Translate

Saturday, May 21, 2011

Apa Beza Antara Lelaki Dan Jantan???

~Cute kan? (^___^)♥ (hehehehehehehe...)

*
*
*
Lelaki selalu bertimbang rasa dengan gadis dan wanita..
Jantan sangat tak bertimbang rasa terhadap gadis dan wanita..

Lelaki selalu mengutamakan gadis dan wanita dalam segala aspek..
Jantan selalu pentingkan diri sendiri..

Lelaki pandai menghormati wanita yang lebih tua dan lebih muda darinya..
Jantan tak pandai menghormati wanita...

Lelaki senantiasa melindungi, menasihat dan membimbing wanita dan gadis yang berada di bawah tanggungjawabnya serta yang di kenalinya..
Jantan senatiasa mengambil  kesempatan didalam kesempitan terhadap gadis dan wanita dan juga tidak bertanggungjawab terhadap wanita yang berada dibawah tanggungjawabnya (contoh peribahasa: Harapkan pagar, pagar makan padi)

Lelaki tidak pernah mengeksploitasi wanita..
Jantan sentiasa mengeksploitasi wanita, menjadikan mereka wanita dan gadis sebagai bahan pelaris bagi perniagaan mereka atau menjadikan para gadis sebagai bahan dagangan..

Lelaki sentiasa membela nasib wanita..
Jantan tak pernah membela nasib wanita, malah wanita sering diabaikan dan dipingggiran dari segala aspek termasuklah pendidikan..

Lelaki sentiasa menasihati wanita dengan baik..
Jantan senantiasa menggunakan kata-kata kesat, kasar dan mencarut untuk menegur atau memberi nasihat. 

Lelaki sentiasa bersopan dan berbudi bahasa terhadap para wanita dan gadis..
Jantan berkelakuan kurang atau tidak sopan terhadap wanita dan gadis dan tidak tahu berbudi bahasa..

Lelaki sentiasa bertanggungjawab dan menjadi contoh tauladan yang baik terhadap isteri,anak-anak,ibu dan adik beradik perempuannya..
Jantan gagal bertanggungjawab dan gagal menjadi contoh tauladan yang baik..

Lelaki sentiasa menjadi ketua yang baik, bertanggungjawab, dan bersikap jujur dan amanah, adil serta tegas..
Jantan sentiasa menjadi ketua yang zalim,serta tidak menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur dan amanah serta tidak berlaku adil..


Untuk renungan bersama:- Untuk Menjadi seorang LELAKI SEJATI itu bukan hanya  perlu bertubuh badan sasa yang gagah perkasa semata-mata, tetapi haruslah diiringi dengan sikap dan budi pekerti yang baik dan boleh melindungi wanita di sekelilingnya
*
*
*
Nota:- Ini hanyalah pendapat peribadi saya semata-mata,gambar hanyalah hiasan ianya adalah diperolehi dari google image...


7 comments:

senyumSOYA said...

heheh....
kalau lelaki yang lembut? hehe..cm pompuan..(^^! adei...

Terbang Bersamaku said...

~Lembut atau tidak mereka tue tetap lelaki jugak..cuma kadang2 mereka nie nampak lebih "cantik" dan lemah Lembut berbanding wanita tulen..Adehhhh~

k e y r i said...

oh.. baru ceq paham! :)

Syafiq Rosli said...

tuh la..kalau kita sendiri dengar pun..jantan ni dilemparkan kepada lelaki2 yg kurang memuaskan

Terbang Bersamaku said...

@Keyri:- ok..faham kn betul2 k..by the way, wish u all the best..semoga terus sukses dlm pelajaran..(^__^)

@Syafiq Rosli:-Mmg biasenye mcm gtue lah..

Anonymous said...

sya x heran awak tulis cmni. sbb awk prmpuan, so mmg la awak demand mcam2. lelaki sejati mmg x ramai, sbb kurangnya wanita sejati yg lyak utk lelaki2 sejati mcam tu. so fair n square la kan?

Terbang Bersamaku said...

terima kasih encik anon sebab sudi singgah dan baca entry sy..(sy yakin dan pasti awk seorg lelaki...)

untuk pengetahuan awk encik anon, sy tulis entry ini bukan sebab sy demand nk pasangan yg sempurna itu ini...
IA hanyalah pandangan saya mengenai istilah lelaki dan jantan...

pendapat sy secara peribadi lelaki sejati tak boleh hanya diukur pada badan berketul2 bertubuh sasa tapi adalah apabila lelaki itu mampu melindungi wanita dan membimbing wanita maka dia adalah lelaki sejati....apa guna lelaki itu bertubuh sasa dan gagh jika dia gunkannya untuk meragut atau merogol...?

Itulah hujah sebenar yg ingin sy sampaikan pada entry sy ini...dan ia bukan bermaksud sy wnaita yg demand lebih2 dlm mencari pasangan..Sy harap awk faham...

perkataan awk yg akhir itu sy stuju, "lelaki yg baik untuk wanita yg baik.."
sy yakin awk org yg baik,InsyaAllah awk juga akan bertemu jodoh yg baik..sy doakan yg terbaik buat awk pembaca entry sy ini..

last but not least terima kasih sudi baca entry lama sy nie...:)

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...