Wanita di katakan sebagai golongan yang lemah dan lembik kerana mudah benar bersedih dan mengalirkan air mata waluun tanpa sebab-sebab yang kukuh. Lumrah dunia, hati wanita lebih peka dan sensitif. Mungkin itulah yang menyebabkan wanita mudah mengalirkan air mata. Mereka menangis kerana menonton filem yang sedih, membaca buku-buku yang sedih, mendengar cerita-cerita yang sedih, kehilangan seseorang, tekanan di kelas / kuliah mahupun di tempat kerja, terlampau stress dengan urusan mahupun tugasan yang bertimbun-timbun, tekanan daripada individu-individu di sekitarnya yang mengeluran kata-kata yang menguris hatinya mahupun menyebabkan dia berasa malu dan harga dirinya dipijak-pijak dan terasa dirinya di aniaya, kecewa dengan sikap orang sekelilingnya, Kecewa dengan apa yang di laluinya dan bermacam-macam sebab lagi yang menyebabkan mereka menangis...Ada juga sesetengah individu yang menggunakan air mata untuk mendapatkan sesuatu yang dikehendakinya. Ini lah yang di panggil air mata palsu atau lakonan semata-mata.
Wanita dan air mata adalah dua perkara yang tidak dapat di pisahkan...
Tetapi ia tidak bermaksud golongan wanita ini lemah dan lembik....
Malah kerana air mata itu jugalah yang menyebabkan wanita itu akan menjadi lebih tabah dan kuat menghadapi cabaran yang mendatang...
Di sebalik kelembutan ada kekuatan,
Di sebalik ke ayuan tersemat sebuah ketabahan...
Jika anda bertanya..pernah kah saya menangis..? Jawapanya..Ya pernah..malah seringkali...Opss..Cengeng ke saya nie..? Oh tidak...ehehe..Saya seorang yang pemaaf dan tidak suka berdendam, saya juga tidak suka berpura-pura terhadap sesuatu keadaan..Sehingga hari ini saya tidak pernah sama sekali mengeluarkan air mata palsu..Saya hanya akan menangis apabila saya berasa benar-benar sedih dan tersentuh, benar-benar kecewa terhadap sesuatu...Satu perkara yang anda perlu tahu tentang saya ialah, saya tak suka menangis dihadaan orang, seboleh-bolehnya saya akan mencari temapat yang tersorok..tapi jika air mata sudah tidak daat tertahan maka ia akan tertumpah jua...Saya juga tak suka menangis di hadapan lelaki..Seboleh-bolehnya say akan elak dari di ketahui oleh mereka..tapi jika ada yang terperasan saya sedang menangis..maka saya akan berkata "mata masuk habuk nie..uhhh pedih nye.." Ego ke..? Mungkin juga..Tapi sebenarnya saya tak suka di anggap lemah dan mengada-ngada oleh golongan lagi satu tue..
Renungan semua:-
Jangan terlalu ego untuk mengalirkan air mata....
Jangan sampai hati kamu menjadi beku...
Jangan berasa segan untuk mengalirkan air mata apabila mengigati kebesaran Allah SWT yang maha kuasa
Jangan berasa malu untuk mengalirkan air mata ke- insafan, iaitu menyesali segala dosa-dosa yang lalu..
Jangan kedekut untuk menangis penuh ke insafan kerana ke alpaan dan kelalaian kamu terhadap Allah SWT.
Pesanan buat gadis-gadis:-
Berikanlah Cinta mu kepada Allah SWT sebelum kamu membri rasa cintamu kepada manusia, maka dengan itu kamu tidak akan berasa kecewa apabila perhubungan itu terlerai di tengah jalan.
Semuanya kerana kamu berasa yakin bahawa kamu masih punya cinta daripada Tuhan Yang Maha Kuasa...
Entry ini adalah luahan pendapat penulis blog ini. Credit gambar google image
1 comment:
Karya ini amat baik dan mampu memberi ilham kepada saya untuk terus mencari naskah kehidupan. Amin.
Post a Comment