulak kenderaan yang tak bertanggungjawab parking macam gitu..
Kan menyusahan orang tue namanya.
Pernah tak terfikir yang cara awak parking tue menggangu penglihatan pemandu lain dan secara tak langsung boleh menyebabkan kemalangan?
Parking kat tempat tak boleh parking, daripada jalan tue besar jadi sempit sebab semua orang nak parking tepi jalan..Alasan, tempat parking kereta takde..
Oklah kalau tempat parking memang betul takde takpe. Alasan tue boleh lagi diterima..
Tapi kalau tempat parking tue banayak lagi, tapi tetap juagak nak parking tepi jalan sebab tak payah bayar dan sebab dekat..Alasan macam nie rasanya tak leh diterima..
Sebab secara tak langsung dah menyusahkan pemandu-pemandu lain dan secara tak langsung membahayakan kereta sendiri jugak..
Kenapa saya cakap macam nie..?
Sebabnya, kalaulah kenderaan awak tue orang langgar ke ape sampai kemik lepas tue orang tue cabut lari awak nak cari die macam mane..?
Mesti kalau tanya orang pun, orang tue akan cakap:- "Entahlah saya tak perasan pulak" (Lumrah, tak ramai yang sanggup nak jadi saksi..Leceh katanya, nak kena turun naik mahkamah..)

~Cermin Kereta~

Sekarang nie dah ade pulak kes orang baling batu atau telur kat cermin kenderaan dengan bertujuan untuk merompak..
Jadi hati-hati tau..
Kalau kenderaan yang kita pandu tu kena baling dengan telur, jangan sesekali bukak wiper..
Sebabnya telur bila kena puka dengan air maka ia akan jadi pekat..Secara tak langsung ianya akan menjejaskan penglihatan kita dan boleh menyebabkan anda kemalangan atau pun anda berhenti di tepi jalan kemudian anda dirompak..
Kalau kenderaan yang sedang dipandu dibaling batu, lebih baik jangan berhenti sebab berkemungkinan besar orang yang membaling tue bertujuan untuk merompak anda..Jadi lebih baik catat no kenderaan tue dan terus pandu kenderaan ke balai polis untu membuat laporan..
Kalau anda seorang perempuan, maka janganlah sesekali meletak handabag di tempat duduk penumpang. Sebab boleh jadi jika kenderaan anda cerminnya tak di tinted, maka jika ada orang jahat yang nampak kemudian pecahkan cermin kereta dan terus ambik beg tue..janganlah menyesal pulak...

~Penunggang Motosikal~

Saya tau awak boleh selit sana, selit sini..
Saya juga tau awak boleh drive lelaju bila motor tue dah di modified..
Tapi janganlah membahayakan nyawa awak dan orang lain ye..
Sayangilah nyawa anda...


 ~Pesanan saya kepada semua memandu lah dengan berhemah dan berhati-hati ye..~



Nota:- Ini hanyalah pandangan peribadi penulis mengenai isu ini. Segala Gambar adalah diperolehi darpada Google Image



Saturday, May 14, 2011

Poetry:-Perception...


People's watch all what you do and anything happens to you...
People's hear all the words thats you just said to them..
They blaming you..
They judges you...
It's all just because...
People's can talk anything about you..
Coz they don't really know what actually happen to you...
Coz they can't realize who you are..
They can say like that coz they was not in your shoes..
People's see your smile..
People's hear your laugh..
You just looks so happy in they eye's..
But did they know that you just cry inside..?
Sadness and loneliness inside your sorrow heart..
Did they noticed that you just stress out with your life..?
For you..
Never lets people's turn your life upside down ..
Just let go what peoples said about you..
Just take their criticism as a positive way..
Take thats as something that can motivated you..
Just be strong  in your lifetime..



This poetry is made by the owner of this blog(http://merpatiputih88.blogspot.com) in 20.July.2009...Copyright Protected..


Hujan Akhirnya.....


