Setiap daripada kita (manusia biasa) pasti pernah melakukan kesilapan iaitu dosa dalam kehidupan..
Justeru itu bertaubatlah selagi masih punya waktu..
Insaflah diri atas segala ke khilafan yang telah di lakukan itu...
Kerana Allah S.W.T itu adalah tuhan Yang Maha Pengampun...
Jadi jangalah berasa malu untuk berubah kearah kebaikan..
Janganlah melengah-lengahkan waktu untuk bertaubat. Kerana kita tidak mengetahuai bilakah kita akan meninggalkan dunia ini untuk selama-lamanya...
Bersediakah kita menghadapi situasi itu?
Sudah cukupkah bekalan ( amal ibadah dan amal kebaikan) kita ?
Maka dengan itu, senantiasalah bermuhasabah diri atas segala apa jua yang telah kita lakukan sepanjang hari ini (dari terbit fajar hingga terbenam matahari)..
Selalu lah berdoa kepada Nya memohon ampun atas segala dosa yang telah dilakukan..
Segeralah bertaubat apabila kita telah melakukan dosa dan kesilapan...
.
********************
Firman Allah S.W.T di dalam surah Ali- Imran ayat 135:-
Dan (juga) orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa-dosa mereka selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu, sedangkan mereka ketahuai.
Firman Allah S.W.T di dalam surah An-Nisa’ ayat 110:-
Dan Barangsiapa yang melakukan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah S.A.W bersabda:
Allah S.W.T berfirman:-
Wahai anak Adam, selama kalian mahu memohon dan mengharapkan (keampunanKu) , tentu aku akan ampunkan semua dosa kalian dan Aku tidak peduli (meskipun dosa kalian banyak). Wahai anak Adam, sekalipun dosa-dosa kalian menggunung setinggi langit, kemudian kamu memohon keampunanKu, tentu akan Aku ampunkan dosa kalian dan tidak Aku pedulikan (meskipun dosa yang kalian kerjakan itu dosa besar). Wahai anak Adam, sekiranya kalian datang kepadaKu dengan dosa sepenuh isi bumi, kemudian kalian mati dengan tidak menyekutukanKu dengan apapun, Aku akan memberikan keampunan sepenuh sisi bumi kepada kalian
Firman Allah S.W.T di dalam surah Taha ayat 82:-
Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal soleh kemudian tetap di jalan yang benar.
Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah S.A.W bersabda:
Allah S.W.T berfirman:-
Sesungguhnya Allah S.W.T membuka tanganNya pada waktu malam untuk menerima taubat orang pada siang hari dan membuka tanganNya pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada malam hari, hingga matahari terbit dari sebelah barat.
*************
"Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunilah segala dosa-dosaku sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah yang tidak pernah terlepas dari melakukan dosa. Ya Allah Ya Tuhanku Kau ampunilah segala dosa-dosaku yang telah aku perbuat sepanjang hayatku ini diatas kesilapan, kekhilafan dan kelalaian aku sendiri..Ya Allah Ya Tuahanku Kau lindungilah aku daripada apa jua pengaruh yang menyesatkan ku, yang mejauhkan ku daripada Mu dan Agama Mu..Ya Allah Ya Tuhanku Kau Lindungilah aku selalu dari bisikan-bisikan dan godaan-godaan syaitan, jin dan iblis...Ya Allah Ya Tuhanku Kau Berikanlah aku Hidayah Mu dan lindungilah aku selalu di bawah naungan rahmat kasihMu..Ya Alllah Ya Tuhanku kau tetapkanlah keimanan dan akidah serta akhlak ku terhadap Mu dan AgamaMu iakni Islam sehingga ke akhir hayatku....Ya Allah sesungguhnya hanya kepada Mu lah tempat aku memohon keampunan dan perlindungan.."
Entry ini adlah luahan hati insan kerdil yang tak pernah lepas dari melakukan kesilapan (penulis blog ini) credit gambar google image, credit video youtube.
No comments:
Post a Comment