Setelah berhari-hari panas...Suhu at planet bumi nie pun dah semakin membahang dek kerana pencemaran yang bermacam-macam...Semuanya sebab penipisan lapisan ozon katanya..Semuanya di sebabkan siapa???
Semestinya MANUSIA...
Dengan keadaan Jerebu, masih mahu buat lagi pembakaran terbuka...
Kesannya bukan hanya orang yang buat pembakaran yang merasa..
Tapi turut dirasai penduduk di sekitar yang berhampiran hinggalah ke negara jiran yang berdekatan..\
Tambah pula dengan asap kilang dari kawasan perindustrian dan lori-lori serta jentera berat yang sesuka hati kelurakan asap hitam..
Kesannya kepada kesihatan kita semua bukan hanya kepada orang yang yang bertanggungjawab  keluarkan asap tue saja
Melampau bukan??
Sekarang nie hujan..Alhamdulilah..
Sejuk sikit cuaca, tak der lah panas sangat..
Kurang sikit Jerebu...
~Besama-samalah kita menjaga alam sekitar~

Puisi:- Adakah Aku Ego? (Versi Jejaka)


Walaupun aku telah buang kau jauh...
Walaupun aku telah pergi meninggalkan kau....
Jauh dan semakin mejauh...
Walaupun aku rela melapaskan engkau pergi...
Hilang dan terus menghilang dari pandangan mata...
Walaupun kini aku sudah bersama dia..
Ya dia yang engkau fikir dialah insan yang aku sayang..
Walaupun berkali-kali aku kata aku benci kau..
Walupun berkali-kali aku kata aku dah melupkan kau..
Tapi..
Aku hanya ingin engkau tahu..
Pada saat engkau pergi aku ingin engkau kembali..!
Ya kembali kepada ku..
Dan memberikan aku peluang kedua atas kesilapan yang aku lakukan kepada mu...
Tapi aku tak mahu berkata bergitu...
Kerana aku tak mahu kau pandang aku sebagai lelaki lemah..
Aku tak mahu kelihatan kalah dan mengalah di hadapan kau wahai wanita..
Aku mahu kelihatan lebih segala-galanya berbanding kau...
Sebenarnya hingga saat ini aku masih merindui diri kau...
Tetapi aku tak pernah mahu memohon maaf kepada kau...
Ego kah aku???


Nota:- Puisi ini adaah ilham spontan sepenuhnya dari penulis blog ini(http://merpatiputih88.blogspot.com). Hak Cipta Terpelihara.Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali...
Gambar adalah diperolehi daripada google image.. 
Kamu bolehlah membaca kesinambungan dar puisi ini:-

Puisi:- Sebuah Kisah Yang Terpisah



.

Tuesday, May 10, 2011

Perlu Ke Bunuh Membunuh Demi Cinta???


Kebelakangan nie kat surat khabar ada memaparkan beberapa kes pembunuhan atas dasar cinta...
Motif pembunuhan atas dasar cemburu yang keterlaluan dan dendam yang bersarang dihati apabila orang yang dicintai memutuskan perhubungan atau menolak cintanya..

Pendapat saya secara peribadi, tak perlulah kita menyimpan dendam di hati kepada orang lain apatah lagi hingga menyebabkan pembunuhan..
Sekiranya si bekas kekasih hati itu pernah melakukan kesilapan terhadap anda maafkan sahaja dia, Jika kesalahan nya itu adalah berat untuk dimaafkan maka lebih baik menggunakan pendekatan perundangan kerana setiap negara di dunia ini punya undang-undang.
Biralah dia di hukum seadil-adilnya atas kesalahan yang telah di perbuat itu dengan cara perundangan..
Tak perlu kamu bertindak melulu dengan membunuh orang..
Kerana akibatya sangat buruk bagi diri kamu, malah kamu boleh dijatuhi  hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup (Bergantung kepada sistem perundangan sesebuah negara)
Mahukah kamu mensia-sia kan diri kamu sebegitu?
Melakukan perbuatan sia-sia dengan memusnahkan masa depan dan mensia-siakan usia muda kmu itu dengan memusnahkan diri sendiri akibat cinta yang kecundang adalah perbuatan yang paling tidak wajar kamu lakukan..
Kecewa???
Ya, setiap insan yang pernah mengalami putus kasih pasti akan kecewa..
Tapi..Wajarkah kamu mengubati kekecewaan kamu itu dengan merosakkan tubuh badan sendiri...?
Jangan sesekali kamu mengambil dadah, alcohol atau pil tidur atau makan apa jua ubat untuk membunuh diri..!
Jangan kamu terjun bangunan atau mengantung diri semata-mata kerana kecewa cinta yang kecundang ditengah jalan..
Ingatlah..Masih ramai lagi insan yang lebih baik dari dia  dan kamu layak untuk bertemu insan itu..
Percayalah..Lambat laun kamu pasti akan berjumpa juga dengan insan yang benar-benar mencitai dan menyayangi mu dengan seikhlas hati..
Tak perlu kamu tangisi atau membunuh diri atau mencederakan diri sendiri dan merosakkan masa depan kamu sendiri demi seorang msnusia yang tidak lagi mencintaimu..
Saya ingin bertanya..
Wajarkah kamu merosakkan masa depan kamu dan meleburkan harapan keluarga kamu demi orang seperti itu..?
Adakah kamu akan jadi orang yanga gagal tanpa dia?
Adakah kamu perlu mati demi dia?
Sewajarnya, kamu membuktikan pada dia yang kamu boleh berjaya walaupun tanpa dia..
Ya, berjaya dalam pelajaran, kerjaya, serta bahagia bersama keluarga dan rakan-rakan kamu..
Malah kamu perlu buktikan yang kamu akan jadi insan yang lebih berjaya dan lebih bahagia dari sebelum ini..
Jadilah insan yang kuat, sabar dan tabah..
Segala yang berlaku pasti ada hikmah..
Kamu tiada jodoh dengan dia bukan bererti hidup akan musnah..
Tetapi itu adalah petanda dia memang bukan untukmu..
Percayalah akan hadir sesuatu yang lebih baik dari itu..

Jika kamu sedang terfikir untuk membunuh diri atau mencederakan diri sendiri sekarang ini...
Saya minta kamu batalkan sahaja niat kamu itu!
Saya ingin bertanya kepada kamu..
Adakah dengan cara itu anda akan mendapat cintanya kembali atau ianya cuma atas dasar simpati...???
Cinta itu tak seharusnya menyakiti..
Cinta itu tak semestinya anda harus memilikinya..
Tapi cinta itu adalah kebersediaan anda untuk melihat insan yang anda cintai itu bahagia walaupun anda terpaksa melepasannya pergi bersama insan lain yang lebih di cintainya..
Ya, ianya memang pedih..
Tapi di sebalik semua kepedihan itu pasti ada hikmah disebaliknya..
Jika anda bersama dia, anda dan dia menderita dan hanya berpura-pura mencintai adakah itu yang anda mahukan..?
Cinta itu tak seharusnya ada paksaan..
Cintailah diri sendiri sebelum memberi cinta kepada orang lain, jangan pernah menggadaikan maruah,wang ringgit, nyawa pada cinta buta seperti itu...


Pesanan dari saya:-
~Cintailah sesuatu itu sekadarnya sahaja, kerana boleh jadi sesuatu yang kamu cintai itu boleh jadi kamu membencinya dimasa hadapan kelak,Bencilah sesuatu itu sekdarnya sahaja, Kerana boleh jadi apa yang kamu benci itu akan kamu cintai suatu hari kelak..Maka dengan itu bersederhanalah dalam memberi ataupun menerima cinta..Kelak kamu takkan terlalu kecewa apabila perhubungan itu gagal ditengah jalan..~


Nota:- Ini adalah pandangan peribadi  saya semata-mata, segala gambar adalah diperoleh dari Google Image.

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...